Pages

Wednesday, May 9, 2012

A Short Trip to Fraser Hill



Assalamualaikum..


Cuti labour day yang lepas tu, kereta standard bawak jalan gi Fraser Hill..Ni first time la sy naik atas ni..
Kereta standard maybe dah banyak kali, tp dia kata last masa kecik-kecik dulu..



Sebenarnya, dia taknak bawak pon..nak melengkar jer kat rumah..bosan giler wehh..
Sy pon menjalankan misi memaksa..pujuk2 tak jalan..nak ajak jalan je pon, apa ke susah sangat..
Dia boleh nak tido jer kat rumah sepanjang hari..tengok jam dah dekat pukul 12 tengahari..tak boleh jadi betul la..kebetulan sy puasa hari tu..puasa tak puasa, nafsu nak bejalan tu membuak-buak betul..



Sy terus jer siap, bawak bekal apa-apa yang patut..Qayyum yang tido kat dalam buai pon terus bangun, dia pon kecoh-kecoh jugak nak gi jalan..sy terus jer siapkan Qayyum, pakaikan baju yg cantik sket..bila dah tengok muka exited kitorang, terpaksa la jugak kereta standard bawak..hehe..



Akhirnya, dapat jugakla jalan..sampai jugak ke Fraser Hill..yang paling tak tahan tu kan, sepanjang jalan kereta standard masam jer..tp sy buat bodo jer, kang bising-bising tak sampai atas pulak..bila dah sampai atas baru dia ok..dia pulak yang lebih exited nak pegi tengok kuda la, itu la, ni la..hehe



Dari Bentong ke Raub ke Fraser Hill lebih kurang sejam kot..gerak dalam pukul 12..pukul 1 dah sampai atas..pukul 3 kitorang turun, pukul 4 dah sampai rumah..giler sekejap kan..


Pasal apa, kat atas tu macam takde benda yang best sangat..tak seperti apa yang sy expect..sy ingatkan best sangat..rupanya nan hadoo..


Tapi, kira bolehla daripada duk memerap kat rumah jer kan..hehe


Dari Bentong memang jalan macam ular..pening woo, sy rasa sapa-sapa yang tak biasa memang muntahla kot..sejam nak sampai kat atas tu rasa macam giler lama, rasa berejam-jam lah..padahal 40km jer kot nak nak naik atas tu..




Ni sampai kat simpang Kuala Kubu Bharu..kalau ikut jln KKB rasanya jalan ok sket dr jalan Bentong/Raub..kalau hujan memang bahaya sebab sy tengok banyak tanah runtuh..tepi-tepi bukit tu diorang dah cover dengan plastik..tapi memang sangat banyak ok tanah runtuh..


Sepanjang jalan naik atas ni memang sunyi..tak jumpa pon rumah asli ker apa..kiri kanan hutan saja..memang agak seram sket..jalan tak sibuk sangat..boleh kira berapa kali kereta selisih dengan kita..masa kat simpang KKB tu nampakla orang naik basikal..ada tour agaknya..




Tinggal 1km jer lagi nak sampai, sangatlah excited masa ni..tak sabar-sabar dah nak turun kereta..bukan apa, letih sebab jalan bepusing-pusing..kepala pon dah nak bepusing-pusing jugak..
Masa ni kereta standard excited suh ambik gambar batu penanda kilometer neh.isteri yang patuh kepada perintah suaminya pon ambikla gambar batu ni..ni bukan batu bersurat okey..




Haa..dah sampai atas..sangatlah banyak signboard rumah peranginan..tm resort pon ada jugak..kat sini kan tm resort sewa RM45 sahaja..murah gilos kan..maybe next time blh buat office family day kat sini..privacy, tak ramai sangat orang..


Kitorang sampai atas tapi tak terus berhenti..gi ronda dekat tm resort tu dulu..tapi kan, macam scary jek..patutla sewa murah..tapi malas la nak ambik gambar sebab nanti mencemarkan reputasi pulak..hehe.. itukan company tempat sy mencari rezeki..kene cover line jugak..hehe




Kitorang stop dekat center Fraser Hill, tengok ramai jer yang ambik foto..jadi kami pon tidak mahu ketinggalan juga..hehe
Ni kot landmark Fraser Hill..menara jam..




Mama yang vouge bersama anaknya pulak enterprem..
*sy dah gemokla..bagaimanakah caranya untuk menurunkan 10kg dengan berkesan yer selain excercise..sebab sy malas dan tak sempat..(alasan jer kan)




Haa, nilah rider basikal yang selilih tadi..cepat jugak diorang sampai atas ni yer..
Kat sinilah baru kitorang nampak ramai orang..ingatkan takde ramai orang yang nak datang Fraser Hill ni rupanya ramai la jugak..




