Pages

Friday, October 11, 2013

Pi Mai Cafe @ Bandar Sri Damansara



Assalamualaikum..


Ada sorang officemate sy ni duk promote2 restoran dia..ramai jugak kawan2 office yang dah datang makan kat kedai tu cuma sy jer yg belum berkesempatan..


Bila cerita dengan kereta standard, terus dia ajak pegi jalan hari sabtu minggu lepas..
So minggu lepas tu kitorang memang tak balik kampung sebab last two weeks dah spent time dengan family kereta standard..


Tapi kebetulan pulak hari sabtu tu ada kenduri pulak kat rumah paklang kereta standard kat Temerloh..
Jadi laki sy kata kita balik jugak just nak gi kenduri lepas tu terus gerak gi KL..


Lepas habis kenduri terus gerak gi KL, sampai dalam jam 4..gi jalan2 kat Ikea dulu sebab restoran Nizam tu tak bukak lagi..waktu beroperasi jam 5 petang ke atas..


Lepas magrib baru sampai restoran ni..tapi dah tau jalan dah sebab sebelum sampai Ikea kitorang dah pusing2 area Bandar Sri Damansara tu..
Memula tu takut sesat sebab tak biasa sangat area situ tapi Nizam dah kasi pelan dah cemana nak gi kedai dia tu..
Kalau dah jumpa senang, lepas tu barula gi jalan2..




Masa kitorang sampai restoran lengang jer..
Yelah masih lagi waktu magrib kan..
Mamat Nizam tu pulak sy tengok tengah sibuk memasak kat dapur..
Laa, dah bertukar profession jadi chef rupanya..




Kedai ni lebih banyak menyediakan masakan barat..
Tapi sebab nama kedai pon penang kan jadi adalah laksa penang, gulai dengan kari penang..
Haritu kat office ada order nasi beriyani udang utk jamuan makan2..
Okla, not bad jugak rasa dia..




Banyak sangat menu sampai tak tahu nak makan apa..
Last sekali kereta standard order salmon, kitorang ambik yang Set B sebab nak kongsi jer..
Lagipon tengahari dah makan nasi, dua kali tambah pulak tu..rosak diet ai tau..
Jadi better kongsi jer..






Air pulak order milo ais dengan fresh orrange..
Milo tu sebenarnya utk Qayyum tapi bapak dia pulak tolong habiskan..




Anaz Qaizer si rambut sikit..
Hehehe..sy pon tak tau la budak ni ikut sapa ntah..kalau nak ikutkan sy dengan kereta standard rambut lebat tapi Anaz ni sikit jer rambutnyer..sian..
Kitorang tak cukur pon rambut dia..
Nak biarkan dulu, ingat nanti raya haji baru nak cukur kasi botak..


Pipi dia tu kene rashes tu yang merah2 tu..
Tapi sekarang dah baik..nanti sy buat entry pasal rashes tu..




Budak Qayyum ni macam biasa kalau nak bagi dia duduk diam kene la bagi "det"..
Hahaha..dia tak reti sebut "tab" tu yang jadi "det" tu..




Selepas menunggu dekat setengah jam barula sampai salmon yang kitorang diorder tu..
Hoi, lama giler service kedai ko ni Nizam..
Tak laratla nak tunggu lama2..kalau bukan kedai kawan2 dah lama sy amuk tau..


Dia kata kedai ni baru bukak so memang tak upah pekerja, yang masak pulak hari tu dia sorang jer tu yang ambikkk masa laaamaa sangat..
Nasib baikla kengkawan, kalo tak gua dah chow..
Rasanya kene improve sketla tang service tu yer..




Tapi makan salmon ni memang puas..
Masakan ni maybe nampak macam biasa2 jer tapi portion ikan salmon tu BESAR dan memang puas makan..berbaloi2 bayar RM23..


Kalau makan kat tempat lain seketul kecik cenonet jer pon dah dekat 30 hengget tapi kat sini korang tengokla sendiri kat dalam pinggan tu kan..besar kan salmon dia..


Lepas tu kereta standard macam tak puas hati sebab makan kene kongsi dengan sy..ceh betulla, memang dasar tamak sungguh..
Dia pon order burger pulak, tapi bungkus bawa balik jer sebab baby dah meragam nak tido..
Lepas tu kitorang terus balik rumah jer, tak singgah mana2 dah..


Kalau ada yang berminat, bolehla terjah datang restaurant ni..





Pi Mai Cafe
NO 3 JALAN ARA SD7/3A, 
BANDAR SRI DAMANSARA, 
52200 KUALA LUMPUR




Terima kasih sudi baca,
Sekian..

 

No comments:

Post a Comment