Pages

Thursday, February 7, 2013

Big Red Strawberry Farm - Cameron Highland


Assalamualaikum...



Kita sambung semula entry cuti2 kat Cameron Highland hari tu yer..
Pagi sabtu tu dalam pukul 9 pagi, kitorang dah keluar untuk breakfast..
Kemaskan barang2 sikit masuk dalam kereta supaya nanti check-out xderla kelam kabut sangat..




Topi budak cumil ni beli kat pasar malam..
Malam tu sy dengan kereta standard keluar semula jalan2 kat pasar malam..
Jalan kaki jer dr hotel.bawak Qayyum sekali, mak dengan abah sy xjoin sebab diorang dah tak larat..
Walaupun pasar malam dah nak habis, gerai pon banyak yang dah tutup tapi jalan la jugak..
Sejuk giler angin malam kat sana, terlupa nak bawak jaket Qayyum tu yang belikan topi tu..




Ni la Country Lodge Hotel..
Bilik sy tingkat 1..hari tu masa book request tingkat bawah sekali sebab inform bawak parent, diorang tak larat nak naik tinggi2..receptionist kata ok, bila sampai sini diorang kata bilik dah penuh pulak..
Terpaksala naik tangga jugak setingkat..
Tapi nasib baik mak saya ok jer..jalan perlahan2..




Bangunan ni klasik sikit..macam english style pon ada jugak..
So far ok, cuma sy tak suka bilik sy sebab lantai dia marmar..sejuk giler oo bila pijak..
Bilik mak ok pulak, lantai dia ada carpet..
Nasib baikla memang ada spare selipar dalam kereta..bolehla pakai selipar dalam bilik..
Dan bilik dia ada kipas..
Selalu sy tido kat CH ni memang tak jumpa lagi bilik yang ada kipas..tapi kat sini kipas disediakan..
Siang kat sini rasa panas jugak..malam memang tak perlu guna la kipas tu..




Beli mainan Qayyum tu pon kat pasar malam..
Tapi sekejap jer dah jahanam..
Dia ketuk2 kan kat mana2 ntah, terusla benda tu tak menyala dah..




Atuk dan nenek Qayyum dah ready untuk sarapan pagi..
Lepas sarapan kitorang plan nak gi jalan2 kat Big Red Strawberry Farm lepas tu baru balik hotel semula..
Rest sekejap, buang apa yang patut  then pukul 12 tengahari baru kita  check-out..




Gi makan kat food court jer..kat bawah tu, depan sikit daripada balai bomba tu ada food court dan kedai2 sourvenir..
Malas nak makan jauh2, gi makan kat situ jer..




Yang ni pinggan kereta standard..
Pinggan sy lupa plak nak snap..tapi sy ambik nasi lemak jugak..cuma beza beli kat gerai lain jer..






Si budak Qayyum ni tetiba jadi lasak pulak kat sini..
Berlari ntah kesana kesini, main bawah meja la, memanjat kerusi la..
Suap makan xnak pulak..
Last choice umpan dengan you-tube..
Baru la duduk diam sket..
Orang nak makan pon xsenang, asik nak memantau jer..takut pulak hilang anak..
Kalau hilang tak ker haru..nasib baik xder apa2..


Lepas jer makan, terus gerak ke Big Red Strawberry Farm..
Ni adalah salah satu lokasi wajib pegi..
Kat sini sy selalu order strawberry celup chocolate dengan strawberry milkshake..
Memang terbaikla, buah stawberry dia pon besar2..
Pendek kata memang puas hati la makan kat sini






Qayyum bukan main gembira lagi kat tempat ni sebab ada banyak mainan..
Semua mainan dia try, tapi kitorang tak masukkan coin pon..
Biar jer dia main sendiri..
Qayyum pon ok jer walaupun kereta tu semua tak bergerak..








Kejap pakai topi, kejap nak bukak pulak..
Lepas tu sambung lagi main..




