Pages

Tuesday, May 14, 2013

IKEA & The Curve


Assalamualaikum..


Sabtu lepas tu macam bosan giler jer duduk rumah..
So kereta standard ajak jalan2 gi IKEA..
Yeaaah...seronoknya jalan2..hehe
Lagipon adik kereta standard tido kat rumah kitorang, dia datang saja2 jer..
Tu yang kereta standard ajak gi jalan tu..
Lagipon nak beli barang sikit kat IKEA..




Tapi sebenarnya, tujuan utama adalah nak makan meatball ni..
Kereta standard tu macam2 nak makan sekarang ni..
Ni sebab terpengaruh dengan kawan dia la ni..
Asyik IG meatball jer, tu yang terus ajak gi IKEA tu..
Kitorang order yang 20 pcs, beli satu share jer..
Qayyum pon makan sampai 3 biji, lepas tu melalak sebab daging tu melekat2 kat celah gigi dia..haha..
Cian dak kecik tu..




Bila sampai food court IKEA tu kan, macam2 nak ambik..
Memang rambang mata..
Nasib baik beli satu jer..
Macam pasta ni, bukannya sedap sangat pon..
Sedap lagi yang sy masak sendiri..
Kesudahannya tak habis makan..
Kan dah membazir..




Kereta standard tengok orang makan chicken wing, dia pon sibuk nak chicken wing jugak..
Sy beli kan 2 ketul jer..
Kang banyak2 tak habis makan pulak..




Yang ni pulak apple cake..
Tengok macam sedap je kan..
Tapi sebenarnya langsung tak..
Sepatutnya apple cake ni kene makan panas2, tapi yang ni siap keras beku berais lagi..
Ni sebab sy yang nak sangat cake ni jadi nak taknak membazir, terpaksa habiskan jugak..hehe


Kitorang beli jugak lagi satu kek tapi lupa plak nak snap gambar..
Yang tu okla jugak rasa dia..





Ibu mengandung yang gembira..hehe..
Yang tambah lagi gembira sebab adik kereta standard yang belanja..
Hehe..terima kasih yer adik..
Next time boleh blanja makan lagi..tapi nanti kita pegi tempat lain pulak yer..ngehngeh..




Budak ni baru baik demam..
Tapi ada la jugak dia makan, takde la taknak makan langsung..
Mengamuk tetap mengamuk jugak kat sini, tapi nasib baik under control..




Lepas membeli belah di IKEA, kitorang jalan2 kat The Curve pulak..
Kat sini just cuci2 mata jer..





Beli jus ni, budak kecik ni pon sibuk nak sedut jugak..
Juice ni sedap tp mahal sikitla..
Satu tu dekat 15 hengget, flavour manggo apa ntah..




Lepas tu masa jalan2 kat Borders book store, ternampak ada alien kat dalam ni..
Kereta standard pon sibuk nak ambik gambar..
Layan jelah..




Masa ni ada promotion apa ntah..
Malasla sy nak mengambik tau sangat..hehe




Kereta standard nampak fridge magnet marvel..
Terus pilih2 yang batman dengan superman dan terus beli..
Tapi mahal gilos satu FM rege RM18.90..





Ramai jugak orang kat sini..
Lepas tu jalan2 lagi, makan2 dan terus chow..




Sian kat budak ni, sampai tertido2 kepenatan..
Qayyum ni memang pemalas sikit nak jalan..
Jadi elok jer dia duduk diam kat dalam stroller tu kecuali masa pegi makan..
Sibuk nak berjalan2 sendiri..
Masuk jer dalam kereta dia sambung tido balik sampaila rumah..


Kitorang keluar rumah dalam pukul 12 tengahari..
Pukul 6.30 petang dah sampai Bentong..
Letih jugak kaki jalan2 ni ek..
Tapi kalau tak gi jalan, lagila bosan..
Pada sy biarla penat pon tapi seronok..hehe..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Monday, May 13, 2013

Ulang Tahun Ke-3


Assalamualaikum....


Hari ni 13/5/2013, sy baru masuk office setelah dekat 2 minggu bercuti..
Kandungan dah nak masuk minggu ke-39..Tapi masih takde tanda2 nak bersalin jadi sy pon gamble jelah datang office..
Dah warning kereta standard siap2 kalau apa2 berlaku, tetiba sakit perut ker apa, dia kena ambik sy kat KL..hehe..


Last check-up hari Khamis last week, doktor kata baby masih floating, kepala baby belum lock lagi..
Dapatla mc dua hari..sambung pulak cuti sabtu ahad..bosan sebenarnya duduk rumah..
Tu yang hari ni masuk office..
Tapi kerja menimbun, rasa menyesal pulak datang office..hahaha..
Tetiba esok ada internal audit pulak, jadi macam2 kene buat..mana2 kerja yang pending tu terpaksa la kene clear..


