Pages

Wednesday, April 17, 2013

Weekend Activity # Aquaria KLCC


Assalamualaikum..


Minggu lepas tak balik kampung Sg Besar mahupun Temerlove, jadi aktiviti hujung minggu dihabiskan bersama keluarga tercenta..cewahh..
Kengkonon nak duduk rumah jer, tapi takde maknanyer..
Bayangkanlah kalau dah tiap2 minggu gi jalan, bila duk rumah memang bosan tahap gaban..


Hari Jumaat tu bonus masuk..yihaaa, walaupon bonus secotet jer, takdelah banyak sangat cam orang lain yang 5, 6 bulan tu tapi syukur alhamdulillah..adelah jugak daripada takder kan..
Hari sabtu tu memang plan nak bawak Qayyum gi jalan kat Aquaria KLCC..sy dengan kereta standard pon tak pernah gi sini lagi..





Tempat pon taktau kat mana..
Belasah jelah jalan sambil tengok signboard..
Akhirnya sampai jugak, nampak parking kosong terus zass parking kereta..
Kitorang sampai dalam pukul 12 tengahari la lebih kurang..




Budak Qayyum ni kan memang pemalas nak bejalan sendiri..
Daripada letih nak dukung dia karang, better angkut jer stroller ni kesana kemari..
Kasut pon taknak pakai, sebenarnya kasut dia tu besar sikit..jadi bila dia mengamuk memang tertanggal la kasut tu dari kaki..
Haritu beli main agak2 jer, sekali terbeli besar sangatla pulak..




Harga tiket adalah seperti di bawah..
RM38 untuk dewasa..
RM28 untuk kanak-kanak berumur 3 -12 tahun..
Tiket Qayyum free jer sebab bawah 3 tahun..
Boleh tahan mahal jugakla kan harga tiket Aquaria ni..




Ni pulak map Aquaria ni, ada 2 tingkat jer..
Kalau bawak stroller boleh turun guna lift..sebab tangga dia pusing2 nak turun bawah tu..




Mula2 skali masuk dalam nampak ikan piranha..
Tapi apesal cam tak berapa menakutkan pon macam dalam filem tu..
Tunggu jugak nak tengok gigi ikan piranha ni tapi non-hado jer..
Elok jer ikan tu berenang2 dengan gembira kat dalam aqurium neh..
Cuma kaler ikan ni buruk jelah..hitam je kan..




Kat dalam ni agak gelap sikit, lepas tu camera dilarang guna flash..
Jadi banyak gambar yang bergegar dan tak jadi sebab gelap..almaklumlah camera dah season kan..




Qayyum tak berapa memberangsangkan sangatla dalam ni..
Takde mood kot, senyap jer..
Bila suruh sentuh aquarium tu, dia boleh mengamuk pulak..
Ikan pon takut kerr..
Hadoii la ini budak..
Mak bapaknyer pulak yang over excited menjelajah dalam Aquaria ni..




Bila masuk kat area aquarium besar tu barulah dengan suara dia jerit2 sikit..
Baru excited kot tengok ikan besar berenang2 kat atas kepala...
Aquaria ni kecik jer sebenarnya..
Pusing2..eh, tetiba dah habis ker..
Takdelah best sangat pon, tapi oklah jugak bawak anak2 explore benda baru..




Kat dalam ni ada kedai souvenir, kereta standard ada beli fridge magnet..
Lepas tu kitorang beli jugak gambar kenang2an kat Aquaria ni..






Ni gambar dari photographer Aquaria KLCC tu..
Tapi gambar sy dengan kereta standard apesal cam tak berapa romantik sangatla pulak kan..hehe
Satu set ni RM50..
Tapi takder frame, kalau nak frame harga lainla pulak..






Fridge magnet yang penyu dengan ikan jerung tu la yang kereta standard beli kat Aquaria KLCC..RM9.90 satu..
Susun magnet ni tinggi2 sikit sebab kalau Qayyum masuk dapur memang dia kutip buat main..
Kalau main elok2 takpe jugak, ini tak..dia buat baling2 pulak..
Ada 3,4 yang dah pecah sebab terjatuh..
Sayang tau sebab ada setengah2 tu officemate dan kawan2 yang bagi..