Kali ni kat Big Red malas nak order strawberry chocholate tu sebab semua orang masih kenyang..
Kan ker baru jer lepas makan nasi lemak waktu sarapan tadi..
Strawberry pon ada beli masa kat pasar malam..
Nasi lemak pon tak hadam lagi..
Tapi sebab nak jugak makan kat sini so sy order wafel dengan strawberry juice..




Order satu jer just untuk rasa..
Wafel dia sedap sangat..
Ada macam2 menu kat sini..
Kereta standard pon xnak makan..
Kesudahannya memang sy sorang jer yang habiskan wafel ni sorang2..
Qayyum pon xnak jugak, agaknya xder mood lagi kot nak makan..



Tapi yang strawberry juice ni masam yang amat..
Sebenarnya bagus jugak untuk penghadaman..
Balik jer hotel gilir2 masuk toilet..hahaha..




Nenek Qayyum ralitla jugak tengok sayur2 kat sini..
Masa datang sini pokok anggur tengah berbuah lebat tapi masih kecik lagi la rasanya..
Sebab masih hijau..




Walaupun masih pagi, masa ni dalam pukul 10.30 la lebih kurang tapi ramai dah orang datang makan dan melawat tempat ni..
Habis jer makan kita terus balik hotel..
Rest sekejap, pukul 12 tengahari terus check-out..


Tapi tak terus balik lagi, kitorang singgah dekat Taman Agro Al-Mashoor pulak..
Hari sebelum tu kan pegi tapi tutup pulak..
Ok, sy sambung next entry ya..


Terima kasih sudi baca..




Wednesday, February 6, 2013

Makan Besar @ Cafe Tawakal


Assalamualaikum...



Masuk jer gaji bulan lepas tu, kereta standard ajak pengasuh Qayyum dan keluarga gi makan2 dekat luar..
Katanya memang dah lama plan nak blanja Ma dengan abah Qayyum tu..
Lagipula dia baru dapat bonus kerajaan setengah bulan gaji kan..
Jd inilah masanya untuk membelanja mereka..
Sebelum ni plan tapi tak jadi pulak..
Kali ni baru jadi gi makan2nya...


Lokasinya adalah...
Dekat jer..Cafe Tawakal la kat mana lagi..
Dah banyak kali makan kat sini..
Western food dia bolehla tahan sedap dan takle mahal sangat..




Tu la pengasuh Qayyum..panggil Ma @ K.Intan, suami Ma, anak ketiga Ma iaitu Kak De dan yang bongsu sekali si Boboi..
Ma ni mengasuh dua orang budak jer..Qayyum dengan Asyraf..Diorang ni sebaya tahun, cuma beza bulan jer..




Restoren ni taklah besar mana..lebih kurang satu shop lot jer..
Sebab kitorang ni ramai, jadi dapat lokasi special iaitu dalam bilik..
Bilik ni khas untuk customer yang lebih 4 orang..
Tapi kene booking dulu sebelum datang, kalau tak booking memang selalu full..




Boboi order Teh 3 Layer..
Qayyum pulak share air dengan sy jer..




Ni air kereta standard..
Semedang jer kat sini order air kelapa..tak tau la sebab apa..
Kalau makan kat restoren lain tu xder pulak nak order air kelapa ni..




Yang ni pulak air sy, tapi macam mushkil sket..sepatutnya soya cincau..
Sy order air soya kalau tak silap..tapi tak tahu apa motifnya diorang ni letak sirap..
Ker sebenarnya ni air bandung cincau..
Ntahla..minum jelah..




Kali ni sy try order western food pulak..
Selalu makan nasi berlauk jer kat sini..
Yang ni "Grilled Chicken Chop" with cheese and blackpaper sauce..
Fuiyooo..giler hebat sy boleh ingat menu ni..Hahaha..
Sebabnya sy tanya satu2 apa kebenda menu tu..
Budak yang ambik order tu pon explainla dengan sabar...
Ada vege dengan mash potato, terlindung disebalik ayam tu..
Bolehla tahan, sedap jugak..
Harganya RM10.90 jer kalau tak silap..




