Friday, April 10, 2015
Renovation Rumah - Extend Dapur
Assalam..
Bila dah start renovation rumah, rasa happy berganda2..
Rasa tak sabar nak tunggu siap..
Rasa tak sabar jer nak pindah rumah..
Rumah ni yang First Phase so design pon memang old design la kan..
Sy dapat yg lot tengah, macam tak best sikit..tapi best tak best kene terima hakikat..redha jelah..
Kitorang sebenarnya ada budget yang sangat limited..
Nak buat macam2 tapi duit mesti tak cukup kan..
Pikir punyer pikir, kitorang decide buat yang major renovation dulu..
Dapur tu sangat penting so kenelah buat dapur..
Belakang tu ada dalam 6 ke 7 kaki so kitorang decide utk extend jer..
Bilik dengan bilik air tu tak usik..
Just tambah dapur jer..
Sebelah depan plak kitorang buat divider dulu.
Utk porch xde budget lagi..
Slowly la, nanti ada duit buat kalau tak biarkan jelah dulu..
Disebabkan kitorang ada very limited budget, so kitorang cari tukang sendiri..
Jadi kitorang upah jer tukang indon, then barang2 semua cari sendiri..
Tapi tak mudah sebenarnya nak cari barang2 ni..
Sebab kene buat survey dulu nak cari harga yang murah dengan design yang kita berkenan kan..
Sampai sy terpaksa ambik cuti la 2 hari tu nak cari barang2..
Lagi satu jadi macam orang giler, semua benda nak rushing sebab nak elak dr kene gst..
Survey pulak kene la tengok dua tiga kedai kan..
Barulah nama survey..
Memang letih giler, lagi pula bawa budak2 sekali..
Kesian sangat bebudak kepenatan..
Yang paling mencabar sekali nak pilih tiles la rasanya setakat ni..
Dekat 4 jam kat kedai ni utk pilih dan decide tile.
Tile pulak semua lain2 jenis.
Untuk dapur lain, dinding dapur lain pulak, tile bilik air sekali nak tukar, then pilih tiles untuk table top lagi..
Banyak sangat choice sampai rambang biji mata..hehe
Ni semua unplan, just vision nak theme rumah kita tu colour apa then pilihla tile yang mana berkenan.
Yang ni sy pilih utk table top 2x2 la kalo tak silap.
Harga pulak RM15 sekeping.
Utk tiles lantai dapur sy pilih yang 2x1 yang macam lantai kayu tu..
Yang tu permukaan tak kasar sangat dan tak licin..
Tapi yang ni mahal sikit, sekeping RM7.50..
Utk lantai dapur jer dah makan RM1000++, ini baru tiles jer tau..
Dah lari budget sikit dah kat situ..
Lepas tu survey pintu front door dgn pintu bilik..
Yang kat atas ni harga RM660 la lps diskaun..
Yang ni pulak sesuai utk bilik RM250..
Tapi end up kitorang beli pintu biasa yg belum cat.
Nak budget punyer pasal kan, cat jer sendiri..
Indon ni pantas jugakla kerja tapi kene pantau sebab kang diorang buat yang bukan2 pulak..
Kereta standard memang pegi hari2 tengok diorang buat keje, tapi singgah sekejap2 jelah..
Sinki ni kitorang dapat harga RM200 tapi ada defect sikitla, lgpon stok yang lama taukeh kedai tu nak clear stock..
Oklah jugak, yang penting sinki besar..
Satu sink je pon dah 200, baru ler tau mahal rupanya barang2 hardware neh..
Tombol dengan kepala paip ni tak ingat pulak berapa harga, lagipon kereta standard yang pilih dan beli..
Lepas tu survey pulak dapur, table top tu nak pasang dapur so nak ukur dapur siap2..
Survey 3 ke 4 kedai jugakla..
Rasanya kat SengHeng dapat murah..ada offer dapur dgn hood cuma RM1,075.
Tapi yang ni belum beli lagi, survey baru..hehe
Tungu ada budget baru boleh beli..
So ni reserve item dulu..
Minggu ni dah masuk minggu ke 3 renovation, banyak jugak dah siap..
Kereta standard kata budget dalam 2 bulan baru siap sepenuhnya..
Nanti sy update lagi..
Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tukang rumah 0122528706 abe Mat.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteKita juga membuat kerja kerja bina rumah, rumah tambahan, landscape, kolam hiasan, awning kayu dll berkenaan pembinaan, memberikan sebut harga secara detail tanpa hiden cost, 3D image di berikan secara percuma untuk yang betul betul berminat sila layari
http://www.mytukang.com/2016/03/GalleryPhotoRenovation.html?m=1
Untuk melihat kerja kerja yang sudah kita siapkan
Kita berada di puchong bestari
Dan boleh menghubungi kita Call/WhatsApp di talian +60 126794771-Budi
Terima kasih..
Bina banglo dan renovation rumah.boleh tengok hasil kerja di site.semua saya boleh buat murah murah aja janji ada kerja sudah lah.call 0178766548 ijan
ReplyDelete0176620117
ReplyDeleteKami menyediakan perkhidmatan Plumbing Dan Renovation :
-Bina rumah
-Ubah suai rumah dan pejabat/office
-Pasang tiles dan plaster siling
-Buat teble top dan kabinet
-Kerja-kerja paip
-Baiki sinki dan tandas tersumbat
-Baiki atap/bumbung bocor
-Kerja-kerja wiring
-Pasang tangki tangki air dan cuci tangki
-Pasang pintu dan tingkap
-Pasang diding partation
-MENGECAT
perkhidmatan kami dijamin berkualiti “harga boleh runding, dan kerja dijamin bertanggung jawab
HUBUNGI: 0176620117 atau guna WhatsApp pada no yang sama
Excellent post. I used to be checking continuously this blog and I'm inspired!
ReplyDeleteExtremely useful information particularly the closing section :) I deal with such info much.
I was looking for this certain information for a very lengthy time.
Thanks and best of luck.
Tuan..boleh sy tahu bajet untuk extend dapur saiz tu?
ReplyDelete