Pages

Wednesday, September 10, 2014

Episod Ngeri Anak Demam Part 2 - Admitted Hospital


Assalam,


Sambung lagi cerita pasal demam Anaz Qaizer aritu..


Start demam dari 9/8 sampai 15/8..
Yang 9 haribulan tu yang sy bawak gi jalan merata tu lah..

Hari isnin  11/8 tu sy siap amik EL sebab nak jaga Anaz..
Tapi suhu tak turun pon..
Hari selasa terpaksa kerja sebab nanti sy stress pulak kerja belambak kat office..

Dalam pada tu, call juga pengasuh tanya Anaz demam ke tak..
Pengasuh kata dedar dan xde mood..asyik nak melekat jer..

So hari selasa tu, sampai Bentong jer terus bawa gi klinik..
Bila check dada, memang ok..takde infection tapi doktor kata xnak ambik risiko..
So doktor advice utk refer ke hospital buat blood test dan sebagainya sebab demam dah lama on and off..

So bila doktor kata dada ok..terusla lega sikit..
Tapi kitorang tak bawa gi hospital terus pon..
Hari rabu tu suhu dia masih 37 - 38..
Kitorang macam susah tau nak bawa pegi hospital sebab memang confirm kene tahan punyer kan..


Hari Khamis malam tu suhu Anaz 39..hoii, memang menggelabah habisla..
Dah tak boleh tungu dah tu, memang kene bawa gi hospital juga..
Pagi Jumaat tu sy ambik urgent leave..kereta standard pon sama ambik urgent jgak..
Lepas breakfast kitorang pon siap2 terus gerak gi KL..
Pikir punyer pikir, kereta standard nak pergi KPJ Ampang Puteri walaupun sy nak pergi Prince Court..
Ngengada betul nak Prince Court..haha
Nasib baik medical cover by company so bolehla pilih suka2 nak hospital mana kan..
Kereta standard kata kita try dulu Ampang Puteri lagipun sebab dia dah biasa melawat anak kawan office dia kat situ..


So bila jumpa doktor, tak demam pulak..tapi flame banyak dengan batuk lagi..
Memang kene tahan wad la..
Nasib baik memang dah prepare segala kain baju ni nak tido hospital..


Tapi malangnyer hari Jumaat tu wad penuh pulak, so kitorang pon terus balik Bentong semula..
Kali ni takde jalan2 dah sebab takut jangkit kuman jer karang, walaupun ada hati nak singgah KLCC..nasib baik kereta standard malas nak layan so tak jadila KLCC..balik rumah jelah..

Dalam kul 6.30 petang tu baru hospital call inform dah boleh masuk ward..
Tapi lepas magrib baru kitorang gerak dari rumah..
Lepas tu sampai KL kitorang gi makan nasi arab dulu, kene la isi perut dulu sebab sebelum tu makan lunch jer..


Sampai hospital, masuk wad lepas tu kereta standard terus balik..
Tapi diorang tido Cyberjaya la, xla nak balik Bentong tu.


Masa nak cucuk utk masukkan drip kat tangan Anaz tu memang kesian sangat..
Meronta melalak tak hengat ler..
Nak ambik darah pon rasa kesian sangat..


Lepas tu terus lembik..
Dah masuk ubat, terus tido jer..



Dapat wad yang 2 bed per room.
Tapi bilik ni giler tak best..
Katil betul2 mengadap pintu, dah tu sebelah kaunter staff nurse plak tu..
Diorang ni kadang2 keluar masuk tak tutup pintu pon, banyak kali sy pulak yang terpaksa bangun tutup pintu..

TV plak kat luar tirai, tu yang terpaksa bukak tirai..terus nampak pintu..
Diorang staff yang kat kaunter tu kalo berkumpul, bersembang gelak2 tak hengat dunia jugak..

Tu jelah yang tak ok, yang lain ok2 jer..
No bilik ni 401, tapi sy tengok bilik2 yang lain tu macam ok jer..
TV pon dalam tirai so xperlula selak tirai kalo nak tengok TV..
Ha ada lagi satu nak complaint pasal TV..hari ke-3 tu tiba2 remote control hilang pulak..
Tak tau la masa diorang tukar cadar tu terhangkut sekali kot..



Keadaan Anaz, ok jer cuma batuk dengan selsema..
Demam dah baik..