Yang ni pulak pinggan abah Boboi..
Yang ni Tenderloin Steak..
Sama jugak ada cheese and blackpaper sauce..
Yang ni harga tak ingat la pulak..





Lepas tu kitorang tengok ada customer kat luar tu order steamboat..
Tak pernah try lagi, so order la satu set sebab nak cuba..
Lagipon nak rasa jer sedap ke tak..
Harganya RM19.90 satu set ni..
Ada 2 jenis kuah, sup dan kuah tomyam..




Tapi pada sy steamboat dia kureng sket..
Tomyam tu rasa ntahapa2 jer..
Yang fishcake tu pulak ada yang tak sedap..
Kereta standard pulak bila balik rumah sampai sakit2 kepala lepas makan steamboat kat sini..
Maybe banyak AJI kot..
Sebab selalu makan benda lain ok jer..
Jadi, cukuplah SEKALI jer makan steamboat kat sini..
TIDAK untuk lain kali..hahaha..terus pangkah..




Menu makan kereta standard kat sini macam biasa la, tiap2 kali makan order Lamb Chop..
Suka sangat lamb chop..sy pon tak pahamla..




Kuah steamboat ni kureng sketla pada tekak sy..
Dan pedas sket..
Yang mana ok, sy suapla dekat Qayyum..
Budak tu makan jer, manala dia tau sedap ker tak sedap..
Bagus..nasib baik tak memilih makan sangat..
Setakat ni setahu sy benda yang dia akan luah balik bila sy suap adalah udang..
Tak reti lagi kot makan udang..
Rugi sangatla awak Qayyum kalau tak makan udang..


Dulu2 tu bila suap durian memang dia akan luah balik..
Tapi bila dah lama2 dia telan jer..
Sekarang siap boleh habis dua ulas durian tu tau..




Tapi walaupon steambot tu tak sedap sangat, kitorang makanla jugak slow2 bagi habis sebab tak elok tau membazir..
Kan membazir tu amalan syaitonn..




Burp..kenyang..
Dahla makan waktu malam, sy pikir ni balik rumah karang mesti tak boleh nak tidur sebab perut kenyang sangat..
Kereta standard pon kata, dia pon sama mesti tak boleh nak tidor jugak nanti..
Sekali tu, sampai jer rumah dalam pukul 11 terus jer mengantuk..
Dalam sakit2 kepala tu boleh jer tidur..Qayyum pon tertidor jugak kekenyangan..
Sy, macam biasala..mana boleh tidor awal..
Lepas kemas2 mainan Qayyum, sidai kain, rest sekejap..dalam pukul 12.30 baru masuk tidur..



Terima kasih sudi baca..
Sekian..


Tuesday, February 5, 2013

Sg Palas Teh Boh - Cameron Highland


Assalamualaikum..


Hari tu cuti Maulidur Rasul sambung ke Thaipusam dapat lima hari cuti..tapi terpaksa ambik annual leave la sehari..
Memang dah plan nak bawak mak dengan abah sy pegi Cameron Highland..kesian, mak sy asyik bising2 jer kata tak pernah pergi..
Jadi inilah masanya yang sesuai untuk bawak diorang pergi jalan2 sebab cuti pon lama..


Tapi sy tersilap sebab tak booking hotel sebulan awal..kalau tak boleh dapat TM Resort RM75 jer satu apartment..jadinya TM Resort sudah full house..
Terpaksa cari hotel lain, so sy pilih hotel dekat Brinchang..dekat dengan pasar malam..boleh jalan kaki jer kalau nak gi situ..takyah pening2 nak parking kereta..


Tahun lepas dah 2 kali pegi Cameron Highland, tahun ni awal2 tahun lagi dah pegi..
Boring jugak kalau selalu sangat pegi, macam dah biasa jer..Tapi sebab nak bawak mak sy..
Semangat jugakla nak gi jalan2 tu..


