Pages

Wednesday, December 5, 2012

Berkelah @ Air Terjun Chamang


Assalamualaikum..


Sekejap jer rasanya dah masuk bulan 12 kan..
Tak lama lagi nak masuk tahun 2013 pulak..sedar tak sedar dah setahun berlalu..pantasnya masa tu kan..



Last 2 week, xder buat apa kat rumah so sy ajakla kereta standard gi mandi manda kat air terjun Chamang sambil berkelah..
Dah lama kot tak datang sini..selalu kalau datang pon kitorang just jalan2 jer..kereta standard tak benarkan mandi pon tapi kali ni bersemangat betul nak gi mandi air terjun..


Masa ni awal lagi, dalam pukul 11 pagi la lebih kurang..
Walaupun hujung minggu tapi orang tak ramai sangat pon..
Bagusla tak ramai sebab takderla bersesak2 sangat..



Qayyum bila nampak air sangatla seronok dia..
Tapi air terjun sejukkk...


Mandi, main pasir, lepas tu mandi balik..
Main air pon kat tepi2 jer..
Kat tengah tu air deras, takut hanyut jer..kereta standard pon takut nak gi tengah tu..
Lagipon air terjun ni bahaya..


Diorang jer yang mandi..sy tengok kat tepi jer..
Tengok diorang ni mandi pon dah seronok..


Sekejap jer dapat mandi air terjun ni sebab lepas tu hujan rintik2 pon sudah mula turun..
Kawasan air terjun ni ada orang yang jaga, so encik tu pon buat announcement suruh pengunjung semua naik sebab hujan dah mula turun..
Kitorang pon naik atas tukar baju dan makan bekal..
Nama pon berkelah kan so mestilah bawa bekal..




Sy masak mihun goreng, daging goreng kunyit, ubi rebus dan sambal ikan bilis untuk sarapan pagi tu..
Makan pon sikit jer so terus bungkus bawak bekal..
Bila mandi kan lepas tu lapar..laju jer kereta standard makan..
Ubi kayu rebus tu bawak balik dari Sg Besar masa balik kampung hari tu..


Tukar baju, makan lepas tu terus balik..
Kat bandar hujan turun dengan lebatnya..
Tak singgah mana2 dah terus jer balik rumah..



Percubaan pertama letak water mark..ok ker?try yang simple2 dulu..
Sy guna batch editor dalam photoscape sahaja..sy xder photoshop punyer application..


Sekian..


2 comments:

  1. ok la tu asalkan gambar terjaga keselamatannya...yan pun guna photoscape gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo, yeker..tp gmb menegak xnak jd pulak..kene edit semula satu2..

      Delete