Pages

Thursday, December 10, 2015

Sangkaya @ Festival City Mall


Assalam..


Ni last weekend punyer aktiviti.
Hari Sabtu tu sy ada appoinment dengan doctor dekat Gombak Medical Centre so balik tu singgah jalan2 cari barang2 baby..
Percaya tak satu benda pon tak beli lagi sebenarnya..haha
Sian baby..
Tapi takpelah masih ada banyak masa lagi..



Kitorang decide pegi Festival City kat Setapak tu jer..
Dah lama tak jalan kat sini..
Dulu macam takde pape pon tempat ni macam tak best tapi sekarang kedai2 dah penuh dah..
Sebenarnya tujuan paling utama nak gi makan jer..kalau terjumpa barang baby beli lah..hehe



Sebab dah sampai maka haruslah tawaf satu shopping complex ni dulu kan..
Budak2 ni pantang nampak mainan semua nak try..
Semua pokok Christmas yang ada tu pon diorang usik..


Lepas tu jumpa Sangkaya kat sini..
Dah lama viral kan tapi tak pernah try, sebab dah jumpa haruslah try satu..




Aiskrim kelapa ni ada promotion dengan air kelapa harganya RM12.90 per set.
Kalau tak aiskrim jer dah RM10++, air kelapa RM5++
Mahal jugakla..
Rasa dia macam aiskrim kelapa lah..
Pada tekak sy biasa2 jer..
Sedap lagi baskin robin..haha tetiba je..
Tapi layan jelah..







Next lepas Sangkaya, kitorang makan kat Sushi King plak..
Qayyum memang suka giler salmon sushi tu..
Kira die hard fan la..


Sekarang Sushi King ada promotion.
Ada certain dish discount 50%.
Tapi kalau pergi hari weekdays lagi jimat.
Kitorang order pon yang discounted item jer..


Untuk Qayyum kitorang order 5 set salmon sushi ni, haa makanlah korang dua beradik..
Nasib baik la habis, kira kenyangla sebab makan nasi kan..
Anaz pulak sampai tertidur2 letih sangat..



Lepas tu ada promotion opening branch juice work ni.
Kene like fb diorang then dapat coupon buy 1 free 1..



Sebelum balik tapau satu juice work..
Tapi sy macam lagi suka boost tulah dr juice work ni.
Sebab boost tu botol dia polistrin so xdelah sejuk berais bila pegang kan..


Masa kat Sushi King tu, beli green tea sekali.
RM0.50 per pieces.
Sy beli satu packet tu ada 20 pieces..


Memang layan minum hot green tea ni..
Kereta standard dengan Qayyum pon layan jugak..


Sekian..
Bye..

Wednesday, December 9, 2015

Air Terjun Jambatan Patah @ Bentong


Assalam..

 
Kat area Bentong ni memang banyak waterfall.
Yelah dah area bukit kan..
Most famous adalah Air Terjun Chamang, Air Terjun Lentang & Janda Baik..
Lentang yang kat tepi highway tulah.


Tapi sebenarnya kalau orang Bentong, diorang tak pegi sangat kawasan air terjun yang famous sangat ni..
Hehe..ramai orang sangat, lagipon serabut reramai ni..
Yg kitorang selalu pergi mandi & berkelah tu adalah Batu 7..
Batu 7 ni oklah kalau nak bawak budak2 kecik sebab dia macam sungai jer..
Air pon cetek, tak bahaya sangat..
Arus air pon tak sederas air terjun Chamang tu..


Kat Chamang tu ramai dah yang meninggal sebab lemas.
Tempat tu memangla cantik, luas, dalam tapi arus tu deras sangat..
Menakutkan sangat kalau dah ramai yang mati lemas..
Kalau pegi pon jalan2 jer, memang tak mandi la kan..


Tapi sekarang kereta standard discover satu lagi tempat mandi yang best.
Nama dia Jambatan Patah..


Tapi nak pegi sini memang mencabar sikitla.
Dalam 15-20 minit perjalanan..
Kitorang naik hilux 2 family satu kereta jer..
Kawasan ni memang kawasan tanah merah, jalan belum bertar lagi..
Kene masuk kawasan kebun2 durian, kebun2 cina nak sampai kat kawasan orang asli then baru jumpa air terjun ni..
So kalau naik kereta sedan memang mencabar, lagi2 kalau hujan..
Alamat berselutla...


Nasib baik masa kitorang pegi ni, cuaca pon cerah terang berderang..
Cantik sangatla nak berkelah haritu..



Budak2 semua humban duduk jelah kat belakang..
Dalam kereta dah tak muat..
Kitorang tumpang kereta kawan kereta standard.
Kalau bawak pesona tu memang kesianla..



