Pages

Saturday, February 16, 2013

Penang Road & Sup Hameed


Assalam...



Balik jer dari makan pasembor kat Padang Kota, sampai hotel dalam pukul 9 malam..
Rest sekejap, mandi solat lepas tu sy pon memulakan aktiviti malam dengan jalan2 sekitar hotel..




Hotel ni memang klasik habis..
Katanya dibina sejak tahun 1951 lagi..
Sebelum merdeka tu...
Tengok lantai pon dah tau kan..
Kat belakang hotel ni ada kubur kristian..
Sy tengok sekali jer, lepas tu sy tak pegi belakang dah..
Sy pon taknak berfikiran negatif, dahla ada anak kecik, mengandung pulak tu..
Tapi alhamdulillah, sepanjang 3 hari tak ada apa2 yang buruk berlaku pon..


Tapi bila balik office, ada pulak cerita kononnya ada yang jumpa rambut panjang dalam bilik air walaupun sebelum tu dah check bilik air memang clean and clear..
Lepas tu ada yang dapat misscall tengah2 malam..
Wahhh, misteri betul..
Betul ke tak, wallahualam sebab bukan sy yang mengalaminya..
So far sy, Kereta Standard dan Qayyum baik2 sahaja sepanjang menginap kat hotel tu..




Dalam pukul 10 macam tu, kitorang pon ronda2 kat sekitar2 tu..
Rasanya semua jalan ni adalah Penang Road..




Sebenarnya, tak ada apa yang menarik sangat pon..
Kawasan sekitar ni penuh dengan pub jer..
Mula2 macam pelik la jugak rasa, dahla jalan2 malam2..pakai tudung pulak tu, bawak anak lagi tapi meronda kat kawasan pub..
Yang dipenuhi dengan manusia2 yang sedang minum tettt...


Tapi PEDULIKAN semua, anggap jelah diri tu macam pelancong kan..
Bukannya diorang cam pon muka kita..
Buat bodo sudehh..




Gi mana2 memang sentiasa dengan stroller, bukannya apa..budak Qayyum ni memang malas nak jalan sendiri..
Kesudahannya nanti kene dukung jugak, nak jalan jauh2 mana larat nak dukung dia jer, dahla berat..dekat 15kg..
Kalau jalan sendiri pulak ntah kemana2 hala ntah jalan tu..
Tu yang kitorang angkut jer stroller dia walau kemana pergi pon..senang..









Siap boleh tengok live band dari luar..
Seksi dan seksa...hehe




Dah penat jalan, duduk sekejap..
Lepas tu sambung jalan semula..




Dah penat bejalan sakan, ada pulak yang rasa lapar lagi..
Singgah kat kedai mamak ni..
Kat sebelah hotel jer..
Restoren mamak ni buka 24jam..




Sampai2 jer, rupanya kawan2 yang lain dah sampai lagi awal..
Tapi diorang ni memang lepak kat situ jer, tak gi ronda jalan2 pon..
So, kitorang pon join the group..




Katanya sup kat sini sangat famous..
Bekas PM pon dulu pernah makan sup kat sini..ada gambar sebagai bukti..
Sy yang mula2 macam masih kenyang pon order jugak satu..
Ni semua Kereta Standard punyer pasal..ingat nak share jer sup dengan dia jer..
Tapi, dia sungguh tamak haloba nak makan sorang2 tak nak kongsi2..
Kereta Standard order sup kambing, sy pulak order sup ayam jer..boleh suap Qayyum sekali..
Sup ni makan dengan roti..




Sup dia memang sedap dan terbaik..
Semangkuk RM4, roti harga asing..
Qayyum pon kemain gembira mencicah roti dalam sup tu..
Kita suapkan dia taknak pulak..nak makan sendiri..




Walaupun dah lewat malam tapi gerai sup ni penuh dengan pelanggan..
Maknanya memang famousla kan..
Tapi tak heran sangatla ramai orang sebab sup dia pon memang meletop..
Semua makan sampai licin mangkuk tu..





Penuh dengan orang..
Nak duduk pon xder tempat dah..
Kitorang ni terpaksa berhimpit2 dua meja jer..




Lepas jer makan, sy pon dah tak larat nak melepak lama2..
Penat..kaki pon sakit seharian asik jalan jer..
Naik bilik, basuh kaki terus tidur..


Ni baru first day kat Penang, ada lagi 2 hari lagi..
Perlu tidur dan rest yang cukup sebab esoknya nak gi jalan2 lagi..


Nanti sy update lagi..
Thanks sudi baca..



Friday, February 15, 2013

Bukit Bendera - Penang


Assalamualaikum...


