Pages

Wednesday, May 27, 2015

Renovation - Plaster Syiling


Assalam..


Sambung lagi cerita renovation rumah.
Kali ni nak cerita tentang plaster syiling..
Kitorang buat yang biasa2 jer sbb syiling rumah dah rendah..
Untuk tambah plaster syiling ni pon dah makan 12 inci takut nanti tersangkut kipas jer..
Tapi so far, so good.



Kitorang buat kat hall sahaja.
Ikutkan hati memang nak buat satu rumah tapi sbb limited budget so buat kat hall jelah dulu.
Yang lain tu nanti kemudianla kot kalau ada duit..hehe



Kitorang upah contractor cina sbb recommended by jiran baru kitorang..
Haha, pon bolehkan..
Kebetulan jiran pon melayu, laki bini polis..
Kereta standard pon dah kenal diorang so senangla nanti kot2 nak minta tolong kan..




Sehari jer siap pasang plaster syiling..
Yelah, space bukan besar sangat pon kan..






Nilah hasilnya lebih kurang bila dah siap plaster syiling..
Macam yang sy inform awal2 tadi, kitorang buat yang simple & biasa2 jer..
Untuk dua ruangan ni harganya RM1,300 tapi lepas minta discount dapat RM1,100..
Ntahapahapa lah kan, banyak giler discount sampai RM200..kadang2 sy rasa macam diorang ni menipu je tau..ish-ish, tak baik buruk sangka..



Tapi kene cat balik..sbb diorang undercoat selapis jer so nampak bercampuk2 dan tak rata..
Lepas cat memang puas hati..
Buat masa ni, kitorang cat color putih jer senang..malas lagi nak fikir color2 yang lain tu..


Kos untuk Plaster Syiling = RM1,100.00


Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Tuesday, May 26, 2015

Renovation - Pintu Rumah Budget


Assalam..


Sebenarnya house renovation fully complete.
Tinggal nak cat jer then dah boleh pindah masuk..


Sebab sy beli rumah lama so sy memang tukar semua pintu..
Yang paling ok cuma pintu stor yang lain semua dah macam nak jahanam..
Bugdet renovation memang over dr plan asal..memang nanges tau..


So mana yang boleh cut cost, kitorang laki bini planla betul2..
Salah satunyer adalah pintu rumah..
Pintu mestilah nak cantikkan, tapi rege satu pintu bilik yang dah siap jer cecah RM500..
Tu baru satu pintu tau, belum satu rumah lagi..
Bayangkanlah 4 bilik x RM500 dah berapa..
Yang main door pulak paling murah RM700..
Ni pintu yang lawa sketla bukan yang biasa2 tu tau..


Jadi, kitorang ambik jalan untuk beli pintu kayu biasa dan cat jer sendiri..
Tapi sebenarnya tukang indon yang renovate rumah sy tu yang buat, upah pasang pintu dan cat sekali lumpsum dgn upah renovate..so bila kitorang dah calculate tolak darab bahagi semua, okla kot..masih affordable.


Untuk pintu utama, kitorang pilih design yang macam ni.
Satu pintu berharga RM250 sahaja..


Untuk pintu bilik pulak, sy beli yang biasa macam design seperti di atas..
Harga RM150 satu pintu.
Silalah abaikan syiling tu yer, kitorang dah tukar dah yang elok sket..
Cat pintu sy beli jenama Jotun, harga utk 1 tong 5 Liter RM115.00..
Tapi lepas cat 2 lapis siap ada lebih lagi..



Bila dah siap cat, rupanya jadi macam ni ha..
Ni pon 2 kali cat.
Tapi kalau nak lagi cun kene gosok dengan kertas pasir..
Tapi tukang indon tu tak gosokkanla, dia gosok sket2 jer..
Nanti ada masa kitorangakan gosok sendiri la kot..


Untuk main door pulak, nilah hasilnya selepas cat..
Tapi sy macam tak puas hati sketla sebab arah cat tu berselirat..
Tapi nak buat cemana kan..
Redha jelah, nanti ada masa boleh gosok semula..


