Pages

Thursday, October 10, 2013

Restaurant Thahara @ Kampung Pandan


Asalamualaikum..


Dua orang officemate sy iaitu Mieza (yang oren) dengan Din (yang selalu jadi driver bila keluar) dapat kenaikkan pangkat baru2 ni..
Tahniah..naik pangkat, naik gaji..semua naik..hehe

Tapi yang tak best diorang kene pindah tempat lain..
6 tahun lebih duk berjiran dengan Mieza ni, macam2 perkara yang dah kitorang lalui..
Ingat lagi tak kontroversi di bilik meeting "adam & hawa"..hehe
Itu adalah benda yang sy akan ingat sampai mati..
So lepas ni dah kurang 2 orang group member adam & hawa, sebab tinggal dua orang maka terus bubarlah yer..




Diorang berdua ni pindah unit lain tapi tak jauh mana pon..
Dari tingkat 7 turun tingkat 5 jer..
Walaupon dah tukar unit, tapi masih boleh jumpa jugak..


Disebabkan diorang berdua ni dapat naik pangkat maka diorang pon dengan baik hati belanja kitorang satu office makan kat luar..
Office sy ni tak ramai mana pon staff..campur dengan bos baru ada 17 orang jer..
Diorang ni pulak dah beberapa kali makan kat tempat ni, dan diorang kata lauk memang sedap..
Tempat pon dekat dr office, kat Kg Pandan jer..


Mieza dengan Din dah buat reservation awal2, so bila sampai nasi & lauk semua dah hidang..
Tinggal duduk & makan jer..
Restoren ni dari luar nampak macam biasa2 jer, tapi lunch hour memang penuh..


So, apa menu yang Mieza dengan Din dah sediakan untuk kami semua..jom kita terjah..hehe


1. Siakap Sweet Sour




Kuah sambal dia memang sedap, memang rasa thai betul..
Walaupun pedas sikit sampai nak menangis tapi tetap makan jugak sebab sedappp..


2.  Udang Goreng Tepung
3.  Sayur Kailan Ikan Masin
4.  Telur Dadar




Udang goreng tepung dia memang terbaikla..
Rangup dan krispy..
Ni masa taip entry ni pon sy masih terbayang2 kesedapan udang tu..
Gulp..telan air liur..hehe


5. Tomyam Campur

Tomyam dia notbad jugak, rasa lain dr tomyam yang biasa sy makan..
Yang ni rasanya dia letak santan or susu la agaknya..
Tapi agak sedap sebab tak pedas..




6. Ayam Lemon

Yang last sekali adalah ayam lemon tapi yang ni lupa ambik gambar pulak..
Ayam lemon pulak rasa biasa jer sebab sy pernah rasa yang lagi sedap dekat restoren mualaf..




Ni dak Lily, muka gembira berganda2 nak makan..






Air pulak ada jus tembikai dengan jus orange..



En Zaihan dengan Din..
Kat office sy ni kalau staff lelaki kitorang akan panggil diorang ni En..takde makne nak abang2 yer..
Rasa macam geli2 tekak jer kalau nak panggil abang..hehe






Disebabkan sy malas nak bangun jadi ambik gambar pon lebih kurang sama jer position..
Tetiba ada orang sound, "orang giler jer ambik2 gambar makanan ni"
Cis hampeh betulla diorang ni..
Takde makna gilernyer la..




Tengokla menu dia, bukan main klasik lagi..
Walaupun klasik tapi sedap..
Siapa2 yang nak try restoren ni memang most recommended


Kepada Mieza & Din..
Tahniah, terima kasih belanja makan2 ni..
Semoga lebih success di tempat baru..


Sy pun tengah tunggu turn sy ni..
Bilalah agaknya dapat keluar dari sini..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Wednesday, October 9, 2013

Pulau Perhentian - Part 2


Assalamualaikum..


Ok, kita sambung semula cerita percutian ke Perhentian sy hari tu..
Hari pertama kat sana tak mandi laut pun sebab petang tu cuaca gelap macam nak hujan tapi tak hujan pon..





Apa yang kitorang buat petang tu just tengok view dan jalan2 di tepi persisir pantai..
Punyalah jauh jalan2 sampai hujung pantai..
Rupanya ada banyak resort cantik yang lain, tapi kitorang just tengok2 jer..
Baby tinggal jer kat mak mertua sy, malas nak bawak..kalau hujan kang susah pulak..




