Assalamualaikum..
Sy baru jer start kerja, ni dah masuk minggu kedua..
Kali ni cuti bersalin lama, dapat 3 bulan..
Alhamdulillah..dapat jugak rasa cuti 3 bulan cam pekerja gomen..hehe..
Dan yang paling best cuti pulak pada bulan puasa dan raya..tak payah pening2 kepala nak apply cuti raya dah..
Time cuti memang malas nak update blog..
Dah bersawang2 rasanya kan..hehe
Harap2 lepas ni lebih bersemangat nak update..
Entry pertama selepas bekerja nak cerita pasal jamuan raya kat office sy..
Hari Khamis last week, TMKL buat jamuan raya..
Ni kali kedua unit sy join..
Kali ni macam best sikit sebab temanya adalah klasik raya..
Kitorang memang bersemangat habisla mendeko2..
Dengan harapan dapat MENANG...hehe
Bos sy memang bersemangat, habis kete anak dia yang baru beli diangkut datang sini..
Siap cakap anak dia belum rasmi lagi, baru seminggu beli..hehe
Vespa tu pulak pinjam BIL sy..
Pagi2 gi umah dia ambik moto..
Menggeletar ko bawak vespa..maklumla dah lama tak rempit, kat KL pulak tu..
Nasib baik dekat jer bawak dari Kg Baru ke Jalan Raja Chulan..
Sampai kat office jer terus jadi glam & glamorous..haha
Semua ingat ai bawak vespa dari Bentong dtg KL..heheh..
Benda2 hiasan ni bos ai pinjam dr TM MSC..semangat kan..
Siap ada durian lagi..
Tapi barang2 klasik kitorang takde la banyak sangat, walau bagaimanapun memenuhi tema la jugak..
Sehari sebelum jamuan raya memang bizi, ni la kerja kitorang..mengangkut semua barang2 ni kat rumah masing2..
Yang ni view sebelah depan booth..
Lupa plak nak snap picture yang takde model..hehe
Menu of the day adalah "Laksa Johor"..
Sebab dah tau laksa ni sedap so nilah menu wajib ada setiap kali jamuan raya unit sy..
Simple jer, kali ni kitorang buat satu menu jer..
Adalah jugak kuih-muih tradisional sikit buat tambah2..
Disebabkan konsep tradisional, jadi makan pon kene la bersila..
Siap ada congkak bijik getah lagi..
Sepatutnya kitorang kene pakai kebaya kalau nak ikut konsep sangat kan, tapi masing2 kata kebaya dah tak muat..termasukla ai..muahaha..
Misi 50kg masih belum berjaya lagi..hehe
Hari tu sy pakai baju kurung pahang jer, yang tahun lepas punya..tapi tak pernah pakai lagi sebab baju tu siap masa sy tengah mengandung..sebab baru pakai kira macam baju baru la jugak kan..
Sy tak banyak sangat ambik gambar kat dalam khemah sebab gelap..
Kurang pencahayaan jadi tak payahla kot letak gambar banyak2 sangat hehe..
Pilih picture yang cun2 sahaja..
Seterusnya kita jalan2 kat booth unit lain pulak..
Diorang punya lagi grand rupanya..
Kitorang ingatkan kitorang punyer tu la yang paling cun sekali rupanya booth lain lagi lawo..
Muahaha..perasaan sangat kan..
Booth yang pon hebat jugak, ada ayam golek Kg Dusun..hehe
Ada moto jaman dulu dan macam2 lagi..
Antara menu yang disediakan..
Sy suka jugak booth ni, dua kali jugakla ulang-alik ambik ayam golek tu..
Macam mana nak kurus kan..
Mulut jer kata nak kurus tapi perut asyik makan jer..muahaha..
Masih lagi Support Group..
Deko2 yang agak menarik jugak..
Ada pelbagai kuih muih..
Yang paling sedap sy rasa jelly kelapa ni..
Sy makan dua tau..rasa dia macam air kelapa yang diletak dalam freezer tu..macam aiskrim air kelapa pon ia jugak..dan tak manis sangat..
Yang pulak booth TM Point KL..
Menu diorang apa ek, sudah lupa pulak..
Yang paling best adalah booth CSMKL..
Booth ni la yang menang tempat pertama..
Memang dasyatla deko2 diorang ni..
Menu pon kreatif kan..
Siap letak bawang, cili segala..
Diorang ada dua moto, satu honda kapcai ni dan lagi satu vespa lama jugak..
Siap ada tiffin mangkuk tingkat, bubu bagai..
Yang paling unik sekali model kebaya tu..
Mesti lama giler umur kebaya tu kan..
Ni rasanya boleh dah buat muzium sebab banyak sangat barang2 antik diorang ni..
Kat luar pon dah hebat, kat dalam lagi hebat jugak..
Ada dulang besi, tempat sireh..
Yang tak tahan, siap ada kipas lama tu..
Rasanya kat umah mak sy kat kampung pon ada lagi kipas macam tu..
Mak sy masih guna letak kat dapur sebab kipas tu masih elok berfungsi..
Ni antara menu booth ni..
Ada banyak giler lesung batu..mesti bawak dari rumah sorang satu..hehe
Tapi sy tak makan pon kat sini, datang just tengok2 jer..
Diet konon kan..jadi haruslah makan sikit jer..
Ok, dah habis dengan CSMKL, kita terjah unit lain pulak..
Yang ni ZFT KL..tapi masa ni ramai sangat orang kat dalam so sy ambik gambar kat bahagian luar jer..
Ada basikal tapi tak berapa klasik sangat..
Tapi deko2 unit ni cantik jugak..
Sebenarnya ada 10 ke 13 booth la kalau tak silap sy..
Gambar pon ada banyak sangat..
Just ambik random jer..
Sy jemput jugak kawan2 tapi semua orang ada jamuan raya pada hari yang sama juga..
Tahun ni pon macam tak ramai sangat yang datang compare last year..
Tapi tetap meriah..
Lepas tu sesi makan durian pulak..
Ni durian 3 biji yang kat depan rumah hiasan tu la..
Dapatla sorang merasa seulas..haha
The moment of truth, booth kitorang dapat menang tempat ke-2..
Haha..masa diorang announce tu macam tak percaya pulak sebab rasa macam booth lain punya deko2 lagi cantik..
Apa2 pun tahniah untuk semua kawan2 CMUPJ yang telah bertungkus lumus mendeko dan mengemas..
Kalau tahun ni dah menang, tahun depan lagi semangat nak buat lagi best..
Lepas kemas2, haruslah hantar balik vespa pada tuan dia..
Cool tak awek diatas bawak vespa..hahaha..buat2 jelah macam sesuai kan..
Rasanya sebab vespa ni lah kitorang dapat menang..
Terima kasih pada long kereta standard sebab bagi pinjam vespa ni..
Ramai sangat rupanya peminat vespa ni..sebab ramai sangat yang nak posing ambik gamba..
Sekian,
Terima kasih sudi baca..
No comments:
Post a Comment