Pages

Friday, May 17, 2013

Pulai Spring Resort, Skudai


Assalamualaikum..


Untuk convocation UTM sy yg lepas tu kitorang menginap kat resort ni, Pulai Spring resort..
Ni semua idea Annie..Zura pon duduk kat sini jugak..
Tapi yang Annie tu dia tak booking, dia datang awal..hari ahad dah sampai so dapat bermalam semalam jer kat sini lepas tu dia terpaksa keluar menginap kat hotel lain sebab resort ni dah fully booking sepanjang majlis convocation..
Pada sy resort ni memang sangat cantik dan nampak tenang dan damai jer..
Memang dekat sangatla, lebih kurang 3km jer dr UTM Skudai tu..






Ada guard house..
Setiap kali nak masuk dan keluar kene ambik pass dan pulangkan semula pass tu..
Sy pon tak pasti apa funtionnya..
Tapi untuk faktor keselamatan la agaknya..




Jalan nak masuk ke resor ni dikelilingi oleh padang golf..
Nampak hijau jer..tu yang nampak lagi cantik tu..




Sementara kereta standard check-in, sy pon snap gambar2 di sekitar lobby resort ni..
Kat depan sekali ada lego dinosour..
Nak promote suruh pegi legoland la apa lagi kan..
Tapi Qayyum tak heran pon dengan lego dinosour ni..




Ni adalah pakage yang disediakan kalau berminat nak pergi legoland..
Kitorang takda perasaan pon nak pegi..
Next time maybe..




Haa, budak ni nampak jer kereta ni terus ajak wan dia main..
Qayyum masa ni masih demam..
Memang merengek nak berpeluk jer kerjanya..
Usik sikit jer memang melalak jer la..
Badan pon nampak lemah jer, dan tak berapa nak aktif sangat..
Menyusu pulak dahla sikit, buat 6 auns pon tak habis..selalu buat 9 auns memang habis tanpa tinggal setitik pon..
Memang mencabar betul nak menguruskan anak demam..




Lepas jer check-in, terus dah boleh masuk bilik..
Memula ingatkan kene tunggu pukul 2 petang ker baru boleh masuk bilik tapi dalam pukul 11 lebih tu kitorang dah boleh terus masuk bilik..




Hotel ni memang cantik, luas dan nampak agak exclusive..
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok dekat website hotel ni yer..




Sy book suite apartment dengan 2 bilik..
So, bilik kitorang 05-03..
Maknanya tingkat 5, suite no 3..








Bila masuk jer suite ni, memang lagi terserlah la exclusive tu..
Yang ni hall dia..
Sorry, gambar gelap sikit..agak kurang pencahayaan disitu..hehe




Yang ni pulak dining area..
Bukak jer pintu suite terus nampak bahagian pantry dulu then barulah bahagian hall tu..









Yang ni bilik sy..
Memang luas la keadaan bilik ni..




Ada tv jugak tapi tv gemokla..
Tv lcd besar kat luar jer..




Yang ni bilik air..
Transparent uols..haha..




Bilik air memang besar dan luas..
Tapi takde pintu..
Pintu ada cuma pintu tu memisahkan bilik dengan bilik almari jer..
Tapi yang tak best sebab takde bath-tub jer..
Memula dah berangan ingatkan ada bath-tub..bolehla rendam Qayyum kat dalam sekali takde pulak..




Budak Qayyum ni memang menempel jelah..
Ikut jer mana sy pergi..
Mama nak tangkap2 gambar jelah nak oii..
Masuk dalam toilet pon dia ikut jugak..




Almari pon luas dan besar..
Memang sangat selesa..




Antara toiletries yang disediakan..




Iklan sekejap..
masa untuk salin dypers anak..hehe..




Yang ni pulak bilik mak mertua sy..
Tapi single bed..
Bilik besar jugak cuma takder tv jer..




Yang ni pulak view dari balcony..
Nampak terus main entrance ke lobby hotel..
Yang sebelah sana tu spa & sport centre..




Sebelah petang tu, habis jer rehearsal convo, kereta standard ajak jalan2 tengok sekeliling resort ni..
Memula turun tingkat 2 tengok pool..
Sebab Qayyum demam so dia pon macam takde perasaan tengok pool ni..
Senyap jer, kalau dia sihat mesti dah nak terjun dah..




Pool ni nampak cantik maybe sebab lantai dia kaler biru kot..




Ni view sebelah pool..
Resort ni memang dikelilingi oleh padang golf..
Rasa tenang jer..




Lepas tu kitorang jalan2 dekat spa & sport centre pulak..
Kat dalam ni ada gym dan ada lagi satu pool..







Tapi kat sini takda pool kanak2..
Cantik jugak pool dekat area ni..
Lagi besar dari pool dekat hotel..






Kitorang just jalan2 jer..
Tak mandi pon..
Lagipon Qayyum pon masih tak sihat, keesokkan hari tu sebelah pagi lepas breakfast baru bawak Qayyum mandi pool..
Dah agak2 gelap, nak magrib tu kitorang terus balik naik bilik..


Bila check-out..tergezut ai tengok bill..
Harga bilik suite tu RM340 per night..++ breakfast ++ service charge ++ government tax lagi..
Keseluruhan bill utk 3 hari 2 malam tu adalah RM1000 - RM60...
Masa check-in tu kereta standard deposit RM1000, masa check-out utk balance yang dipulangkan cuma RM60..


Terima kasih pada kereta standard sponsor percutian kali ni..
Walaupun tak celebrate birthday sy dan anniversary kitorang tahun ni tapi inipun dah happy enough for me..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..




4 comments:

  1. seronok lah boleh g bercuti dgn family ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time cik viva g skudai boleh try resort ni..

      Delete
  2. Pulai spring ni best sbb ada pakej ke legoland sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ibu lala, rsanya pakej legoland tu xdela mahal sgt..

      Delete