Pages

Friday, April 4, 2014

Resepi : Biskut Oat Chocolate Chip


Assalam,

Haritu mood rajin datang so sy pon buat biskut..
Bukannya apa kat luar mahal giler biskut ni, sebalang kecik berbelas ringgit..
Padahal senang jer nak buat, kos pon murah jer dan dapat banyak..
Kenyangla makan dan puas hati..


Lepas dah siap terus masuk dalam balang..
Haa, kan dah jadi macam beli punyer..


Sy ambik resepi dari buku ni..
Setakat ni sy suka sangat buku ni, ada 500 resepi hanya RM13.80..
Berbaloi2 beli buku ni kt Popular book store..
Ada macam2 resepi dalam ni..banyak lagi yang belum try



Ada beberapa resepi yang hampir sama so sy combine dan tukar kacang2 ikut suka hati..
Utk biskut ni sy guna coklat chip, oat dan almond cincang.



Resepi : Biskut Oat Chocolate Chip

Bahan-bahan sy gandakan dua sebab nak buat banyak sikit.

230g butter
180 g brown sugar
2 biji telur
5ml vanilla extract
350g tepung gandum
5g baking soda
3g garam
1 sudu besar tepung jagung **yang ni sy tambah utk rangupkan lagi biskut ikut kata Anna Olson

Chocolate chip, kekacang dan oat sesuka hati
Gula sy tak letak sebab sy pakai brown sugar dan kurangkan sikit, xnak manis2 sangat..


Cara-cara:-


1. Campurkan telur dan vanilla extract, kacau sekali


2. Campur butter dan brown sugar


3. Mix sehingga sebati


4. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, garam dan tepung jagung


5. Campurkan tepung dalam adunan butter dan gula, gaul sehingga sebati.
Gaul tu guna spatula jer..


 6. Lepas tu campurkan kekacang, oat dan chocolate chip
Oat tu sebenarnya kene bakar sekejap dalam oven supaya dia tak meresap dalam tapi sy malas, so campur jelah semua..


 7. Gaulkan semua dan ambik sejemput, bulat2kan lepas tu leperkan guna garfu.
Adunan ni tak lembik sangat sebab sy letak oat tapi kalau tak dia memang lembik sikit
Kalau adunan lembik sudukan jer dan terus leperkan dengan garfu.
Garfu tu pulak kene celup dengan air supaya tak melekat.



8.  Alaskan base loyang dengan alumunium foil, susun tu tak payah rapat2 sangat sebab biskut ni akan mengembang sikit bila bakar


9. Sy bakar pada suhu 160 darjah dalam 10 ke 15 minit.
Sejukkan sekejap dan masukkan dalam bekas..


Kalau buat satu adunan, sikit sangat..sekejap jer krupkrap makan sambil tengok tv tak sedar dah habis..
Sy dah buat 5 kali biskut ni, sangatla senang dan mudah nak buat..
Bahan2 pon simple jer kan..


Mak mertua sy pon suka dan makan banyak sebab tak berapa manis sangat.
Siap order utk raya lagi..


Bagi yang belum pernah buat, silalah mencuba

Terima kasih sudi baca,
Sekian..


6 comments:

  1. salam admin...untuk adunan banyak ni, berapa biji cookies yg dapat dihasilkan? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sy tak kira pulak dapat berapa cookies..kalau buat kecik2 lagi bykla dapat

      Delete
  2. Oat tak kisah ker nak letak berapa banyak?

    ReplyDelete