Puncak Inn ni adalah salah satu hotel peranginan..lokasinya betul-betul bersebelahan dengan menara jam yang tadi tu..




Kereta standard siap amik gambar dengan kereta ni sebab ada tulis kerajaan negeri pahang..tapi korang tak nampakla kot sebab tulisan kecik sangat..




Kitorang pon masuk Puncak Inn ni nak tengok-tengok kot ada benda best..



Ada satu kedar souvenir, belek punyer belek..belila satu fridge magnet buat kenang-kenangan..
Kat atas ni macam tak sejuk sangat..sebab tu la Qayyum relex jer, stokin tak pakai..kasut pulak dah tercabut-cabut..last-last tinggal jer dalam kereta..kereta standard pon relex jer pakai short..



Lepas tu lepak-lepak menikmati pemandangan..





Budak ni kan, dah lasak..rambut pon dah panjang, serabai jer..kereta standard cuma potong kat area telinga jer takut gatal plak rambut tu cucuk-cucuk telinga dia..nak potong rambut dia macam sayang pulak..tunggu la dulu, nanti-nanti baru potong..






Qayyum dah nampak kurus sket..pipi dia dah tak chubby sangat..kalau dulu, leher pon tak nampak..lagi satu, dia dah gelapla..ikut kulit papa dia la neh..




Masa ni, cuaca dah gelap macam nak hujan lebat..










Lepas tu kitorang jalan pulak dekat area food court kat sebelah atas..kene naik kereta yer, jalan kaki penat..sebab food court ni jauh sket dari Puncak Inn..




Ada kolam ikan kat tengah-tengah tu..ikan dia besar-besar..lepas tu dalam pasu-pasu kecik tu kan diorang tanam strawberry..tapi tak berbuahla..




Kereta standard taknak makan pon sebab dia kata takde selera..sy siap offer lagi kalau nak makan sy temankan, takper bukak puasa sebab sy saja jer puasa sunat..kereta standard kata taknak jugak..

So, kereta standard beli ice blended..Qayyum memang suka sangatla minum air sejuk..asik-asik nak sedut straw jer..




Lepas tu kitorang jalan lagi kawasan sekitar tu..memula tu tanya budak yang kerja kat kedai sourvenir tu apa tempat menarik kat situ..

Kitorang pon pusing-pusing..ada air terjun tapi masa tu tutupla pulak..tak sure samada sebab tanah runtuh or tengah renovate..kat depan sket ada tasik, boleh naik boat kat situ..then ada kebun sayur..malas nak singgah sebab dah banyak kali asyik tengok sayur jer..dah bosan plak..

Kalau nak singgah solat, siap ada masjid jugak kat atas tu..

Lepas tu kereta standard ajak naik kuda..masa ni dah gelap, kener cepat-cepat sebab takut hujan plak..
Dekat The Paddock ni ada kawasan memanah, main golf dan sudah semestinya boleh naik kuda..




Bayar RM5 untuk satu round..masa ni sy excited la nak naik kuda..




Sy dengan Qayyum jer yang naik..kereta standard xnak naik..dia cuma tolong ambik gambar tp gambar sumer gambar gegar la pulak..samar-samar pon jadilah janji hadoo..

Gayat okay..ni second time..dulu first time naik kuda pantai kat Terengganu..

Nasib baik Qayyum behave jer..bunyi pon tidak, senyap jer..baik betullah budak ni..sy risau jugak, tiba-tiba dia menggelupur atas kuda tu..nak melompat turun ker, tak ker haru mama dibuatnya..




Satu round tu jer pon naik kuda..rasa adalah dalam 2 minit kot dah sampai..kejap giler..tak puas pulak rasanya..hehe, dah gian pulak nak naik kuda..
Yang tak bestnyer kan, masa ni dah nak hujan so pakcik tu bawak laju-laju..dia pon risau sebab ada guruh..



Lepas naik kuda, kitorang terus gerak balik..masa tu Fraser Hill dah hujan..bawak slow jer..sampai Raub panas terik..

Sampai rumah, gi letak barang lepas tu kitorang gi pasar malam pulak..beli makan untuk bukak puasa..
Next time, kalau boring bolehlah datang sini lagi..tu pon kalau kereta standard mood baik nak bawak..hehe

Sekian..



No comments:

Post a Comment