Assalamualaikum..
Malam Jumaat lepas kitorang gi makan kat luar..
Kereta standard ajak makan lamb chop tapi sy pulak kene belanja dia..
Hamboii, bijak sungguh..
Lepas isyak baru keluar rumah..
Nampak parking kosong terus jer park cepat2..
Cuaca nampak gaya macam nak hujan lebat..
Gerimis pon dah start turun..
Kat Bentong ni mana ada banyak sangat choice tempat makan..
Jadinya, balik2 kat tempat sama jugak kitorang makan..hehe
Macam biasa kitorang makan dekat Restoren Tawakal..
Sampai jer restoren, ada satu jer meja kosong..
Yang lain semua penuh..
Sekali tengok kat luar, hujan turun maha lebat..dengan berangin2 kuat sekali..
Nasib baik dah sampai..kalau tak jenuhla nak meredah hujan..
Kali ni dapat lokasi tak berapa strategik sangat..
Bila ambik gambar semua jadi malap..almaklumlah, camera pon dah season..hehe
Selalu kitorang duduk kat sebelah atas, lampu dia terang sikit..
Tapi kan dah penuh..duduk jelah mana2 meja kosong..
Yang kat bahagian bawah ni, lampu dia ala2 romantik sket..
Sy order mushroom soup utk Qayyum..
Memula sombong, taknak makan..
Jenuh jugak nak suruh dia rasa..geleng2 kepala taknak makan..
Sy pon coletkan kan bibir dia sikit..
Agaknya macam sedap jer bila dah rasa sikit tu..last2 habis semangkuk utk dia jer..
Kereta standard macam biasa la..
Sangat setia kepada lamb chop..
Ntah, sy tak minat sangatla kambing2 ni..bila makan rasa melekat jer kat tekak..
Malam tu sy order Grill Chicken dengan mushroom sous..
Tapi breast chicken tu macam kering sangatla pulak..terus sy rasa cam agak kureng sedap..
Lama jugakla lepak dalam restoren ni sambil tunggu hujan reda sket..
Memula kitorang makan betiga beranak jer, lepas tu ada dua orang lagi kawan kereta standard datang join..
Lepas tu kereta standard jumpa pulak kawan dia yang lain..
Diorang duduk meja sebelah kitorang jer..
Berapa banyak kawan daa..
Time nak bayar tu, tetiba cashier kata dah ada orang bayar utk meja kitorang..
Owh, dah ada orang belanja rupanya..
Selamat duit sy..hehe...
Lama jugak melepak kat sini, dekat pukul sebelas baru gerak balik..
Itupon hujan masih renyai- lagi..
Sebab hujan sangat lebat, air naik sekejap jer..
Rumah2 dengan kedai2 kat tepi jalan dah banjir dah..
Tapi rasanya sekejap jer dah surut balik tu..
Terima kasih sudi baca..
Bye..
No comments:
Post a Comment