Total semua untuk pintu rumah sahaja:-

Main door RM250 X 1 = RM250
Pintu Bilik RM150 X 5 = RM750
Cat = RM115

Total = RM1,115.00


Ni harga semua tak termasuk GST sebab kitorang beli siap2 sebelum April haritu.
Pintu bilik tu jadi 5 sebab termasuk pintu stor skali sy tukar..
Sakit mata dan sakit hati tengok pintu asal tu..
Untuk pintu belakang kat dapur kitorang tak gunakan pintu kayu tapi kitorang guna pintu besi..


Lagi satu nak inform, tombol pintu semua beli asing tau..
Harga tombol pintu tak termasuk dalam harga pintu..
Tu yang tambah menanges meraung2 tu..
Nak renovate rumah ni bukan sikit duit nak guna.
Stress!!


Terima kasih sudi baca.
Sekian..


Monday, April 13, 2015

Short Vacation to Sg Bakap, Penang & Baling Kedah


Assalam..


Ni sebenarnya aktiviti masa cuti hari wilayah masa bulan 2 hari tu.
Giler lama baru nak up dalam blog kan..
Sy biasalah, kalau ada masa sy terus draft banyak2..
Kalau takde masa, lama lagilah nak update blog..
Hehe..sekarang ni banyak sangat benda nak buat kat office, so xde masa sangat nak belek2 blog.

Kang balik rumah lagi macam2 benda nak buat kat rumah..
Lagilah takde masa kan..
Hehehe..


Arwah abah sy orang Sg Bakap, Pulau Pinang.
Tapi malangnya sy tak pernah kenal abah sy mahupon keluarga sebelah sana sebab mak dengan abah sy dah berpisah masa sy kecik..

Bila nak kawin terpaksa lah cari wali kan..
So sejak tu la baru nak kenal2 keluarga sebelah abah sana.
Arwah abah sy meninggal masa sy sekolah rendah..alfatihah..


Ni keluarga mak lang sy kat Chenaam, Sg Bakap..



Alhamdulillah mak lang masih sihat lagi..
Dah alang2 nak jalan gi Penang, so sy sempatkan jugakla melawat sedara mara kat sana..
Lagipon rumah dekat2 kawasan tu jer..


Lepas tu gi melawat tok pulak..


Nilah tok yang walikan sy..
Kiranya ni adik beradik tok sy.
Tok yang betul dah meninggal dah..


Ni ha nama dia..
Sy siap ambik gambar supaya nanti tak lupa..
Dan juga supaya keturunan sy nanti kenal dengan sedara mara kat Pulau Pinang sana..


Lepas rumah tok, gi melawat rumah tok yg lain pulak..
Tok aki yang kat sini dah uzur jugak, tapi tak ambik gambar pulak..yang kanan sekali tu tok wan..


Yang ni pak long, kira pak sedara la, sepupu arwah abah sy..
Letih jugak la gi melawat dalam masa sehari..
Nasib baik budak2 ok jer..
Adalah dalam 4 buah rumah jer dapat pergi, next time la kitorang datang lagi melawat yer..Insha Allah..


Malam tu terus check in kat Penang..
Plannyer nak makan nasi kandar Line Clear tu lepas tu nak jalan2 Penang then nak gi melawat Maksu kat Baling pulak..


Malam tu sempatla makan sup hameed.
Tapi bebudak melasak, nak lepak makan lama2 pon tak aman tau..


Tetiba sebelah pagi terjumpa minah ni pulak..
Ni Lily, ex-officemate sy kt CMUPJ dulu..
Haa, tak sangka terjumpa plak..
Meh selfie..hehe

Dia pon singgah jalan2 jugak..
Ha, ni pon nak makan nasi kandar jugak ni..


Pagi lepas breakfast jalan2 jap then mandi, terus checkout..
Ni dah kira cam unplan dan rushing punyer vacation dah ni..


