Assalamualaikum..
Seminggu ni sy agak busy sket..
Last week sibuk dengan final exam, alhamdulillah..final exam untuk final semester sy dah pon berakhir..
Last paper adalah Financial Management hari ahad lepas..study pon last minute, jawap merepek2..ntahla..at least dapat B pon ok la..sy memang tak pernah aim untuk score A's pon untuk subjek calculation ni..memang sangatla tak pandai..walaupun macam senang, tapi bila dah buat exercise, contohnya buat 3 kali exercise..lepas tu mesti dapat jawapan yang lain2..tu yang menyampah tu..
Lepas dah habis final exam, menggelupur pulak untuk siapkan final tesis..yang ni kene buat ikut spec UTM, font, page no, spacing dan macam2 lagi..dan yang paling penting kene hard cover binding...nanti sy buat new post tentang tesis ni ya..
Bila tesis dah siap, sambung menggelupur lagi pasal nak audit SIRIM kat office..
Dalam masa 2 minggu kene clearkan fail, sy pulak kene pegang 2 QP..sangatla stress nak siapkan fail..asyik semak, print, semak lagi, print lagi..
Lepas tu kene clearkan semua adjustment yang belum buat, beribu2 akaun kene check..
Tapi nasib baik sy sangat cekap menguruskan masa..hehe..kononyer la kan..
Tepat jam 5.30 petang punctual terus balik, xder makna nak stayback..rumah dah la jauh..
15/1/2013 iaitu hari selasa lepas ada mock audit by HQ, lepas tu audit dr SIRIM pulak adalah semalam 17/1/2013..
Yang bestnyer QP sy tak kene pon..hehe..selamat..
Buat satu hari jer, mana nak sempat check semua QP..
Alhamdullillah, everything going to be smoothly..xder NCR, cuma ada beberapa penambahbaikan sahaja..
Uishhh, panjang lebar sungguh membebel kan..
Hari ni baru la ada free time, so kali ni nak cerita tentang presentation tesis sy ke Skudai hari tu..
Tapi untuk first batch ni sy cerita tentang hotel yang kitorang duduk tu dulu lah yer..
Untuk 3 hari 2 malam, kitorang menginap dekat Scholar's Inn, UTM..
Dalam UTM ni ada banyak juga rest house yang disediakan untuk student, orang luar pon boleh sewa jugak..
Yang ni view dari sebelah belakang apartment..
Kat bawah ni ada cafe, makanan dia not bad lepas tu murahla jugak..
Tu la office dia,
Kene buat reservation dulu sebelum datang sebab takut full..
Yang ni view sebelah depan..
Apartment ni 10 tingkatla rasanya..
Ada empat jenis rumah dengan harga yang berbeza, masa sy book tu yang available cuma standard dengan deluxe room jer..
Apartment ni ada 2 bilik, 1 bilik air..
Beza standard dengan deluxe, bilik standard tu cuma ada kipas..yang apartment deluxe tu fully aircond..
Yang suit dengan scholar's tu maybe beza perabot..lebih exclusive la agaknya..
Sy ambik yang deluxe tu..
Kitorang bawak adik kereta standard skali, boleh tukar2 drive..lagipon kereta standard xbiasa jalan Johor..takut sesat katanya, tu yang bawak escort tu..
Ni pulak view dari balcony apartment, kitorang dapat tingkat 7..
Luas jer mata memangdang..
Ni memang first time sy datang UTM Skudai, dulu masa registration sy xdatang pon..sy register dekal KL jer, sebab masa tu ada kawan sy yang datang register kat Skudai then dia kata boleh jer tak payah datang sini, tu yang tak pegi tu..
Yang ni hall apartment, ada sofa dan meja makan kecik..
Stroller Qayyum ni memang kitorang hangkut mana2 pegi..
Bawak macam2, jadi digunakan untuk letak barang..
Memang sangat berguna, xrugi beli..hehe..
Balcony ni agak bahaya, sebab tengokla palang besi tu..dah tercabut..
Setakat Qayyum besar tu, memang boleh bolos..
Yang ni pulak bahagian dapur, siap ada peti ais..
Tapi pinggan, sudu semua xder..yang ada jug plastik dengan beberapa biji gelas jer..
Yang ni pulak bilik kitorang..
Sy pilih bilik depan, adik duduk bilik belakang..
Katil dia satu2..terpaksala rapatkan..
Sila abaikan model di atas yer..memang agak tidak sopan..
Sy nak ambik gambar, dia sibuk jer terus baring..
Apartment ni kira ok, selesa la jugak..
Kitorang check-in petang Khamis, then check-out pg tengahari Sabtu..
Bayar RM200 sahaja..tapi kene tambah RM50 deposit untuk kunci apartment..masa check-out boleh claim balik RM50 tu..
Sy ada presentation final thesis sy hari Jumaat tu, jadi lepas tu memang ada banyak masa nak jalan2..
Walaupun ada banyak masa untuk jalan2, tapi kitorang cuma sempat gi JPO, Danga Bay, Jusco Taman-U, dan pusing2 Skudai tu jer..
Sebab apa, diorang ni kan banyak habiskan masa dengan membuta jer..jalan2 belah petang ke malam jer..kalau dari pagi memang banyak tempatla boleh pegi kan..
Insyaallah, nanti masa convocation boleh book apartment ni jugak..
Kalau ada rezeki sy, insyaallah convo bulan may nanti..
Terima kasih sudi baca..
Sekian..
kenapa tak tunjuk kad matrik?
ReplyDeletekan ada rate student tu.. boleh dapat RM100 utk deluxe room
Mmg gna rate student pon, sy stay 3d2n kt sini
Deletetidak ada diskaun kerr?
DeleteDiscount utk utm staff dgn student tu jelah..kalau nk compare kt luar, kira murah jugakla scholar inn ni..bilik pon ok juga..
Deletehelo selamat pagi sis..saya helen dri sabah..syok baca cerita blog sis ni...saya akn melawat johor awal jun ni..ok ka tmpt tinggal di scholar's inn ni sis..tmpt yg berdekatan senang gi dekat ka sbb kmi tidak punya kenderaan sana nanti..
ReplyDeleteHye Helen, terima kasih sudi baca blog sy..scholar inn ni betul2 kt dlm utm..kalau nk jalan better cari hotel kt luar sbb ada byk hotel yg offer package ke legoland or singapore..
Delete