Gerak pagi dalam pukul 8 dari Sg Besar..
Kali ni nak ikut Simpang Pulai sebab sy nak naik ke Sg Palas Teh Boh tu..
Dah berapa kali pegi Cameron tak dapat nak naik ke atas tu..ramai sangat orang, jalan pon jem..malas nak tunggu..


Cuaca hari Jumaat tu sangatlah baik, redup jer..
Best giler kot ikut Simpang Pulai tu..kereta pon tak banyak hari tu, walaupun sebenarnya jauh sikit..
Sejuk pulak tu, awan berkabus2..memang aman damai betul..
Dalam 3 jam setengah baru sampai..itupon berhenti minum dekat Bidor sekejap..




Sampai jer, kitorang stop sekejap kat sini..
Lupa plak apa nama tempat ni..
Ada kebun strawberry jugak kat dalam ni..
Makan pon macam best jer..
Yang paling best ada strawberry strudel..
Dulu, kat Brinchang ada satu kedai macam ni tapi dah tutup agaknya..sy ingat lg, nama kedai tu "Stawberry Moment"..tapi skrg dah takder..
Tapi kat sini just tengok2 jer, dan singgah pon sebab nak gi toilet..
Tak beli apa2 pon..makan pon tak sebab masih kenyang..

 


Sy mencangkung sambil ambik gambar, si dak Qayyum tu pon ikut cangkung jugak..
Apa2 jelah Qayyum..




Strawberry strudel tu harganya dalam RM40..yg mini size pon ada jugak..
Sangat menawan, tertarik dan kau memang da boom la..
Sy tengok ada satu family tu siap celebrate birthday kat tempat ni dan diorang beli dua strawberry strudel tu..
Tapi kitorang cuci2 mata sahaja..




Nenek Qayyum sangat gembira dapat jalan2 gi tempat sejuk..
Alhamdulillah..dapat jugak gembirakan hati mak kita...




Siap ada kolam ikan dengan kolam kura2 kat tempat ni..
Nice jugakla, first time singgah sini..
Qayyum pon seronok jer tengok ikan2 tu..
Next time boleh datang lagi..




Mama Qayyum pon nak pose jugak..Sy sangat gemok..sekarang sudah mencecah 74kg..haha...obessss....




Lokasi seterusnya adalah Sg Palas Teh Boh..
Banyak jugak kenderaan yang nak naik atas ni..maknanya ramai oranglah kan..
Sy tak kira, jem tak jem harus redah jugak..
Akhirnya sampai jugak kat sini..



Parking kereta kat bawah..
Kesian nenek Qayyum terpaksa jalan kaki nak naik sampai atas tu..
Sy pon tersilap jugak, boleh jer sebenarnya bawak kereta sampai atas rasanya..tapi kene inform pengawal kat bawah tu la kita bawak orang tua..tak larat nak jalan kaki..




Macam biasa, terpaksa usung stroller ni kemana2 sahaja sebab tak larat nak mendukung budak..
Budak ni mana nak jalan sendiri..
Lagipon nak mengelakkan keadaan jadi tak terkawal..
Kalau tak ntah kemana2 hala dia berlari..
Dah tak larat nak mengejarnya...




Sampai atas barulah boleh senyum lega..
Mengah jugak nak mendaki bukit naik ke atas ni..
Jalan slow2 pon penat woo...
Sian nenek Qayyum sampai sakit2 kaki..




Lepak kat tempat ni lama sikit..
Penat memanjat bukit pon tak hilang lagi..
Haruslah minum secawan teh dulu..
Order yang light2 jer sebab nanti petang sket baru makan yang berat2 pulak..
Sy order hot chocolate..yang lain semua order teh..
Masa nak order ni pon beratur sikit punyer panjang ni..
Tapi nasib baik ada seat kosong masa ni..
Dapatla duduk tanpa perlu tunggu lama2..




Tapi agak kecewa sebab kat sini xder scone macam dekat Cameron Valley tu..
Hampa betul..ingatkan ada..
Kereta standard pon pujuk2 nanti kita makan kat bawah..hehe..
Sangat best,  makan2 sambil menikmati keindahan ladang teh..
Cuasa pon redup jer..




Di atas adalah gambar perempuan gemok pose dekat ladang teh..hehe..
Lepas habis makan jer, terus chow..
Banyak tempat lagi ni nak jalan2..takut tak sempat..nak check-in hotel lagi..



Kali ni kitorang menginap dekat Country Lodge Resort Hotel kat Brinchang..betul2 kat belakang balai bomba tu..naik atas bukit sket..
Memang lokasi pilihan Kereta Standard, dekat dgn pasar malam..
Sy pilih dua standard room..harganya RM156 per night / per room..
Lepas check-in, rest dulu..driver pon nak tido, dah kepenatan..
Petang baru start jalan2 semula..




Jalan2 sebelah petang..
Lokasi pertama adalah kedai souvenir..kereta standard nak beli kambing untuk hadiahkan dekat anak kawan dia..
Dulu ada beli sekor warna merah, letak dalam kereta sampai pudar dah kaler kambing tu..
Tapi kereta standard hampa sebab tinggal warna putih jer, yg warna merah seperti diidam2kan sudah habis stock pula...
Kesudahannya, tak beli apa2 pon..


Lepas tu perut terasa lapar pulak..
Maklumla, cuaca sejuk..tu yang asyik lapar semacam jer..
Kat sebelah kedai souvenir tu ada kedai steambot..
Dan ada jual scone!!
Terusla masuk, ajak makan kat situ..
Ingatkan lepas ni nak pegi pasar malam Brinchang tu, so beli2 makan kat pasar malam jer nanti..




Set scone ni harganya RM9.90..
Satu set dengan teh o panas..
Rasanya bolehla..tapi yang kat Cameron Valley tu memang terbaikla..
Dah rasa scone kat sini, cukupla kot..malas dah nak makan kat tempat lain..




Kereta standard xnak makan..
Mak dengan abah sy pulak order mee goreng dengan nasi goreng..
Lepas makan ingatkan nak gi jalan2 dekat Taman Agro Al-Mashoor tu..sekali sampai tutupla pulak..
Gi esok jelah..situ tempat wajib singgah kitorang sebab nak makan ice-cream..




Terus gerak ke pasar malam..
Masa ni pon orang dah ramai..
Qayyum macam biasala, dah petang2, cuaca pulak sejuk..memang sedap ler dia membuta..
Belikan glove yang lain sebab takut sejuk, lagipon yang dulu2 punyer dah kecik..




Kat sini just beli benda makan jer macam ubi keledek rebus, kimcam goreng, lepas tu sy beli nasi kerabu, kereta standard pulak beli ayam goreng..
Then sy beli madu dan buah limau madu..
Mak sy banyak jugak borong segala sayur mayur dan ntahapa2 benda lagi ntah..




Beli fridge magnet ni sebab comel..
Kereta standard beli jugak untuk kawan2 office dia..
Better beli yg lekat macam ni sebab kalau beli yg ada magnet sebiji tu, bila jatuh jer mesti pecah..
Sy punyer dah banyak yang jatuh, dahla kawan2 office pegi oversea kasi..sayang tau..



Last picture..ambik gambar dengan carrot kontot ni..sangatla comel..
Tapi tak beli pon sebab pikir 50 kali bila masa nak masak..


Next entry jalan2 tempat lain pulak...
Thank sudi baca..
Bye..



Monday, February 4, 2013

Kuih Balungan Ayam


Assalamualaikum...


Last two weeks masa balik Sg Besar, mak sy buat kuih ni..
Ini kuih orang BANJAR, namanya kuih BALUNGAN HAYAM...
Kalau bahasa melayu, kuih balung ayam..
Ala macam kuih koci jer, tapi cara lipat daun pisang tu jer yang lain sikit...


