Pages

Monday, March 18, 2013

Obimin, Calcium & Vitamin



Assalam..


Alhamdullillah..sekarang kandungan dah masuk 31 minggu..
Harap-harap semua akan dipermudahkan..
Last check-up dua minggu lepas..sepatutnya minggu ni kene follow-up check-up tapi kelmarin balik Temerloh doktor MC pulak..
Doctor pon manusia biasa kan..agak2 doktor tu ambik MC kat maner ek..takkan sendiri sign kan?..hehe
Tapi takpelah, minggu ni akan balik Temerloh semula utk check-up dgn doktor tu..



Kali ni sy nak share ubat-ubatan yang sy makan sepanjang mengandung..
Untuk first trimester, kita kene makan asid folic..lepas kandungan masuk bulan ketiga, doktor akan tukar kepada obimin..
Fungsi obimin adalah untuk menambahkan darah dalam badan BUKAN menambahkan berat badan & berat baby..kita selalu salah anggap bahawa obimin tu untuk buat baby besar kan..sebenarnya salah tanggapan tu..




Tapi, sy pon cengkelat jugak..takdelah makan hari2..
Kalau ingat sy makan hari-hari..kalau tak dua hari sekali baru makan..
Kali ni sy memang tak ambik langsung susu, sy harap boleh bersalin secara normal..
Dulu masa Qayyum sy minum Anmum, doktor terus plan ceaser sebab masa scan doktor kata baby besar..
Masa operation tu doktor kata kebanyakkan ibu minum susu Anmum tu la, sebab tu baby membesar bagaikan juara..
Jadi kali ni sy memang tak minum susu langsung, so sebagai ganti kene makan kalsium..
Untuk supliment pulak, sy ambik Spirulina Elken..




Ubat yang warna merah tu adalah obimin, yang kuning tu pulak kalsium..
Bapak besar kan ubat dia..rasa cam nak tercekik jer kat tekak..
Spirulina pulak sy makan sehari 10 biji..
Selalu sy makan terus sepuluh biji tu sebab kalau nak makan dua atau tiga kali sehari takut terlupa..
Untuk obimin dan kalsium tu sy dapat FREE sebab check-up dekat PANEL Clinic..
Spirulina tu jer beli, harganya RM150 untuk 500 tablet..
Sebotol ni tahan dalam tak sampai dua bulan kalau makan secara konsisten..
Spirulina ni sy beli dekat Doktor Rusmini yang check-up sy tiap2 bulan tu lah..
Doktor ni sangat friendly dan dia siap bagi harga ahli dengan diskaun lagi..baik kan..
Harga ahli dalam RM152 kalau tak silap..


Setakat ni sy baru makan botol yang ketiga..perbezaan yang SANGAT ketara adalah kaki dah tak krem malam-malam dengan syarat kene pakai stokin la waktu tidur..
Kalau dulu masa pregnant Qayyum, seminggu dua ke tiga kali kaki asyik krem jer, terpaksa asyik MC jer tau..
Tapi untuk mengelakkan kaki krem, kita kene cepat2 berdiri dan jalan perlahan2..insha-Allah sakit tu akan hilang sikit demi sedikit..


Apa itu Spirulina??
Kehidupan bumi bermula di dalam laut. Sumber makan pertama ialah lumut dan alga. Spirulina ialah salah satu bentuk kehiduan pra-sejarah yang paling purba, dengan rekod kewujudan selama 350 juta tahun.

Kini terdapat kira-kira 35 jenis spirulina di dunia.
Spirulina yang boleh dimakan oleh manusia secara besar-besaran adalah :
- Arthropira
- Arthropira (Spirulina) Maxima
- Arthropira (Spirulina) Platensis

Spirulina ialah mikroalga yang membiak dalam cuaca panas bermatahari dan air beralkali di seluruh dunia.. Ia mengandungi kepekatan nutrien yang tidak tertanding oleh mana-mana satu bijian, herba atau tumbuhan lain.

Spirulina adaah 1000 kali lebih tinggi kandungan nutriennya berbanding dengan rumpai air dan sayur-sayuran. Apabila dimakan setiap hari, spirulina akan menggantikan mana-mana nutrien yang kurang didalam diet seperti kekurangan buah-buahan dan sayur-sayuran; membekalkan nutrian seimbang; dan memperbaiki keadaan badan berasid.


Kenapa ELKEN SPIRULINA dikatakan sebabagai Raja Spirulina??

Keunikan 1 - Pengesahan Organik
Keunikan 2 - Menggalakkan kesihatan dan pemulihan
Keunikan 3 - Pengasas Termasyur dan Pengiktirafan Antarabangsa

Penerangan Keunikan 1 - Pengesahan Organik
- Pasti mengandungi 46 jenis nutrien perlu, kerana nilai nutrisi makanan organik mengandungi 4 kali lebih tinggi berbanding dengan makanan yang dihasilkan oleh kaedah perkebunan biasa
- Ia memastikan pengambilan nutrien dalam kadar yang seimbang. Komponen nutrien EKLEN SPIRULINA adalah berkadaran dengan jumlah yang diperlukan oleh badan Berdasarkan Saranan Keperluan Harian (RDA).
- Memastikan kepekatan nutrien yang tinggi.

Penerangan Keunikian 2 - Menggalakkan kesihatan dan pemulihan
- Beta-Karotena
- Xantofil
- Fikosianin
- Klorofil A
- Vitamin B12
- Zat Besi
- Asid Gama-Linolenik
- Super-Oxide Dismutase (SOD)
- Protein
- Selepas pengambilan EKLEN SPIRULINA, kepekatan Beta-Karotena dalam darah adalah 3 kali lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengambilnya.

"Asap rokok dan alkohol akan mengurangkan kepekatan Beta-Karotena dalam darah sebanyak 2 kali ganda dibandingkan dengan org biasa. Oleh itu, mereka yang merokok dan meminum alkohol patut mengambil EKLEN SPIRULINA untuk meningkatkan jumlah Beta-Karotena dalam darah mereka."

 
Badan yang sihat terdiri daripada 60,000,000,000,000 (60 trilion) sel yang sihat.

Sel sihat memerlukan :
1. Nutrisi seimbang
2. Oksigen Mencukupi
3. Air tulen (0 klc)
4. Kesihatan Rohani

Ambil 2 atau 3 kali setiap hari.
Dewasa - Ambil 5 hingga 10 biji setiap kali
Kanak-Kanak (di bawah umur 12 tahun) - Ambil 1 hingga 4 biji setiap kali.

ELKEN SPIRULINA terdapat dalam dua harga, iaitu harga untuk ahli dan bukan ahli.

Harga Ahli
250 tablet sebotol  - RM   86.10
500 tablet sebotol - RM 152.50
1200 tablet sebotol - RM 345.00
3000 tablet sebotol - RM 699.00

Harga Bukan Ahli
250 tablet sebotol  - RM   98.00
500 tablet sebotol - RM 171.00
1200 tablet sebotol - RM 381.00
3000 tablet sebotol - RM 777.00


Reaksi Yang Mungkin Dialami selepas mengambil ELKEN SPIRULINA

1. Demam atau Demam ringan
Sebab-Sebab yang mungkin : -

Spirulina kaya dengan protein dan nutrien-nutrien lain yang dapat meningkatkan metabolisme badan sehingga membebaskan haba badan, dengan itu meningkatkan suhu badan.

2. Demam, teransang, bertenagam, terjaga pada waktu malam.
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Membakar Lemak berlebihan dalam badan kita lalu bertukar kepada haba adalah keadaan yang normal.

3. Kumuhan hijau atau kehitam-hitaman ~ buang hadas besar
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Spirulina membantu untuk membuangkan sisa  yang terkumpul dalam usus.  Juka kumuhan masih berwarna hijau setelah satu jangkamasa tertentu, ianya adalah disebabkan oleh pigmen hijau Spirulina.

4. Berkentut dan sakit dada
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Sistem penghadaman yang tidak baik, sakit kembung perut.

5. Rasa lebih sakit pada tempat sakit
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Ulser gastrik, reumatisme, asid urik berlebihan, migrain, neuralgia

6. Mangantuk, tangan dan kaki berasa letih
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Keadaan badan yang berasid, fungsi hati tidak baik, terlalu letih atau pengambilan ubat yang berlebihan.

7. Pening, tidak bertenaga, kelaparan
Sebab-Sebab yang mungkin :-

Jika diambil oleh org yang mempunyai hipoglisemia dananemia, paras gula darah mungkin turun untuk membakar minyak yang berlebihan.





Berbalik semula pada cerita obimin..
Sy pernah dapat obimin brand appeton macam gambar di atas..
Sy ambik kat Klinik Setia dekat office sebab Klinik Sulaiman dah kehabisan stok obimin..
Wekkk, sangat tak sedap..
Rasa pahit dia melekat kat tekak..
Lepas makan obimin ni kene spare gula2 ke asam ker sebab memang rasa nak muntah..
Tapi sebab takde choice, sy telan jugakla masa tu walaupun terpaksa..




Last 2 week check-up, urine sy kotor sikit..
Dan doktor bagi anti-biotik dan juga ubat serbuk untuk diminum bagi membersihkan urine..


Itu jelah kot nak story pasal supliment yang perlu sy makan sepanjang mengandung ni..
Terima kasih sudi baca..
Sekian..



2 comments:

  1. Good sharing, when talk about essential nutrients, we also talk about spirulina, an algae that is touted as a superfood rich in phytonutrients. Spirulina is lauded by the World Health Organization (WHO) as "Best Healthcare Product of the 21st Century". Elken Spirulina is not a medicine but a super nutritious health food. Therefore, it will not cause any harm if taken in large doses or taken together with other medication. For detail visit:
    http://kidbuxblog.com/benefits-of-elken-spirulina/

    ReplyDelete
  2. This is very interesting, You're a very skilled blogger.
    I've joined your rss feed and look forward
    to seeking more of your magnificent post. Also, I've shared your site in my social networks!

    ReplyDelete