Assalamualaikum..
Hari Jumaat lepas sy balik Sg Besar..
Kereta standard dengan Qayyum ambik sy kt Gombak kemudian terus gerak balik..petang tu mintak keluar awal sket dekat bos..sy naik LRT dr Masjid Jamek sampai station Gombak..
So balik kali ni kitorang ikut KL..malas nak ikut Genting Highland tu sebab takut sampai malam..
Area Tanjung Malim ke Sg Panjang tu kan gelap..kalau balik siang memang kitoang akan ikut sana jer dekat..
So, bila sampai jer kat Kuala Selangor maka nampaklah sign board Cendol Bakar..
Selalu kitorang lalu jer, xder perasaan nak singgah pon..
Cakap2 jugak dengan kereta standard sebelum ni nak rasa tapi bila sampai jer mesti dia buat bodoh xmo singgah pon..
Tapi kali ni dia singgahkan jugak sebab kesian sy mengandung katanya..eleh..
Kitorang drive-thru jer..
Masa ni dalam pukul 5 petang..
Drive-thru pon kereta beratur panjang tu..
Yang datang makan kat sini pon ramai jugak..
Hebat betul bisnes diorang ni..
Walaupon dah petang tapi cuaca panas terik..
Memang sesuailah panas2 macam ni kita minum cendol kan..
Memula ingat nak singgah lepak2 makan tapi kereta standard kata nak makan satay..
Walaupun lapar, tunggu sampai Sg Besar nanti baru nak makan..
Ada enam jenis pilihan cendol...
Sy pilih Cendol VVIP yang nombor dua tu..
Kereta standard pulak pilih nombor satu..yang cendol VIP..
Bezanya, yang sy punya ada pulut..
Sekejap jer tunggu, potpet2 dalam kereta..
Dah siap pon..
Bungkus sudah..
Beli dua jer..sorang satu cendol..
Kereta standard pulak yang lebih excited..
Dapat jer cendol terus sedut...
Sy terlupa plak dekat budak kenit ni..
Dia pon nak sedut jugak..
Kedekut pulak tu, dapat jer air taknak kongsi2 dengan orang lain..
Terus minum sorang2..
Qayyum punyer sedut tu, sampai menitik2 dekat seluar sy..
Mengamuk2 kalau kita ambik air dia..
Tak padan dengan kecik lagi, sibuk jugak dia nak minum cendol..
Tapi, Cendol Bakar ni memang TERBAIK!!!
Dia punyer gula merah tu memang pekat dan sedap..
Patutla ramai pelanggan..memang sedap rupanya..
Next time boleh singgah beli lagi kat sini..
Terima kasih sudi baca,
Sekian..
No comments:
Post a Comment