Kawasan mandi ni bukan komersil so memang tak ramai orang dan kiri kanan memang semak samunla kan..




Kitorang memang purposely berkelah masa ni tapi tak ambik picture banyak sangat sebab teruja nak mandi punyer pasal..
Masa sampai ni adalah satu group mat motor pon tengah mandi manda..
Air dia sangatlah jernih..
Boleh nampak ikan2 berenang2..



Arus pon biasa2 tak deras sangat..
Takdelah bahaya sangat untuk budak2..
View memang pemandangan bukit2 jer..


Takpe, next time kalau sy datang sini lagi nanti sy ambik picture banyak2..
Lagipon ni first time datang mandi kat sini..
Ada banyak masa lagi..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Tuesday, December 8, 2015

Suria Hot Spring @ Bentong


Assalam..


Ni last 2 month bulan October punyer jalan2..
Dekat sangat dengan rumah, tak sampai setengah jam pon..
Selalu kitorang macam nak tengok2 jer malas nak mandi tapi macam syok pulak kalau mandi..
So layankan budak2 jelah..


Suria hot spring ni diorang dah buat cantik2 tempat ni..
Yang dalam tu kene entrance fee la kalau nak mandi.
Kitorang mandi kat luar jer yg open space FREE..hehe
Ada jer toilet kalau nak tukar baju.
Tapi selalu pegi weekend petang memang penuh kat sini.
Cina paling ramai..ntah suka sangat diorang ni mandi kolam panas..



Air dia boleh tahan panas jugak.
Mula2 budak2 takut, yelah tak biasa..
Dulu2 mana kereta standard nak bawak gi mandi kat sini sebab tempat ni macam kotor, tak terjaga sangat lepas tu siap ada orang mati lagi kat sini katanya..
Tapi sekarang sebab dah cantik, selalu jugakla datang mandi kat sini..


Cuma sejak musim hujan ni memang tak pegi la tempatla tempat mandi2 ni..
Bahaya kan..





So far okla tempat ni..
Ada dua bahagian..
Yang sebelah sana tu tak berapa panas tapi dalam sikit.
Cuma kat sini takde pool kanak2..
Kalau bawak budak2 kene extra carefull.
Kalau nak yg proper boleh masuk dalam yang berbayar punyer..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


Friday, November 6, 2015

Bersalin Hospital Kerajaan vs. Hospital Swasta


Assalam..


Sekarang ni kecoh betullah kan pasal isu Doktor Say kat Hotfm tu.
Itu satu hal, lepas tu kecoh2 pulak yg komen pasal bab jaga2 aurat dan pilihan sudah semestinya hospital swasta kan..


Kalau diikutkan memangla kene jaga aurat, kene pilih doktor perempuan, bukannya darurat sangat tapi..nak selesa, nak laki kita teman dalam labour room tapi tak semua orang mempunyai banyak pilihan untuk memilih..


Ni pendapat sy jer..
Sy takdelah bersetuju 100% pada yg komen bab jaga2 aurat dan memilih untuk wife dia bersalin kat private hospital. Meh sini sy nak listkan point sy yer..


1. Kos bersalin paling murah pd tahun 2015 ni adalah RM1,500 ke RM1,800..ni sy dah survey sbb insyaallah sy pon akan bersalin awal tahun depan. RM1,500 ni adalah bersalin secara normal. kalau kene operate kos adalah RM6K - RM7K. Yang sy survey ni adalah Gombak Medical Centre, Sri Gombak & Hospital Naluri, Wangsa Maju. Kalau KPJ pulak kos bersalin normal adalah sebanyak RM2,800 tak termasuk ubat. Kalau ceazer, kos adalah sebanyak RM10K - RM12K.
Tak semua orang mampu nak simpan RM300 sebulan. kalau orang tu kerja biasa2 dengan gaji RM2000 sebulan, wife tak kerja, dengan kos hidup yang serba mahal memang berat sangat nak simpan RM300 tu kan..RM50 pon belum tentu mampu..


Masih lagi berbalik pada kos yang mahal. Kita ni sebagai perempuan kalau boleh memangla nak bersalin secara normal tapi kalau tiba2 ada komplikasi kene operate tak ke naya. contohla dah simpan duit utk bersalin normal cukup2 tapi tiba2 kne operate pulak..mana nak cekau nak bayar kos operate RM6 - RM7K tu kan..


2. Tak semua tempat ada private hospital. contohlah rumah korang ceruk kat pendalaman sana nun, korang kene pikirkan pulak cemana nak pegi hospital yang jauh kalau dah time nak terberanak sangat tu kan..
Lainlah kalau kat KL ni memang bersepah private hospital.