Ni first time naik Bukit Bendera..
Waktu ni tak ramai sangat orang..dalam pukul 3 petang la lebih kurang..




Qayyum macam biasa dengan aksi muka comel dia tu..




Time ni masa beratur beli tiket..
Harga tiket train RM8..
Sy tertinggal pulak student card, kalau tak dapat half price jer..haish, rugi2...
Nak beli tiket kene tunjuk ic..




Kat atas tu ada Owl Museum, tapi kita tak masuk pon..
Just jalan2 saja..




Tiket dewasa berharga RM8..
Tiket pon nak ambik gambar jugak..tahapahapa jer..hehe


Tunggu sekejap dalam 5 minit, lepas tu train pon sampai..
Terus masuk pintu yang terdekat sekali..




Ingatkan kat depan, rupanya silap, kat belakang sekali..
Train mengundur pulak tu, tapi nasib baikla tak pening kepala..
Lagipon train ni takderla laju sangat macam lrt tu..




Sampai jer kat atas, cuaca panas yang amat..
Silau2 rasa bijik mata ai..hehe





Kesian Qayyum kene panas, lupa plak pakaikan cap dia..
Jalan2 sampai atas tu, memula macam dah tak larat jer..cuaca pon panas..
Lepas tu kereta standard ajak naik train pusing2 kat atas bukit..
RM30 per ride dengan pemandu pelancong sekali..
Ajak Mieza dan family dia naik sekali..
Dapat tourist guide yang giler peramah..
Macam2 cerita yang uncle tu bagitau kat kitorang pasal sejarah Bukit Bendera ni..




Tapi kat atas ni takde benda sangat pon..hutan jer..
Lepas tu ada rumah2 persendirian dari zaman british lagi..
Rumah2 tersebut pulak telah dibeli oleh penduduk tempatan..
Lepas tu jalan mati..adalah dalam 3-4 km jer pusing2 kat atas tu..
Lepas tu patahla balik..




Lepas tu uncle tu stop dekat tepi jalan..
Dia suruh ambik gambar dengan peti surat klasik ni..
Dia kata tinggal beberapa bijik jer peti ni kat Penang, yang lain dah pupus dan dah diganti dengan peti surat baru..




Kitorang pon turunla beramai2 gi ambik gambar kat peti surat ni..bersemangat betul..hehe
Kalau tengok betul2, giler kecik lubang peti tu..
Nak masuk satu sampul surat pon belum tentu lepas lagi..
Patutla kene ganti, walaupun ada sentimental value tapi haruslah mengikut perkembangan semasa jugak..


Time uncle tourist guide tu nak patah balik, elok jer si budak Qayyum ni membuta..
Haish, orang sibuk jalan2..dia bantai tido pulak..
Kat dalam bilik sebelum tu tak tido pon..sibuk main jer..
Dah petang, penat sangat la tuh..
Time jalan, taknak menyusu pon..
Dan paling best sekali dia tak meragam pon..good boy..




Ambik gambar kat mana2 yang patut dulu sebelum turun..
Kat atas ni takderla sejuk sangat, panas jugak walaupun kat atas bukit..
Memula tu, sy imagine kat atas bukit ni mesti sejuk sampai ke tulang macam Cameron Highland..
Tapi sebenarnya biasa2 jer..




Kita tak makan pon kat atas ni, sebab masih kenyang nasi kandar line clear tengah hari tu..
Air pulak bawak bekal dalam botol, lepas tu boleh refill air sejuk secara percuma..
Hehehe..tong air ada dekat stesen train..
Dah dekat dua jam kat atas ni, kitorang pon turun..


Lokasi seterusnya adalah Kota Feringgi..
Ingatkan nak gi pasar malam..
Tapi keciwa sebab tutup..lagipon kawasan tu under renovation..


Seterusnya kitorang gi makan pasembor kat Padang Kota Lama..
Sampai sini pon dah dekat pukul 7 petang..dah nak senja dah pon..




Siap ada puppet show lagi kat sini..
Ramai jugak orang petang2 kat sini..
Layan sekejap lepas tu cari port makan..




Ada banyak kedai yang jual pasembur..
Pilihla yang mana suka..




Sy beli pasembor kat kedai ni..
Rupanya pasembor ni mahal kot...
Sepinggan RM20++...
Satu fishball tu dia kira singgit..cekik darah betul..
Biasa kita makan yong tau fu pon 3 singgit..
Kalau ambik ketam ke udang ker lagi la bapak mahal..



Laksa pon ada..


Tapi tak larat nak makan sorang2..
Kitorang makan kongsi satu meja dengan officemate sy yang lain..



