Pages

Wednesday, April 2, 2014

Genap 3 Tahun pd 31/3/2014


Assalam,


Kelmarin pada 31/3/2014 bersamaan hari Isnin, Ammar Qayyum genap 3 tahun..
Sekejap jer rasa masa berlalu..


Tahun ni bawa dia jalan pegi Gambang Water Park, nnt sy buat entry lain utk Gambang tu..
So bila dah sampai Kuantan jadi jalan2 lah kat sana..
Last year paklong dia blanjer Baskin Robin kat ECM Kuantan, this year pon sama..
Kek ice-cream tu dia yang pilih sendiri.


Tapi kat ECM ni memang macam2 drama yang dia buat..
Menjerit melalak sekuat hati siap beguling2 kat lantai sebab tak dapat mainan
Hoi, mintak helikopter remote control rege dekat rm200
Sy ni tak kisah pon nak belikan dia mainan TAPI setakat ni mainan tu bertahan paling lama pon 2 hari jer..lepas tu dah jahanan..buat membazir duit sy jer..
Yang boleh bertahan lama setakat ni cuma LEGO jer..
Dia baling2 pon xderla pecah sangat ke ape ker..
So helicopter tu malas nak layan, kesudahannya menjeritla..
Orang lain semua pandang2, dah la melalak volume tu memang takde control2 punyer..
Malu ler jugak tapi buat bodoh jer..hahaha 



Tu yang potong kek pon masam jer..haha
Dah melalak2 tu nak memujuk dah sekian hal, siap meronta2 tumbuk2 muka mama..
Hai memang sabar jelah dengan perangai budak ni..



Dengan sy sekali tension la nak melayan perangai budak ni..
Pesanan untuk Qayyum, semoga menjadi budak yang bijak dan cerdik, mendengar kata, hormat orang tua, semoga sihat tubuh badan, pandai berdikari dan boleh tolong mama jaga adik baby..mama juga doakan Qayyum membanggakan ibu bapa, membesar menjadi orang yang berguna kepada masyarakat,  dan semoga sentiasa dilindungiNYA..amin..
Mama dan Papa love you so much..


Terima kasih sudi baca,
Sekian


No comments:

Post a Comment