Sy ada banyak entry tertunggak nak update dalam blog..
Kat rumah memang tak sempat nak pegang laptop, dengan adanya budak Qayyum tu kerja dia asyik nak menyebok jer..
Kat rumah sy memang malas nak update guna laptop, layan tv lagi best..
Jadinya, free time masa lunch hour kat office ni lah masa yang sesuai untuk sy update blog ni..hehe..

1 May lepas merupakan wedding anniversary sy dengan kereta standard yang ke-tiga..
Baru tiga tahun uols..banyak lagi rintangan dan dugaan yang perlu ditempuhi ni..hehe




Kitorang nikah 1 May 2010, kenduri sebelah sy 7 May dan kenduri bertandang sebelah kereta standard pulak buat bulan Julai sebab masa tu clash dengan exam sy..


Alhamdulillah, sy dapat seorang suami yang baik hati dan boleh bertolak ansur..setakat nilah..huhu..
Walaupon sy ni degil dan keras kepala (terbocor rahsia pulak..hehe) tapi kereta standard masih boleh  menerima sy seadanya..
Sy harap ikatan perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat, semoga keluarga kami dimurahkan rezeki, dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah dan dijauhkan dari perkara2 buruk..




Sebenarnya untuk anniversary yang ke-3 ni memang takde celebrate pon sebab banyak sangat perkara yang merunsingkan kepala..
Pada masa tu sy cuma berharap dan berdoa supaya sy dapat pergi konvocation kat Skudai jer..
Hadiah pon xder beli sebab budget semua untuk konvo..
Alhamdulillah, nasib baik baby sangat baik dan mendengar kata..konvocation sy juga ok walaupon tak berapa nak lancar sangat sebab Qayyum demam pulak masa tu..nanti sy blog pasal convo ok..




Malam tu kitorang just keluar makan2 dekat SR Bentong jer..
Masa tu sebenarnya kereta standard teringin nak makan lasagna, so layankan jelah..
Budak Qayyum ni macam biasa, membuat onar kat dalam ni..
Sekarang ni dah tak reti nak duduk diam2, ada jer benda yang tak puas hati..
Sudu garfu untuk dia mesti ada, kalau takder memang mengamuk sakan..
Mengacau makanan tu pon sudah semestinya..pening kepala dibuatnya tau..
Ni baru anak sorang, dah haru biru..kalau ramai entahla..takdelah selalu bawak makan kat luar kot..hehe..




Ni air kereta standard..air apa ntah..
Dia kata tak sedap..hahaha..




Order cheese cake satu slice jer..




Yang ni sy punyer..
Choclate blended..sudah semestinya sedap compare air kereta standard tu..hehe




Budak Qayyum ni bersungguh2 makan cheese cake..
Makan takpe, jangan buat main sudah..




Kiri kanan nak suap masuk mulut ha..
Tamak haloba betul..






Makan pulak sy order Tom Yam Kung..
Dah lama tak makan tomyam kat Secret Recepi, tu yang tetiba teringin tu..




Nyumnyum..sedap..
Udang dia besar..
Tapi lambat giler nak habis makan..
Sebabnya panas + pedas..hehe




Kereta standard order spinach lasagna..
Tapi lepas tu menyesal pulak sebab tak sedap..hahaha
Sebenarnya dia nak order lasagna yang biasa tu tapi tersalah order yang spinach pulak..
Pening sungguhla lelaki ini..




Tapi habis jugak sebab sy tolong makankan..
Sy jugak yang gemok..dahla dah memang gemok, maka bertambah2 gemokla..




Alhamdulillah, dah habis makan terus jer balik..
Tak sanggup nak lama2 sebab tak larat nak mengawal budak jantan sorang ni..
Elok jer kitorang keluar dari restauran ni, hujan gerimis dah start turun..
Memang tak singgah mana2 dah, terus jer balik rumah..



Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Friday, May 10, 2013

Almari Baju Baru Qayyum..


Assalamualaikum..


Dah lama plan nak beli almari baju Qayyum tapi asyik tak sempat jer nak menyinggah kat kedai perabot..
Kereta standard pon asyik sibuk jer memanjang..
Last week tu sy paksa jugak kereta standard beli almari, kebetulan ada kedai perabot yang jual harga murah sikit tapi kedai ni jauhla dari rumah..


Sebelum ni kan sy letak baju Qayyum dalam storage box jer, tapi memandangkan aritu dah basuh semua baju baby jadi haruslah simpan elok2 dalam almari..