Bahan2 (adunan tepung)

Tepung pulut
Air pandan
Garam


Inti

Kelapa parut
Gula merah
Gula Pasir
Isi durian


Daun pisang
Minyak masak untuk sapu daun pisang



1. Mula-mula sapu daun pisang dengan minyak untuk elakkan tepung melekat..



2. Ambik sejemput, agak2la saiz nak besar mana..letak kat tengah2 daun pisang..
Jangan besar2 sangat sudah, takut tak muat pulak daun pisang tu..



 3. Buat macam gambar di bawah..
Lebarkan dia jadi bentuk bulat..
Qayyum pon masa ni kemain sibuk nak menguli tepung jugak..
Yang tak menahan tu, dia boleh suap masuk mulut plak tepung mentah tu..haishh budak tu kan..kacau jer lebih..



4. Letakkan inti..agak2 jer..



 5. Lipatkan daun pisang sehingga hujung tepung melekat..



6. Lepas tu lipatkan macam bentuk bumbung rumah tu...
Ada sesetengah orang tu buat, dia gunting bentuk separa bulat..tapi mak sy selalu buat bentuk macam ni jer..



 7. Lepas tu kukus dalam 15 minit..



Tadaaaah..dah boleh makan..
Wangi jer sebab masih panas..


Sy pon baru tu la nak menolong mak buat kuihnyer...
Selama hari sebelum ni takder pon nak nolong..hehe..
Sy makan dalam 3 ketul jer..intinyer manis sangat..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..


Waktu Anjal


Assalamualaikum...


Start bulan Februari ni sy masuk kerja pukul 8, keluar pukul 5 petang...
Takder la selamanya ambik flexi hour...just sehingga sy bersalin jer lepas tu back to normal masuk 8.30, balik 5.30 petang...punch card sy bulan lepas teruk sangat..ada beberapa hari jer yang hitam..yang lain semua merah...kat sini bolehla lewat tapi tak boleh lebih 3 kali..selalu tu sy adalah lewat tapi tak lebih 5 kali..tapi rasanya kali ni teruk sangat, so untuk mengelakkan sy dicop sebagai staff yang tak berdisiplin better sy ambik flexi hour..


Pagi tadi sy terpaksa naik bus pukul 5.45 pagi dr terminal Bentong..
Pukul 5.30 pagi dah keluar rumah, untuk hari pertama ni kereta standard hantar sampai terminal..tapi start esok sy drive sendiri..lepas tu kang bila free kereta standard ambikla kereta kat terminal tu..petang pulak sy naik bus pukul 5.30 tapi boleh turun dekat bus stand depan rumah..senang sikit...


Pagi tadi sampai terminal dalam pukul 6.45 pagi..tengok surau dekat pekeliling tu tutup jer..so sy pon jalan laju2 naik tren, sampai Masjid Jamek pon jalan laju2 jugak nak sempat sampai office..kalau tak nanti tak sempat solat subuh pulak..tapi sempat lagi singgah beli nasi kerabu dengan kuih pagi tadi..


Sampai office dalam 7.10..terus jer pegi surau bawah..first time masuk surau tu..selalu solat kat atas jer sebab dekat floor sy memang ada surau sendiri..tapi pagi2 memang tak sempat dah nak naik..terus jer masuk, tengok takder orang pon..
Masa sy tengah solat tu ada sorang kakak tu datang baca al-quran..
Dah habis solat, lega rasanya walaupon subuh gajah..dah darurat ni..yang penting masih sempat..
Lepas tu kakak tu pon tak pernah tengok sy agaknya...(al-maklumla xpernah nak pegi surau kan...)
Dia siap tanya, sy ni staff baru ker?...hehehe..
Sembang2 sekejap, terus naik..
Punch card dalam pukul 7.25 pagi...


Ok jer rasanya, walaupun sy terpaksa keluar rumah awal..
Bos sy pon keluar awal, dalam 6.15 dia dah sampai office..
Bos sy tu pon ambik flexi hour jugak..tapi takpela, dia kan bos...


Kejap lagi, free waktu break sy nak update tentang cuti2 malaysia sy..


Thanks sudi baca..
Sekian..