Friday, November 21, 2014
Mandi Sungai @ Sg Kuali, Janda Baik
Assalam..
Dah lama tak mandi sungai..
Duduk kat Bentong ni best jugak..
Macam2 tempat jalan2 yang dekat boleh pegi..
Kalau sungai ke air terjun ke boleh pegi Chamang kat Bentong, Lata Jarum kat Raub, Janda Baik dan macam2 tempat lagi..
Nak pegi Cameron Highland dalam 2 jam jer, tapi sekarang tanah runtuh kan..tak bestla pegi tempat kene bencana..
Dekat dengan Fraser Hill, Genting Highland, dekat dengan Bukit Tinggi, Colmar Tropika dan macam2 lagi..
Kira sejak sy duduk Bentong tu dah ulang2 pegi semua tempat tu banyak kali..
Memang tak menyesalla duk Bentong tu..hehe..
Cuti hujung miggu hari tu, kereta standard bawa sy dengan budak2 pegi Janda Baik..
Dah lama tak mandi sungai..
Dr Bentong ke Janda Baik ni dalam 30-40 minit jugakla..
Sebelum tu pekena ice-cream yang famous amos kat Bentong tu dulu..
Apa nama kedai dia ntah..tapi memang famous la siap masuk tv semua..
Satu skop RM3.50..
Ntah sy pon tak tau apa yang sedap sangat ice-cream kat sini ni..
Pada kitorang biasa2 jer..
Penahla makan 2 kali dulu, dah lama sangat..
Tapi sebab malam tu baru tengok cerita Best In The World tunjuk kedai ice-cream ni terusla suruh kereta standard beli satu..
Haah..budak ni, nak conquer makan ice-cream sorang2..takmo share..
Kedekut betul..
Sg Kuali ni atas lagi dr Pulau Santap tu tau..
Kalau kat Janda Baik, Pulau Santap tu memang famous tapi Sg Kuali ni kene naik atas lagi..
Wahh, nampak jer sungai si dak Qayyum tu dah tak sabar nak mandi tu..
Memang best wa cakap lu..
Kat Sg Kuali ni ada chalet yang ala2 kampung sket..
Ada banyak jugak aktiviti kat sini macam memancing..
Berkhemah pon bole sebab ada kawasan tanah lapang yang agak luas tapi sy tak ambik gambar pulak kawasan chalet ni..
Untuk harga chalet, adalah RM100 per night..
Ni pon sebenarnya kebetulan jer..
Officemate kereta standard buat family day kat sini, so kitorang ni menumpang jer..
Nak tido situ cam tak berbaloi jer sebab dekat sangat dengan rumah kan..
So kitorang tumpang mandi jerlah..
Tukarkan budak2 baju, lepas tu terus turun..
Hoiii...air dia sejuk giler..macam air ais tau..
Pagi tu hujan lebat tu yang air sejuk giler tu..
Celup2 kaki jer lepas tu terus naik..
Budak Anaz ni pon celup2 kan kaki jer jugak..sejuk sangat takut demam jer..
Memang tahap menggigil tau suhu air masa tu..
Chalet ni pon kitorang tumpang jugak..
Makan pon tumpang..semua tumpang..
Ehh, mesti ada yang kata kitorang kitorang ni muka tak malu kan..
Takdela, sy bawak jugak bekal sebab dah nama nak bekelah dengan mandi sungai tapi dah orang jemput makan jadi kita makanla..
Rezeki jangan ditolak kan..
Tq Cha dengan family jemput kitorang makan haritu, lepas tu tekejut tengok Qayyum mengamuk sakan..haha
Yang diorang ni mandi sampai kecut..
Biarkan lantak..
Nasib baik tak demam mandi air sungai sejuk macam ais tu..
Sementara Qayyum dengan kereta standard mandi sungai, sy dengan Anz tukar baju siap2 dan makan bekal..
Sempat goreng mihun jer..
