Pages

Thursday, August 16, 2012

Duit Raya


Assalamualaikum..


Benda paling dan utama nak menyambut lebaran selain kuih raya dan baju raya adalah DUIT RAYA..hehe, xder duit raya memang bukan raya la kan..


Korang semua mesti dah tukar awal2 duit raya kan..sapa2 yang belum tukar lagi rasanya duit kertas BARU kat bank dah habis..tulah, xnak tukar awal2..padan muka..hehehee..


Alhamdulillah, budget duit raya tahun ni lebih sket..disebabkan kereta standard xnk baju raya katanya, jd budget duit raya lebihlah sket..xpelah, kira sedekahla kan..


Bila tengok betul2 duit kertas baru ni kan, macam duit tipu plak..sy tukar RM1, RM5 dam RM10 jer..yang RM20 tu tak tukar..ntah, prefer gunakan duit seploh hengget tu jer..rasa macam tukar beratus2 tapi dapat sket jer terutama yang RM5 dengan RM10 tu..macam sket jer kan..heeee


Nasib baik ada kawan kejer bank, so sy xpayah bersusah payah nak berpeluh2 ketiak menapak gi bank..pastu kene berdiri beratur sejam nak tukar duit..bg jer kat kawan sy tu minta dia tolong tukarkan..kawan2 office sy pon menumpang sekaki sebab malas nak gi bank..




Disebabkan budget duit raya lebih dari tahun lepas, diharapkan Qayyum berusaha keras untuk collect semula duit papa & mama yang dah keluar ni..nanti nak kene ajak kereta standard pegi beraya berhabis-habisan ni..haha, boleh pulak macam tu..

Dan yang paling best sekali, dapat sampul rasa yang cantik sangat dr Standard Chartered bank..yang ni untuk priority banking so special siap ada hard cover lagi..yang bukan priority banking pon sampul yang sama jugak cuma bezanya xder hard cover tu jer..

Mula2 tu limited jer dapat 8 pack, dah bagi kawan2 yang tukar duit sekali tinggal jer 3..tapi pagi tadi sy dapat banyak..cukupla nak isi duit raya..

Sy begitu gigih post kt intagram & fesbok..hahaha..batak betullah..
Tapi seriously, yg ni memang tercantik sekali yang sy pernah dapat compare sampul2 raya lain..bunga2 atas sampul 2 timbul2..tu yang buat lagi cantik..
Sapa nak sila datang beraya kat rumah sy..hehe..




Tahun ni xdapat banyak sangat sampul raya, telekom kedekut..langsung tak keluarkan sampul raya..dah 2 tahun dah rasanya..biasalah kan, company cut cost..


Last week sy dapat banyak jugak sampul raya dari maybank, warna hijau gelap tapi kereta standard bagi kat kawan dia..kesian pulak kawan kereta standard sebab xder sampul raya..


Insyaallah sy akan balik kg petang Jumaat..tahun ni turn Sg Besar dulu, then raya ke-3 baru balik Temerloh..
Semoga dipermudahkan dan dilancarkan perjalanan pulang ke kampung..


Selamat hari raya, andai ada salah dan silap sy harap dimaafkan..
Yang paling penting sekali adalah berhati2 di jalan raya ketika pulang berhari raya..


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..


No comments:

Post a Comment