Pages

Friday, October 4, 2013

Pulau Perhentian - Part 1


Assalamualaikum..


Alhamdulillah, cuti-cuti Malaysia kali ni sy pergi Pulau Perhentian dengan keluarga mertua dr 27/9 - 30/9 (jumaat sampai ahad)..
Dah lama plan tp asyik tertunda jer..dari sebelum bersalin sampai dah bersalin asyik tak jadi jer..
Abang kereta standard beli pakej Pulau Perhentian ni dekat Matta Fair, tapi dah nak expired bulan 10 sbb pulau akan ditutup dari Oktober sehingga Februari disebabkan musim tengkujuh..
So ni adalah minggu2 terakhir boleh datang Pulau Perhentian..


Kalau cuti-cuti sy mesti divide entry kepada beberapa bahagian sebab gambar adalah sangat banyak..lagi satu tak rajin sangat nak taip banyak2..hehe


Pakej ni 3 hari 2 malam tapi sebab taknak rushing sangat so kitorang gerak hari Jumaat..
Kitorang drive jer, bawa 2 kereta then tidur dekat Besut satu malam..


Sampai Kuala Terengganu sempat gi jalan2 kat Pantai Batu buruk jer..
Itupun sebab nak berhenti makan..
Adik beradik kereta standard ni semua lelaki, jadi memang straight foward pergi tempat yang nak pergi jer, tak best sangat sebab tak singgah tempat lain..
Memula tu dah berangan dah nak pegi situ, nak pegi sini, nak pegi pasar payang, tapi tinggal berangan jelah..
Biasa la pompuan, kalau jalan2 mestila nak shopping kan..tp diorang ni xder makna nak singgah2..
Kang bising2 kata mengada2 pulak kan, layan jelah..hehe




Kitorang gerak dr Temerloh dalam jam 11 pagi la lebih kurang..
Sampai Pantai Batu Buruk ni dalam jam 3 petang, lepak2 kat sini, dah siap makan then terus gerak ke Besut.
Walaupun hari tu cuti bagi pantai timur tapi tak ramai sangat orang masa mula2 sampai sini..
Time dah nak balik petang sikit tu baru la nampak kereta mula banyak..




Dekat area pantai ada kereta kuda berhias, saja jelah nak naik..
Harga RM5 per person..kanak2 RM3
Ingatkan jauhla dapat jalan2 naik kereta kuda ni..bolehla berangan ala2 cam fairy tale sekali dia pusing dua kali kat depan2 tu jer..
Puii, hampeh betul..langsung tak berbaloi jer bayar 18 hengget setakat dua pusingan tu..





Kat Besut kitorang menginap kat homestay jer..
Bila sampai jer kat homestay ni, hoii santiknyer rumah ni buat homestay..tak sayang ker tuan rumah ni..
Sy rasa tuan rumah ni mesti kaya giler kot, sebab tu tak kisah pon rumah cantik macam ni dijadikan homestay..




Sewa homestay ni RM150 untuk satu malam..
Bilik ada 4..bilik air ada 2..
Tapi rumah ni kosong jer, just ada basic furniture..
Nampak kosong sebab ruang luas, rumah besar kan..Qayyum seronok sangat dapat berlari2..




Master bedroom jer yang ada katil, bilik2 lain just ada tilam..
Master room tu bagi kat mak abah mertua sy, so kitorang ambik bilik lain..
Tapi rumah ni panas amat, aircond pulak ada satu jer..tu pon kat master room..
Kipas dah pasang full tapi tak rasa angin pon..


Malam tu adik beradik kereta standard masing2 keluarkan tilam tidur kat hall jer..
Yang kitorang ni takkan nak tido kat hall pulak..
Last2 angkut tilam masuk tido kt master room jugak sebab tak tahan panas..




Yang tak bestnyer rumah ni ada banyak lipas, siap beratur2 kat dinding lagi..




Jam 9 pagi hari Sabtu tu terus gerak ke jeti..
Kat situ ada tempat parking kereta yang berbayar dan selamat cuma bayar RM7 sehari..3 hari baru RM21..
Ok la kan, selamat sebab tempat park tu macam kat depan rumah orang jer..
Rasanya memang owner rumah tu jadikan halaman rumah dia tempat parking..






Naik bot dalam jam 10 pagi..
Hoi, rasa takut jugak memula naik tu..
Terlambung2 duduk bila bot tu langgar ombak..
Dahlah pegang baby, risau jugak la takut terpelanting masuk laut..tak pasal2 jer..
Bot pulak boleh tahan laju jugak..
Walaupun pakai safety jaket tapi sy tetap risau selagi tak sampai kat pulau..
Bot pulak biasa2 jer, tak kecik dan tak besar sangat tp muatla dalam 15 orang termasuk driver bot skali..




Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 bahagian, satu Pulau Perhentian Kecil & Pulau Perhentian Besar..
Yang kitorang pegi ni adalah Pulau Perhentian Besar..
Kat Pulau Perhentian Besar tu memang xder orang duduk..sekeliling cuma ada resort & chalet khas utk tujuan perlancongan..kalau ada pon orang duduk cuma pekerja resort jelah agaknya..
Pulau Perhentian Kecil memang ada penduduk, malah ada sekolah rendah dan kemudahan2 lain..
Perjalanan ambik masa dalam 30 minit dr jeti Besut ke pulau..




Akhirnya sampai jugak ke pulau..
Sebelum land ni risau jugak sy sebab sy ada baca blog tentang blogger yang bercuti ke pulau ni semua kata kene lompat keluar dr bot masa nak land..
Sy ni dahla ada anak kecik ni, baby pulak tu..cemana pulak kalau kene lompat keluar..


Tapi sebelum bercuti sy ada call agent percutian ni nak comform kene lompat or ada jeti..
Nasib baik agent tu kata ada jeti kecik, tak payah nak lompat2 sangatla..
Hahaha..lepas tu rasa kelakar pulak tanya soalan tu..


Sebenarnya sebelum ni pulau ni memang xder jeti, baru2 ni jer diorang buat jeti kecik utk bot mendarat..
Long kereta standard dah pernah datang dah dulu, dia pon kata sebelum ni memang kene lompat sebab takde jeti..
Kereta standard pon dah memikirkan risiko2 yang terpaksa dihadapi kalau2 kene lompat dr bot masa nak land, jadi kitorang bawak baju sket jer muat dalam satu bag pack dengan baju budak satu beg galas..lepas tu wajib bawak beg susu..




Sampai jer Hentian ni rasa tenang, aman & damai jer..
Laut memang cantik giler..
Jauh dr pembangunan, cuma dengar bunyi ombak jer..
Sangatlah selesa dan sesuai datang bercuti kat sini kalau nak release tension..


Yang hitam2 tu adalah coral/batu karang..
Kalau perasan sepanjang laluan bot tu memang xder coral sebab diorang dah alihkan ke tepi sikit..
Yang ni memang khas utk laluan bot..semua bot kene lalu ikut sini xboleh suka2 jer nak lalu tempat lain..


Sampai pulau +- dalam jam 10.40,  terus jer check-in..
Kat sini ada banyak jenis chalet..




Kitorang punyer yang ni,
Chalet 2 tingkat..bilik dia biasa2 jer dan kitorang pilih yang kipas angin jer sebab yang aircond mahal melampau..
Kat sini kan diorang guna generator jer utk jana elektrik, mana ada stesen tnb tu yang bilik aircond mahal kot..
Tak kisahla, yang penting selesa kan, bukannya nak mewah2 sangat..




Check-in dulu, letak2 barang lepas tu baru tengok2 sekeliling..







Pakej 3 hari 2 malam kat sini termasuk makan breakfast, lunch dan dinner..
Memang takkan kebulur la kan duk kat pulau ni..
Makan pon ok, bolehla tahan sedapla jugak..


Jam 12 tengahari dah boleh makan lunch..
Sebelum tu dapatla meninjau2 kawasan2 sekitar dulu..





Laut dan pantai dia, masyaallah memang cantikla..
Tapi ooppsss, sorry ada gambar bontot pulak disitu..hewhew


Kat sini memang ramai mat salleh..
Diorang ni memang suka pantai agaknya..
Kekadang sy tak paham apa yang best sangat berjemur bawah panas tu..
Diorang ni boleh relax jer berjemur berjam2 sambil baca novel dan ada jugak yang tido..
Berjemur, mandi laut lepas tu berjemur lagi, mandi laut lagi, berjemur kasi kering lepas tu baru balik..
Haiyooo..lepastu habis merah2 muka badan semua..




Tiap2 pagi dan petang staff2 resort ni akan sapu semua daun2 dn sampah kat sini tu yang nampak cantik dan bersih tu..
Tapi yang sebelah situ tu xder resort or chalet tu yang macam ada banyak kayu2, tunggul semua..
Tapi kat sebelah hujung nun di sana tu ada resort cantik tak silap nama dia Arwana..
Tapi situ pantai dia tak berapa cantik..ada banyak coral kat tepi pantai dia..mungkin disebabkan pantai tak cantik sangat so resort tu ada sediakan swimming pool..





Semua urusan check-in dan makan kat sini..




Kat resort ni ada banyak pokok bunga kemboja tau..
Kat keliling chalet penuh dengan pokok kemboja ni..
Maybe sebab tu nama dia Flora Bay agaknya..







Yang ni tak tau pokok bunga apa, tapi bunga dia cantik jugak sebab warna putih..




Yang ni pon tak tahu pokok apa, buah dia unik..
Pokok ni tinggi menjulang, lepas tu buah dia bertandan2 macam buah nipah..macam pisang pon ada jugak..


Cukupla dulu kot,nanti sy sambung Part II pulak ek..
Terima kasih sudi baca..
Sekian..



No comments:

Post a Comment