Pages
▼
Tuesday, September 2, 2014
Cerita RAYA 2014 - Sg Besar
Assalam..
Hishhh, raya dah sebulan habis baru terhegeh-hegeh nak upload cerita raya..
Dah basi dah kan..
Walaupon dah basi, tetap nak update jugak..
Its better late than never kan..
Ada banyak sangat story nak update dalam blog, tapi kita buat satu2 dan slow2 la ek..
Raya tahun ni memang kelam kabut sangat..
Selalu kalau raya Sg Besar dulu memang kelam kabut jugak..
Takde gi raya beria-ria sangat sebab banyak habiskan masa dekat dapur jer, hidang makanan, kemas2 lepas tu basuh pinggan mangkuk..tulah kerja sy sebab tetamu extra ramai..
Kalau raya kat Temerloh, rilex2 jer wa cakap lu..
Pagi raya gi beraya lepas tu balik umah tido, petang kang baru sambung raya balik..
Orang pon xder datang beraya so xder issue letih basuh pinggan mangkuk..
Kang bosan duk umah, desup gi jalan2 makan kat luar..haha
Tapi disebabkan raya tahun ni kat kampung sy, memang letih berganda2..
Lepas tu sy selsema, terus jangkit kat budak2..kesian sangat..
Nasib baik kereta standard sihat walafiat..
MALAM RAYA
Malam raya, macam biasa kat kampung sy lepas isyak diorang ada BARAAN..
Yang join lelaki jer, perempuan dah tak ikut..
Diorang akan singgah rumah ke rumah, bertakbir dan berdoa sambil2 jamu makanan..
Bersemangat gi cari jubah untuk budak, nasib baik jumpa saiz walaupon dah last minute..
Jubah Qayyum jelah pendek sikit, tapi ok la..
Yang Anaz pulak besar sikit, meleret2..
Yang Qayyum punyer jubah tahun lepas dah rentas, so xdapatla Anaz pakai..
Terpaksa beli baru tapi murah jer, RM20 jer kalau tak silap sepasang..
Tapi kereta standard bawa Qayyum jelah..
Anaz kene tinggal, lagipon budak ni tak sihat..duk rumah jelah..
Dah macam girl je anak sy ni kan..
Lagi2 kalau rambut tu panjang, ramai yang tegur girl walaupun pakai baju boboy..
Rumah sy ni antara yang last la jugak sebab dah dekat hujung2 blok..
So bila dah hujung tu tetamu xsentuh makanan sangat pon sebab dah kenyang kan..
Mak masak macam biasa nasi impit, rendang kerang dengan rendang ayam..
Sila abaikan langsir rumah yang senget benget tu yer..
Dan abaikan jugak tilam kat tepi tu..
Tak larat dah nak kemas beria2 sangat..keletihan melampau..
Baraan pulak time malam dah nak jam 11..
Yang kereta standard kata biarkan jelah tilam tu, orang tak kisah pon..
Memangla orang tak kisah tapi sy kisah..
Tapi sebab dia pon malas nak angkat bawa masuk dalam bilik, maka biarkan jelah kat ruang tu..haha..teruk betul rasanya..
Buah-buahan jer yang laku..
Aritu beli cherry kat office, alhamdullillah rezeki diorang..habis licin..
Yelah kat Sg Besar memang xjumpa la cherry, kene gi beli kat pasaraya kat KL baru ada..
HARI RAYA PERTAMA
Raya pertama, sebelah petang baru sempat nak lari2 nak keluar jalan..
Lokasi pertama gi raya adalah klinik..haha, ko mampu gi raya kat klinik..
Yang ni sebelah pagi, time nak gi solat aidilfitri..
Sy tak ikut sebab kene jaga budak, lagipon Anaz pon xsihat so kereta standard bawa Qayyum jer..
Sebelah petang baru nak keluar gi raya rumah sedara mara, itupon yang dekat2 jer..
Tema tahun ni adalah purple..
Tapi sedih kita xde gambar raya yang best2..
Kereta standard pon dah letih, memang xder makna nak layan ambik2 gambar nih..
Lepas gi klinik nasib baik xder apa2..just virus jer..
Doktor bagi ubat selambak..utk Qayyum, Anaz dengan mak budak sekali..
Nasib baik ada klinik yang 24 hours yang buka time hari raya tu..
Dan nasib baik jugak tu adalah klinik panel, so jimat duit xpayah bayar..haha
Kat klinik baru baru beria2 nak snap picture..
Ntahapa2 lah..
Layankan jelah gambar kat klinik ni yer..
Budak2 ni walaupon demam selsema, tapi tetap melasak..
Sekejap jer dapat duduk diam2, lepas tu berlari kesana kemari..
Demam2 pon, mak budak kene maintain vouge jugak gituu..
Masa kitorang sampai xde patient lain pon, tapi ada orang la dalam bilik doktor tu..
Lepas tu terus berpusu2 orang datang klinik..
Lepas tu dah malu nak ambik gambar beria2..haha
HARI RAYA KE-2
Yang ni ada family abang tiri sy..
Diorang ni memang tiap2 tahun balik beraya kat kampung..
Diorang ni memang sporting so dapatla berkumpul ambik gambar ramai2..
HARI RAYA KE-3
Pagi2 dalam pukul 10 tu kitorang dah gerak balik Temerloh, sambung raya dekat Temerloh pulak..
Kata tema purple, tiga2 hari sy asik pakai baju purple jer..
Haha..biarkan..
So raya tahun ni biasa2 jer, lagipon budak2 deman dan selsema diikuti dengan batuk..
Terusla jadi tak best sangat..
Makan pulak macam2..nasib baik perut tak meragam..
Time raya memang confirm naik berat badan berkilo2 neh..
Ok, nanti sambuh cerita raya kat Temerloh pulak..
Terima kasih sudi baca..
No comments:
Post a Comment