Pages

Tuesday, September 9, 2014

Jalan-Jalan - Episod Ngeri Anak Demam Part 1


Assalam,

Hari tu 9/8, ada wedding kawan UTM sy kat Putrajaya..
Sebab dah plan memang nak pegi so kitorang pegi jugak walaupun pagi tu rasa badan dengan kepala Anaz memang dah panas dan dedar..


Eh, baru jer raya aritu demam..
Demam seminggu lepas tu baik..ni baru jer baik tak sampai seminggu takkan demam balik kot..

Risau memang risau tapi tetap nak gi jalan jugak..
Memang ntahapahapa punyer mak la sy ni kan..

Tapi dah spare ubat bontot dengan kain basah..
Sepanjang perjalanan memang letak jer kain basah dekat kepala Anaz..
Nasib baik dia selera jer makan dengan minum susu..
Cuma dia senyap jer..senyum pon taknak..diam jer..




Rambut dah panjang tak potong2..
Sebelum tu sy tocang sebab senang nak letak kain basah atas dahi dia..
Kalau tak berserabut dengan rambut yang panjang tu..


Sampai dekat kenduri, dah dekat pukul 3 petang..
kenduri pon dah nak habis..
Takpelah, yang penting datang wedding Tyja..
Selamat pengantin baru Tyja, semoga kekal ke akhir hayat..aminn..


Sekejap jer kat sini, lepas makan, sembang2 kejap lepas tu terus chow..
Gambar pengantin lelaki tak ambik pon..
Sebab masa ni pengantin pon dah letih kot, tengah sembang2 dengan family dia


Tapi lepas gi kenduri bukan terus balik rumah..
Gi lagi satu open house kat Putrajaya pulak..makan lagi..cemana lah nak kurus..
Kata diet, tapi tetapla asik makan dan makan..

Diet program dan misi lima ploh kilo tu tak menjadi la..
Da malas nak dietla, tunggula kang kot tetiba rajin nak gi gym bole update tentang diet semula la ek..




Lepas open house pon bukannyer nak terus balik, gi teman abang kereta standard survey tilam pulak..
Kitorang sebenarnya dah plan nak tidur rumah abang kereta standard kat Cyberjaya..
Dia baru beli townhouse kat situ..
So sekarang kalau turun KL dan malas nak balik Bentong memang kitorang tido Cyberjaya jer..
Nasibla dah ada rumah persinggahan..haha


Bila masuk rumah baru, memang macam2 nak kene beli kan..
Tapi long kereta standard ni bujang lagi, so bole beli slow2 xdela rush semua nak kene beli..
Sambil teman sambil plan jugak untuk rumah baru sy nanti..hehe
Next project, tungguuu..




Budak Qayyum ni masya allah, punyerla lasak..
Suker hati dia jer, bila ada tak kene mula lah melalak menjerit2..
Kadang2 dah hilang sabar dah dibuatnyer..
Naik jugak tangan ni walaupun orang kata tak elok pukul budak sebab nati dia bertambah degil..




Lepas beli tilam, long kereta standard bawak gi makan..
Makan lagi tapi ni bukanla makan beria..just macam minum petang jelah..
Lupa plak nak ambik gambar cafe tu..roti jala dengan cucur udang dia sedap..


Lepas tu jalan2 kat sekitar2 tu..
Layan jelah picture yang banyak ni..




Anaz da tukar baju sebab badan masih dedar, pakai t-shirt dengan seluar panjang lagi panas..
So pakai singlet dengan short jer, bagi berangin sket..



Dari kiri kereta standard, adik dengan long..
Depan Anaz dengan Qayyum..

Diorang ni kadang2 macam bukan adik beradik jer..
Sorang tinggi, yang dua orang lagi tak berapa tinggi..
Tapi muka ada la iras sikit..


Gigih bawak budak gi panjat menara ni..
Letih jugak tapi nak ambik gambar punyer pasal, naik la jugak..


View sangat cantik..


Matahari dah nak tenggelam masa ni..


Baring atas rumput macam baring atas tilam..
Nasib baik tak gatal2 badan..


Yang mak nyer pon taknak kalah..
Nak jugak posing ala model kat atas rumput..haha
Sila abaikan lemak perut yang 13 tingkat tu ek..hehe

 
Keesokan harinyer, bawa budak2 mandi pool pulak kat rumah long kereta standard..
Anaz masih demam, suhu dah 39 masa ni..
Gi bawa mandi pool dengan harapan dapat turunkan panas badan dia..