Pasir dia kemain halus lagi..
Budak Qayyum ni kemain suka lagi dapat main pasir..




Tengokla awan tu bukan main gelap gelita lagi macam nak hujan ribut jer..
Tapi kalau tak silap hujan lebat tapi sekejap jer..




Pagi2 hari kedua kat Perhentian barulah diorang ni dapat mandi laut..
Itupon lepas sarapan pagi terus cepat2 tukar baju mandi..




Mandi, main pasir lepas tu mandi balik..tu jelah kerja diorang ni..
Maklumlah kat sini takde entertainment sgt tapi internet laju jugak..takderlah slow sgt..
Tapi Qayyum ni macam takut2 sikit nak mandi laut sebab dia kene gigit dengan ikan..haha..
Pantai dia sangatla jernih, siap boleh tengok ikan2 lagi sambil mandi tu..




Hari kedua just berehat2 jer..lewat petang sikit baru mandi laut semula, bukan apa takut sunburn..
Sebelah petang tu elektrik kat chalet asyik tendang jer, adalah dalam 5 ke 6 kali..
Nak tido pon tak boleh sebab panas oo..
Last2 kitorang decide jalan2 duduk2 jer tepi pantai..
Masa ni yang lain semua jalan2 naik bot keliling pulau, tapi kitorang malas ikut..
Bawak budak kecik ni susah dan tak sesuai sgt..




Cuaca pada hari kedua ni betul2 cerah tapi tak sepanas masa hari pertama datang tu..
Memang sedang elokla nak bersantai2..




Pulau perhentian ni sangat sesuaila kalau nak honeymoon atau nak release tension..
Tak ramai orang, tak sibuk dan sangat tenang jer bila tengok laut tu..
Angin pulak sepoi2 bahasa..
Duduk dalam buaian memang boleh tidur dengan lena la..


Pakej 3H2M ni lengkap dengan breakfast, lunch dan dinner..
Malam first tu siap ada barbeque tapi macam tak sedap sangatla..
Sotong keras & liat maybe sebab bakar lama sangat..ada ayam, daging, sosej, kentang dan macam2 lagi..


Makan tengahari utk hari pertama tu buffet..masa ni memang ramai orang yang baru sampai..
Makan kat Flora Bay ni ok, boleh tahan sedap jugak..
Menu lunch hari pertama tu adalah nasi putih, sayur & telur, ikan goreng, ayam masak cili & sup sayur..
Ada buah untuk pencuci mulut..




Yang ni telur hancur campur telur..dari jauh ingatkan nasi goreng..




Ikan goreng..




Ayam masak cili..




Sup sayur, yang ni sy suka.hehe




Lunch hari kedua kitorang makan hidang jer..
Dirang tak buat buffet sebab ramai orang pegi diving & snorkeling..
Menu hari kedua adalah ayam masak pedas tapi tak sama macam menu hari pertama tu, tomyam campur, sayur kangkung dengan fish filet..dan tak lupa jugak ada buah-buahan utk pencuci mulut..
Lauk pauk ni boleh katakan banyak jugak utk 6 orang makan..




Kangkung ni kan keras giler, batang jer yang  lebih..
Adik kereta standard siap cakap ni kangkung kutip kat hutan, semuanya keras..haha




Fish fillet ni sedap sangat, ikan apa pon tak tahu la..




Ayam masak pedas ni pon ok, boleh tahan sedap jugak..




Last but not least adalah tomyam..
tapi tomyam dia biasa2 jer..




Budak Anaz ni tido jelah kerja dia..
Senang sangat jaga, nasib baik tak meragam dan tak banyak songeh sangat dan most lucky nasib baik budak2 ni sihat walafiat..alhamdulillah..





Qayyum buat muka serius dia..kening berkerut2..
Kereta standard selalu kata ikut macam sy...memangla ikut sy dah anak sy kan..




Budak ni makan sikit jer, dalam kereta pulak mesti muntah jer..
Sy rasa Qayyum letih sikit kot, travel jauh2 lepas tu taknak makan sangat..
Dah paksa2 makan pon dia makan sikit jer..
Susu pon sekali jer sehari itupon masa bangun pagi..
Lepas tu asyik minum air vitagen jer, perut kosong lepas tu minum pulak benda2 masam memang masuk anginla..


Hari ketiga, lepas sarapan terus laju2 tukar baju dan mandi laut..
Last kopek punyer mandi laut, lepas ni dah balik takde dah..
Dalam jam sepuluh terus naik, mandi dan kemas2 terus siap untuk balik..
Sekejap sangat rasanya 3 hari..




Inshaallah, kalau ada rezeki lagi sampaila semula ke sini..
Tapi selalu tempat jauh2 ni gi sekali sudah..nak pegi dua tiga kali rasa rugi pulak sebab banyak lagi tempat lain tak jalan lagi..hehe




Sementara tunggu bot jemput maka masa untuk posing kat mana2 yang patut..hehe
Cuaca pon elok jer, tak panas sangat..




Yang paling best sekali kat tepi2 jeti kecik ni banyak sangat ikan kecik2..
Pantai memang jernih sangat..




Bye2 Perhentian..
Kalau ada jodoh kita jumpa lagi..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


Tuesday, October 8, 2013

Masak-Masak @ Pasta Bawang Putih


Assalamualaikum..


Selalunya bila hujung minggu jer sy akan masak..
Tapi sekarang ni disebabkan sy dan kereta standard tengah berdiet jd masak pon yang simple2 jer dan mudah jer..
Masak nasi memang dah tak pernah sampai dah naik berkutu dah beras tu..
Beli yang 5 kg tu, dekat 4 bulan tak habis2..
Kalau masak pon setakat masak bubur utk Qayyum jer..
Qayyum tu kalau makan nasi biasa slow sikit..ibu2 yang konon busy macam sy ni kadang2 masak nasi, goreng ayam, buat sup ayam atau dadarkan telur jer utk dia..
Tapi tulah kalau tak kene gaya, buat penat masak jer tapi dia tak makan..telur pon sekarang ni dia dah tak suka tapi kalau masakkan bubur laju dan banyak sikitla dia makan..
Itu yang hari2 sy masak bubur, just letak isi ayam, kentang dengan carrot..dah cukup..
Masa suap letak kicap sikit..


Menu hari minggu lepas adalah pasta..simple, easy & yummeh..hehe
Hari sabtu tu gi makan kenduri, jadi hari ahad jer yang kene memasak..


Kalau nak tahu pasta ni favorite kereta standard..
Cuma kadang2 sy tukar2 pasta tu samada guna spagetti ke fectucinni ke ataupon spiral..
The most favorite kereta standard adalah fettuccine..sebab apa nama dia bawang putih? sebab sy letak banyak bawang putih..hehe
Malas nak hidang2 dalam pinggan terus jer tangkap gambar dari dalam kuali..





Jom terjah resepi yang senang, mudah & sedap ni..


Resepi : Fettucini Bawang Putih


Pasta Fettucini (separuh paket)
Rebus, letak garam & minyak sikit supaya tak melekat


1 labu bawang putih
Carrot
Brocolli
Isi ayam/sotong/udang
Mixed herb
1 sudu besar lada hitam


Cara-cara:-

Panaskan olive oil
Tumiskan bawang putih, carrot & sotong/ayam/udang
Masukkan brocolli
Masukkan pasta
Masukkan garam secukup rasa, mixed herb & blackpaper
Gaul sebati


Dah siap..
Sy rasa masak western food ni memang senang giler kot, takdela macam masakan melayu nak kene masak nasi, lauk2 berkuah, sayur-mayur bagai..
Yang penting kenyang..
Lagipon tengah dietla katakan..hehe


Sekian
Terima kasih sudi baca


Friday, October 4, 2013

Pulau Perhentian - Part 1


Assalamualaikum..


Alhamdulillah, cuti-cuti Malaysia kali ni sy pergi Pulau Perhentian dengan keluarga mertua dr 27/9 - 30/9 (jumaat sampai ahad)..
Dah lama plan tp asyik tertunda jer..dari sebelum bersalin sampai dah bersalin asyik tak jadi jer..
Abang kereta standard beli pakej Pulau Perhentian ni dekat Matta Fair, tapi dah nak expired bulan 10 sbb pulau akan ditutup dari Oktober sehingga Februari disebabkan musim tengkujuh..
So ni adalah minggu2 terakhir boleh datang Pulau Perhentian..


Kalau cuti-cuti sy mesti divide entry kepada beberapa bahagian sebab gambar adalah sangat banyak..lagi satu tak rajin sangat nak taip banyak2..hehe


Pakej ni 3 hari 2 malam tapi sebab taknak rushing sangat so kitorang gerak hari Jumaat..
Kitorang drive jer, bawa 2 kereta then tidur dekat Besut satu malam..