Opps, gambar termasuk gambar seksi Qayyum plak..
Kitorang duk kat bilik jer, jalan pon sekitar hotel..
Bila dah duk kat bilik so layankan budak2 mandi bathtub jelah..
Diorang ni berkubang dalam bath tub sampai kecut2 tangan kaki semua..
Haa, lantakkan jer..
Nak bawak gi pool mak bapak pemalas nak turun..
Kesudahannya mandi dalam bilik air jelah yer..


Siap2, terus checkout..
Budak2 ni masa ni kene gatal2 kat muka..
Macam berkudis tapi nasib baik tak merebak tempat lain..
Alhamdulillah dah baik cuma masa ni parut jelah..


Masa ni bawa mak sy sekali..
Alolo cumilnyer mak buat muka camtu..hehe


Kereta standard mengidam nak makan nasi kandar kat sini..
Lepas checkout hotel terus serbu nasi kandar..
Nasib baik masa datang ni orang belum ramai sangat lagi..


Lepas dapat makanan sy tengok da start ramai orang..
Nasib baik datang awal sket..


Sy ambik ayam goreng..
Sebenarnya xdelah sedap sangat..
Tapi apesal dulu masa first time datang makan kat sini rasa sedap sangat ek..
Yang ayam goreng tu liat, sebab dapat bahagian isi..
Nak makan pon xsyok sebab liat, rasa macam overcook..
Yelah ayam besar, mestilah masak lama kot..sebab takut tak masak belah dalam..


Kereta standard ambik daging..
Daging oklah, xdelah liat macam ayam goreng dia..


Haa, ni nasi sy..
Maybe kene ambik bahagian yang bukan isi kot baru feel makan..
Haa, korang next time kalo makan kat Line Clear ni janganlah ambik bahagian isi..
Tu yang lepas makan rasa tak sedap kot..hehe

Lagi satu orang kata kat sini kotor..
Katanya kalau orang Penang tak makan kat sini, kebanyakkan  yang datang makan orang luar..
Ye ke kotor, pada sy biasa2 je..
Cuma dia tak bersihkan dapur lepas masak jer, adalah bekas tertumpah2 kuah kari kat dapur tu..
Yang lain2 ok jer..
Dan makan kat sini panas sebab bukan indoor restorent..




Budak2 ni makan nasi putih jer..
Nasib baik nak makan..


Lepas tu terus gerak gi Baling..
Giler jauh Baling tu..
Rumah makcu sy tu pon kat kampung..
Ni first time datang, nasib baik dia datang jemput kat pekan..
Kalau nak datang sendiri memang sesat barat..
Ni kalau nak datang sendiri lagi entah ingat ke tak jalan nak gi rumah dia ntah..haha..



Lepas tu makcu tunjuk2 gambar arwah abah sy..
Sy ntahla tak tau nak gambarkan perasaan macam mana sbb tak pernah jumpa..
Semoga rohnya tenang di sana..


Petang tu terus gerak balik, ikut jalan belakang, kereta standard pon cuak jugak sbb tak banyak kereta, lagipula jalan tak pernah lalu..petrol pam pon tak jumpa..
Kitorang punyerlah takut minyak habis tengah jalan..
Tapi alhamdulillah selamat jugak sampai Sg Besar..


Insha Allah ada masa dan cuti panjang nanti kitorang datang melawat sedara mara semula..


Sekian..
Wassalam..


Friday, April 10, 2015

Renovation Rumah - Extend Dapur


Assalam..


Bila dah start renovation rumah, rasa happy berganda2..
Rasa tak sabar nak tunggu siap..
Rasa tak sabar jer nak pindah rumah..


Rumah ni yang First Phase so design pon memang old design la kan..
Sy dapat yg lot tengah, macam tak best sikit..tapi best tak best kene terima hakikat..redha jelah..
Kitorang sebenarnya ada budget yang sangat limited..
Nak buat macam2 tapi duit mesti tak cukup kan..
Pikir punyer pikir, kitorang decide buat yang major renovation dulu..
Dapur tu sangat penting so kenelah buat dapur..


Belakang tu ada dalam 6 ke 7 kaki so kitorang decide utk extend jer..
Bilik dengan bilik air tu tak usik..
Just tambah dapur jer..