Budak qayyum ni memang suka berganda2 la..




Tapi mandi sekejap jer sebab pak guard dah halau..
Cehh, tak sporting betulla guard kat sini..


Lepas mandi terus siap2 balik Bentong..
Masa ni Anaz masih demam lagi..


Ehh, tiba2 masuk pulak watapps dari member lama suh datang open house rumah dia..
Terus cakap kat kereta standard kita singgah sekejap..


Sentiasa letak tuala lembab kat kepala Anaz..
Kesian dia..
Dulu Qayyum demam sehari dua jer dah baik..
Paling lama seminggu lepas tu alhamdulillah dia dah tak demam..

Tapi Anaz ni bila demam, lama sikit nak baik..
Risau jugak takut ada infection..



Singgah Ampang sekejap gi beraya rumah Wani.
Tq Wani for having us..
Makan pon sedap..


Dulu kitorang duduk sebelah meja jer sebelum dia join government sector
Kira banyakla kenangan dengan Wani ni..

Masa kat open house Wani ni suhu Anaz dah 40..
Menggelupur sy, cuaca kat luar memang panas terik..
Cepat-cepat masuk ubat bontot..ubat bontot tu pon dah nak cair sebab letak dalam kereta..
Cepat2 suruh kereta standard drive pegi petrol pam..cari paip air
Terus bukak baju dan mandikan dia..



Sampai rumah memang dah flat..
Tapi suhu masih 38 - 39 jugak..
Kesian dia..

Esoknya tu sy amik emergency leave, tak sampai hati pulak nak hantar budak kat rumah pengasuh..

Tapi esok tu masa kat rumah, suhu pon tetap 37 - 38..
Ubat bontot pon macam tak berkesan jer..
Mandikan sampai menggigil2..memang risau giler la sebab tak pernah experience demam macam ni..
Kepala dengan badan dia panas tapi kaki tangan sejuk..
Kesian sangat..


Nota kaki utk diri sendiri, lepas ni jangan gatal2 bawak anak demam gi jalan2..
Memang menempah penyakit..


Monday, September 8, 2014

RAYA 2014 - Temerloh


Assalam..

Selamat hari Isnin..
Cepatnyer masa berlalu kan..

Ok tanpa membuang masa, kita sambung balik cerita raya yang tertunggak hari tu..
Cewahh..da macam ucapan plak..hehe

Ni cerita tertunggak 2 bulan puyner..
Giler lama, hahaha..

Raya ke-3 kitorang da balikTemerloh..
Petang tu gi raya rumah wan kereta standard jer..

Raya ke-4 baru gi beraya rumah sedara mara yg lain tu..
Yang paling best, sambil gi beraya sesambil kait rambutan..haha



Sebelah rumah orang ni sebenarnya tanah mak mertua sy, tp dalam setengah ekar ke suku ekar jer..camtu la lebih kurang..
So kat tanah tu xbuat rumah sebab kecik sangat tapi adalah kebun buah-buahan..
Tapi baru2 ni mak mertua sy dah jual pada orang sebelah ni..so nampakla luas sikit tanah tu..
Orang tu pon sedara mara jugak..


Tapi sebenarnya mula-mula tu mak mertua sy syg sangat nak jual2 tanah ni..
Yelah tanah bukannyer banyak pon tapi atas sebab2 tertentu, jual jugak..
Tanah yang setengah ekar tu memang ada macam2 pokokla..dah besar2 dan berbuah dah pon..
Rezeki orang yang beli tanah tu la..


Sambil2 raya sambil kait rambutan..



Tapi ambik sikit2 jer buat rasa..
Takdelah beria2 sangat pon..

Lepas tu gi la beraya kat Pekan pulak..
Petang tu kitorang dah balik..
Hari tu adalah dalam 3 buah rumah jer pon gi beraya..



Ha malam tu gi raya kat klinik pulak..
Suhu badan Anaz masih on and off..
Dari hari raya pertama demam tak baik2..

So gi klinik untuk check dada..
Lagipon ubat demam tertinggal kat kampung..
Jadi gi la nak klinik mintak ubat baru..


Rambut dia tu dah panjang sangat..
Nak potong cam sayang tapi dah nak termasuk dalam mata dah..
Disebabkan nak tampalkan cool fever tu terpaksala tocangkan rambut dia tu..
Tapi cumil jugakk..


Bila budak demam nak gi jalan beria2 pon dah malas..
Kang meragam dah satu hal plak..


