Pages

Sunday, December 9, 2012

Homestay@Banjaria Court Apartment


Assalamualaikum..


Minggu lepas sy dan family mertua sy bermalam dekat apartment ni sebab mak mertua sy nak gi MAHA tu..
Sewa semalam adalah RM250..kitorang sewa 2 malam..
Sewa homestay murah sikit compare nak sewa hotel kan..
Alhamdulillah apartment ni agak cantik jugak..
Tapi sy tak sempat nak ambik gambar dalam apartment ni sebab bila dah masuk rumah, letih dengan jem 3 jam rasa nak baring jer..
Then bila nak ambik gambar rumah dah bersepah2..


Mak dan abah kereta standard ambik master bedroom, kitorang ambik second bedroom dan adik kereta standard ambik bilik yg kecik sekali..


Kami dapat apartment tingkat 8
Homestay ni agak complete juga..dekat dapur ada peti ais, siap ada mesin basuh lagi, meja makan, perabot juga complete dengan tv flat screen 32' inci..
Bilik air ada 2, master bedroom satu kat luar satu..
Tapi aircond dengan pemanas air ada satu jer kat master bedroom, tapi bilik lain ada kipas..
Yang paling best ada swimming pool..
Tapi cuaca asyik hujan jer..kene tunggu tak hujan baru boleh bawa Qayyum mandi pool..



Apartment ni betul2 kat jalan Gombak nak menuju ke Batu Cave..
Dulu ingatkan nak beli apartment ni, dalam 220K kalau tak silap masa tu..
Tapi bila discuss dengan kereta standard dia tak nak byr maintanance building mahal2 so tak jadi la nak beli apartment ni..


Kitorang masuk homestay petang Sabtu balik pulak dalam pukul 3 hari Isnin..
Dari hari ahad tu badan sy dah rasa tak sedap, mungkin akibat cuaca panas gi MAHA hari Sabtu tu..
Hari ahad pagi sy ada kelas, kereta standard hantar lepas tu dia balikla homestay..
Ingatkan diorang keluar gi jalan2 rupanya abah mertua sy tak larat nak jalan dah..
Jadi mak mertua sy pon malas dah nak gi MAHA tu..diorang semua lepak2 dekat apartment jer..selesa macam kat rumah katanya..


Yang sy pulak masa kat dalam kelas hidung dah la tersumbat, asyik nak bersin jer..
Kelas start 8.30 pagi habis pukul 3.30 petang..memang stress betul..
Ingatkan nak keluar awal jer tapi pensyarah tu memang takkan ulang dah apa yang dia ajar..
Lagipon tinggal 1 kelas jer lagi 2 minggu lepas tu final exam..


Habis jer kelas, kereta standard jemput then kitorang gi jalan2 kat KLCC jer..
Disebabkan nak bawak Qayyum mandi pool, begitu gigih cari baju mandi dia..
Kemain lagi beli kat KLCC, tu pon pilih yang paling murah RM50..
Tapi beli besar sikit supaya boleh pakai lama..
Selain tu shopping la jugak sikit2..
Jalan2, makan2 lepas tu terus balik rumah..


Pagi Isnin tu terpaksa jugak sy datang office sebab ada internal audit walaupon tak sihat, suara dah antara keluar dengan tak jer, hidung tersumbat dan pening2 lalat..
Bila sampai office then bos kata tak jadi audit hari tu extend hari lain sebab manager takder so sy terus jer gi klinik dan doktor pon kasi mc..
Sy balik naik train sampai Gombak lpas tu kereta standard jemput..


Sampai jer homestay, kereta standard terus ajak mandi pool..
Dari atas geram jer tengok pool, kebetulan cuaca pon ok..cepat2 salin baju terus turun..



Bersemangat waja sungguh..
Kasut pon selamba jer tak pakai sebab tak bawak selipar..
Ada selipar dalam kereta tapi dah malas nak turun parking semata2 nak ambik selipar..
Kaki ayam jer, lagipon orang pon tak ramai..sapa jer nak tengok kan..


Sy tak mandi pon, just tengok dan ambik gambar diorang ni jer..
Masa ni ada satu family mandi kat pool kanak2 ni..








Baju ni saiz 4 tahun punyer..
Beli kat Parkson KLCC, yang paling murah sebab xder pelampung dan xder uv protection katanya..
Haritu tengok kat mydin baru RM35..rugi pulak tak beli sebelum tu..
Tapi takpelah..



Bapaknya pulak yang over happy dapat mandi pool..haha..
Main2 sekejap lepas tu kereta standard suruh jaga Qayyum sebab dia tak puas mandi pool..dia nak mandi yang pool dewasa tu pulak..
Lepas tu sambung mandi pool kanak2 lagi..



Qayyum ni senyap jer..
Pool kanak2 ni cetek jer..paras bahu Qayyum jer..
Tapi tak bolehla nak biar dia mandi sorang2 sebab dia kecik lagi..kang jadi apa2 menyesal tak sudah..



Lepas mandi, terus naik atas..rehat then terus checkout balik Bentong..
Mertua sy pulak, sampai Bentong pindah2 barang masuk kereta dis terus gerak baik Temerloh..

Sekian..


1 comment:

  1. Salam Puan Yanna.
    Jika Puan dtg lagi ke KL dan perlukan tpt tinggal..pihak kami ada menyediakan homestay di Banjaria court ini.
    Rate hari biasa 180 dan Weekend 230.
    Layari blog berikut utk maklumat lanjut.
    Terima kasih!


    http://homestaysunflower.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete