Pages

Monday, August 24, 2015

Project Dapur - Kitchen Cabinet


Assalam..


Lepas jer pindah masuk rumah, banyak benda tak complete sebenarnya macam rail langsir dengan langsir tak pasang lagi tapi langsir dah ada dah.
Asalnya langsir tu untuk rumah lama tapi tak pasang pon so guna jelah kat rumah baru.
Tapi tak pasang rail lagi..cemana kan..
Later jelah buat langsir utk satu rumah, slowly kene kumpul dana ni.


Sofa kitorang cuma ada L shape sofa, tu pon dah terkoyak kulit.
Jadi kitorang hantar semula kat kedai perabot utk repair..
Macam membazir dan takde kepentingan sangat nak beli yang baru.


Meja makan pon kitorang takde.
Meja makan yang kat rumah sewa tu pon ihsan mak mertua tapi bila letak benda yang panas permukaan meja tu jadi menggelembung2..
So masa kat rmh sewa lama tu sy cover dengan alas meja xdelah perasan sangat tapi sy decide taknak bawak meja tu dah..plannyer beli baru jer, meja kecik 4 kerusi pon takpe..dah ok dah pada sy..


Kitchen cabinet pon asalnya taknak buat la lagi sebab fikirkan budget tak cukup. Kononnye nanti lah kot bila ada duit lebih..
Sekali bila dah pindah rasa sakit jer mata, barang2 dapur semua masuk dalam kotak dengan kotak hood dapur yang sebesar2 alam tu pon letak kat dapur jugak..
Dapur dahla sempit nak lalu lalang pon susah.. 
Nak cari barang pon kene punggah2 kotak2..walaupon dah label tak jumpa juga sebab ada barang yang tak label..hehe


Fikir punyer fikir, takpelah kene jugak buat kitchen cabinet ni.
So sy decide buat jelah, kemudian nanti pon nak buat jugak..
Sy survey 2 tempat jer sebab kat area Bentong tu kan limited.
Satu kat Bentong satu lagi kat Karak dan sy decide utk ambik yang kat Karak tu sbb harga macam murah sikit.

Tokey cina tu pon datang ukur dan bagi sebut harga.
Sy ni biasa2 je so pilih kitchen cabinet pon kalau boleh nak yang murah2 jer. tapi cantikla kan..hehe
Cina tu kata ambik masa 10 hari lepas tu dia akan datang pasang.


Lepas 10 hari, diorang pon datang pasang.
Tarikh pasang kitchen cabinet adalah pd 17/8/2015, hari Isnin.
Cina tokey ni dah uncle2..yang partner2 dia pon semua uncle2 jugak..hehe 
Takde pekerja pon, diorang sendiri bos, diorang sendiri yang buat kerja pasang2 ni..


Ni keadaan dapur sebelum pasang kitchen cabinet..
Sila abaikan bontot kuali yang hitam legam itu yer..maafkan sy..hehe


Masa ni nampak kemas sebab kitorang dah keluarkan semua barang2 yang kat bawah tu kalau tak memang penuh atas dengan bawah table top tu.
Untuk table top tu sy guna tile jer bukan granit marble..
Granit mahal ooo, tak mampu kot sebab dah over budget.
So table top dah buat awal2 sekali masa renovation dapur haritu.



Haa tu dia sebahagian barang2 yang letak kat dapur.
Dalam bilik pon penuh jugak..


Haa, meja ni baru beli jugak..memula ingat nak 4 kerusi jer tapi bila compare harga dengan design yang agak biasa2 so sy decide beli jerlah yang 6 kerusi ni..


Tapi bila letak kat dapur agak sempit sikitla sebab ruang terhad.
Malas nak letak kat depan sebab mesti budak2 memanjat karang.
Tunggu budak besar sket nanti boleh alih kot meja ni..
Nanti sy blog gambar yang kemas dan senonoh sikitlah yer..


Kerja2 pemasangan kitchen cabinet pon bermula.
Kebetulan sy urgent haritu sebab budak2 kene chickenpox, kereta standard pulak ada hal..sebelah tengahari baru boleh balik rumah..
Maka bolehla sy monitor diorang ni buat kerja..




Pasang yang belah atas dulu..
Base kabinet ni kayu playwood jer, yang macam almari tu..
Cuma pintu jer glass..



Kabinet ni sebenarnya rendah sikit sebab lubang asap tu dah terbuat rendah.
Sepatutnya mesti sama level dengan tile dinding, kalau tak tersangkut..tu yang kene turun sket.
Tapi elok jugak tak tinggi sangat, takdelah sy asyik nak memanjat kerusi jer nak letak atau ambik barang kat sebelah rak atas tu..


Hood dengan dapur sy beli asing, brand Zanussi..
Dah beli awal2..beli kat Sen Heng jer, masa tu ada promotion..
So, untuk upah pasang hood free jer..cina ni tak cas pon..


Utk cabinet atas sy pilih color hitam, yang sebelah bawah color putih..
Tapi dr jauh nampak macam biru pulak..
Glass pintu tu satu color jer, then dia letak sticker tampal jer ikut color apa yang kita nak..
Mula2 kereta standard nak cabinet color merah tapi sy tak berkenan pulak..
Last sekali decide color hitam & putih jer senang kan..



Hood tu sy decide utk tutup jer, kan trend sekarang ni orang suka yg open..
Tapi sy suka tutup jer sebab kang bersawang plak kat area yang open tu..hehe
Lagipun sy rasa nampak kemas sikit kalau tutup.



Utk kitchen cabinet ni sy dapat tray pinggan ni dengan 3 laci jer, yang lagi semua rak 2 tingkat kat sebelah atas dan kosong jer utk cabinet sebelah bawah.



Sampai ke petang jugakla mengemas dan membersihkan dapur sebab habuk kayu dengan dinding lepas diorang dril..
Haa, perasan tak color cabinet bawah tu macam lain2 sikit, sy lupa nak tanya kenapa lain2 tapi bila tutup pintu sebelah luar tak perasan pon..sama jer color putih..
So boleh dimaafkanla kot..tak obvious sangat perbezaan dia..



Tadaa, dah siap pasang..
Bila dah siap, barulah rasa kemas dan teratur jer dapur..



Kalau perasan memula serombong asap tu direct jer so dia jadi senget sbb lubang asap dah tebuk ke depan..
Sebelah petang tu kereta standard pasangkan L-Shape supaya nampak cantik dan kemas sikit..


Harga keseluruhan utk kitchen cabinet ni adalah RM4,900.00.
Panjang cabinet adalah ebih kurang 12 - 14 kaki .
Sy bayar RM3,500 dulu the sy plan kang gaji hujung bulan baru bayar balance dia.
Tapi tokey cina tu siap kata bayar lain bulan pon takpe..
Wahh, ini sudah bagus kan..apa2 pon boleh bawa bincang..


So far sy puas hati dan sangat gembira sebab dah ada kitchen cabinet..
Harga pun reasonable.
Tapi yang tak syoknyer, asikla nak mengelap jer sebab bila table top color hitam..bila ada air kosong merecik pon ketara giler nampak macam kotor.
Lepas masak jer asikla nak mengelap dan menyental dapur..hehe..


Terima kasih sudi baca,
Sekian...


5 comments:

  1. Bole x nak contact number uncle cina ni?

    ReplyDelete
  2. Mama Qayyum, hood zanussi tu dtg sekali tak dengan serombong aluminium tu..dan brp kaki pjg nya?

    ReplyDelete
  3. okay tak pakai hood dan hob zanussi ni? saya bercadang nak beli yang sama macam puan juga. sedang survey2 di senheng jual set terus.

    ReplyDelete
  4. okay tak puan guna hood dan hob zanussi ni ? saya cadang nak beli di senheng juga, rasanya produk yang sama.

    ReplyDelete