3. Nak bersalin dekat private hospital ni, kita kene ada rekod dengan doktor kat hospital tu.
Monthly checkup punyer expenses pulak lebih kurang RM130 ke atas.
Kalau korang checkup kat klinik kerajaan/klinik swasta tiba2 nak bersalin kat private hospital memang takkan dapatla kan..
Sebab doktor akan tengok history monthly checkup korang, doktor pon takkan amik risiko untuk tiba2 terima jer orang yang nak bersalin kat private hospital ni walaupun ada duit nak bayar.
Ada sesetengah doktor tu pulak dia akan check previous pregnancy history, kalau doktor tu memang specialist utk bersalin normal memang dia takkan ambik patient yang ada complication history ni.

 
Inshaallah ini adalah bakal anak sy yang ke 3. Dua2 abang dia pon sebelum ni bersalin kat hospital kerajaan jer. kalau ikutkan memangla malu nak kangkang2 depan doktor time nak seluk check bukaan tu tapi macam sy kata tadi tak semua orang mempunyai pilihan untuk memilih.


Tapi inshaallah untuk baby yang bakal lahir ni, sy pilih untuk bersalin di GMC - Gombak Medical Centre.
Bukanlah sebab sy dah simpan duit prepare awal2 nak bersalin tp sebab ada GL covered by company..haha..


GL pon limited RM3K jer untuk normal & RM5K untuk ceazer.
Kalau guna GL, kos bersalin dalam RM2,500 compare bayar cash..tak taulah kenapa diorang ni extra charge..
Tp kalau xde GL pon, memang sy dah plan nak bersalin kat private hospital.
Sebab utamanya sy dah seram bersalin kat hospital kerajaan..hahaha (bab ni malas nak komen).
GMC ni paling dekatla dengan rumah sbb kan sy duk Bentong.
Bentong ke Gombak dalam 45 minit jer..


Semoga semuanya berjalan lancar & doakan lah somoga sy selamat bersalin nanti yer..
Sekian.



Wednesday, September 30, 2015

Mari Berkebun : Tambah Pokok Lagi


Assalamualaikum..


Bila dah start tanam pokok kan, eheheh..rasa seronok plak..
Lagi2 kalau pokok tu hidup subur, tak mati tak layu..hehe
Syok sangat rupanya tanam pokok ni..



Last week cuti raya haji kan lama so balik Temerloh dulu then baru balik Sg Besar.
Bila dah balik Sg Besar memang gigih petang Sabtu tu dah nak magrib keluar gi cari pasu nak tanam pokok..
Well macam biasa sy beli pasu yang reject jer..
4 biji pasu RM10 sahaja tambah dengan alas pasu sama jugak harga 4 biji RM10..
So sy beli 4 biji pasu, 6 alas pasu sederhana dan 2 alas pasu besar semuanya RM30 sahaja..



Pokok mint ni jelah yang agak sendu sikit.
Tapi sejak letak kat cahaya matahari ni nampak macam daun mint ni cepat jer membesar..



Ni pulak pokok kucai, ambik kat kampung satu pasu kecik then alih masuk pasu besar..
Tapi macam tak kemas jer sebab kucai ni memang dah besar..
Sy alih pulak dalam pasu yang rendah..
Petang tu terus potong daun kucai ni buat cekodok..haha..



Mak bagi 3 pokok pandan..
Mak kata tanam jer dalam 1 pasu tapi tak muat ler pulak sebab pokok pandan ni dah besar..
Kalau kecik2 maybe boleh jer letak satu pasu..
Ala lagipon pasu banyak so tanam jer lah satu pokok sepasu..
Harap2 tak mati la..



Sy ambik lagi sepokok anak kunyit kot2 kunyit yang sedia ada tu mati..
Buat spare..
Tapi nampaknya dah tumbuh pucuk baru dah pokok kunyit yang tanam sebelum ni..


Masa tengah tanam pokok2 ni, budak2 main kat luar..
Selamba jer budak Anaz pegi cabut anak pokok limau purut tu..
Hei, sabar jelah budak2 ni..
Mendapat jugak kene piat perut sebab pandai2 gi cabut pokok mama..
Lepas tu protes bukak paip air sampai basah baju..
Hadoila budak, stress mama..
Baru nak gembira2 tanam pokok tau..



Last but not least adalah pokok daun kesum sy..
Ni hampir2 mati kekeringan sebab seminggu cuti raya, dengan panas dan tak hujannya..
Balik2 tengok dah kuning2 daun tu dan terus jer tambah air..
Kesian dia..