Jadilahkan..tapi lepas mandi sungai, Qayyum makan banyak jugak..
Lapar la tu kot..
Budak Anaz ni makan sket jer..main jer lebih..
Dia ni memang taknak makan sangat..tak tau nak bg makan apa dah nak bagi selera makan supaya makan banyak sket..
Kalau makan nasi tu adalah dalam 2 suap jer lepas tu taknak makan dah..
Susah betul..
Budak Qayyum ni macam biasa kalau jumpa pasir, memang tak sah kalau tengok jer..
Dahlah main tengah2 jalan..
Haa, biarkan lantak jer..
Overal kat Sg Kuali ni not bad jugak sebab kat sini macam tak ramai sangat orang..
Bersih dan yang paling penting chalet dia dia memang kampung habis..
Bukak jer pintu chalet terus nampak anak2 ayam berkeliaran..
Chalet dia pon macam rumah papan cenggitu dengan bilik air kat luar bilik..
Sekian..
Tuesday, November 18, 2014
Beli Rumah Lelong - Pemilihan Peguam
Salam..
Sebenarnya, untuk memiliki sebuah rumah ni memang kene prepair duit saving yang banyak..
Lagi2 nak masuk rumah baru, banyak jer nak keluar duit nanti..
Sekarang sy rasa menyesal tak simpan duit banyak2 dari awal2, asik shopping jer kerjanya dulu2 tu..
Haa..kn dah menyesal, dulu masa sekolah taknak belajar rajin2 supaya dapat kerja yang bagus2 dengan gaji yang banyak lepas habis belajar..
Tapi nak menyesal sekarang pon tak guna kan..haha..
Apapun, sy tetap bersyukur apa adanya..alhamdulillah..
Insyaallah, sy akan ajar anak2 sy supaya menabung dan simpan duit dari awal..
Balik kepada cerita property lelong yang sy beli ni..
Ada banyak perkara yang sy terlepas pandang hanya kerana sy terlalu excited sangat nak beli rumah ni..
Antaranya adalah tak survey property yang dilelong tu
- Bila sy dapat POS tu, sebenarnya telah dinyatakan yang pelelong tak dapat memasuki premis atas sebab2 yang tidak dinyatakan
- Yang sy ni pulak sebab dah survey harga kat area taman tu range dalam 300K so bila dapat tahu rumah tu bank lelong dengan harga 240K terus excited nak beli kan..
- Memang sy xdapat nak tengok bahangian dalam rumah tu sebab ada orang duduk, siap ada anjing 2 ekor..kalau korang, ada berani ke nak masuk rumah yang ada anjing tu..
- Jadi sy dengan kereta standard cuma tengok rumah tu dari luar jer..
Sebab utama dia akan memberi kesusahan susulan pd loan bila bank nak buat evaluation.
Next entryla cerita pasal loan..
Kali ni nak cerita pasal pemilihan peguam.
Sampai sekarang sy masih sakit hati..
Ni adalah antara kesilapan terbesar yang sy dah buat..
Sy pilih peguam ni sebab sebelum ni abang ipar sy guna lawyer yang sama utk rumah dia tapi semuanya ok dan berjalan dengan lancar..
Lagipon dia ni jiran belakang rumah abah mertua sy kat Temerloh nun.
So kitorang ingat kalau ambik lawyer yang kenal2 ni senangla sket kerja..
Tapi tak membantu langsung dalam kes sy ni..
Sebab apa?
Lawyer ni based kat Shah Alam nun..
Property pulak kat Bentong..
Peguam pelelong kat Kuantan nun..jauh kan..
Tapi sy pon tak faham masa kitorang bagi kes, takde pulak dia advised apa2..
Accept jer kes ni..
Sangat susah..cemana nak cerita ehh..
Bila dapat bil, teka berapa lawyer charge utk harga rumah RM270K tu..
RM8K+++ tau, tu dah termasuk stamp duty..
Sakit giler hati sy..
