Pages

Thursday, July 24, 2014

Badak Berendam Terbaik @ Bazaar Ramadan Sri Semantan, Temerloh


Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas kitorang sekeluarga balik Temerloh..
Dah lama tak balik kampung..
Kebiasaannya pon sebulan sekali memang kitorang akan balik Temerloh & Sg Besar..


Macam biasa bila balik Temerloh ni, antara aktiviti yang kita selalu buat adalah pegi Starmall, jalan kat Taman dan tawafla semua pasaraya yang ada kat Temerloh ni..


Budak Anaz ni, bila dah dapat kaki memanjang jelah nak jalan sendiri..
Dah taknak dukung2 dah..
Stress betul sebab bila dia jalan sendiri tu menonong jer ntah kemana2..
Lepas tu bila angkat, dia punyer protes tu sampai nak terlepas dr pegangla..


Memula ingatkan nak tawaf satu pusingan taman..
Balik rumah pon bukan buat apa, lagipon lambat lagi nak buka puasa..


Tapi susah betul..
Yang Qayyum nak jalan gi sebelah sana, yang dak Anaz pulak bila lepaskan jalan sendiri dia nak jalan sebelah sini..
Bila dukung, protes memanjang sambil menjerit2..
Qayyum tetap nak jalan sebelah sana jugak..


Kesudahannya kita balik jelah..
Tak jadilah jalan taman kalau dah macam tu..
Masuk dalam kereta dak Anaz sambung merajuk..


Sebelum balik rumah, kita singgah bazaar ramadhan dulu beli badak berendam..
Memang tiap2 puasa bila balik Temerloh memang sy akan beli kuih kat Bazaar Sri Semantan ni..
Sedap sangat bak hang..
Tapi kene datang awalla sebab cepat sangat habis..

Ni pon masa datang ni dalam kul 6 petang dah tinggal 2 tray jer..
Laku betul kuih badak ni..

Yang ni 3 singgit..apa ke nama dia, lupa plak..
Aaaa..kuih jennifer lopez..
Mana plak datang jennifer lopez kan, dia mana makan kuih ni..
Sy beli jugak singgit..


Tepung pelita pon ada jugak..
Yang ni pon sy beli singgit 3 ketul..


Haa, ni ha gerai akak ni..
Kita kasi free promotion sket sbb kuih akak sedap sangat..hehe


Budak Anaz ni sekarang asik sembelit jer..
Sy rasa kene tukar susu la..
Sekarang Qayyum dengan Anaz pakai susu yang sama jer Dumex Mamil, senang beli sekali..
Tapi bila dah sembelit ni, kesian kat dia..

Agak2 susu apa yang ok yer..
Dak Anaz ni tak suka sangat minum air masak compare to Qayyum..
Kalau Qayyum dua, tiga botol  air kosong dia boleh habis sehari..


Hari tu mak mertua sy masak ketam lemak cili padi..
Kereta standard la request kat mak dia nak makan ketam..
Sy yang konon2 diet, xmo makan nasi tu..ooppss, alamak..termakan banyak plak..
Ciss, hancusla dietku..


Oklah, tu jer nak cerita kisah hujung minggu di Temerloh..
Terima kasih sudi baca..


No comments:

Post a Comment