Sampai Kuala Terengganu sempat gi jalan2 kat Pantai Batu buruk jer..
Itupun sebab nak berhenti makan..
Adik beradik kereta standard ni semua lelaki, jadi memang straight foward pergi tempat yang nak pergi jer, tak best sangat sebab tak singgah tempat lain..
Memula tu dah berangan dah nak pegi situ, nak pegi sini, nak pegi pasar payang, tapi tinggal berangan jelah..
Biasa la pompuan, kalau jalan2 mestila nak shopping kan..tp diorang ni xder makna nak singgah2..
Kang bising2 kata mengada2 pulak kan, layan jelah..hehe




Kitorang gerak dr Temerloh dalam jam 11 pagi la lebih kurang..
Sampai Pantai Batu Buruk ni dalam jam 3 petang, lepak2 kat sini, dah siap makan then terus gerak ke Besut.
Walaupun hari tu cuti bagi pantai timur tapi tak ramai sangat orang masa mula2 sampai sini..
Time dah nak balik petang sikit tu baru la nampak kereta mula banyak..




Dekat area pantai ada kereta kuda berhias, saja jelah nak naik..
Harga RM5 per person..kanak2 RM3
Ingatkan jauhla dapat jalan2 naik kereta kuda ni..bolehla berangan ala2 cam fairy tale sekali dia pusing dua kali kat depan2 tu jer..
Puii, hampeh betul..langsung tak berbaloi jer bayar 18 hengget setakat dua pusingan tu..





Kat Besut kitorang menginap kat homestay jer..
Bila sampai jer kat homestay ni, hoii santiknyer rumah ni buat homestay..tak sayang ker tuan rumah ni..
Sy rasa tuan rumah ni mesti kaya giler kot, sebab tu tak kisah pon rumah cantik macam ni dijadikan homestay..




Sewa homestay ni RM150 untuk satu malam..
Bilik ada 4..bilik air ada 2..
Tapi rumah ni kosong jer, just ada basic furniture..
Nampak kosong sebab ruang luas, rumah besar kan..Qayyum seronok sangat dapat berlari2..




Master bedroom jer yang ada katil, bilik2 lain just ada tilam..
Master room tu bagi kat mak abah mertua sy, so kitorang ambik bilik lain..
Tapi rumah ni panas amat, aircond pulak ada satu jer..tu pon kat master room..
Kipas dah pasang full tapi tak rasa angin pon..


Malam tu adik beradik kereta standard masing2 keluarkan tilam tidur kat hall jer..
Yang kitorang ni takkan nak tido kat hall pulak..
Last2 angkut tilam masuk tido kt master room jugak sebab tak tahan panas..




Yang tak bestnyer rumah ni ada banyak lipas, siap beratur2 kat dinding lagi..




Jam 9 pagi hari Sabtu tu terus gerak ke jeti..
Kat situ ada tempat parking kereta yang berbayar dan selamat cuma bayar RM7 sehari..3 hari baru RM21..
Ok la kan, selamat sebab tempat park tu macam kat depan rumah orang jer..
Rasanya memang owner rumah tu jadikan halaman rumah dia tempat parking..






Naik bot dalam jam 10 pagi..
Hoi, rasa takut jugak memula naik tu..
Terlambung2 duduk bila bot tu langgar ombak..
Dahlah pegang baby, risau jugak la takut terpelanting masuk laut..tak pasal2 jer..
Bot pulak boleh tahan laju jugak..
Walaupun pakai safety jaket tapi sy tetap risau selagi tak sampai kat pulau..
Bot pulak biasa2 jer, tak kecik dan tak besar sangat tp muatla dalam 15 orang termasuk driver bot skali..




Pulau Perhentian ni terbahagi kepada 2 bahagian, satu Pulau Perhentian Kecil & Pulau Perhentian Besar..
Yang kitorang pegi ni adalah Pulau Perhentian Besar..
Kat Pulau Perhentian Besar tu memang xder orang duduk..sekeliling cuma ada resort & chalet khas utk tujuan perlancongan..kalau ada pon orang duduk cuma pekerja resort jelah agaknya..
Pulau Perhentian Kecil memang ada penduduk, malah ada sekolah rendah dan kemudahan2 lain..
Perjalanan ambik masa dalam 30 minit dr jeti Besut ke pulau..