Sedangkan rumah abang ipar sy tu RM400K baru 6 ribu jer dia punya legal fees dgn stamp duty..
Loan rumah pon dah sakit hati, dapat bil dr laywer lagi bertambah2 sakit hati..
Eiiii...
Macam2 hal la yang dah jadi..
Sepatutnya lawyer akan tolong sampai kita dapat masuk rumah tu tapi apa yang berlaku dalam kes sy ni, sy dengan kereta standard kene buat sendiri..
Kereta standard pegi check sendiri dekat pejabah tanah, check bil2, check cukai pintu, cukai tanah semua..
Kitorang kene call ke Kuantan banyak kali untuk tanya itu ini, macam2..
Yang sepatutnya lawyer tolong tapi dia cuma uruskan perkara2 penting sampai terima cek dr bank dan bayar pd peguam pelelong..
Itu sahaja..
Tapi charge tak hengat punyer..
Ini dengan rumah tak boleh masuk, dengan ada anjingnyer..
Memang macam2 hal..
Tapi takpelah, benda dah lepas..
Tapi advised sy, kalau beli property lelong sila minta advise lawyer firm yang melelong property tu dan kalau boleh ambik jer diorang, senang cerita..
Berkenaan dengan rumah yang tak boleh masuk tu, kereta standard dah jumpa dengan orang yang duduk rumah tu..
Itupon setelah dekat sepuluh kali dia pegi rumah tu, asikla takde orang jer..
Masa takde orang tu, kereta standard selamba jer masuk dalam pagar..tapi anjing tu just menyalak2 jer..
Tak gigit or kejar pon..
Lepas tu dah kenal dah, bila datang anjing tu senyap jer..
Orang yang duduk rumah tu just menyewa jer, bukanlah anak owner yang kene lelong ke apa..
Kitorang bagi tempoh sampai hujung bulan supaya dia keluar dan cari rumah sewa lain..
Harap2 semuanya berjalan lancar..
Lepas ni dah plan nak deco2 rumah..
Wahh seronoknyer nak pindah rumah sendiri..
Sekian..
Monday, November 17, 2014
Pusat Konservasi Gajah @ Kuala Gandah, Pahang
Salam..
Awal bulan haritu kitorang bawak budak2 jalan pegi tengok gajah dekat Lanchang, Kuala Gandah..
Dah lamaaaa sebenarnya plan tapi asikla tak jadi pegi jer..
Kebetulan dah balik Temerloh so hari ahad tu ajak mak abah sekali pegi jalan..
Dari Temerloh lebih kurang 40 - 45 minit jugakla baru sampai..
Exit tol Lanchang, masuk kanan terus jer..
Adalah dalam 15-20 minit sebab tempat ni masuk dalam sket..
Nak tengok gajah adalah PERCUMA jer tapi kene register dulu..
Then dapat sticker macam dalam gambar di atas..
TAPI yang kitorang ni macam tempat gajah ni sendiri punyer, selamber jer masuk lenggang2 kangkung tak payah register..hahaha..
Qayyum dah tak zabarrr nak tengok gajah..
Masa sampai ni dah lebih kurang kul 11 pagi..
Budak Anaz tu sibukla nak jalan sendiri, tapi kaki tu melilau ntah ke mana2..
Hampir2 nak masuk dalam sungai..
Kat sini takdelah ramai sangat pengunjung, biasa2 jer..
Tapi masa kitorang datang tu ada mat saleh dengan minah saleh datang kat sini..
Sampai2 jer gajah besar punyer show dah habis..
Lorrr..salah timing rupenyer kitorang ni..
Next show jam 2 petang katanya..
Hurmm, lambat lagi..
Tapi sempatla kereta standard belai2 manja gajah tu..
Nak tunggu yang sesi petang memang takla kot..
Besar giler gajah ni..
Last sekali tengok gajah face to face ni masa pegi zoo zaman sy tadika dulu rasanya..
Hahaha..giler lama sudah..
Tapi gajah kat sini cuma boleh tengok, pegang2 dengan ambik gambar jer..
Bukanla macam gajah kat Thailand nun yang kita boleh naik atas gajah tu then pegi jalan2 pusing Kuala Gandah tu satu round..memang takdela ek kat sini..
Sepatutnya diorang kene buatla naik gajah tu, baru aktiviti tu more interesting sketkan..
Ni stakat tengok jer, macam biasa2 jer..
Lepas tu diorang tunjuk sekor anak gajah ni..
Nama dia Lanchang, baru umur 3 bulan..nama dia sempena nama tempat ni..
Baru 3 bulan tapi gemoknyer ko Lanchang..
Diorang explain la maintanance susu si gemok ni blablabla..sekian..sekian..
Kat sini entrance fee memang free tapi siapa2 yang nak derma adalah dialu-alukan..
Alolo cumilnyer..
Patutla orang selalu kat perumpamaan besar tu mesti macam gajah..
Sebab gajah memangla besar..anak gajah pon dah besar, mak bapak gajah lagilah besar..hahaha
Yang anak gajah ni diorang bawak keluar..
Tapi tengok2, pegang, amik gambar cenggitu jelah..
Yang budak Qayyum tu punyerlah penakut..
Masa tu dia tengah makan biskut, tarikla dekat sikit dengan anak gajah tu nak ambik gambar..
Punyerla dia takut sampai habis berterabur semua biskut tu..
Lepas tengok anak gajah tu, lepas tu macam dah takde aktiviti apa2 dah kat sini..
Sepatutnya ada lagi aktiviti mandikan gajah, tapi sekarangkan musim hujan so air sungai dah dalam..
Tak dapatla tengok gajah mandi..
Jadi, tengok gajah dalam kandang jelah..
Pengujung boleh beli makanan dan bagi gajah2 ni makan..
Makanan dia cuma ada pisang dengan tebu jer..
Kitorang belilah tebu dengan pisang tu..
Harga tebu satu ikat RM3 dan pisang pulak satu sikat dalam RM5..
Qayyum ok..mula2 jer takut2 lepas tu dah berani dah..
Yelah, gajah tu dalam kandang memangla berani..
Gajah2 ni tamak tau..
Dia kutip semua tebu dengan pisang tu sampai penuh belalai baru dia masuk dalam mulut..
Tapi best jugakla datang sini..
Budak2 la yang best pon kan..
Cuma kat sini macam takde aktiviti sangat jer..
Lepas tu kitorang lepak2 sekejap then terus balik rumah..
Haha, sekejap giler gi tengok gajah..
Yang budak Anaz ni memang penakut, suruh bagi makan gajah pon takut..
Takpelah, dia kecik lagi..
So kalau korang nak datang melawat gajah kat sini, adalah di alu2 kan..
Kalau rasa macam takde aktiviti sangat, lepas tengok gajah boleh singgah Temerloh makan ikan patin dan bole naik jambatan gantung kat sungai Temerloh tu..
Yang ni lawak..
Masa dah nak gerak balik tu kereta standard siap ambik sticker yang lekat banyak2 kat wall tu lekatkan kat baju dia kenkononnyer dah register..LOL..
Sekian..
Saturday, November 15, 2014
Nutella Puff
Assalam..
Hari tu dah lama cari puff pastry yang ready made tu..
Yang famous mestilah jenama kawan tu kan..
So far kat Bentong susah nak jumpa..
Kebetulan haritu sy jumpa kat Jusco, so beli satu..
Nak test dulu..
Sy beli yang besar, dalam tu ada 8 keping..harga dalam RM10 kot..
Lupa dah harga dia, sorry ekk.
Mula2 tu plan nak buat apple puff..
Tapi apple tak beli lagi la pulak..
Sebab dah tak sabar nak try so belasah buat letak filling nutella..
Oitt, sedap jugak tau..
Senang sangat rupanya guna puff pastry ni..
Mula2 kene defrost dulu dan biarkan sampai room temperature..kalau keras nanti patah..
Yang ni satu keping besar tu sy potong 6 so dapat 3 nutella puff..
Letak nutella dan cantumkan..
Nutella tu jgn letak byk sangat sebab nanti melimpah ruah pulak susah nak cantum..
Cantumkan lepas tu guna garfu jer tekan2 kat tepi tu..
Then sapu kuning telur nak bagi warna dia cantik..
Tapi tak sapu pon takper..boleh jer..
Sebelum bakar kene panaskan oven dulu, lepas tu turunkan suhu 180C selama 10 ke 15 minit..
Dan dah siap.
Senang giler..
Silalah mencuba..
Memang terbaik..
Kereta standard memang suka sebab dia suka sangat makan apple pie mcdonald tu..
Kali ni buat banyak, so boleh makan sampai puas..
Friday, November 14, 2014
MAKNA Charity Box
Assalam..
Sekarang ni kalau korang perasan ada banyak MAKNA charity box ni diletakkan di kawasan2 perumahan dan office..
Tapi tak sure la kalau memang ada di seluruh Malaysia or certain location jer..
Setakat ni yang sy dah pernah nampak kat KL memang ada, kat Bentong pon banyak dan kat Selangor pon ada sebab on da way balik kampung tu ada nampak..
Pada sy it is a good effort sebab kadang2 kita ada banyak baju, simpan jer dalam almari tu kan..
Salah satu charity box ni diletakkan kat area rumah sy kat Bentong sana..
So haritu weekend ada masa sket, buat spring cleaning almari..
Sebab nanti nak pindah kene kemas jugakkan..
Ada banyak jugak baju kurung zaman study dulu, yang dah lama2 tu sy derma jelah..
Sekarang pon dah tak pakai baju kurung sangat so sedekahkan jer..
Seluar pon banyak yang dah tak muat pon sedekah jugakla..
Tapi ni baru sikit jer ni..
Ada lagi separuh tu kereta standard suruh bagi dekat orang susah kat kampung dia..
Ada banyak lagi yang tak kemas..
Nanti2 ada masa maybe boleh kemas lagi..
Korang boleh derma pakaian, kasut, handbag, cadar ataupun mainan..
Tapi makesure yang masih elokla kan..
Tak baik tau derma yang dah rosak atau koyak rabak..
Monday, November 10, 2014
Bahagia Villa - Langkawi
Salam..
Haritu masa kitorang bercuti kat Langkawi tu, kitorang stay dekat Bahagia Villa..
Lokasi dekat Kuah..
Memang dekat nak jalan dan shopping kat Pekan Kuah..
Villa ni dekat dengan masjid..
So masa nak solat Jumaat tu, jalan kaki jer..
Villa ni boleh dikatakan baru..
Sebab yang block sebelah tu belum siap lagi..
Kitorang dapat villa bawah sekali tapi sebelah belakang, yang mengadap pool..
Selesa jugak stay kat sini, ada 3 bilik dan 2 bilik air..
Bilik semua ada aircond, hall pon sama ada aircond jugak..
Pakej ni datang sekali dengan Avanza..
Haa, villa yang sy stay tu mengadap pool..
Tapi ni pool buatan yg macam xproper sangatla..
Kotor plak tu, memang tak selera la nk mandi..
Bilik pon ok, selesa..
Cuma takde penyapu jer..
Kitorang kan stay kat situ 4 hari so memang berdebu la, masa first day masuk pon macam tak bersih sangat..
Sy terpaksa lap sendiri guna towel kaki tu..
Lepas si budak Anaz tu berlari2 siap jatuh berdentum kepala kene lantai..
Adoi..sian dia..
Tapi so far ok la stay kat sini..
Harga tak sure plak berapa, tapi korang boleh google la ek..
Bila dah hari Jumaat tu dah banyak villa yang berpenghuni..
Okla, itu jer nak cerita..
Bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)