Wednesday, June 24, 2015
Edisi Hijau - Tanam Pokok
Assalam..
Sejak ada rumah sendiri ni, sy excited sangat nak start bercucuk tanam walaupun takde tanah pon.
Takpe, tanam dalam pasu pon boleh..
Kat depan rumah tu adalah tanah berpasir sket.
Haritu ada pokok hutan ntah pokok apa tah, tapi kitorang dah tebang.
Siap upah RM100 nak tebang pokok tu.
So, sebab dah bunuh satu pokok jadi kita perlu gantikan dengan tanam yang baru..barulah go green kan..
Ingatkan nak tanam buah mata kucing ke longan ke kan, kang berbuah memang sedap makan.
Tapi mak mertua sy kata tanam pokok pelam jer.
Pelam pon ok..
Ni pokok pelam Chokanan katanya.
Mak mertua sy yang pilih
Kitorang beli kat nurseri Temerloh sana, beli masa balik kampung.
Harga cuma RM15.
Kebetulan masa beli tu pokok dah berputik.
Gembira sangat kan, tanam2 pokok dah terus berbuah.
Kitorang tambah tanah hitam sket dan letak baja seminggu sekali..
Tapi lepas sebulan, putik buah tinggal 2 bijik jer daripada 4 putik..
Yang lain dah gugur, sedih tau..
Tapi kesian pon ada sebab pokok ni kecik dan muda sangat dah kene paksa berbuah..
Ni kalau makin lama makin besar buah tu tak tahu la dapat bertahan ke tak..
Harap2 bertahanla sampai sekurang2nya dapat makan buat cicah kicap cili..hahaha
Nilah rupa pelam chokanan tu..
Kitorang belum pindah rumah lagi.
Minggu ni baru nak kemas2 barang sikit2 dan nak cuci lantai dengn chemical.
Bulan2 puasa ni memang tak larat nak pindah rumah beria-ria sangat..
Sekian,
Terima kasih sudi baca..
Tuesday, June 9, 2015
Boat Noodle@D'Pulze, Cyberjaya
Assalam..
Dah lama sebenarnya nak try makan kat Boat Noodle ni tapi tak berkesampaian..
Asal pusing2 D'Pulze tu tengok orang mesti penuh jer, lagipula budak2 melasak sangat tu yang malas nak makan kat sini.
Tempat pulak sempit memang tak sesuai bawak anak2 sy yang super duper active ni.
Minggu lepas ada class kat KLIA College so macam biasa lepas kereta standard jemput sy mesti nak gi singgah jalan2 cr makan.
Memula nak gi Mitsui Outlet tp kereta standard kata next time kita singgah..sy dah moncong2 mulut dah masa tu..tapi kawan2 pon kata kedai belum fully occupied, lagipon skrg tengah ramai giler orang..
So takpelah, next time boleh singgah..tak lari kemana pon shopping complex tu kan..
Dr dalam kereta budak2 dah start tidur..
Kereta standard kata budak berdua tu seharian tak tidur, asyik main jer..
Makan pon tak..haishla budak2..
Adik kereta standard pon ada sekali, so kitorang pon singgahla D'Pulze jalan2..
Kebetulan Anaz masih tidur walaupun dah sampai.
Lenguh jugak dukung budak tu, dahla stroller ke apa ke semua takde..
Dukung jelah..
Nasib baik Qayyum dah bangun, sampai2 jer terus kejut..
Sebab adik dia tidur so agak terkawalla sikit, tu yang boleh gi singgah makan kat Boat Noodle ni..
Finally..dapat jugak makan kat sini..
This is absolutely our first time..hehe
Toleh dulu kiri & kanan tengok orang meja sebelah makan apa sebelum order makan..hehe
Kitorang terus je duduk table No.1, bersemangat betul..padahal pelanggan sebelum tu baru jer bangun..
Meja pon bersepah2 lagi..
Terpaksalah tunggu sekejap sementara waiter tu nak datang kemas..
Memang agak terkawal sebab Anaz masih tidur..
Qayyum pulak elok jer, takde membuas sangat..
Pandai pulak behave kalau takde geng tu..
Dapatlah mama makan dengan aman dan damai..
Ka Num Tuay..
Kitorang order ni 4 ketul.
Harga dia satu set (2 pcs) RM1.00.
Rasa dia macam tepung pelita versi yang pejal sket..selalu kan tepung pelita lembut tapi yang ni pejal dan kenyal sketla..
Tapi kecik sangat macam tak feel nak makan..baru 2,3 kali sauk habis dah..hehe
Bolehla tahan jugak..
Lagipon murah je kan, 4 ketul baru dua ringgit..
Noodle ada dua jenis kuah..pathumthani dgn ayuthaya..
Boleh pilih samada chicken or beef..
Kitorang order 2 mangkuk setiap satu kuah..
Sy suka yang pathumthani sebab macam sedap sket..kuah dia rasa manis2 pedas..
Yang ayuthaya tu cemana yer nak describe rasa dia, tp pathumthani tu la yang sedap..haha
Air pulak kitorang order sorang satu.
Sy order Thai Ice Tea.
Adik order Thai Ice Coffee.
Dan kereta standard pulak order Thai Ice Blended.
Tapi air sy tak habis minum..
Bungkus sambil minum time jalan.
Tapi sebab sy dah lenguh dukung Anaz so pass kat kereta standard terus budak tu bangun terus nak minum air..ntah cemana ntah terus tertumpah kat lantai..sabar jelah..
Yang ni pulak kangkung goreng tepung..nama thai dia apa ntah..
Kitorang tengok semua jiran2 meja sebelah pon order goreng tepung ni so kita pon order jugak..hehe
Tapi serious sedap..
Qayyum pon makan jugak, tp dia makan mee jelah..
Tahan budak ni walaupun pedas..
Tapi sekali suap, 3 ke 4 kali minum air..haha
Tak perasan pulak ada kids meal ke tak tapi xde order benda lain pon untuk Qayyum..
Walaupun tak tinggi mana mangkuk tu tapi burpp, alhamdulillah kenyang..
Next time boleh repeat lagi makan kat sini..
6.6.15 haritu birthday kereta standard..
Tapi kesian takde celebration pon..kesian dia..
Takpelah papa kan, kita bersederhana jelah yer..hehe
Anyway, tq birthday boy belanja makan pada hari tu..
Semoga sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..
Amin..
Alhamdulillah dah kenyang boleh chow..hehe
Tapi terpaksa tapau nasi, ikan goreng dengan sup kosong untuk budak makan..
Maklumlah, anak orang kampung..mesti nak kene makan nasi baru kenyang..hehe
Sekian.
Terima kasih sudi baca..
Subscribe to:
Posts (Atom)