Almari ni kereta standard beli dengan harga RM255 sahaja..
Kat area bandar Bentong kereta standard kata semua harga dalam RM400..
Jiran rumah sebelah pon beli almari budak harga RM300 lebih..haha, kereta standard sibuk tanya rege almari anak orang tu..




Sebelah dalam dia macam ni..
Tinggi pulak lebih kurang tinggi sy..
Okla jugak, boleh tahan besarla untuk baju budak..
Tapi bau kayu dah seminggu tak hilang2..



Tu jelah kot nak cerita..hehe..
Sekian,
Terima kasih sudi baca..




Sunday, May 5, 2013

Persedian Berpantang


Assalamualaikum..


Dah nak dekat dah ni..
Takut pulak nak bersalin..
Sakit tak???...soalan tak boleh belah kan..hehe
Dulu masa Qayyum doctor terus jer plan ceaser sebab expect baby besar, memang tak rasa langsung sakit bersalin, contraction ker apa ker..
Tapi, harap2 kali ni dipermudahkan semua..aminn..


Kali ni sy nak share persediaan berpantang sy untuk kali ni..
Dulu first time tak reti sangat kan, so bila dah ada experience sikit bolehla improve..
Demi keselesaan tubuh badan sendiri..


1. Set Berpantang Shaklee




Demi misi 50kg, so kali ni sy nak try set berpantang dari Shaklee..daripada review yang sy baca, rata2 pengguna memberikan positive comment..
So kalau dah elok, apa salahnya try kan..


Set ni sy beli dengan officemate kereta standard, dapatla member price..lepas tu sy tambah Alfalfa Complex..yang ni drpd review yang sy baca fungsinya untuk memperbanyakkan susu ibu..sy sebenarnya tak ada masalah dengan susu sebab masa Qayyum dulu susu memang banyak..tapi nanti kan konon2 nak diet..kalau tak makan kang sian pulak kat baby, jadi sy plan ambik supliment..satu set ni harganya RM308..Set ni boleh tahan sampai 4 bulan..



2. Pasang Air-Cond





Hahaha...
Yang ni memang dasar mengada2.. 
Sebenarnya cuaca kat Sg Besar amatlah panas..
Pedulik hapa sy walaupon rumah mak sy tu rumah papan jer..
Dulu masa Qayyum memang menggelupor nak balik rumah cepat2 sebab dah tak tahan dengan cuaca panas kat kampung..
Qayyum pon sampai tumbuh2 ruam kat muka dengan kepala, siang2 memang bogel jer..badan berpeluh2 kalau pakaian baju..sian kat dia..
Malam2 memang melalak maybe sebab kembung perut..
Sampai demam2, sakit2 kepala nenek Qayyum jaga masa dalam pantang tu..


Kali ni sy tekad suruh kereta standard pasangkan aircond..
Tapi kitorang beli yang second hand jer..yang ni pon advise by sepupu sy..
Dia kata kat rumah dia pon pasang yang second hand jer..masih elok sampai sekarang..
Kalau beli air-cond baru kan mahal..yang ni dapatla murah sikit..
Yang ni brand york, harga air-cond dengan upah pemasangan sekali RM450 sahaja..
Jimat banyak compare dengan beli yang baru..
Kitorang dah try tido pasang air-cond siang malam memang sejuk..hehe




3. Buku Hidangan Berpantang


Buku ni beli dah lama jugakla, dua ke tiga bulan lepas masa temankan officemate sy beli novel kat Jalan TAR tu..tiba2 ternampak buku masakan berpantang ni terusla beli..
Sy  kan memang suka beli buku masakan..
Masak ke tak masak, belakang kira..yang penting beli dulu..hehe..



Ni antara menu2 dalam buku ni..
Takdelah ikut 100% sebab ada hidangan ayam jugak tapi depend pada badan seseorang tu..kalau makan ayam tak gatal boleh jer teruskan makan..tapi ayam kampung memang boleh makan rasanya..




Antara ikan yang boleh dimakan semasa dalam pantang adalah ikan haruan, ikan merah, ikan siakap, ikan bawal putih, ikan tenggiri, ikan bilis dll..ikan apa lagi ek, lupa pulak..


Sayur pulak kalau ikut buku ni banyak resepi macam ulam pegaga tu dan peria..
Tapi kebanyakkan masakan semua letak lada hitam..




Masak lemak pon ada..
Confius pulak masa berpantang boleh makan masak lemak cili padi..hehe..
Kalau tengok semua resepi, semua nampak sedap jer..kari pon ada jugak..


