Assalam..
Ni entry sambungan kepada entry mandi sungai kat Janda Baik haritu, boleh click SINI
utk review..hehe
Kitorang pegi mandi kat Janda baik tu petang Sabtu so hari Ahad pagi tu plan nak gi semula Janda Baik sebab Cha dengan family dia masih stay kat situ..
Tapi masa on da way ke Janda Baik tu Cha kata diorang satu family dah check out lagipon Sg Kuali tu dah ramai dengan orang..
OOoooOOOoo..cemana neh, dah plan nak mandi sungai dengan sy siap masak nasi lemak sambal sotong lagi untuk bekal bekelah kononnyer....
Kereta standard pon survey sungai kat Lentang..
Lentang ni tepi jalan jer sebelum sampai Genting Sempah
Makaiii, punyerla ramai orang kat situ..
Ada family day kot sebab meriah sangat siap ada karaoke bagai..
Pusing2 dua tiga kali tapi takde jumpa langsung port yang best..
Ramai sangat orang kat situ..
Malasla nak lepak Lentang, terus balik je la gamaknya..
Sobsobsob..sedey tak dapat nak berkelah..
Tapi...
Last kopek punyer plan..
Kereta standard pon roger kawan dia, Kak Aida satu family katala dah takde tempat nak mandi sungai so diorang suggest mandi kat Bentong jer..
Nasib baikla dapat jugak mandi sungai..
Lokasi yang kitorang pegi ni memang macam tak famous sangat, nama dia Batu 7..
Nasib baik tak batu 2, kalau tak scary nak pegi mandi..haha..
Kawasan ni memang tak famous bg orang luar tapi orang sekitar2 Bentong dah tau dah..
Kat sini takde chalet tau, memang khas untuk singgah mandi2 jer..
Kene ikut jalan lama Bentong - KL baru nampak sungai ni..
Itu pon bukan betul2 tepi jalan tau, kene masuk dalam sikit baru jumpa..
Port memang baik punyer..
Sampai2 jer, terus pasang khemah, bentang2 tikar dan pasang unggun api siap2..
Sebab apa, nyamuk masyaallah, banyak giler..
Yelah, hutan la katakan..
Ni khemah diorang..yang kitorang ni memang takde khemah lagi, menumpang jer..hehe
Tapi macam syok jer..
Kang nak suruh kereta standard beli satu..
Senang nak berkhemeh dan berkhelah..hehe
Pasang unggun api siap2 untuk halau nyamuk..
Tapi tempat ni pon macam kawasan berkhemah jugak sebab dah ada bekas unggun api yang sebelum ni..
Kutipla segala kayu kayan, ranting manting semua yang boleh di bakar..
Dah lama tak berkhemah, syok oo..
Last sekali zaman sekolah mengah dulu masa zaman pengakap..lama giler dah tak layan khemah2 ni..hehe
Sian Qayyum tergaru2 kene gigit nyamuk..
Dah siap2 bentang khemah dengan tikar, baru boleh hidang makanan..
Sebelum mandi, boleh makan bekal dulu..
Kene isi perut kenyang2 dulu..
Kang dah start main air memang lapar memanjang..
Tapi picture makanan tak ambikla pulak..
Haritu sy buat nasi lemak dengan sambal sotong, siap ada sambal tempoyak..
Kak Aida masak mihun dengan bawa roti..
Layan jer, nama pon berkelah kan..
Layan jelah gambar2 perkhemahan pengakap ni yer..
Sungai ni memang rata jer..
Air pulak memang paras lutut orang dewasa sahaja, memang sesuai untuk budak2..
Arus sungai pon biasa2 jer, tak deras sangat..
Yang paling penting, base sungai ni adalah pasir..
So memang confirm selamat untuk budak..
Kat sebelah depan sana sikit baru ada kawasan batu2 besar..
Tapi kitorang tak bawakla bebudak kat situ..
Bahaya, kat sini pon dah cukup dah..
Wahh, Qayyum memang seronok berganda2..
Yang semalam mandi tak puas kan, lagipon semalam air sejuk beku..
Harini punyer mandi sungai memang terbaik..
Haa, mandilah sampai lebamm..
Lepas mandi, makan..lepas makan sambung mandi balik..
Seronok sekali sekala berkhemah ni..
Kalau ramai2 lagi meriah..
Next time kalo buat barbeque ke lagi syok kan..
Sy tunggu budak Anaz ni tido jer baru turun sungai..
Kereta standard bawak Anaz main air dulu, so bila dah penat naik terus tido..
Mengantuk sangatla tu..
Next time boleh gi berkelah lagi kat sini..
Bila dah tengahari tu rupanya ramai orang datang sini..
Tapi oklah sebab adalah 2 family jer yang kacau port mandi kitorang tu..
Sekian.