Alhamdulillah..
Raya pon dah seminggu berlalu.
Tahun ni biasa2 jer.
Raya kat Sg Besar dulu then raya ke-3 baru balik Temerloh.
Purple ni sebenarnya tema raya tahun lepas. Tahun ni kitorang recycle jer..
Kereta standard taknak baju baru so tak payah buat utk dia.
Tapikn budak2 punyer bju tahun lepas dah senteng, kain yg last year ada lebih banyak so buatkan baju baru utk budak2..awal2 lagi baju raya diorang dah siap..
Baju sy tu tahun lepas punyer kain hantar taylor dah dekat setahun baru siap so kira baju raya la jugakkan..hehe
Tapi nak jadikan cerita, masa kemas2 beg nak balik kampung tu..sy tak jumpa plak baju melayu purple kereta standard..
Kemas pon subuh pagi sebelum balik kampung so malas nak punggah2 almari beria sangat..
Lantakkan jelah kereta standard pakai baju pink 4 tahun sudah tu..
Hahaha..ape punyer bini la kan..
Tapi kesudahannya, kereta standard taknak pakai baju melayu pon..
Dia pakai jubah jer dr pagi sampai petang.
Penat jer iron baju melayu dia pagi2 tu..
Anaz tu belum siap lagi masa ni.
Pakaikan jubah dulu takut budak tu rimas ke apa ke kan.
Songkok tu pon beberapa saat je pakai lepas tu dia dah buat baling2..
Kebiasaannya, malam raya kt Sg Besar memang ada baraan.
Tapi malam raya tu tak sempat sampai rumah sy so sambung pg raya lepas solat aidilfitri..
Kitorang hidang durian jer..
Haa, habis licin..
Kuih raya dengan nasi impit, rendang semua orang tak makan pon.
Tahun ni dah ready beli pinggan dengan cawan polisterin je sebab tahun2 sebelum ni sy memang penat giler membasuh pinggan mangkuk.
So guna pakai buang jer senang.
Baraan utk orang lelaki jer, so tiap kali pon suruh kereta standard join supaya bercampur gaul dan bersuai kenal dengan orang kampung sket.
Takdelah sampai orang tak kenal laki kiter kan..
Sekarang kan musim durian so banyak jer jual kat pekan.
Tapi xdelah murah sangat.
Ok2 jelah kat harganya.
Lepas baraan, start ahli keluarga dan sanak saudara datang rumah.
Dengan adanya polisterin memang begitu membantu meringankan kerja la nak ckp ni.
Jimat tenaga tahun ni tak perlu bersusah payah membasuh pinggan mangkuk dr pagi sampai ke petang..hehe
Sebab banyak masa terluang tak payah basuh pinggan so kitorang ada banyak gambar raya..hehe
Ni picture raya tahun ni.
Tapi memang payahla nak ambik gambar yang senonoh dengan budak2 ni.
Stress aku tengok semua gambar pon ada jer yg spoil.
Tapi layankan jelah yer, yang penting ada gambar raya..hehe
Mak dengan abah sy.
Tengokla tu, Qayyum jugak yang buat perangai.
Dia ni memang tak reti duduk diam2.
Yang Anaz Qaizer tu pon nak melompat jugak tu tp berjaya la peluk kuat2 5 saat..
Yang ni pulak tak tau la menanges sebab apa.
Sibuk nak masukkan basikal dia jugak..
Ape2 jelah nak yer..
Bersama ibu tersayang..
Sila abaikan lelemak di perut itu..
Biasalah kan raya, syok betul melantak.
Mak masak rendang ayam, gulai ayam pencen dengan daging masak kicap bersama nasi impit.
Settle melantak 3 round.
Lepas tu gi rumah nenek plak kat sebelah bedal ketupat, rendang kerang dengan daging rusa masak hitam.
Kesudahannya tengah malam tu sakit perut memulas2.
Cirit birit membawa ke raya ke-2..haaa..padan muka aku.
Makan sampai tak ingat dunia kan..
Hoi siksa betul kene cirit birit ni rupanya..
Sudahnya makan sikit2 jer..rendang yang perangat semua tak berani nk makan dah..
Bila makan nasi dengan lauk pauk yang baru masak, barulah perut ok dah tak cirit birit..
Lepas ni beringatla kan..
Raya ke-2 baru start gi raya.
Itupon sekejap jer, sebab cuaca panas membahang.
Balik rumah solat zohor lepas tu dah malas nak keluar dah..
Ni dengan ank buah yang dah besar panjang..
Dapat lagi family picture walaupun dah tak pakai baju raya..
Yang ni Qayyum behave la sikit, itu pon nak enterprem dengan rambutan dia tu jugak..
Raya ke-3 kitorang gerak balik.
Singgah kat Bentong dulu loading barang2 yang perlu ditinggalkan.
Baju kotor tinggal jer nanti habis raya baru balik basuh..hehe buruk perangai kan..
Mak pon kirim banyak sangat benda pisang segala buah nangka.
Kesian laki kiter kang nak mengangkut so tinggal jer kat rumah..
Lepas solat zohor baru gerak balik Temerloh.
Tapi..
Kereta standard sibukla nak beli durian sedap kat mak dia.
Tempat borong durian ni dekat jer dengan rumah kitorang.
Tempat ni cuma jual D24 dengan musang king jer..
D24 = RM7 sekilo, Musang King plak RM28 sekilo.
Minggu sebelum tu kitorang ada beli yang reject RM1 jer sekilo nak buat stok tempoyak.
Tapi reject pon elok sangat duriannyer..
Kat sini durian memang fresh yang baru gugur punyer so beli yang reject utk buat makan2 pon tak rugi.
Kereta standard belikan mak dia durian D24 yang ok tu dalam 4 biji dan yang reject dalam 27 kilo..
Dekat sebakul RM27 jer..
So total dengan yang elok tu RM50 sahaja..
Haa, penuh kereta dengan beg dan durian.
Pening2 kepala la nak sampaikan ke Temerloh tu tau..
Nasibla 45 minit jer dah sampai, kalau berejam hish tak sanggupla sy nak mengangkut durian..
Tapi memang puas hati makan..
Tapi nanti nak beli lagi, nak tambah stok tempoyak kat rumah plak..hehe
Balik Temerloh pun gi beraya hari ahad tu jer.
Hari Isnin mak mertua sy dah start kerja.
Kitorang pulak cuti sampai hari Rabu.
Bosan2 takde buat apa so bawak budak tengak movie kat Mentakab Mall tu.
Nasib baikla ada cerita cartoon.
So hari raya ke-4 ke ke-5 ntah tu kitorang layan movie jer..hehe
Tiket wayang pon murah jer sebab cerita Minion tu dah tayang lama.
Tapi Qayyum ok, teruja la jugak sebab ni first time bawa dia tengok wayang.
Yang dak Anaz plak bantai tido sampai habis wayang..apolas..
Yelah dia kecik lagi, nasib baik tak meragam dalam tu..
Tapi yang sy stress masa dalam cinema tu, ada orang kentut..
Aku suspect nyonya sebelah aku tu.
Kong ajar giler, kentut bapak busuk..hoii, spoil betulla..
Itu jelah cerita raya tahun ni.
Terima kasih sudi baca..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment