Pages
▼
Tuesday, October 14, 2014
Kelas Menjahit Langsir @ Kolej Komuniti Bentong
Assalam..
Ok, masih lagi cerita tentang jahitan yer..
Lepas jer kelas menjahit baju kurung hari tu, nampaknya sy masih gigih nak pegi kelas menjahit lagi..
Kali ni sawan datang nak gi kelas jahit langsir plak..
Macam kelas jahit baju sebelum ni jugak, lepas subuh terus gigih memasak bagai..
Haritu sy masak nasi lemak, ikan bilis tempoyak, sotong sambal dengan burung puyuh goreng..
Kebetulan burung puyuh tu kawan kereta standard bagi, rezeki..tp masak simple, gorengkan jer senang..
Macam biasa jugak, sy adalah orang terakhir yang sampai..haha
Sampai dalam kul 9 pagi, nasib baik masa sampai kelas baru start..
Untuk kelas jahit langsir ambik masa satu hari sahaja, yuran pulak RM65 sahaja..
Kali ni tak perlu bawa apa2, bawa diri jer..
Kelas direct jer, takde rehat langsung..
Diorang yg request taknak break sebab nak balik awal katanya..
Sy pulak masa tu tak sempat nak breakfast kat rumah, tapi dah bawa bekal siap2..
Waktu dah dekat jam doblas, perut dah bunyi2..
Takkan nak makan dalam kelas, kang harum semerbak..
Dahla bawak nasi sap2soi untuk sy jer..
Last sekali selamberrr keluar kelas, masuk dalam kereta dan makan..
Sian, nak menuntut ilmu ni bukan senang tapi tak susah sangat juga..
Adalah cabaran2 dia sikit..
Makan bekal dalam kereta jer..
Lepas tu, masa tengah makan tu elok jer diorang keluar lunch..
Takpelah..ok jugak keluar awal tadi tu..
Untuk kelas jahitan langsir ni, kelas adalah untuk pallet & scallop jer..
So dia memang ajar jahit kepala jer, badan jahit straight jer so memang pandai2 sendiri..
Tapi langsir jenis ni tak menarik sangatla bagi sy sebab agak complicated sket..
Sebab pallet tu kene iron dengan kertas keras..
Langsir jenis ni kene guna kain yang mahal sket..
Bila kat kelas kain pulak kain murah jer memang senget bengetla, tambah2 pulak yang baru belajar menjahit macam sy ni kan..
Yang scallop plak guna kain jersey..
Kain ni pon menyampah jugak sebab sangat sensitif..
Tertarik sket terus jahanam kain tu..
Akhirnya jadila jugak palet sy ni..
Lepas tu ada tambahan bunga kat atas..
Skill menjahit memang kene improve banyak ni, jahitan senget benget..
Yang ni contoh cikgu yang jahit..
Cikgu tu kitorang panggil Ustazah, apa nama dia ntah lupa plak..
Dia buat part time mengajar kat kolej komuniti ni..
Ni pon contoh cikgu jugak..
Alhamdulillah dah lepas dah hajat nak belajar menjahit..
Lepas ni plan nak gi kelas masak2 plak..
Masih gigih nak pegi kelas tau..
Kelas jahit dah malas dah sampailah sy ada mesin jahit sendiri kang barula datang keterujaan tu kot..hehe..
Salam..
salam semua,saya nak cari patner pengalaman menjahit langsir,sila hubungi saya,sekian terima kasih. 012-6354901
ReplyDeleteJust desire to say your article is as astonishing. The
ReplyDeleteclearness in your post is simply cool and i could assume you're an expert on this
subject. Fine with your permission allow me to grab your feed
to keep updated with forthcoming post. Thanks a
million and please keep up the enjoyable
work.
Great site you һave got here.. It's hard to find quality writing ⅼike yoսrs noᴡadays.
ReplyDeleteI truly appreciate individᥙals like you! Take care!!