Lepas jer habis jalan kat Aquaria, kitorang gi jalan kat KLCC pulak..
Masa ni ada pc fair tapi tak pergi pon..malas..
Kereta standard pon macam tak berminat nak pegi, so baik tak payah..




Sampai jer KLCC, sy teringin nak rasa Moo Cow punyer frozen yogurt..
Selalu asyik makan tutti fruitti jer kan..kali ni nak rasa yang lain pulak..
Lokasi Moo Cow ni kat area floor bawah tu jer..betul2 kat depan Isetan..




Menu dia macam ni jer..
Tak banyak choice flavour sangat..




Macam comel jer lembu tu kan..
Order satu jer dulu, just nak rasa..
Kang beli sorang satu, kalau tak sedap dah rugi..




Sy ambik topping oreo & pumkin seed..
Tak perasan pulak sy moo cow ni ada berapa flavour..
Tp yang ni macam original flavour jer..
Apa yang boleh sy katakan adalah tutti frutti lagi sedapppp dr moo cow ni..


Kitorang pusing kat area centre floor tu jer..
Lepas tu macam bosan jer..
Kitorang decide nak terus balik jer..
Jalan dah la boleh tahan jauh jugak sebab kan kitorang park kereta kat Aquaria, so terpaksala patah balik ke sana..


Lokasi seterusnya adalah Jusco Wangsa Maju..
Ingatkan nak makan pizza tapi kat jusco takde pizza la pulak..
Just jalan2, beli tako dengan roti..
Lepas tu engok drypers pon murah jugak terus beli untuk Qayyum..
Pusing2, takde benda pon..just jalan2 cuci mata sahaja..


Kereta standard tetap nak makan pizza hut so kitorang pon singgah pizza hut kat area Wangsa Walk tu..
Masa ni dah jam 4 petang, memula memang lapar tapi sebab dah makan tako yang beli kat jusco tu jadi dah kurang lapar sikit..




Kat dalam pizza hut ni memang menguji kesabaran sikit..
Budak Qayyum ni boleh buat perangai pulak nak main air..
Papa dia pulak order set pizza yang air ice lemon tea, tak boleh nak tukar pulak tu..
Sy risau dia sakit perut jer minum air masam tu banyak2..
Bila tak bagi apa lagi, melalak la siap ketuk2 sudu garfu kat meja..
Hadoi..




Makan cepat2 terus gerak balik..
Tak sanggup dah nak tunggu lama2..
Mood dia memang tak berapa ok hari sabtu tu, tak tahula sebab apa..
Masa bangun pagi tengok macam ok jer..


Sekian cuti2 kitorang pada hari sabtu lepas..
Hari ahad gi jalan tempat lain pulak..
Nanti esok sy update entry tu..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Tuesday, April 16, 2013

Sepetang di Old Town..


Assalamualaikum..


Last week hari Jumaat tu gi singgah sekejap kat oldtown..
Dah lama tak makan kat sini..
Rupanya dah ada set dinner..agak menarik jugak..




Budak ni bila nampak jer sudu garfu atas meja, memang cepat jer tangan dia tu nak menyepah-nyepahkan..
Terpaksala kemas2 letak kat meja lain..
So bagila pensil dengan kertas suruh conteng2..




Kereta standard ajar Qayyum menulis..
Qayyum pon khusyukla sekejap..
Tapi bila makanan sampai terusla dia membuat onar..




Kereta standard jer yg order makan kat sini..
Set nasi lemak ayam + abc + air = RM15.90..
Tapi sebab kereta standard pilih air chocolate so kene tambah lagi RM1.50..
Ada jugak menu lain, lupa plak nak snap picture..




Tengokla tu, si budak tu dah start menyebok..
Dia pon sibuk nak sudu nasi jugak..




Nak makan pon tak senang sebab anak mengacau..
Sy tak order makan sebab dah  sy tapau nasi goreng..
Beli kat lorong masa on da way nak jalan gi Masjid Jamek..
Masa tenghari tak senpat makan, so bila balik tu ingat nak makan jer nasi goreng dalam bus..
Kengkonon nak selamba jelah makan dalam bus pon..
Tapi, bus penuhla pulak..
Tak sampai hati jer nak makan..tu yang tunggu sampai rumah baru makan tu..
Walaupon dah lapar giler tahap gaban..tahan jelah..sapa suruh tak makan tengahari..


