Pages
▼
Friday, August 21, 2015
Kerana Sebiji Mempelam Chokanan
Assalam..
Tamat sudah riwayat pelam sebiji ni..
Sejak pindah rumah kereta standard asyikla bising tanyer bila nak cantas pokok pelam sy tu..
Ni pokok pelam ni beli RM10 jer sepokok..
Kebetulah masa beli memang dah ada putih buah dalam 3 ke 4 biji..
Tapi malangnya, yang lekat cuma sebiji buah jer..
Pokok pelam ni kan kecik lagi, bila buah pelam makin besar jadi makin melendutla pokok tu..
Dah macam rukuk dah jadinyer, macam mata kail pancing pon iyer jugak..
Lagi pulak, kayu yang buat tongkat tu pon tak berapa nak panjang sangat..
Seminggu sekali kereta standard bagi baja pokok ni..
Siap bungkus sebab takut orang dengki kot petik ke curik ke kan..
Hehe, asyikla buruk sangka je kan..
Minggu lepas tu kereta standard bising2 lagi kata nak cantas.
Biar lagi cepat berbuah katanya..
Yelah bila tengok2 balik pon, kesian pokok ni.
Takpelah adalah rezeki berbuah lagi nanti kan..
Maka redhalah sy..hehe
Dapatlah merasa buah pelam lepas dalam 2-3 bulan tanam..
Ingatkan muda sangat buah dia sebab kecik jer rupanya dah tua jugak sebab biji dia pon dah bersabut..
Dapatla jugak buat cicah2 cili kicap..hehe
Ni dah lepas kene cantas, kene tunggu lagi setahun ler gamaknya..
Harap2 cepatla besar dan berbuah dengan lebat yer pokok pelam..
Sekian..
No comments:
Post a Comment