Yang ni sotong bakar..
Rege tak hengat sebab bukan sy yang beli..
Sy tumpang makan jer..hehe..



Yang ni pulak sotong kangkung..
Nampak macam sedap kan..
Yang ni harga tak pasti berapa sebab bukan sy beli..
Sy tumpang makan sahaja..
Buruk perangai betul..hehe..



Tiba2, lupa plak nak snap gambar pasembor sy..
Dah habis baru nak ambik gambar..
Konon2 macam best sangatla makan pasembor dengan thumb up tu..
Ini semua POYO!!!
Hahaha...


Tapi sy sangat enjoy dan seronok dengan trip ni..
Mungkin sebab naik bus..
Walaupon duduk Malaysia tapi first time experience semua ni..
Dah tau jalan sket2, next time boleh datang sendiri...
Nanti sy update lagi lokasi menarik yang sy singgah..


Terima kasih sudi baca..
Bye..




Wednesday, February 13, 2013

Tekanan Darah Rendah


Assalamualaikum...


Harini kan sy pening kepala..dari pagi tadi lagi..
Sy rasa sebabnya adalah tak cukup tidur..
Start hari sabtu tu Qayyum demam, selsema & batuk..tapi demam sehari jer dah ok..batuk dan selsema tu yang tak baik2 lagi..
Yang paling kesian dia batuk berkahak, lepas minum susu mesti batuk sampai termuntah kahak..
Yang paling scary lagi, malam mesti merengek..5,6 kali melalak..tak ketahuan punca..
Sama lah macam malam tadi, berapa kali meragam..sampai sy tak boleh nak tidur..dah lah kene bangun awal pukul 5 pagi nak siap gi kerja..


Bila naik bus ingatkan dapatla melelapkan mata..
Tapi kepala sy asyikla berdenyut2..
Td time lunch hour ingatkan nak tido kejap..pon tak dapat nak tido jugak..
Tengahari tadi sy pon gi la klinik, sebab dr pagi kepala pening2 lalat..
Klinik panel dekat jer, kat bawah seberang jalan tu jer ha..


Bila sy inform sy pening, maybe sebab tak cukup tidur sebab anak tak sihat terus jer doc tu offer mc hari neh..
Ish, malas la nak ambik mc sebab sy dah datang office..lagipon dah separuh hari, rugi mc sy..
Rumah dah la jauh..
Dahla mc setahun cuma 22 hari, annual leave pulak 16 hari jek..giler sikit cuti kan kejer telekom neh..maklumlah, kerani cabuk jek..
Kalau jadi bos mestilah cuti lagi banyak kan..hehe


Bila doc check bp sy 90/60..
Selalu sy check bp normal jer..
Doc tu siap cakap lagi, sy memang tak akan kene heart attack kalau bacaan bp macam ni..makan tak yah pantang2..boleh bedal jer..kelakarla pulak doc tu..


Bila sy inform sy pregnant, doc tu boleh tak perasan..then dia kata perempuan mengandung memang normal bp rendah..
Disebabkan sy masih pening lagi, so sy pon mintakla mc untuk esok..
Hari ni boleh ambik time rest 2 jam..bolehla balik awal dr biasa..


Kalau takde gangguan nak tido dan rest secukupnya..
Thank sudi baca..
Sekian..


Office Trip Ke Utara - Day 1


Assalamualaikum..



Cuti federal day last week, sy ada office trip ke Penang, Kedah & Perlis..
Saje2 jer menghabiskan masa lapang dan menghabiskan duit..hehe..
Ni just jalan2 jer bukannya family day pon..


Untuk trip 3 hari 2 malam ni, sorang kene bayar RM170 utk transport dan penginapan..
Makan sendiri2 la..
Budak bawah 12 tahun free jer, xpayah bayar..


Antara tempat2 kitorang plan nak pegi adalah Bukit Bendera, Batu Feringgi, Padang Kota, Padang Besar dan  Sg Sedim..walaupun tiga hari, nampak macam sikit jer tempat nak pegi kan..semua tempat jauh2, tu pon ada yang tak sempat nak pegi..


Malam khamis, semua berkumpul dekat office..
Kitorang sewa bas jer, kalau drive sendiri lagi costly..
Nak dekat2 pukul 12 baru gerak..KL ke Penang bukan jauh sangat pon..
Itupun bas berhenti dua, tigakali sebelum sampai Penang..
Kalau nak ikutkan, ni kali kedua kot sy sampai Penang..kesiankan..hehe



Qayyum sangat gembira berganda2 dapat naik bus..
Memula jer duduk kat kerusi, lepas tu kehulu-kehilir berjalan dalam bus tu..
Kita takut dia jatuh jer, tp dia selamba rock jer..tambah pulak ramai orang layan..lagila berganda2 suka..





Sampai Penang sebelum pukul 6, solat subuh dekat Masjid Negeri..
Rest sekejap, pusing2 then baru stop untuk sarapan pagi..




Sarapan cuma kat gerai tepi jalan sahaja di Penang Road..
Masing2 dah letih dan LAPAR..







Kereta standard order roti canai BANJIR!!
Bila tengok roti banjir dia macam sedap jek, sy pon order jugak..
Tapi sy punyer roti telur..



Ni pinggan sy, roti telur banjir...
Tapi sambal dia pedas giler kot..
Sambal taruk tepi, takut kang kejap lagi sakit perut pulak..




Sebelum order roti canai, dah tibai nasi lemak sebungkus..
Kengkonon nak suap Qayyum tapi budak tu taknak makan pulak..
Kesudahannya, sy jugak yang makan..hehe




Muka tak mandi dua hari..
Hahaha..bocor rahsia..
Yelah, dah sy tak balik rumah..
Boleh jer sebenarnya nak mandi kat office tp malas jer..
Semua orang balik, takder yang stay back pon jadinya sy pon malas nak mandi kat office..
Pakai perfume banyak2 sket, takder orang perasan pon ko tu tak mandi..hehe


Lepas jer sarapan pagi..
Pusing2 town, lepas tu dalam pukul 10 pagi kitorang check-in hotel..
Kita menginap di Peking Hotel..hotel tu giler klasik, katanya dibina pada tahun 1951..giler lama kan..lepas tu ada kisah misteri..jengjengjeng...
Tapi yang bestnyer hotel tu berada di tengah2 Penang Road..kalau kat KL tu cam Bukit Bintang la..
Malam2, gi jalan2 kat kiri kanan penuh dengan pub..


Masuk bilik, perkara pertama adalah MANDI sepuas2nya...
Lepas tu TIDO...
Tidur dalam bus mana selesa, atas katilla baru bestkan..
Dalam pukul 3 petang baru start jalan2..
Dalam pukul 2 tu, siap2 gi makan nasi kandar line clear dulu..


Destinasi lawatan yang pertama adalah Bukit Bendera..
Sy update next entry ok..



Sekian,
Terima kasih sudi baca...


Monday, February 11, 2013

Restoren Rosdet Tomyam - Kg Baru


Assalamualaikum...


Last week cuti federal state 3 hari, sy ada office trip ke utara..
Kitorang naik bus jer, first time bawak Qayyum naik bus..
Disebabkan kene berkumpul kat office so hari Khamis tu sy memang tak balik rumah..
Malam sebelum tu sy dah kemas beg siap2 supaya senang. Kereta Standard tinggal masukkan dalam kereta jer..
Kereta Standard bawak Qayyum datang KL, petang tu dia jemput sy then kitorang gi makan sambil menghabiskan masa sementara nak tunggu pukul 11 malam..


Lama giler rasanya nak tunggu pukul 11 malam tu..
Bila Kereta Standard tanya nak makan dekat mana, sy pon terus ajak dia makan kat Kg Baru..
Restoren Rosdet namanya..
Restoren ni berdekatan dengan KL International Hotel, Kg Baru..
Dulu housemate sy selalu ajak makan kat sini, tapi since dah kahwin dan dah pindah Bentong sy dah tak pernah datang makan kat sini lagi..




Dah lama tak makan kat sini, bila sampai tu tengok restoren ni dah berubah jadi besar..
Dulu kat sebelah tu ada restoren lain, sekarang dah jadi satu jer..
Kitorang sampai sini dalam pukul 7..
Orang pon tak ramai sangat..
Sempatla layan "Hingga Hujung Nyawa" tapi cam tak feel sangat sebab tak berapa dengar...




Budak ni mula2 taknak duduk diam..
Letak dalam baby chair ni beria2 dia nak keluar..
Tapi sy paksa jugak dia duduk diam2..




Apa yang kitorang makan kat sini adalah ikan siakap sweet sour, tomyam ayam, ayam masak pedas dan sayur campur..
Tapi macam tersilap orderla pulak sebab semua lauk ni pedas2 belaka..sian dekat Qayyum makan kuah sayur jer..
Tapi sy bagi jugakla ayam dalam tomyam tu, sy hisap dulu bagi hilang pedas baru suap dia..
Rasa cam rugi pulak tak order sup ayam jer, kesian Qayyum..makan nasi pon sikit jer..