 
Berpantang sebelum ni mak mertua sy masak serunding ikan haruan dengan kunyit, ikan bilis goreng tanpa minyak dan singgang ikan tenggiri..
Kat rumah mak sy pulak, mak sy masak ikan haruan panggang lada hitam dengan bawang putih..kadang2 ikan jer lain2 tapi menunyer sama jer..
Memula memang la sedap tapi kalau dah seminggu hadap lauk yang sama jer memang busan tahap gaban kan..
Tapi, dah nama berpantang kan..kalau boleh bedal semua bukanla berpantang namanya..




4. Barut & Losyen Mustajab


Yang terakhir adalah barut dan losyen mustajab ni..
Barut tu beli masa pregnant Qayyum..
Beli kat kampung, murah jer..dalam RM30 la lebih kurang..
Tapi masa pantang tu tak pakai sangat..
Kali ni, demi misi kurus kenela berdisiplin sikit..selese ke tak selesa kene pakai jugak..


Yang ni barut tradisional..
Jadi untuk mempercepatkan pembakaran lemak, kita akan sapu losyen mustajab tu dulu kat perut sebelum pakai barut..
Harap2 berkesanlah yer..
Untuk krim mustajab tu sy beli dua jenis, satu yang extra hot dan lagi satu jenis super hot..




Sy baru try krim yang super hot tu..sebelum ni tak pernah beli yang ni pon..
Dah lama dulu ada jugak beli tapi yang biasa2 tu..
Tapi bukanlah sapu kat perut kan sebab belum bersalin lagi..
Sy sapu kat betis dengan tapak kaki bila lenguh2..
Asyik jalan jer kan, mana tak lenguh2 kaki..
Berkesan jugakla, hilangla lenguh2 kaki tu..
Nak kata panas sangat tu takdelah sampai terbakar kulit..hehe..



Itu jelah kot persediaan berpantang sy untuk kali ni..
Kalau ada nanti sy updated lagi..tapi macam dah cukup jer..
Semoga kali dipermudahkan bersalin dan berpantang sy..



Terima kasih sudi baca..
Sekian..

Friday, May 3, 2013

Main Masak-Masak : Cek Mek Molek


Assalamualaikum..


Hari tu balik kampung sy tengok mak sy ada beli banyak ubi keledek..
Sy pon ambik bawa balik sikit..
Kat kampung kan harga keledek murah jer..
Yang ni ubi keledek dia kaler oren..


Pikir punyer pikir, nak masak apala dengan keledek ni..
Tanya kereta standard kalau buat cek mek molek ok ker?
Kereta standard kata ok jer..


Maka petang kelmarin, sy pon memulakan operasi..
Ni first time try..
Tengok resepi, senang giler..


Resepi : Cek Mek Molek


Ubi keledek
Tepung gandum
Gula





Mula2, kita basuh dan rebus dulu ubi keledek sehingga empuk..
Adalah dalam 8 biji keledek yang sedang2 jer..tak besar sangat dan tak kecik sangat..




Lepas tu angkat dan biarkan sejuk sekejap..
Sy cucuk keledek ni dengan pisau, kesian keledek tu semua cedera..hehe




Nak senang lenyek, kita tumbuk jer guna lesung batu..






Lepas tu masukkan tepung gandum..
Sy masukkan dalam satu cawan setengah tepung..
Yang ni agak2 jer, takut terlebih tepung kang keras pulak cek mek molek tu..
Kemudian uli menjadi doh..


Seterusnya bentuk kan bentuk bujur dan masukkan gula kat dalam doh tu..
Letih jugak nak menggentel cek mek molek ni..
Kereta standard sempatla jenguk2 kat dapur, dia siap tegur lagi gemuk gedempol sangat kuih cek mek molek sy ni..orang buat kecik2la..katanya..
Biarla buat besar2..kita ni nak makan kat rumah, bukannya nak meniaga pon..





Dapatla dua pinggan sebelum goreng..
Berpeluh2 kepanasan tau menggentel kuih ni kat dapur..
Nak bawak kat depan takut kene kacau dengan Qayyum pulak..






Sekali tengok budak ni dah pengsan dah kat depan tv..
Pukul 7 petang sudah tidur..
Ni mesti main jer satu hari kat rumah pengasuh dia ni..
Tu yang kat rumah penat sangat tu..
Sian dak comey ni..




Tada..cek mek molek sy dah siap goreng..
Tapi ada gula yang pecah sampai terkeluar2 pulak..
Bila makan kereta standard kata manis sangat..
Banyak sangat gula kot sy letak..
So bila nak makan, kene picit keluarkan gula dulu..sebab sy pon rasa manis sangat..
Next time kalau buat lagi kene letak sikit jer gula kat dalam dia..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..


