Pages

Tuesday, May 22, 2012

Kek Lobak Merah


Assalamualaikum..


Semalam sy ponteng tak kerja..selsema & batuk..malam sebelum tu memang tak lena tidur sebab asyik batuk jer..Qayyum pon sama, lagi kesian bila tengok dia batuk teruk..tengok kat lidah dia dah ada putih-putih..nak jadi ulser la tuh..lepas menyusu jer terus muntah..habis basah baju, kesudahannya tidur pakai pampers jer sampai ke pagi..


Minggu ni memang giler bosan sebab Kereta Standard kursus seminggu dekat Kuantan sampai hari Jumaat..Walaupun semalam tak kerja, tapi sy tak hantar Qayyum kat rumah pengasuh pon sebab malas nak keluar rumah..Disebabkan boring jer kan duk rumah, so masa Qayyum tido sy pon curik-curik untuk menjalankan baking project sy yang seterusnya..kalau si kecik tu bangun, apa pon tak boleh..


Belek-belek buku resepi, cari resepi yang simple habisla..akhirnya berjayalah membuat carrot cake untuk kali pertama..tapi tergaring sikit belah atas sebab sambil tengok tv, tak tengok pulak oven tu..tapi rasa dia sangat sedap..cuma, tak buat cream cheese frosting jer..len kali boleh buat lagi..




Fresh from oven..kene sejukkan dulu..macam tergaring sket kat bahagian atas sebab sy tukar setting api atas..lepas tu terlupa plak nak tengok sampaila oven berbunyi "ttingg"..tergezut ai tengok, ingatkan hangus lagi sekali..nasib baik selamat..




Kek Lobak Merah

Sumber : Kompilasi Hidangan Kek oleh Nor Aini Zakaria

Bahan-Bahan:

200 gm tepung gandum **
1 sudu teh serbuk penaik **
3/4 sudu teh soda bikarbonat **
1 sudu teh serbuk kayu manis ** (sy kurangkan sket)
400 gm lobak merah - diparut
100 gm minyak masak / minyak jagung
130 gm gula (sy guna 190 gm tp xletak brown sugar)
90 gm gula perang (brown sugar) - tak letak
90 gm kismis
50 gm kacang walnut - dicincang
2 biji telur
Esen vanilla

ayak bahan**

Cream Cheese Frosting:

250 gm rim keju
100 gm gula aising
65 gm mentega cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara:

1. Griskan acuan 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 180C
2. Satukan lobak merah, gula prenag dan gaul rata. Biarkan sekejap. Masukkan kismis dan ketepikan.
3. satukan gula dan telur dalam mangkuk pengadun, pukul hingga pekat dan gebu. Masukkan minyak dan esen vanilla. Gaul hingga rata.
5. Masukkan bahan bertanda ** sedikit-sedikit dengan adunan lobak dan kacang walnut. Gaul hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan. bakar selama 1 jam pada suhu 160C

Cream Cheese Frosting:

Satukan cream cheese, gula aising dan esen vanilla. Pukul hingga kembang, masukkan mentega cair dan pukul lagi hingga gebu.



Harini bawak kek gi office, diorang kata sedap..dah habis licin pon..bila buat kek, lepas tu diorang puji-puji plak..rasa sungguh bersemangat nak buat lagi..hehe..


Bye..

No comments:

Post a Comment