Nasib baik budak Qayyum ni tak demam..
Just batuk sikit2 jer..kuat jugak antibody dia..


Hari raya ke-5 baru gi beraya beria2 sikit..
Sebab lusa dah habis cuti so sempatkan la gi jalan..


Adalah jugak family picture walaupon bergegar 5.0 skali rither..haha..
Ni suruh adik sepupu kereta standard tolong ambikkan..


Sebelah malam gi beraya rumah Nurul..
Nurul ni housemate sy dulu..
Rumah mertua dia seberang taman jer..kira dekat sangat..
Dia memang orang Temerloh, tak sangka jodoh pon dengan kawan2 kereta standard..



Sekian cerita raya kat Temerloh..
Raya yang biasa2 jer..
Tapi yang best kat Temerloh, tak payah beria2 masak, tak payah beria2 nak basuh pinggan..
Boleh tido tengahari dan macam2 lagi..hahaha


Wednesday, September 3, 2014

Sampul RAYA 2014


Assalam,


Hai..masih lagi cerita pasal raya tau..
Maklumlah ada banyak entry tertunggak nih..
Jangan bosan yer, kali nak cerita pasal sampul raya pulak..


Tahun ni budak2 ada la dapat beberapa sampul raya yang agak cantik2 jugak..
Yang cantik2 tu sy simpanla, yang biasa2 boleh recycle atau buat salam kaut jer..haha..


Jom skodeng sampul raya bebudak ni..
Tapi yang ni biasa2 jer, xder pon dapat yang extravaganza sgt..
Just nak share pasal sampul raya budak2 jer..


Sampul raya from Nippon Paint..
Colorful and nice..


Yang ni macam hand made dr kertas balut hadiah tu kan..
Tapi cantik and not bad..


From RHB bank


Sampul raya from ARIANI..


Sampul raya from NAZA TTDI..


Sampul raya from PTPTN pon ada dapat jugak..


Sampul raya from TOMEI, tp yang ni last year punyer..
Sebab sy pon dapat last year..
Dapat bonus terus beli gelang..dapatla seutas, jadila dr xder..
Emas da mahal sekarang, tak mampu dah nak beli banyak2..



Sampul raya from MAYBANK..
Yellow theme..
Yang ni dapat banyak jugak, lebih2 buat simpan utk raya next year pulak..


Sampul raya from TABUNG HAJI..
Sweet jer kan..


 Sampul raya from Ar-RAHNU



Sampul raya from PUBLIC BANK


And the last one from SHELL..
Yang ni gemuk sbb ada duit raya budak2, masa ni belum sempat nak bank in..
Sampul ni paling besar antara sampul2 raya yang lain..


Antara sampul2 raya ni, yang mana paling cun ek..


The winner is sampul from MAYBANK..
Hehehe..sy suka sebab simple and nampak exclusive..


Sekarang sampul raya memang memainkan peranan penting..
Bagi sesetengah orang, nilai isi sampul tu yang lebih penting kan tapi sy suka kumpul sampul2 ni..
Ada sentimental value, lagipon next mesti keluar design lain pulak..


Terima kasih sudi baca,
Bye..



Tuesday, September 2, 2014

Cerita RAYA 2014 - Sg Besar


Assalam..


Hishhh, raya dah sebulan habis baru terhegeh-hegeh nak upload cerita raya..
Dah basi dah kan..

Walaupon dah basi, tetap nak update jugak..
Its better late than never kan..

Ada banyak sangat story nak update dalam blog, tapi kita buat satu2 dan slow2 la ek..


Raya tahun ni memang kelam kabut sangat..
Selalu kalau raya Sg Besar dulu memang kelam kabut jugak..
Takde gi raya beria-ria sangat sebab banyak habiskan masa dekat dapur jer, hidang makanan, kemas2 lepas tu basuh pinggan mangkuk..tulah kerja sy sebab tetamu extra ramai..

Kalau raya kat Temerloh, rilex2 jer wa cakap lu..
Pagi raya gi beraya lepas tu balik umah tido, petang kang baru sambung raya balik..
Orang pon xder datang beraya so xder issue letih basuh pinggan mangkuk..
Kang bosan duk umah, desup gi jalan2 makan kat luar..haha

Tapi disebabkan raya tahun ni kat kampung sy, memang letih berganda2..
Lepas tu sy selsema, terus jangkit kat budak2..kesian sangat..
Nasib baik kereta standard sihat walafiat..


MALAM RAYA


Malam raya, macam biasa kat kampung sy lepas isyak diorang ada BARAAN..
Yang join lelaki jer, perempuan dah tak ikut..
Diorang akan singgah rumah ke rumah, bertakbir dan berdoa sambil2 jamu makanan..

Bersemangat gi cari jubah untuk budak, nasib baik jumpa saiz walaupon dah last minute..
Jubah Qayyum jelah pendek sikit, tapi ok la..
Yang Anaz pulak besar sikit, meleret2..
Yang Qayyum punyer jubah tahun lepas dah rentas, so xdapatla Anaz pakai..
Terpaksa beli baru tapi murah jer, RM20 jer kalau tak silap sepasang..


Tapi kereta standard bawa Qayyum jelah..
Anaz kene tinggal, lagipon budak ni tak sihat..duk rumah jelah..
Dah macam girl je anak sy ni kan..
Lagi2 kalau rambut tu panjang, ramai yang tegur girl walaupun pakai baju boboy..



Rumah sy ni antara yang last la jugak sebab dah dekat hujung2 blok..
So bila dah hujung tu tetamu xsentuh makanan sangat pon sebab dah kenyang kan..
Mak masak macam biasa nasi impit, rendang kerang dengan rendang ayam..

Sila abaikan  langsir rumah yang senget benget tu yer..
Dan abaikan jugak tilam kat tepi tu..
Tak larat dah nak kemas beria2 sangat..keletihan melampau..
Baraan pulak time malam dah nak jam 11..
Yang kereta standard kata biarkan jelah tilam tu, orang tak kisah pon..
Memangla orang tak kisah tapi sy kisah..
Tapi sebab dia pon malas nak angkat bawa masuk dalam bilik, maka biarkan jelah kat ruang tu..haha..teruk betul rasanya..

Buah-buahan jer yang laku..
Aritu beli cherry kat office, alhamdullillah rezeki diorang..habis licin..
Yelah kat Sg Besar memang xjumpa la cherry, kene gi beli kat pasaraya kat KL baru ada..


HARI RAYA PERTAMA


Raya pertama, sebelah petang baru sempat nak lari2 nak keluar jalan..
Lokasi pertama gi raya adalah klinik..haha, ko mampu gi raya kat klinik..


Yang ni sebelah pagi, time nak gi solat aidilfitri..
Sy tak ikut sebab kene jaga budak, lagipon Anaz pon xsihat so kereta standard bawa Qayyum jer..


Sebelah petang baru nak keluar gi raya rumah sedara mara, itupon yang dekat2 jer..


Tema tahun ni adalah purple..
Tapi sedih kita xde gambar raya yang best2..
Kereta standard pon dah letih, memang xder makna nak layan ambik2 gambar nih..

Lepas gi klinik nasib baik xder apa2..just virus jer..
Doktor bagi ubat selambak..utk Qayyum, Anaz dengan mak budak sekali..
Nasib baik ada klinik yang 24 hours yang buka time hari raya tu..
Dan nasib baik jugak tu adalah klinik panel, so jimat duit xpayah bayar..haha

Kat klinik baru baru beria2 nak snap picture..
Ntahapa2 lah..
Layankan jelah gambar kat klinik ni yer..


Budak2 ni walaupon demam selsema, tapi tetap melasak..
Sekejap jer dapat duduk diam2, lepas tu berlari kesana kemari..


Demam2 pon, mak budak kene maintain vouge jugak gituu..


Masa kitorang sampai xde patient lain pon, tapi ada orang la dalam bilik doktor tu..
Lepas tu terus berpusu2 orang datang klinik..
Lepas tu dah malu nak ambik gambar beria2..haha


HARI RAYA KE-2


Yang ni ada family abang tiri sy..
Diorang ni memang tiap2 tahun balik beraya kat kampung..
Diorang ni memang sporting so dapatla berkumpul ambik gambar ramai2..


 HARI RAYA KE-3


Pagi2 dalam pukul 10 tu kitorang dah gerak balik Temerloh, sambung raya dekat Temerloh pulak..
Kata tema purple, tiga2 hari sy asik pakai baju purple jer..
Haha..biarkan..

So raya tahun ni biasa2 jer, lagipon budak2 deman dan selsema diikuti dengan batuk..
Terusla jadi tak best sangat..
Makan pulak macam2..nasib baik perut tak meragam..
Time raya memang confirm naik berat badan berkilo2 neh..

Ok, nanti sambuh cerita raya kat Temerloh pulak..
Terima kasih sudi baca..