Wednesday, October 15, 2014
Taman Botani & Tasik Putrajaya
Assalam,
Ni hujung bulan 8 haritu punyer cerita..
Kitorang jalan2 Putrajaya sekali lagi..ala baru dua kali pon pegi tempat nih..
Tapi kali ni dengan mak abah mertua saya sekali..
Macam sebelum ni jugak, lepas makan kat tepi tasik Purtajaya ni terusla guling2 atas rumput, ambik2 gambar..feeling2 macam kat oberseas katanya..haha
Hoii, budak2 berdua ni berganda2 gembira..
Berlari kesana kemari dengan tak pakai kasutnya..
Lantakkan saja, dah penat kang diorang diam la..
Tapi tak sangka, budak2 ni tak reti duk diam rupanya..
Haha..nanges..
Ni kalau tak angkat, bawa balik masuk kereta memang diorang ni nak duduk jer main kat sini..
Hai la anak2, nanti mama bawak datang main sini lagi yer..next time kita datang lagi..
Sila abaikan mamat yang selfie kat belakang tu yer, kemain lg dia kan..haha
Sebenarnya kitorang makan dulu, baru duk lepak kat padang rumput tu..
Tapi dah malas nak susun gambar ni, biarkan lantak jer..
Makan kat sini not bad jugak, most recommended roti jala dengan cucur udang..
Tetibe macam nak makan roti jala pulak malam ni..
Masak pon ok jugak ni sebab daging korban tu ada banyak lagi, boleh buat kari untuk cicah dia kan..
Malam tu kitorang semua tido rumah long kereta standard kat Cyberjaya..
Esoknya baru plan jalan2..
Ni masa ni, cuti hari merdeka..
Cuti lama tu yang mak abah mertua sy nak turun KL, sambil nak tengok rumah baru anak dia sambil bawak jalan2 tu..
Pagi keesokan hari tu, kitorang pegi Taman Botani Putrajaya.
Masuk free jer..
So aktiviti masa tu jalan2 tengok hutan jer..
Sy pon first time datang sini..
Ok la tempat ni, untuk tenangkan diri sangat sesuai sebab tengok pokok2 jer..
Ada jambatan gantung..
Kalo ambik gambar guna DSLR mesti gambar cun2 kat sini..
Sebab backgroud semua hijau..
Budak kenit ni, memang meronta2 tak nak dukung..
Belagak giler nak jalan sendiri..
Tapi tulah bila lepas, jalan ntah kemana2 hala ntah..
Semua benda daun2 kayu, ranting semua nak dikutip..
Ni la akibat tak bawak stroller ni, letih oo nak kejar budak kecik ni..
Berpeluh2 jugakla ketiak..haha
Layankan jelah perangai diorang nih..
Anaz tengok Qayyum kutip daun, dia pon cepat2 kutip daun jugak..
Kalau perangai tak senonoh tu kan, cepat jer belajar..
Lepas habis ronda Taman Botani tu kitorang naik kapal plak pusing tasik Putrajaya ni..
Price lupa la, rasanya dalam RM20 kot per person..
Tapi abah mertua sy taknak ikut..yang lain semua layan jer naik bot..
Memula excitedla baru naik kapal..lagipon tak pernah lagi experience pusing Tasik Putrajaya ni kan..
Tapi lepas tu ngantok weii..
Lama jugakla dia pusing, dekat 30-40 minit jugakla..
Cuaca pulak dahla panas terik..
Termenguap2 sy..nasib baikla tak tertido..
Kapal ni muat2 jer kitorang satu family..
Lalu dekat Masjid Putrajaya..cantik sangat view..
Budak2 ni memang duk diam jer..
Takut jatuh dalam air le tu..haha
Tapi kalau diorang ni buat huru hara, sy pon risau jugak kalau jatuh..ishh..
Ok, lepas pusing2 tasik Putrajaya perut pon dah bergendang2 kelaparan..
Terusla melepak kat Alamanda jalan2 dan cari makan..
Kitoarang makan kat food court dia jer, lepas tu pusing2 window shopping..
Ehh, window je ke ntah ada terbeli barang jugak ntah suda lupa..hehe
Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment