Pages

Thursday, July 17, 2014

The Olde Smokehouse @ Fraser Hill, Pahang


Assalam..


Ni pon entry dah basi tapi baru terhegeh2 nak update dalam blog..
Sebulan dua lepas busy sikit, so bulan puasa ni ada banyak masa sikit nak update blog..
Takdelah banyak masa sangat, kang orang kata aku tak buat kerja la pulak kan tapi just curi2 masa waktu pagi tu..

Ni kisah bulan 5 lepas, masa anniversary sy yang ke-4..
Hehe baru 4 tahun jer..

Bila 1 May jer mestilah public holiday kan, maklumlah hari buruh..
Kitorang memang takdelah plan nak jalan2 pon, main redah jer..
Sebab kadang2 nak gi jalan2 ni mestilah habis duit banyak kan..

Sekarang ni tak boleh nak memboros sangat, sebab ada komitmen besar yang menunggu..
Nasib baikla sy duduk kat Bentong, Pahang tu..
Sebab dikelilingi oleh kawasasn2 pelancongan yang menarik dan kalau nak pergi pon takdelah jauh sangat..dan boleh balik hari jer kalau nak lebih save budget..haha..

So, back to the day on my anniversary tu..
Pagi2 tu kereta standart buat2 sakit kepala..
Saya sebenarnya memang minta kereta standard bawak jalan2 tak kisahla samada pegi Genting ker, Fraser Hill or Colmar Tropical, Bukit Tinggi..


Tapi bila dia kata sakit kepala, ishhh..kesianla plak..
Tapi sebenarnya dia psycho jer, kurang asam betullah..
Apa yang sy buat, sy pon balas psycho jugak..
Sy gerak budak2, ajak mandi, siapkan dan pakai baju lawa2..


Lepas tu cakap dekat Qayyum "cepat2, kita nak gi jalan"
Qayyum pon kemain yeayyyy lagi..
Tapi kereta standard boleh buat bodo jer..
Sy pon cepat2 siap pakai baik punyer..


Bila dah siap, siap sound lagi, "kita xder nak jalan jauh2 pon..buat apa pakai cantik2 sangat"..
Takper, sabar jer..
Lepas tu kereta standard ajak pergi pasaraya kat Bentong je..
Kat Bentong tu cuma ada TF dengan The Store jer..
Hmmmm, dalam hati sy..giler tak best aktiviti hari ni..
Tapi takper, layankan jer..


Bila nak sampai The Store, tetiba kereta standard kata "ikut awaklah nakgi mana"..
"Walaupon sy tak berapa sihat, tapi sy bawak jugak awak jalan"
Elehhh, psycho lagi..


Lepas tu semua orang pon gembira..yang paling gembira, sy la..muahahaha
Sy terusla ajak pegi Fraser Hill..


KS : "Kan dah pegi hari tu, tak best pon".."Jalan pusing2, nanti budak muntah"
Bini : "Ala, haritu lain..kali ni nak gi try makan steak kat Smoke House macam Faiz dalam cerita Makan Angin tu boleh tak"

Nasib baikla kereta standard layankan jer..haha..
Berjaya jugak trick haritu..


While papa isi minyak kereta, kitorang pon selfie berkeping2 dalam kereta..haha..
Botol tu bekas muntah Qayyum, yang ni sangat practical bagi kitorang sebab dia memang banyak kali dah muntah dalam kereta..
Tu botol soda bikarbonat biasa yang dipotong separuh, lepas tu alas dengan plastik..
Memang letak kat sebelah Qayyum jer, dia pon dah paham kalau nak muntah, mesti dalam botol..
Perut dia memang sensitive sikit, so kalau nak jalan jauh sy akan pastikan kalau boleh dia minum air kosong jer..
Nampak macam kejam kan tapi tulah kadang2 minum susu jer pon muntah jugak, susu kotak lagilah tak boleh, muntah jugak..makan nuget ke or yang berminyak2 tu pon muntah jugak..
Hari tu makan roti pon muntah jugak..
Sy rasa keadaan jalan kot, jalan kan bengkang bengkok..lepas tu papa dia bawak kereta macam nak berlumba jek..cemana la anak tak muntah..


Tapi nasib baik hari tu kereta standard bawak dengan berhemah sekali naik Fraser Hill..
Banyak yang cycling naik atas..
Tetiba sampai Fraser Hill, hujan selebat2 lebatnya pulak..
Cari2 The Smoke House tu, takde parking pulak..full..


So, kitorang pusing2 duk dalam kereta jer tunggu hujan reda..
Lepas tu baru patah balik tengok ada parking ke tak..

Bernasib baik agaknya, dapatlah parking..
Tapi bila nak masuk tu staff pompuan kat situ tak bagi masuk..
Katanya lunch hour dah close, tunggu high tea jam 4..

Dah lah masa tu hujan renyai2..
Sy pon berlari2 masuk kereta semula dengan bawak budak2 tu..
Lepas tu ada staff lelaki plak datang kat sy sebab kitorang parking betul2 depan pintu masuk tu..
Dia pon kata "puan masuklah tunggu kat dalam, hujan ni..kesian budak2"
Haaa, pandai pon bertimbang rasa sikit..
Masa masuk tu sy kasi jelingan maut kat staff perempuan kat situ..

Kebetulan kat pintu tu ada sorang Chinese lady, dia kata dia dari Singapura, tengah bercuti so saja la datang makan lunch kat sini..
Bila sy tanya sedap ke tak, dia siap bisik2 kata "the food is fare and expensive"..
Bila sy inform sy pon first time nak try tapi untuk high-tea sebab lunch hour dah habis..
Then dia kata "much better and cheaper than lunch"
Lepas tu laki dia datang and kitorang pon babai2 la..
 

So bila tengok menu..memang betullah mahal..
Tapi sebab dah ngade2 nak makan kat situ, takkan nak keluar balik pulak kan..
Mana nak letak muka, malulah..

Kereta standard kata kita lepak2 jer kat situ sampai hujan reda..
Makan yang biasa2 jer, nanti kita fikirkan semula nak makan kat mana..





Haa, pilih2 lah menu nak makan apa kan..
Kata high-tea jadi haruslah pilih teh jer..



Budak Anaz ni pon baik jer, takde meragam ker apa..
Good boy!


Interior design dalam restoran ni unikla sebab 100% old english stlye..
Macam kerusi budak ni, memang klasik habis kan..

Masa high-tea ni tak ramai sangat orang..
Ada orang tapi takdelah penuh satu restoran tu..


Macam biasa, pegi mana2 pon mesti nak ambik gambar tisu..
Haha..


Orderkan air milo air utk Qayyum..
Tapi air milo dia sedap, macam ada campur coklat..
Satu gelas RM10..mahal weii, air milo jer kott..
Nasib baikla sedap..

So set high-tea ni ada satu teko air teh, dua biji scone, 3 slice kek dan satu slice pastry yang berharga RM45.00 or RM49.00 la lebih kurang..
Sy pon ingat2 lupa harga dia..
 


Eksen jer ni, buat2 macam best sangat..



 Masa sy makan, kereta standard jagakan budak kecik ni..


Masa ni kelakar..
Kan dah orderkan air milo untuk Qayyum tapi dia bukannyer nak minum air dia tapi sebuk nak teh jugak sama macam mama..
Lepas tu asikla menjerit2 suruh tambah gula la, suruh tambah susu la, tambah teh lagi la..
Semua suruh tambah..seronok sangat main air teh tu..
Kalau tak minum siap sambil sy jeling2 kat dia..
Memula ingat dia nak main2 jer tapi dia boleh minum sampai dua cawan air teh tu..
Ish-ish..lepas tu siap habiskan 2 ketul kek butter yang keras tu..
Lapar gamaknya, sian anak sy dah petang tak makan2 lagi..


Lepas dah habis high-tea, kitorang pon melawat sekitar restoran ni..
Tempat ni besar jugak. ada bahagian makan kat luar tapi sebab hujan bahagian tu close la..
Kerusi meja semua dah basah, lagipon memang open air, xde payung semua takde..


Ambik2 gambar dulu buat kenang-kenangan..
Lepas ni memang tak datang dah..
Cukuplah sekali..


Walaupon bila tengok pengacara makan angin si Faiz tu makan sedap jer, lupakan jelah hasrat nak repeat makan kat sini lg..
Pada sy tak berbaloi sebab mahal, tapi kalau banyak duit sangat pon xmo datang dah..
Tapi maybe boleh try The Smoke house kat Cameron highland plak lepas ni..
Sebab katanya lain2 management..mana lah tau kot lagi sedap sket dr Fraser Hill ni..