Cakap kat kereta standard, kita makan luar jelah sebab malas nak masak kat rumah..
Tak pon kongsi jer nasi goreng sy tu..tapi kereta standard taknak pulak..
Tulah yang kitorang gi singgah makan kat Old Town tu..




ABC ni ok jelah..
Takdelah tak sedap sangat..
Sy jer yang makan, sebab kereta standard taknak..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..


Monday, April 15, 2013

Buah Keranji..


Assalamualaikum..


Pertama kali dalam hidup sy tengok dan makan buah ni..
Ingatkan hanya sekadar pantun melayu, rupanya betul2 wujud buah ni yer..
Bayangkan la umur dah dekat 30 tahun, baru ni lah tengok dan kenal buah ni..ish, teruk betul kan..


"Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak tahu"




Buah keranji ni officemate kereta standard yang bagi..
Banyak pulak tu..
Buah dia kecik2..comel2 jer..
Kulit dia warna macam kelabu kehitaman sikit..




Kulit buah ni sangatla rapuh, so senang jer nak kopek isi dia..
Bau buah ni pulak macam asam jawa..
Rasanya pon lebih kurang asam jawa jugak, masam-masam lebih kurang macam tu la..




Tapi pokok buah ni tak tahu la pulak macam mana..
Ni pon sebab orang kasi, terima kasih pada yang memberi tu yer..
Semoga murah rezeki..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Friday, April 12, 2013

Teluk Cempedak & Tanjung Lumpur @ Kuantan


Assalamualaikum..


Bila dah sampai Kuantan, tak sahla kan kalau tak pegi Teluk Cempedak ni..
Saja jer jalan2 bawak Qayyum gi mandi laut..
Tapi lain pulak jadinyer..
Budak ni hampir2 nak lemas..
Berhenti jantung sy sekejap tengok..
Hish..bahaya betul..


Bila dah sampai kat tepi laut tu, terlepas pulak tangan dengan budak ni..
Dia nampak air terus duduk..
Ombak pulak datang terus bawak Qayyum..nasib baik ayah long dia jadi superhero hari tu..
Cepat2 tangkap semula..
Sangat bahaya..


Nasib la atok dia tak nampak kot, kalau tak memang dah membebel..
Cukuplah sekali ni jer gi bawak mandi laut..
Pantai kat Teluk Cempedak ni cerun sikit, sebab dah ditambak pasir..
Pantai memangla cantik, tapi kalau dah merbahayakan nyawa..apa pon tak guna..
Lagilah budak kecik macam ni, dia apa tau..nak seronok jer..
Lain kali no more mandi laut, tunggu besar sikit baru boleh mandi laut..









Dah jadi macam ni, sekejap jelah kat pantai ni..
Qayyum ni bukan boleh nampak air sangat..boleh jadi diluar kawalan..
Masuk bilik air, mandikan dan tukarkan baju Qayyum lepas tu terus gerak..
Kita main air dalam bathtub hotel jelah Qayyum ek..





Lepas jalan-jalan kat Teluk Cempedak kitorang pegi makan ikan bakar dekat Tanjung Lumpur..
Ni first time sy datang sini..
Dah banyak kali datang Kuantan tapi kereta standard tak pernah nak bawak datang makan kat Tanjung Lumpur ni..
Baru kali nilah nak pegi..




So kitorang decide makan kat Kak Long Ikan Bakar Petai..
Kat sini tak ramai sangat pelanggan..
Mak dengan abah mertua sy kata pilih kedai makan yang tak ramai sangat orang sebab taknak tunggu order sampai lama sangat..
Apa yang perasan kan kat sini semuanya ikan bakar petai..
Yang biasa2 takder kot..
Agaknya memang dah trademark Tanjung Lumpur ni memang ikan bakar petai agaknya..




Ni semua makan untuk enam orang tak termasuk Qayyum..
Ok jelah rasanya, takdelah sedap sangat sampai teringat2..hehe



Sotong goreng tepung..



Yang ni kalau tak silap daging masak merah..
Tapi macam daging masak kicap jer kan..




Tomyam wajib ada..
Taksah kan kita kalau tak order tomyam kalau makan kat luar..
Tomyam ni pon rasa biasa2 jer..lagipon dah banyak sangat lauk sampai tak terusik maka daripada membazir habiskan isi tomyam sahaja..




Sayur pulak pilih sayur kailan ikan masin..