Thursday, May 2, 2013

Sepetang ke L.U.M.U.T


Assalamualaikum..


Last week cuti sabtu dan ahad, mcam biasa aktiviti kitorang memang balik kampung..
Kali ni balik Sg Besar..lagipon dah sebulan tak balik kampung sy..


So, pada hari sabtu tu kitorang pon gi jalan2..
Macam biasa la mesti bosan kalau duduk rumah jer kan..
Tambahan pula, cuaca amatlah panas sekarang ni..
Duk kat rumah rasa macam dalam oven jer..
Berpinau2 biji mata, telinga pon boleh keluar asap tau..



Sy pon ajak kereta standard gi Lumut..
Dah lama tak pergi, last sekali sy gi Pulau Pangkor masa standard 6 rasanya..gilerrr lamaaa..hahaha..
Budjet macam dekat jer..
Tengok signboard dalam 60km..so agak2 perjalanan dalam sejamla..



Wooo, sekali kereta bukan main banyak lagi dekat main road..
Jalan dah la satu lane jer, lori pon banyak jugak..
Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 11.30 pagi, sampai Lumut jam 1.00 petang..
Sejam setengah baru sampai..




Bila dah sampai, sebenarnya takda benda yang menarik sangat pon..
Kalau nak best kene pegi Pulau Pangkor or Teluk Batik la kot..
Kitorang just pusing2 kat area Lumut ni jer..




Singgah kat Marina Wing ni sekejap, gi minum air sejuk sebab dah haus sangat..
Cuaca pulak amatla panas..
Orang pon tak ramai..
Lepas tu jalan2 kat sekitar tempat ni dan ambik2 gambar..




Mak buyung pon nak posing jugak..
Besar giler kan perut sy..




Mood Qayyum masa ni biasa2 jer..
Tapi lasak tetap lasak..siap tumpahkan air sy lagi kat kedai makan tu..
Sy dahla haus yang amat, terpaksalah order satu air lagi..
Bertuah betul budak ni..




Masa ni kitorang jer yang ada kat area ni..
Sebab takde orang sangat tu yang rasa macam tempat ni tak berapa best kot..
Kalau ramai barulah rasa meriah sket..




Ambik gambar kat sauh besar ni, tapi spoil betulla sebab ada bendera parti politikla pulak..
Tu yang gambar separuh jer tu..




Bawak atuk dengan nenek Qayyum jalan2..
Tapi nenek pon letih sebab sakit kaki, jadinyer takdelah jalan2 jauh sangat..




Kat sini ada pameran kapal tentera..
RM12 per entry..mahal kot, jadinya takder perasaan pon nak tengok..
Kalau free pon belum tentu lagi sy nak masuk tengok..hehe..






Atuk belanja Qayyum makan aiskrim..
Sambil tu main2 kat area playground ni..
Lama jugak kitorang duduk lepak kat sini, sampailah dah bosan barulah gerak balik..



Sebelum balik, singgah membeli belah dulu macam ikan bilis, keropok2 dan kerepek2 kat sini..
Jauh ni nak datang lagi..
Walaupon perjalanan dalam sejam lebih jer, tapi lambat lagi la kot kitorang nak datang sini lagi..



Lepas tu singgah makan kat Tesco Manjung..
Dalam pukul 4.30 petang tu baru gerak balik..



Terima kasih sudi baca,
Sekian..




Wednesday, May 1, 2013

ASAM tak elok untuk kesihatan..


Assalamualaikum...


Selamat hari buruh kepada semua termasuk sy juga..
Eloknya kita berehat jer kat rumah..
Lagipon cuti sehari jer kan..
Esok dah nak masuk kerja semula..


Last week kereta standard beli air zamzam untuk persediaan bersalin..
Dia beli dalam tiga botol kecik la kot..lebih kurang botol mineral 500ml tu..
Beli lebih boleh buat minum2 skali..


Lepas tu dia belikan sy asam ni..






Sebelum ni dia dah sound dah, jangan makan asam banyak2..
Tak elok untuk perempuan mengandung..
Tapi dia pulak yang belikan..apa cer..hehe


Sy bawak gi office jer asam ni, sy pon malas nak makan banyak2..
Kalau letak kat rumah ni belum tentu habis lagi..
Mood makan asam dah takder dah sekarang ni, kawan sy pon ada pesan elakkan makan asam2 ni takut baby kene kuning pulak nanti..
Harap2 dijauhkan dan dipermudahkan sy bersalin nanti..
Amin..



Sekian,
Terima kasih sudi baca..