Lagipon Fraser Hill ni kecik jer dan tak banyak sangat tempat menarik..
Tu yang tak ramai sangat orang nak datang sini compare tu Cameron Highland..

Ok, sampai bertemu lagi the Smoke House Fraser Hill..
Dan misi hari tu telah bejaya..
Dapat jugak makan kat tempat ni walaupun tak seperti yang diharapkan..
Jadilah kan daripada xder langsung..


Hadoii la gambar ni..
Henfon dah canggih dah tapi ambik gambar gegar2 pulak..
Maafkanlah sy..hehe


Lepas tu kitorang pusing dulu Fraser Hill ni sebelum gerak balik..
Ni baru kali kedua la datang..
Lepas ni lambat lagi la nak repeat datang sini sebab kereta standard kata macam dah bosan jer..hehe


Menara Jam ni adalah lokasi wajib ambik gambar tiap kali naik Bukit Fraser..
Kali ni suruhla sapa2 yang dekat situ tu tolong ambikkan gambar..
Nasib baik cun, terima kasihla pada encik yang menolong tu..

Three of us, selfie lagi..
Qayyum tak memberikan kerjasama nak selfie..

Lepas tu dah takde orang nak tolong amikkan gambar, jadi kita selfie..
Sy suka gambar kat atas tu, memula ada Anaz kat tengah lepas tu tengah2 nak selfie ni dia sibuk nak turun..
Tetiba eh Anaz dah takde..haha
Dapatla selfie berdua-duaan..ntahahapa2 la kan..

Budak Qayyum ni macam biasa lah..
Kemain seronok lagi melompat-lompat, panjat sana sini..


Kat tepi ni ada restoran makanan melayu..
Ajakla Qayyum tengok frog, tapi dia takut nak pegang..
Bila tengok dekat2 rupanya tabung katak dengan kura2 sebab kat atas tu macam ada lubang duit syiling..


Lepas tu kitorang pon turun dan misi seterusnya adalah misi cari tempat makan pulak..
To be continue...

Buibui..

Wednesday, July 16, 2014

Shopping Raya @ Sogo


Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang ke-17..
Sekejap jer masa berlalu kan, dah nak dekat raya..
Enam hari jer lagi kerja lepas tu dah boleh cuti yeayyy..

Alhamdulillah, persiapan raya ala kadar jer tahun ni..
Sama jer kot macam tahun2 yang lepas tu..
Baju raya sedondon dah tempah, sebab hantar taylor kat kampung so belum ambik lagi..
Cuma nak tambah belikan baju jalan untuk budak2 jer..
Kuih2 raya kang beli kat kampung jer sbb tahun ni balik raya kat Sg Besar dulu then raya ke-3 baru balik Temerloh.



Hari Isnin lepas sy  siap ambik cuti sebab nak shopping baju budak2 kat Sogo..
Kalau dulu office dekat bolehla keluar2 time lunch hour tapi sekarang dah jauh terpaksalah ambik cuti..
Kalau weekend mesti ramai orang kan, bila dah padat sangat memang tak sanggupla sy..

Kebetulan ada sale kat 7th floor..
Dapatla jugak 5 pasang sorang..
Lepas tu ingat nak turun tengok kat children floor..


Homak oiii, ramainyer org..
Masa kat atas td tu takderla ramai sangat..
Terus tak jadi nak tengok2 floor ni..


Lepas habis Sogo terus nak gi Jalan TAR, nak cari tudung raya plak.
Jalan2 kat area perfume, terpengaruh plak dengan sales person dia..


Memula taknak beli pon sbb rasa macam dah over budget jer ni..
Tapi tulahkan, kalo dah perempuan ni memang cepat terpengaruh..
Nafsu2..
Lalu, walaupon hati kata xnak tapi mulut terkata nak pulak...
Akhirnya terbeli la pulak..
Kira macam ni perfume raya lah kiranya..


Tapi sy takdela beli couple set macam kat picture atas tu..
Gambar macam gempak jer kan..hehe


Sy beli couple perfume dgn harga RM399 tapi bukan yang set..
Yang best sekali, katanya last day promotion so sy dapat 4 mini perfume 35ml dan 2 mini perfume yang 5ml free..
Yang free tu jer yang best..

Lepas tu kene marah dengan kereta standard sebab perfume dia dah banyak..
Siap sound jangan beli dah untuk dia..
Laaa, belikan perfume pon nak marah ker..

Pusing Jalan TAR sekali, dapatla tudung lepas tu terus balik..
Runsingla crowd sangat..
Sampaikan sy lupala nak cari kedai yang selalu beli shawl tu sbb dah banyak sangat bazaar utk raya..
Nasib baik pegi pagi, kalau petang mesti lagi crowd..oooi, runsing tau..
Cukuplah sekali, lepas ni memang tak pegi dah..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


Saturday, July 12, 2014

Buka Puasa @ Tanah Aina Azareena Restaurant, Bentong


Assalam,

Lagi entry makan-makan dibulan puasa ni..
Harap2 semua tak tergugat imanlah yer..hehe

Last week tu kereta standard ajak buka puasa kat luar, makan dengan officemate dia katanya..
Wahh, gembira berganda2 dapat makan kat luar..hehe
Ni kira baru kali kedua la buka puasa kat luar..
Tapi yang sedihnyer, minggu pertama puasa tu kn dah turun 3kg tapi start buka puasa kat luar ni terus naik balik 2kg..cehh betullah..

Sekarang susah betullah nak diet dan turunkan lemak2 degil..
Tinggal harapan jelah nmpk gayanya..
Kereta standard pon sama, kemain leper jer perut bulan puasa ni, tapi tengokla kang time raya..mesti bulat balik..


Kali ni kita makan dekat Restoran Tanah Aina Azareena..
Kereta standard kata dia dah pernah makan sekali dekat sini dengan office mate dia..


Restoran ni terletak kat dalam sikit on da way nak pegi Raub ikut jalan lama.
Sy pon tak pernah tahu ada restoran yang cantik kat sini..


Tengok budak Anaz tu, dapat lepas memang sesaat pon tak reti duk diam..
Yang Qayyum pon lagi hebat..
Berlari, melompat segala..hmmm, bersabar jelah dengan budak2 ni..
Letih ooi, bulan2 puasa ni nak mengejar diorang..



Parking kereta kat luar, lepas tu kene jalan kaki masuk dalam..
Tapi view memang best sebab restoran ni dikelilingi oleh pokok2 durian..
Dah macam dalam dusun pon ada..
Tapi im wonder, sekarang kan musin durian..kenapa xder sebijik buah durian pon kat pokok..
Heran2..

Sekarang kat Bentong. Musang King RM10 tau sekilo..
Tu dah consider murah la tu..



Jauh jugakla nak menapak turun ke bawah nak pegi restoren tu..
Tapi jalan jer slow2 sambil menikmati pemandangan yang cantik..


Haa, tu yang besar tu la restoran dia..
Tapi ada jugak meja makan kat setiap pondok2 kat luar tu..
Memang kampung stlye habis la dengan bumbung atap nipah tu..


Kat depan restoran ni ada buaian kayu yang cantik..
Nampak antik dan classic..


Restoran ni dibina betul2 di sebelah anak sungai..
So kat tepi tu ada jambatan untuk ke seberang sana..
View memang sangat cantikla tempat ni..
Dah berapa kali dah sy puji tempat ni cantikkan..hehe


Haa, kitorang makan kat area bawah bumbung yang tak berapa putih sangat tu..
Betul2 tepi sungai..

Yang uniknyer, restoran ni ada 2 tingkat..memang besar la..
Lepas tu dapur dia dekat bangunan sebelah belakang tu..
Nak hantar makanan diorang guna tren, siap ada landasan tren tu lagi..
Adala dalam 100 meter kot jarak dapur dengan restoren..
Unikkan..maybe nak elakkan bau kot..


Budak2 ni pulak memang tak reti nak diam, nak ambik gambar pon susah sangat..
Memanjang bergegar jer..



Datang awal so sy sempat la turun kat bawah tengok sungai..
Dari restoran tu memang ada tangga batu yang dibuat untuk turun ke sungai..
Ish, cuak jugak sebab takut si dak Qayyum tu nak terjun plak nanti..


I just can say "wowwww"..
Tempat ni cantik sangat..


Tapi sebab ada budak2, malas nak lama2 sangat kat bawah tu..
Si dak Anaz pon dah menggelupor macam nak terjun ke bawah tu bila tengok air..



Ok, jom cerita pasal buka puasa pulak..
Dah nak berbuka tapi satu hapa benda pon diorang tak hidang lagi..
Lepas tu air jer yang sampai..
Jus tembikai dengan fresh orrange..
Service memang lambat sikit masa ni..