Bab makan, ni pon masalah jugak kat sini..
Dulu masa kat KPJ Tawakkal, sy dapat menu..ada choice dan boleh pilih nak makan apa..
Tapi kat sini xde menu plak..

Ada satu hari tu, lauk dia ikan masak kari..pedas pulak tu..
Cemana la anak aku nak makan..
Dah la budak ni taknak makan nasi, macam lauk kat atas tu nasib baik ikan dia ok la..tak pedas..
Dapatla suap Anaz dan budak tu pon nak makan ikan tu..tapi nasi memang xmo makan..
Letak sup pon xmo makan nasi jugak..
Yang lain2 tu mak dia la yang bedal..


Bawak gi playroom pon tak berapa aktive sangat..
Semua benda pon nak main tapi takut..acaner..


Bila dah masuk hospital ni, semua benda pon menangis..
Neb pon melalak meronta macam sakit sangat..
Nak bagi makan ubat pon payah yang amat, nampak nurse datang pon dah start melalak..


Nasib baik Qayyum ok jer..
Kesian kat kereta standard la kene berulang alik..
Siang kereta standard memang tak datang melawat la, lepas magrib baru sampai..
Kang jam sebelas baru gerak balik..


Kalau dah malam mesti lapar, lagipon datang melawat masa belum makan..kesian la diorang ni..



Kereta standard siap snap map kawasan sekitar hospital..
Senang nak aim nak makan apa, kang jalan kaki jer gi tapau..


Best sangat diorang ni, makan macam2 time Anaz masuk hospital..


Bila duduk hospital, dr sihat terus rasa tak sihat..
Giler bosan kot..
Tapi dapatla rehat walaupun dalam wad..

Budak Anaz ni pon ok, walaupun pengalaman pertama warded..


Time nak solat, bagi jer tab..
Senyapla dia sekejap dan dptla solat ker pegi toilet ker..
Kalo mandi, kene awal2 sebelum dia bangun..
Kalau tak memang melalak habis..


Kalo lunch or dinner memang makan lauk jer..
Nasi xmo makan..


Tu jelah rutin duk hospital selama 4 hari 3 malam..
Main playroom sekejap, makan ubat, neb, pisio/sedut kahak..
Selebihnya tidur jer..
Dengan sy2 pon asik tidur jer..


Malam yang ke-3 tu kitorang selinap Anaz gi tapau makan kat luar..
Haha..lepas tu asyikla risau jer nak balik wad cepat2..


Kereta standard memang datang melawat tiap2 hari tp sebelah malam jelah..
Nasib baik esok tu dah nak keluar wad..


Kesian dia, ni memang first experience masuk hospital..

Yang ni lawak, kereta standard kata dah lama teringin nak tido atas katil baby..
Kesian dia..
Nasib baik katil hospital tu katil besi, kalo tak mau runtuh..



Dah tu siap bekumpul beramai2 pulak kat atas ni..
Hadoyaii diorang ni..


Hari yang ke-4 tu alhamdulillah dah bole discharge..
Lepas tu ada appoinment follow up pon ok jer..

Sy plan nak ambik pneumococol (betul ke tak ntah spelling) antibiotik tu la utk budak2 ni..
Doctor advise utk Qayyum sekali sebab dah 3 tahun..
Utk Anaz kene ambik 2 kali tapi kene tunggu dia betul2 sihat baru boleh ambik..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


4 comments:

  1. Tak pernah tau cane servis kat ampang puteri. Sy sll pg pusrawi tawakal dan skrg ni columbia asia. Yg x best kat columbia asia ni x dapat katil budak budak. Means ada satu katil je utk mak ngan anak. So x selesa nak tido. Bilik pun kecik. Ada sofa panjang tapi sempit. Dgr kata prince court best. Tp tgh tgh kl. Crowded. Klw pusrawi dan tawakal ada katil utk kanak kanak. So mak pun boleh tido dgn selesa. Bilik pun besar. Tp nurse kat pusrawi x best even melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ker kak, sy pernah masuk Tawakal dulu mcm ok jugak tp Ampang Putri ni pon first time..budak masuk hospital pon first time..

      Delete
  2. nape panggil kereta standard?sorry newbie here

    ReplyDelete
  3. Kenapa kereta standard..kereta buruk eh..ke kena pakai mercedes baru panggil org kayo

    ReplyDelete