Pages
▼
Monday, November 17, 2014
Pusat Konservasi Gajah @ Kuala Gandah, Pahang
Salam..
Awal bulan haritu kitorang bawak budak2 jalan pegi tengok gajah dekat Lanchang, Kuala Gandah..
Dah lamaaaa sebenarnya plan tapi asikla tak jadi pegi jer..
Kebetulan dah balik Temerloh so hari ahad tu ajak mak abah sekali pegi jalan..
Dari Temerloh lebih kurang 40 - 45 minit jugakla baru sampai..
Exit tol Lanchang, masuk kanan terus jer..
Adalah dalam 15-20 minit sebab tempat ni masuk dalam sket..
Nak tengok gajah adalah PERCUMA jer tapi kene register dulu..
Then dapat sticker macam dalam gambar di atas..
TAPI yang kitorang ni macam tempat gajah ni sendiri punyer, selamber jer masuk lenggang2 kangkung tak payah register..hahaha..
Qayyum dah tak zabarrr nak tengok gajah..
Masa sampai ni dah lebih kurang kul 11 pagi..
Budak Anaz tu sibukla nak jalan sendiri, tapi kaki tu melilau ntah ke mana2..
Hampir2 nak masuk dalam sungai..
Kat sini takdelah ramai sangat pengunjung, biasa2 jer..
Tapi masa kitorang datang tu ada mat saleh dengan minah saleh datang kat sini..
Sampai2 jer gajah besar punyer show dah habis..
Lorrr..salah timing rupenyer kitorang ni..
Next show jam 2 petang katanya..
Hurmm, lambat lagi..
Tapi sempatla kereta standard belai2 manja gajah tu..
Nak tunggu yang sesi petang memang takla kot..
Besar giler gajah ni..
Last sekali tengok gajah face to face ni masa pegi zoo zaman sy tadika dulu rasanya..
Hahaha..giler lama sudah..
Tapi gajah kat sini cuma boleh tengok, pegang2 dengan ambik gambar jer..
Bukanla macam gajah kat Thailand nun yang kita boleh naik atas gajah tu then pegi jalan2 pusing Kuala Gandah tu satu round..memang takdela ek kat sini..
Sepatutnya diorang kene buatla naik gajah tu, baru aktiviti tu more interesting sketkan..
Ni stakat tengok jer, macam biasa2 jer..
Lepas tu diorang tunjuk sekor anak gajah ni..
Nama dia Lanchang, baru umur 3 bulan..nama dia sempena nama tempat ni..
Baru 3 bulan tapi gemoknyer ko Lanchang..
Diorang explain la maintanance susu si gemok ni blablabla..sekian..sekian..
Kat sini entrance fee memang free tapi siapa2 yang nak derma adalah dialu-alukan..
Alolo cumilnyer..
Patutla orang selalu kat perumpamaan besar tu mesti macam gajah..
Sebab gajah memangla besar..anak gajah pon dah besar, mak bapak gajah lagilah besar..hahaha
Yang anak gajah ni diorang bawak keluar..
Tapi tengok2, pegang, amik gambar cenggitu jelah..
Yang budak Qayyum tu punyerlah penakut..
Masa tu dia tengah makan biskut, tarikla dekat sikit dengan anak gajah tu nak ambik gambar..
Punyerla dia takut sampai habis berterabur semua biskut tu..
Lepas tengok anak gajah tu, lepas tu macam dah takde aktiviti apa2 dah kat sini..
Sepatutnya ada lagi aktiviti mandikan gajah, tapi sekarangkan musim hujan so air sungai dah dalam..
Tak dapatla tengok gajah mandi..
Jadi, tengok gajah dalam kandang jelah..
Pengujung boleh beli makanan dan bagi gajah2 ni makan..
Makanan dia cuma ada pisang dengan tebu jer..
Kitorang belilah tebu dengan pisang tu..
Harga tebu satu ikat RM3 dan pisang pulak satu sikat dalam RM5..
Qayyum ok..mula2 jer takut2 lepas tu dah berani dah..
Yelah, gajah tu dalam kandang memangla berani..
Gajah2 ni tamak tau..
Dia kutip semua tebu dengan pisang tu sampai penuh belalai baru dia masuk dalam mulut..
Tapi best jugakla datang sini..
Budak2 la yang best pon kan..
Cuma kat sini macam takde aktiviti sangat jer..
Lepas tu kitorang lepak2 sekejap then terus balik rumah..
Haha, sekejap giler gi tengok gajah..
Yang budak Anaz ni memang penakut, suruh bagi makan gajah pon takut..
Takpelah, dia kecik lagi..
So kalau korang nak datang melawat gajah kat sini, adalah di alu2 kan..
Kalau rasa macam takde aktiviti sangat, lepas tengok gajah boleh singgah Temerloh makan ikan patin dan bole naik jambatan gantung kat sungai Temerloh tu..
Yang ni lawak..
Masa dah nak gerak balik tu kereta standard siap ambik sticker yang lekat banyak2 kat wall tu lekatkan kat baju dia kenkononnyer dah register..LOL..
Sekian..
No comments:
Post a Comment