Pages

Monday, March 11, 2013

Resepi : Cekodok Roti


Assalamualaikum...


Hari Jumaat lepas tu terajinla pulak nak buat cekodok..
Sebabnya tengok dalam peti ais ada roti yang dah expired 3 hari lepas..
Check dulu kot2 ada kulat ker tak..kang tak pasal2 masuk hospital sebab sakit perut..
Pikir punyer pikir nak masak ke nak buang jer..
Sayangla pulak sebab macam elok jer lagi..
Nak buat puding roti macam malas jer..sy nak buat yang simple jer..
Terusla google resepi nak buat cekodok..


Sy suai padankan dengan bahan2 yang ada dalam peti ais kat rumah..
Ini version cokodok sesuka hati jer..



Cekodok Roti

Bahan:-

5 Keping Roti*
1 cawan air panas*
*rendam dan hancurkan


1 cawan tepung gandum
Carrot
Sebiji bawang merah
Sebiji telur
Daging cincang
Garam sekucup rasa





Sy letak air panas, cepat sikit roti kembang dan senang hancur..


Cara-cara:

Satukan semua bahan dan goreng
**Adunan ni tak payah tambah air dah sebab dah ada telur dan air dari roti tu..




Campurkan semua bahan dan gaul sebati..
Senang gilerkan..




Kemudian gorengkan dia..
Dah agak2 kuning, angkat..
Sy suka garing sket tu yang cekodok sy nampak macam nak hangit jer..hehe




Cekodok ni lembut jer walaupun dah sejuk..
Silalah mencuba..
Rasanya okla jugak..


Terima kasih sudi baca,
Sekian...



1 comment:

  1. hah thanks sebab letak gambar2. sebab saya macam confuse resipi ni konsistensi dia mcm mana. hehe

    ReplyDelete