Ikan siakap dia hias kemain lawa lagi kan..
Ikan ni rasa dia ok la, xderla pedas sangat..




Tomyam ni pedas yang amat..tahap kepedasan 8/10 rasanya..
Len kali xmo order dah tomyam kat sini..
Kereta standard pon jenis yang tak makan pedas sangat, perut dia tak tahan..
Kesudahannya sy jer yang makan tomyam ni..




Yang memang pedas yang amat jugak..
Dah nama pon AYAM MASAK PEDAS..
Padanla muka sy kan, sapa suruh order..
Dulu2 makan rasa sedap sangat tapi malam tu ntah kenapa sy rasa cam tak kene sangat dengan tekak..
Rasa nak terbakar jer lidah..sampai berair2 mata menahan pedasnya..
Doa2 perut janga buat hal malam kang sudah..
Dahlah nak naik bus karang..




Yang ni pulak sayur campur..
Biasa2 jer..




Air pulak, kereta standard order carrot susu..sy minum air suam jer..



Qayyum pon xnak makan banyak..
Sy takut jugak dia sakit perut nanti..
Biar karang dia minum susu jer..


Semua yang saya makan tadi jumlahnya adalah RM45 sahaja..
Macam murah jer..
Makan kat Bentong lagi mahal sikit rasanya..
Kat restoren ni ada disediakan surau, jadi kitorang solat siap2 kat sini tapi ganti2 la..
Lepas tu pusing2 area Bukut Bintang sekejap then terus jer tunggu kat office..
Next entry sy update cuti2 sy ke Penang, Kedah dan Perlis yer..



Thank sudia baca..
Sekian..






Friday, February 8, 2013

Taman Agro Al-Mashoor - Cameron Highland


Assalamualaikum...



Masih lagi entry Cameron Highland..hehehe
Jangan boring tau..
Yang ni last rasanya, lepas ni xder dah cerita pasal CH..


Seterusnya kita jalan2 dekat Taman Agro Al-Mashoor pulak..
Tujuan datang sini sebab nak makan ice-cream strawberry kat sini..
Sambil tu bawak nenek dan atuk Qayyum melawat kebun strawberry..






Budak Qayyum neh memang xmo duduk diam..
Nak berlari kesana kemari..
Nak ambik gambar pon susah..




Kat sini ada dijual buah strawberry, madu, jem, teh dan sourvenier..
Tapi tak sure pulak boleh petik sendiri ke tak sebab xder orang pulak yang petik strawberry dekat sini..
Lupa pulak nak tanya..
Kereta standard belikan teh untuk kawan dia sebab ada yang pesan..
Nenek Qayyum pon beli madu kat sini..




Haa..
Nilah dia ice-cream yang diidam2kan..
Satu RM2.00 kot kalau tak silap ke RM2.50..macam tu lah..
Kalau kat tempat lain harga RM2.50 tapi xder topping strawberry kat atas..
Kat sini jer yang ada..tu yang best tu..




Suap makan ice-cream pon xnak duduk diam2..
Menggelupor nak berlari kesana kesini..





Nenek Qayyum nak petik satu strawberry yang merah ranum tu..
Sy kata "jangan.."tak baik curi..hahaha..
Nenek Qayyum buat lawak jer..


Lepas singgah sekejap dekat Taman-Agro tu kami terus jer gerak balik..
Dah takde nak pegi mana2 dah rasaya..
Nenek Qayyum pon dah takde apa nak beli..
Balik kitorang ikut Tapah jer..
Tak larat dah nak naik atas semula ikut Simpang Pulai tu..
Tapi banyak lori la pulak..
Terpaksa follow lori jer..
Sejam setengah kot baru sampai bawah sebab ikut belakang lori..




Masa on da way turun tu, nampak ada banyak gerai orang asli kat tepi2 jalan tu..
Nampakla buah ni..macam pelik jer sebab tak pernah jumpa..
Kereta standard pon berhentikan kereta..
Nenek dengan atuk Qayyum jer yang turun..
Sy tak turun pon sebab Qayyum tengah tido atas riba..
Malas nak angkat..




Rupanya ini adalah buah TAMPOI..
Buah hutan ni..
Seikat tu RM4..abah sy beli 2 ikat..




Isi dalam dia ulas2 macam buah manggis tu..tapi biji dia besar2..
Kiranya makan isap2 jer lepas tu luah..
Rasanya masam2 manis..masam jer lebih sebenarnya..
Takde la sedap sangat sebab tu tak famous dan sy tak pernah kenal buah ni..
Kiranya ni first time la sy tengok dan rasa buah ni..



Terima kasih sudi baca..
Bye..