Kitorang book satu meja, lepas tu ada meja sebelah beberapa orang buka puasa dengan sebelah sana group dari goverment jugak yang buka puasa..
Kitorang tengok yang meja diorang semua dah hidang dah..
Meja kitorang jer yang lambat..

Kalau nak datang makan kat sini memang kene book.
Macam kitorang ni dah petang baru book, so sebab tu la makanan lewat sampai..


First sekali sampai adalah tomyam seafood..
Ada udang, ikan, kepah dengan sotong..
Tapi pedas giler tomyam ni..tengok gambar macam sedap jer kan..
Kesudahannya tak habis makan pon..membazir betul..
Rasa pulak biasa2 jer..sebenarnya susah nak rasa sedap ke tak sebab pedas tu..

Tapi kebanyakkan tomyam dekat restoren chineese ni memang tak berapa kene sangatla dengan tekak sy..
Dulu dah pernah makan kat Restoran Md Chan pon xsedap jugak tomyam dia..
The best tomyam adalah dekat restoren thai..
So next time kalo pergi makan dekat chineese restoren, xpayahla order tomyam..


Nasi pulak dia hidang dalam bekas tabung macam ni haa.
Satu meja satu bekas..
Tapi sebab lauk dah banyak, semua orang pon ambik nasi sikit jer..


Next is Ikan Siakap Sweet & Sour..
Rasa plak, memang light dan biasa2 jer..


Lauk yang seterusnya Ikan Kerapu Stim..
Ni pon rasa biasa2 jer jugak..

Model di atas adalah Kak Aida, officemate kereta standard..
Dia tua sket dr sy so panggil akak la kan..


Yang ni Butter Prawn..yang ni boleh tahan sedapla jugak..
Lagipon udang dia memang besar2..


Sayur pulak adalah Pucuk Paku Goreng kot..
Yang ni pon tak habis makan mungkin sebab semua orang tak berapa suka sayur ni ataupon diorang tak makan sayur agaknya..

Sayur ni kat depan sy so sy ambik banyak jugak..
Sy ni tak kisah sayur apa, bedal jer..


Lagi satu lauk adalah Sotong Telur Masin, tapi tak ambik gambar sebab lauk tu jauh sangat dr tempat sy..
Seganla jugak kan asik semua benda pon nak ambik gambar..
Dahla makan2 office kereta standard tapi sy pulak yang lebih2..haha



Lepas makan, cari surau..
Ganti2 pegi solat..kereta standard solat dulu sebab budak2 ni memang menggelupor betul..

Ada geng anak K.Aida tu, macam2 yang diorang ni buat..
Berlari kesana kemari, kutip batu lepas tu baling kat sungai la..
Masuk sampai dalam kaunter..
Tokey kedai pon sampai pening2 kepala la tengok budak2 ni..

Lagi satu dak Qayyum ambik air tin milo sampai 2 tin..
Nasib baik minum, kalo buat main memang nak kene debik sekali tau..
Jangan muntah dalam kereta karang sudah..


Sebelum tu dia dah makan nasi sampai 2 pinggan..tapi tak heran sangat sebab dia memang jenis makan nasi lepas tu makan banyak pulak tu..
Lauk senang jer, letak ikan dengan kicap..settle..

Eh, tapi kan selalu makan chineese restoren diorang sediakan cili kicap tapi kat sini takde la pulak..
Agaknya terlupa la tu kot..


Kat sini takde surau khas, tapi kat pondok yang hujung sekali tu diorang buat surau..
Ada pili air kat tepi..
Telekung bawak sendiri..
Pondok ni memang jauh sikit dan terasing, so tak perasan sangat la walaupun takde dinding..


Tu la tokey kedai..
Restoran ni pon bersih dan cantik..
Tapi dari segi rasa plak, biasa2 jer..

Tentang harga plak, ish2.. sy pon tak tau..
Bila tanya kereta standard dia xnak cakap..

Tapi last time yang diorang makan kat sini, satu table RM1000..
Perhhhh, giler mahal..
Tapi logicla kot sebab ikan pon besar2, udang pon besar2 jugak..


Dah makan banyak, lepas tu buat2 risau berat naik lagi 2 kilo..
Hrmmm, kereta standard pon dah malas nak layan..
Berkobar2 konon nak lima ploh kilo tu kan tp nan hadoo jer..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..