Pages

Saturday, November 17, 2012

Cerita balik kampung & banjir..


Assalamualaikum..


Cuti deepavali sambung ke cuti awal muharam dapat 3 hari..hari isnin dengan jumaat pulak kerja, malasla nak ambik cuti sebab cuti sy tinggal 2 hari jer..nanti nak guna bulan doblas..simpan dulu..


Jadi, cuti lepas kami balik Sg Besar..
Dah call mak kat kampung kata nak balik tapi mak mata jangan ikut Tg Malim sebab jalan tutup disebabkan oleh banjir..
Macamana nak balik ni, kalau ikut KL dah tentu2 jem dekat Batu Cave sbb tengok berita diorang buat rumah terbuka..
Bincang punyer bincang, kereta standard kata kita redah jer banjir..lantak situ, biar apa pon yang berlaku..
Cewah..sedap jer cakap kan..kang keta rosak, nangis pulak kene kua duit repair..
Tapi, baiklah sy menurut perintah jer..




Ingatkan nak balik pagi2, kalau dah sampai kampung awal bolehla rest..
Tapi nak menunggu diorang ni bangun tido, pukul 10 baru bangun..
Buat breakfirst siap2, basuh kain, kemas rumah, sidai kain, kemas2 baju masuk dalam beg..masuk dalam bilik tengok mereka masih tido lagi..Qayyum kangkang kemain besar lagi..budak ni tak suka selimut, tu yang jadi camtu tu..


Kesudahannya, gerak balik pukul 12 tengahari..
Balik kali ni kereta standard bawak relax jer..
Dalam kereta masih bincang2 lagi jalan alternative lain..
Akhirnya, kitorang decide dari Tanjung Malim terus jer ke Bidor, Teluk Intan, Sabak Bernam terus sampai Sg Besar..tapi idak ler tau jalan pon..mestilah dengan bantuan gps..hehe..


Kebetulan masa dengar radio ada caller tu kata Lebuh Raya Utara Selatan menuju Ipoh jem sebab ada kemalangan lori.jadi kitorang ikut jalan lama, sebelah highway tu jer..kadang2 still boleh nampak highway..sampai jer atas sket dr Tanjung Malim kitorang dah boleh nampak dah jem tu..nasib baik tak ikut highway..


Pukul 3.30 petang baru sampai Teluk Intan..huii, pecah rekod betul, selalu balik kampung 3 jam ikut KL, 2 jam setengah ikut Tanjung Malim/Behrang..nak buat cemana, dah jalan banjir terpaksa la pusing ikut jalan jauh..sampai jer Teluk Intan kitorang pon jalan2 dulu, tapi gi singgah Giant jer pon..menara condong tu tak pegi pon kereta standard malas nak gi situ..


Apa ntah nama mall yang ada Giant tu, lupa pula..kitorang just tengok2 kot ada benda yang menarik..lagipon xpernah singgah sini..
Lepas tu rasa lapar pulak..pagi tadi sy masak nasi lemak dengan ayam masak merah..siap bawak bekal lagi tapi dah tak lalu pulak nak makan bekal..tekak rasa ngade2 nak makan benda lain..hehe
Memula makan cendol dekat Mr Cendol, order satu jer..
Lepas tu kereta standard ajak makan domino's..
Sy on sahaja..


Okay, mari kita belajar buat memek muka dengan Qayyum..



Pertama sekali, kita buat muka confius, berkedut2 jer kening tu..




Yang ni pulak merenung masa hadapan..entahkan cerah entahkan gelap agaknya..
Harap2 cerah dan ceria la ek..




Yang ni pulak, seterusnya buat muka comel dan sangat gembira..hahaha..
Sy suspect anak pengasuh Qayyum tu la yang ajar dia buat comel ni..




Yang last sekali muka takut cicak..haha
Kalau nampak cicak terus duduk diam tak bergerak2 dah..
Mula2 tu sampai menggeletar2 badan, tido malam pulak sampai mengigau2..
Punyelah takut dengan cicak..



Kitorang order set regular pizza, roti dengan 2 tin air gas berharga RM21.++ dengan tax..
Set ni weekdays jer..kalau weekend harga lain..
Okay jugak domino's ni..sy suka roti pintal tu..



Budak ni, nak mengacau jer kerjanya..siap xnak duduk atas kerusi..
Nak duduk atas meja jer..
Nasib baikla tak ramai orang..takdelah malu sangat kalau Qayyum buat onar..hehe



Bagi roti sepotong suh diam sekejap..
Tapi yelah roti tu kan panas lagi..moncong2 mulut dia bila suruh tiup dulu roti tu..




Haa..tarik panjang lagii..
Sejam jugakla kot kitorang pusing2 kat sini dan makan lagi..
Lepas tu terus jer balik..
Pukul 5.30 petang baru sampai rumah mak..
Kiranya kalau tak singgah mana2 tadi tu 4 jam setengahla baru sampai kampung..


Hari Khamis petang pukul 4 petang baru kitorang gerak balik Bentong..
Kali ni nekad jer nak redah banjir sebab dah 3 hari sejak balik kampung tak hujan..
Jadi kitorang assume banjir dah surut la agaknya..
Kali ni tawakal jelah..kalau agak2 banjir teruk sangat terpaksala kitorang patah balik then ikut KL..


Tetiba nampak papan tanda "Awas kawasan banjir dihadapan - 35 km"
Kereta standard cuak jugak..
Tapi on day way tu kitorang tengok ada kereta lain yang ikut..so sedapkan hati, haa..kereta tu pon nak balik rumah ikut Tanjung Malim jugak tu..haha..


Lagi 10km pon ada tanda amaran jugak..
Sehinggalah kitorang sampai kat kawasan banjir tu..
Alhamdulillah, banjir dah nak surut..siap ada pengawal lagi dan dia beri kebenaran boleh lalu..



Kereta standard pon berhenti jauh sket..
Lepas tu nampak ada moto so biarlah moto tu lalu dulu..
Lagipon  baru teringat nak ambik gambar..




Tiba2 2 buah kereta kat belakang kitorang terus memotong..hekeleh..tak menyabar betul..
Mesti kereta tu ingat kitorang ni tak berani nak redah banjir tu agaknya..
Lagipon, kasilah moto tu lalu dulu..sian kang basah..




Bila tengok kiri kanan, habis semua pokok kelapa sawit tu kene banjir..
Nasib baik kawasan yang tenggelam tu takde jauh mana nak kene redah..
Alhamdulillah, kitorang dah selamat sampai rumah jam 6.30 petang..


Sekian..



No comments:

Post a Comment