Yang ni ketam telur masin..
Ambik ketam dua ekor jer sebab ada orang yang tak makan ketam..
Sedap jugak ketam telur masin ni..
First time makan..al-maklumlah dah lama tak makan seafood..
Time pregnant mana boleh kerap sangat makan seafood..boleh naik kolesterol ni..




Haa..yang last sekali, nilah dia ikan bakar petai tu..
Ikan pulak kereta standard pilih ikan aji-aji..
Sy kan duduk pahang baru tau ada ikan aji-aji ni..hehe
Tapi ikan ni macam kureng kene sket..better ambik ikan pari rasanya..




Budak kecik ni sekarang memang dah taknak makan bersuap..
Dia tengok orang lain makan dia pon nak pinggan dengan nasi sendiri..
Tapi memang bersepah-sepah habisla..
Takpelah, yang paling penting tak kacau orang lain makan..dan yang paling penting sekali tak meramas lauk dalam pinggan..haha..


Qayyum ni peel dia kalau dah kenyang kan dia boleh buat scrub muka dengan kepala plak nasi tu..
Makan sampai dua belah tangan..
Kita nak makan pon tak senang..
Kalau makan kat rumah takper, lantakla situ nak bersepah2 pon..
Makan kat luar memang haru..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



Thursday, April 11, 2013

Grand Continental Hotel, Kuantan


Assalamualaikum..


Last weekend kitorang bermalam dekat hotel ni..semalaman jer..hotel ni dekat dengan Megamall, Kuantan..boleh jalan kaki jer..
Tapi hari sabtu tu tak sempat nak pegi Megamall walaupun dekat jer, hari ahad lepas checkout baru berkesempatan singgah jalan2..



Booking reservation adalah secara online dan sangat berbaloi-baloi..dapat diskaun banyak..
Dapat free breakfast skali..





Budak ni kan memang malas nak jalan, siap naik troli angkut barang ni..
Lepas tu dah sampai bilik taknak turun pulak tu..haru betullah si Qayyum ni..




Kitorang dapat standard room dekat tingkat 9 ke tingkat 7..lupa sudah..
Tapi dapat katil single sebab yang lain dah full..
Kereta standard kata tak kisah jer, dan terus cantumkan katil tu..




Bilik ni ok la kot..selesa..
Tapi aircond dia cam tak berapa kuat sangat..
Nak adjust pon tak boleh..
Waktu siang sekarang kan panas, tu yang cam tak rasa sircond jer..




Budak Qayyum ni masuk jer bilik, dia dah start buat onar..
Perkara pertama nampak jer telefon terus nak main..
Pantang betul, siap kene marah dengan receptionist lagi sebab main telefon..
Terus jer cabut wayar tu, senang cerita..
Telefon kat rumah pon sama, dia buat main sampai dah rosak rasanya..
Apa tak rosak, main baling2..




Bilik air pon ok, ada bathtub..




Ni view dari bilik..
Pemandangan biasa2 jer..lagipun ni kan kat tengah2 bandar..
Kat belakang hotel ni ada sekolah..




Aktiviti anak dan bapak pada waktu petang adalah main air..
Budak ni apa lagi, gembira berganda2 la dapat main air..
Kat tingkat 3 hotel ada swimming pool tapi kereta standard kata takder pool untuk kanak2..so dia malas nak bawak Qayyum mandi kat situ..takut air dalam..
Jadinya mandi dalam bilik air hotel sudah..




Tengokla tu, lebar jer senyum budak ni..
Menjerit sekuat2nya kat dalam bilik air tu..hamboii, gembira sangat...
Kereta standard punyer layan anak dia ni mandi buih, siap cilok shower gel kat bilik mak abah dengan bilik abang dia skali..haha
Kitorang memang ada bawak shower gel sendiri tapi sebab nak taruk banyak2 tu yang guna jer yang hotel punyer..


Mak mertua sy kata, dulu2 masa bawak anak2 dia time kecik-kecik tido hotel pon macam nilah kerja budak2 tu..
Tak gi jalan2 pon tapi dah gembira sangat dapat mandi dalam bathtub hotel..




Yang tak boleh belah, bapaknyer pon sama naik dengan anak..
Gambar ada banyak tapi ni jelah kot gambar laki i yang tak berapa nak seksi..hehe..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..