Assalamualaikum..
Hari Sabtu lepas sy dan family mertua sy pergi jalan2 dekat MAHA 2012..itupun dah last 2 days..
Mak mertua sy tu memang minat sangat nak beli pokok2, baja dan yang berkaitanla..
Mak dengan abah mertua sy sanggup datang KL sewa homestay selama 2 hari semata2 nak gi MAHA ni..hari Sabtu tu konon2nyer nak gi survey2 jer dulu..kang ari Ahad nak gi lagi sekali..
In law sy pagi2 dah gerak dari Temerloh, singgah rumah kitorang dulu kat Bentong..sy pulak ada appointment dengan dentist so dalam pukul 9.30 tu gi jumpa dentist dulu then baru gerak ker KL..
Sampai KL awal lagi tapi nak kene tunggu adik kereta standard pulak sebab nak gi sekali..lama pulak tu tunggu dia dari Shah Alam ke KL..
Sampai Serdang dalam pukul 12..
Cuaca tak payah cakapla kan..panas terik..siap bawak payung besar lagi..
Nasib baik payung memang ada simpan dalam kereta jer..
Orang pon boleh tahan jugak ramai..
Sampai2 jer kene tengok map dulu..
Sangatla besar kawasan ni ..kalau jalan kaki boleh tanggal kepala lutut ni..
Satu hari mungkin tak habis nak teroka sebab kawasan MAHA ni sangat luas..
Nasib baik MAHA sediakan trem dan bus untuk bergerak..
Tengok..ramaikan orang..ni baru kat depan entrance ni..
Belum masuk dalam lagi..
Qayyum tido start dari dalam kereta lagi..pindah masuk stoller pon masih membuta juga..
Letih sangat kot anak bujang sy ni..
Trem juga disediakan untuk memudahkan bergerak ke tempat yang jauh2 tu tapi tiap kali nak naik jer penuh..orang naik sepadat2nya..
Takpelah..jalan kaki jer..tapi xdapat nak pegi yang jauh2 tu..
Kitorang just jalan2 sekitar2 situ jer..
Mula gi tengok tempat kambing dan lembu..
Banyak produk base dr kambing dan lembu dijual kat sini macam burger, lamb chop, satay kambing, ice-cream dr fresh milk dan sebagainya..
Agaknya cuaca panas sangat terus Qayyum terbangun dari tido..
Tapi muka masam mencuka..haha
Lepas tu nampak food court, terus lepak kat situ makan2..
Sy siap beli air sejuk sampai 2 cawan walaupun bawak air masak 1 botol tupperware..
Asyik haus rasa nak minum jer sebab cuaca panas membahang..
Mak mertua sy makan nasi beriyani..
Kereta standard makan murtabak kambing kongsi dengan adik dengan abah dia..
Sy pulak makan nasi kukus ayam berempah..
Mula2 tu tengok orang meja depan tu makan, macam sedap jer..tu yang order sama tu..
Yang dalam mangkuk tu ada kuah gulai dengan sambal manis..
Ok jugakla rasa nasi kukus ni, not bad..harganya RM6 sahaja..
Lepas tu kereta standard beli ice-cream..RM5 untuk mangkuk kecik ni..
Lepas makan terus sambung lagi penjelajahan..
Bila dah kenyang nak jalan2 pon dah malas tau..
Sampai dekat area jentera tu, sy pon dah tak larat..
So sy dengan Qayyum pon lepak dekat kawasan jentera ni..kat sini ada kerusi..yang lain2 jalan2 sekitar2 tempat ni..
Kesian kat Qayyum..sampai merah2 muka sebab panas..
Tapi budak ni mana tau panas..
Selamba jer, nasib baik tak meragam..baik jer sepanjang jalan2 kat sini..
Semua jentera dia nak pandu tau..
Siap ada sound effect vroom vroom lagi..
Pandai sangatla siap nak masuk gear bagai..
Jalan2 sikit lepas tu mesti nak cari tempat duduk..dah relax sikit baru sambung jalan semula..
Kemudian tu kitorang pun masuk kat area unggas..
Yang sempat sy tengok cuma ayam, arnad dengan landak jer..
Landak pon ada..
Kambing pon ada..unggas meh?
Sebenarnya yang kambing ni kat sebelah area ayam2 semua..ada lembu jugak tapi malas dah nak ambik gambar..
Belon macam ni kat merata2 tempat ada jual..satu RM5..
Mahal kot..hari tu nenek Sg Besar belikan untuk Qayyum satu RM2 jerk..
Qayyum main sekejap jer..lepas tu dah tak heran..
Ada rabbit park..sama macam yang kat Mini Maha Bentong dulu tu..dulu dah masuk so kat sini malas nak masuk..
RM3 per entry..nak bagi makan siap tambah RM1..yang kat Bentong aritu free jer makanan dia..sy masuk dengan Qayyum dua orang tapi cuma bayar RM3 jer..
Yang kat sini masuk sorang kene bayar tiga hengget..
Tengok, trem yang ni pon penuh padat jugak..
Tengok pon dah pening kepala..
Lepas tu kitorang masuk kat area reban hayam ni..
Sebijik reban hayam ni rege RM3000..bapak mahalnya..
Siap dah sold out lagi tu..
Ni reban hayam untuk rumah orang2 kaya je kot..
Ada macam2 jenis reban ayam yang dipamerkan dan untuk dijual kat sini..
Pilihla yang mana berkenan..hehe
Yang ni landak..dah tengahari..mereka pon letih..
Masa diorang tidur agaknya..
Lepas pusing2, dalam 2.45 petang terus gerak balik..
Kitorang sewa homestay dekat Banjaria Court Apartment, Jalan Gombak..
Dari Serdang nak ke Gombak ikut MRR2 dekat pukul 5 baru sampai..jem teruk giler, tambah lagi hujan pulak tu..siap tido, bangun tido balik pon xsampai2 lagi..
Macam nak balik kampung daa...
Kereta standard tak berapa expert sangat jalan kat area serdang sana tu yang slow jer nak cari jalan balik..masuk highway jem pulak..
Memang mencabar betul..
Lepas tu dah sampai homestay tu, bapak mertua sy dah tak larat nak gi MAHA tu semula..
Hari ahad sy ada kelas pagi..
Lepas jer kereta standard hantar sy gi kelas rupanya diorang tido jer kat rumah..ingatkan dah keluar semula gi MAHA tu..dah petang baru keluar jalan2 dekat KLCC, itupon lepas tunggu sy habis kelas..
Nanti sy cerita pasal homestay tu..
Sekian..
No comments:
Post a Comment