Sebelah depan plak kitorang buat divider dulu.
Utk porch xde budget lagi..
Slowly la, nanti ada duit buat kalau tak biarkan jelah dulu..


Disebabkan kitorang ada very limited budget, so kitorang cari tukang sendiri..
Jadi kitorang upah jer tukang indon, then barang2 semua cari sendiri..

 
Tapi tak mudah sebenarnya nak cari barang2 ni..
Sebab kene buat survey dulu nak cari harga yang murah dengan design yang kita berkenan kan..
Sampai sy terpaksa ambik cuti la 2 hari tu nak cari barang2..
Lagi satu jadi macam orang giler, semua benda nak rushing sebab nak elak dr kene gst..


Survey pulak kene la tengok dua tiga kedai kan..
Barulah nama survey..
Memang letih giler, lagi pula bawa budak2 sekali..
Kesian sangat bebudak kepenatan..


Yang paling mencabar sekali nak pilih tiles la rasanya setakat ni..
Dekat 4 jam kat kedai ni utk pilih dan decide tile.
Tile pulak semua lain2 jenis.
Untuk dapur lain, dinding dapur lain pulak, tile bilik air sekali nak tukar, then pilih tiles untuk table top lagi..
Banyak sangat choice sampai rambang biji mata..hehe

Ni semua unplan, just vision nak theme rumah kita tu colour apa then pilihla tile yang mana berkenan.


Yang ni sy pilih utk table top 2x2 la kalo tak silap.
Harga pulak RM15 sekeping.



Utk tiles lantai dapur sy pilih yang 2x1 yang macam lantai kayu tu..
Yang tu permukaan tak kasar sangat dan tak licin..
Tapi yang ni mahal sikit, sekeping RM7.50..
Utk lantai dapur jer dah makan RM1000++, ini baru tiles jer tau..
Dah lari budget sikit dah kat situ..


Lepas tu survey pintu front door dgn pintu bilik..
Yang kat atas ni harga RM660 la lps diskaun..


Yang ni pulak sesuai utk bilik RM250..
Tapi end up kitorang beli pintu biasa yg belum cat.
Nak budget punyer pasal kan, cat jer sendiri..


Indon ni pantas jugakla kerja tapi kene pantau sebab kang diorang buat yang bukan2 pulak..
Kereta standard memang pegi hari2 tengok diorang buat keje, tapi singgah sekejap2 jelah..


Sinki ni kitorang dapat harga RM200 tapi ada defect sikitla, lgpon stok yang lama taukeh kedai tu nak clear stock..
Oklah jugak, yang penting sinki besar..
Satu sink je pon dah 200, baru ler tau mahal rupanya barang2 hardware neh..


Tombol dengan kepala paip ni tak ingat pulak berapa harga, lagipon kereta standard yang pilih dan beli..


Lepas tu survey pulak dapur, table top tu nak pasang dapur so nak ukur dapur siap2..
Survey 3 ke 4 kedai jugakla..
Rasanya kat SengHeng dapat murah..ada offer dapur dgn hood cuma RM1,075.

Tapi yang ni belum beli lagi, survey baru..hehe
Tungu ada budget baru boleh beli..
So ni reserve item dulu..


Minggu ni dah masuk minggu ke 3 renovation, banyak jugak dah siap..
Kereta standard kata budget dalam 2 bulan baru siap sepenuhnya..
Nanti sy update lagi..


Sekian..

Saturday, April 4, 2015

Ketagihan Cendol @ Pappa Rich


Assalam..


Sekarang ni cuaca sangatla panas kan..
Sedapnyalah kalau dapat makan cendol..


Haritu masa kitorang balik Temerloh, plannya nak makan cendol kat Papparich waktu siangla..
Sebab tengah panaskan, memang masa yang sesuai sangatla makan waktu siang.


Tapi, pagi tu masa tengah tolong mak mertua masak tetiba tangan kene minyak panasla pulak..
Hadoii, pedih giler..pijar panas macam kene cili tu..
Habis lengan sy yang jelita ni tau..hehe


Punyerla sedih hati..
Tapi kereta standard pujuk jugak so dia bawak jugak makan cendol tapi waktu malamla..
Malam dahla sejuk so tak berapa feel sangatla nak makan cendol tapi layankan jelah..


