Pages

Saturday, January 26, 2013

Kolam Tahfiz @ Seberang Temerloh


Assalamualaikum..



Last week balik Temerloh, petang Sabtu tu kitorang bersiar2 ambik angin..
Kereta standard ajak pegi tengok kolam renang..




Tempat ni namanya Kolam Tahfiz, lokasinya adalah di Kg Berhala Gantang, Seberang Temerloh..
Kolam renang ni memang dibina berhadapan dengan sekolah tahfiz, tu yang namanya kolam tahfiz..agaknyala..


Tempat ni memang agak terpencil sikit..
Kene masuk dalam kampung daru jumpa tempat ni...




Dah namanya kolam tahfiz, siap seperate kolam muslimin dan muslimah..
Bagus jugak..


Kalau mandi kene charge RM3 sorang..
Kitorang datang nak tengok2 jer..jadinyer dia benarkan kitorang masuk free..




Tempat ni baru jer siap..tapi dah dekat 2 bulan dibuka untuk orang ramai kalau tak silap sy..
Kolam muslimin kat sebelah atas..
Tapi masa ni tak ramai sangat orang yang mandi kat atas tu..




Yang ni kolam renang untuk kanak2..
Boleh tahan ramai jugakla family yang bawak anak2 datang mandi kat sini..





Siap ada gelongsor..
So, macam bestla jugak mandi manda kat sini..
TAPI, air dia..masyaallah...kuning macam dah lama tak tukar2..
Sy tengok diorang ni selamba jer mandi, kalau sy comform lepas tu gatal2 kulit kalau mandi air macam tu..


Abah kereta standard memang melarang keras mandi kat sini..
Katanya air kotor..
Banyak dah yang kene sakit kulit terutama budak2..diroang apa tau..seronok jer main air..




Si budak Qayyum ni bila nampak jer air siap dah tanggal kasut..
Ingatkan kasut dia tertanggal rupa2nya dia yang sendiri tanggalkan nak mandi kolam..
Oh, tidakla mama benarkan kamu mandi kat sini dengan air kolam warna kuning!!
Sedangkan hari tu yang bawak mandi kat Hot Spring, Sungkai tu pon Qayyum dah kene cirit-birit..
Sangatlah kesian kalau dia dah muntah2, cirit-birit semua...




Untuk kolam renang muslimat pulak kat dalam tempat tertutup..
Masa ni ada orang mandi kat dalam, jadi sy pon xderla ambik gambar kat dalam tu..
Tapi air kolam kat tempat lain jernihla sikit kalau nak banding yang kolam renang budak2 tu..







Haa...nampak kan perbezaan warna air antara kolam kanak2 dengan kolam yang ni..
Yang ni tak pasti pulak kenapa xder orang nak mandi dalam ni..
Tengok xderla dalam sangat...


Kalau nak mandi kat sini, sy nasihatkan sila berhati2..
Pengurusan kolam ni sepatutnya kene la service air kolam ni betul2..
Tak sepatutnya biar air kolam tu tak berganti sampai warna pon dah tukar kuning macam tu..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



No comments:

Post a Comment