Akhirnya sampai jugak ke pulau..
Sebelum land ni risau jugak sy sebab sy ada baca blog tentang blogger yang bercuti ke pulau ni semua kata kene lompat keluar dr bot masa nak land..
Sy ni dahla ada anak kecik ni, baby pulak tu..cemana pulak kalau kene lompat keluar..


Tapi sebelum bercuti sy ada call agent percutian ni nak comform kene lompat or ada jeti..
Nasib baik agent tu kata ada jeti kecik, tak payah nak lompat2 sangatla..
Hahaha..lepas tu rasa kelakar pulak tanya soalan tu..


Sebenarnya sebelum ni pulau ni memang xder jeti, baru2 ni jer diorang buat jeti kecik utk bot mendarat..
Long kereta standard dah pernah datang dah dulu, dia pon kata sebelum ni memang kene lompat sebab takde jeti..
Kereta standard pon dah memikirkan risiko2 yang terpaksa dihadapi kalau2 kene lompat dr bot masa nak land, jadi kitorang bawak baju sket jer muat dalam satu bag pack dengan baju budak satu beg galas..lepas tu wajib bawak beg susu..




Sampai jer Hentian ni rasa tenang, aman & damai jer..
Laut memang cantik giler..
Jauh dr pembangunan, cuma dengar bunyi ombak jer..
Sangatlah selesa dan sesuai datang bercuti kat sini kalau nak release tension..


Yang hitam2 tu adalah coral/batu karang..
Kalau perasan sepanjang laluan bot tu memang xder coral sebab diorang dah alihkan ke tepi sikit..
Yang ni memang khas utk laluan bot..semua bot kene lalu ikut sini xboleh suka2 jer nak lalu tempat lain..


Sampai pulau +- dalam jam 10.40,  terus jer check-in..
Kat sini ada banyak jenis chalet..




Kitorang punyer yang ni,
Chalet 2 tingkat..bilik dia biasa2 jer dan kitorang pilih yang kipas angin jer sebab yang aircond mahal melampau..
Kat sini kan diorang guna generator jer utk jana elektrik, mana ada stesen tnb tu yang bilik aircond mahal kot..
Tak kisahla, yang penting selesa kan, bukannya nak mewah2 sangat..




Check-in dulu, letak2 barang lepas tu baru tengok2 sekeliling..







Pakej 3 hari 2 malam kat sini termasuk makan breakfast, lunch dan dinner..
Memang takkan kebulur la kan duk kat pulau ni..
Makan pon ok, bolehla tahan sedapla jugak..


Jam 12 tengahari dah boleh makan lunch..
Sebelum tu dapatla meninjau2 kawasan2 sekitar dulu..





Laut dan pantai dia, masyaallah memang cantikla..
Tapi ooppsss, sorry ada gambar bontot pulak disitu..hewhew


Kat sini memang ramai mat salleh..
Diorang ni memang suka pantai agaknya..
Kekadang sy tak paham apa yang best sangat berjemur bawah panas tu..
Diorang ni boleh relax jer berjemur berjam2 sambil baca novel dan ada jugak yang tido..
Berjemur, mandi laut lepas tu berjemur lagi, mandi laut lagi, berjemur kasi kering lepas tu baru balik..
Haiyooo..lepastu habis merah2 muka badan semua..




Tiap2 pagi dan petang staff2 resort ni akan sapu semua daun2 dn sampah kat sini tu yang nampak cantik dan bersih tu..
Tapi yang sebelah situ tu xder resort or chalet tu yang macam ada banyak kayu2, tunggul semua..
Tapi kat sebelah hujung nun di sana tu ada resort cantik tak silap nama dia Arwana..
Tapi situ pantai dia tak berapa cantik..ada banyak coral kat tepi pantai dia..mungkin disebabkan pantai tak cantik sangat so resort tu ada sediakan swimming pool..





Semua urusan check-in dan makan kat sini..




Kat resort ni ada banyak pokok bunga kemboja tau..
Kat keliling chalet penuh dengan pokok kemboja ni..
Maybe sebab tu nama dia Flora Bay agaknya..







Yang ni tak tau pokok bunga apa, tapi bunga dia cantik jugak sebab warna putih..




Yang ni pon tak tahu pokok apa, buah dia unik..
Pokok ni tinggi menjulang, lepas tu buah dia bertandan2 macam buah nipah..macam pisang pon ada jugak..


Cukupla dulu kot,nanti sy sambung Part II pulak ek..
Terima kasih sudi baca..
Sekian..