Kereta standard order air ape ntah..coffee yang ada ice cream..
Dah 15kali asyik order air yang sama jer..dia suka sangat air tu..


Haa, bebudak dua orang ni buat perangai pulak..
Melasak sampai panjat2 meja..
Pening kepala sy, haa lantakla korang..


First time makan kat Pappa Rich Temerloh
Actually, outlet ni baru jugak bukak..
Masa ni best giler sebab sejuk, berangin sikit punyer kuat malam tu..


Kereta standard dengan adik dia..
Terima kasih adik sebab belanja..hehe



Budak Anaz ni diam sekejap jer tengok tab, tepas tu start memanjat meja balik..
Budak kecik ni sebenarnya lagi lasak dari abang dia tau..
Pening mama..


Tada..
Syok giler layan cendol..
Tapi cendol tu bukan makan dengan taugeh tau..
Taugeh tu sebab ada dalam mee, semua pon xsuka taugeh tu yang belonggok atas pinggan tu..


Tapi sekarang punyer azam, kitorang nak kurangkan makan2 kat luar sebab xnk bayar gst..
Boleh jugakla camtu kan..hehe


Memang terbaikla cendol Pappa Rich ni..


Sekian..



Friday, April 3, 2015

Beli Rumah Lelong - Housing Loan/Pemilihan Bank


Assalam..

Entry ni dah lama dalam draff..
Sakit hati punya pasal sebab tu terbengkalai sket nak habiskan karangan..hehe


Hari kan sy ada cerita tentang kesilapan sy memilih penguam untuk urusan rumah lelong ni kat SINI
Harini nak share pulak tentang experience sy tentang membuat Housing Loan atau membuat Pinjaman Perumahan..


Kalau nak ikutkan, korang kene rajin survey bank mana yang bagi rate paling rendah..
Kalau Telekom, kitorang ada panel bank iaitu Ambank, rate utk housing Loan adalah 4.00 %..
Memang murah sangat compare dengan bank lain..


Tapi kes sy ni lain sikit sebab rumah yang sy beli tu adalah rumah lelong..
Dan bank yang melelong adalah Maybank..
Atas nasihat peguam sy, dia advice utk proceed dengan maybank jer sebab tempoh utk settle semua jual beli hartanah lelong cuma 3 bulan, so lawyer takut tak sempat..


Sebab sy takde choice, sy follow jerlah advice lawyer tu..takde experience kan..
Terpaksa ambik Maybank Islamic, rate adalah 4.55%..
Banyak kan beza 4% dengan 4.55% tu..


Tapi nak buat cemana..
Redha jelah..


Proses nak submit application semua tu sekejap jer tapi kes sy ni ambik masa yang lama.
Kesilapan terbesarnya adalah rumah lelong tu dekat Bentong tp Lawyer kat Shah Alam dan bank yang process tu pon kat Shah Alam jugak.


Dalam agreement yg dia bagi kat sy dinyatakan caj penilai oleh bank tapi yang sy sakit hati sebenarnya bank tak pegi pon.
Dahla cas sampai RM1K..kurang asam punyer Maybank..
Sy tak halal duit sy.
Dahlah hantar agreement last minute terus suruh sy sign semua, dengan alasan dah suntuk masa.
So sy pon sign jer then bila sy review balik ntahapa2 caj dia masukkan..
Stress...


So, buatlah pilihan dengan bijak.
Better pilih lawyer dekat area rumah yang dibeli tu jer sebab nanti macam2 kos kita kene caj.
Macam lawyer sy pon dia caj RM1K hanya untuk urusan submit document dr Shah Alam ke Kuantan..
Sakit hati kan..


Sekarang, rumah tengah renovate..
Seronok sangat..
Tak sabar nak pindah rumah baru..
Nanti sy update tentang renovation pulak ek..


Sekian..
Bye..