Tanah hitam ambik siap2 kat kampung campur dengan tanah beli tu..
Lepas tu taruk baja sket kat semua pasu..
Mak sy kata siram air basuhan ikan nak gemukkan pokok..
Tengokla kang kalau beli ikan boleh buat siram..
Jangan tumbuh ulat sudahla yer..


Sekian kisah kebun kali ni..
Nanti nak tanam cili padi dengan tomato pulak..


Bye..



Tuesday, September 22, 2015

Masak-Masak : Spagetti Bolognese


Assalam..


Last week tu sy teringin sangat nak makan spagetti bolognese..
Tp kalau masak pon mmg confirm sy sorang jer yg makan.
Dek sebab teringin nak makan jugak, blk kerja terus masak jugak.
Dekat jam 10 mlm jugak baru siap.
Budak2 makan jugak spagetti tp taruk kicap la..


Benda2 color merah ni memang diorang xusik.
Sambal pedas katanya..
Haha..


Puas hati dapat makan.
Masak banyak jugak tp terus simpan masuk peti.
Esoknya brekfast pon bolognese jugak..


Kereta standard tak minat sangat pasta2 ni.
So dia makan kuah bolognese dgn roti jer..


Ok, baby dalam perut jgn ngences dah yer..
Sy ni baru jer masuk 6 bulan tapi berat dah naik 10kg.
Next checkup appointment ni doctor dah plan minum air gula..
Aiyoo..
Takpelah selera makan pon kan, yang penting baby dalam perut selamat dan membesar dengan sihat..amin


Nak resepi ker..hehe google jelah..
Ni masak pon campak2 jer, cheese pon xde so xletak 


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



Friday, September 18, 2015

Weekend Activity Dikala Jerebu : Mandi Pool


Assalam..


Ni sebenarnya aktiviti hujung minggu lepas.
Hari sabtu tu plan nak gi Cameron tapi jerebu la pulak.
Kitorang anak beranak semua pon dah batuk2, so cancel jelah aktiviti luar nak gi jalan2.


Sy dah lama x gi jalan Cameron tu.
Kitorang selalu pergi hari sabtu tapi balik hari jer.
Dari Bentong dalam 2 jam lebih sket jer ikut laluan Bentong-Raub-Koyan-Cameron.
Takpelah maybe next time..


Tapi kebetulan hari sabtu tu sepupu kereta standard bertunang pulak.
Last minute baru mak abah mertua inform, so terusla kitorang balik Temerloh.
Tapi kitorang balik hari jer, tak tido Temerloh pon.
Lepas kenduri balik umah mertua, tido kejap, lepas solat asar baru balik Bentong.


Hari ahad tu pulak memang duduk rumah sahaja.
Bangun awal sket kemas rumah.
Letih jugak rumah dua tingkat ni.
Menyapu, mengemop lantai, lap dinding lagi..
Over sangat lap dinding kan, tp sebab dinding dah tile, lagi pulak kaler putih so adalah nampak kesan2 kotor sikit.
Buat keje sikit tu pon dah letih.
Bilik air malas nak basuh..bole pulak kan..
Tunggu la nanti ada cuti lagi baru basuh bilik air pulak..haha..




So aktiviti hari ahad tu, bagi budak2 mandi pool..
Pool ni dah beli lama dekat 2 tahun, tapi kitorang tinggalkan kat Temerloh.
Guna pon baru sekali jer.
Kitorang kan duduk flat jer sebelum ni, kat celah mana pulak nak pasang kan..
Ni dah ada halaman barulah berkesempatan  nak pasang..


Memang bergembira habislah budak2 ni mandi.
Setengah jam lebih jugak nak penuhkan air, budak2 asikla tanya dah boleh mandi ke belum.
Tak sabar2..


Haa, mainlah korang sampai letih..


Kira kolam ni besarla jugak, boleh muat 10 orang budak..




Tapi adelah dalam sejam jer budak2 ni main lepas tu budak Qayyum tu boleh buang plak air dia..
Dah bosanlah tu gamaknya..


Budak Anaz tu pulak kan baru baik chicken pox, habis kembang2 chicken pox dia..
Haha, kesian dia. mak budak pon bijak sangat bagi mandi kolam kan..
Lepas mandi terus sapukan ubat.
Ada banyak jugak chicken pox yg belum kering.
Tapi tengok dia ok jer.
Sedap jer menggaru nak kopek kuping2 tu..
Tapi sekarang alhamdulillah dah kering dan dah tanggal sepenuhnya..
Cuma parut berlubang besar2 jerlah terutama kat belakang badan dia.


Sekian..
Bye.