Pages
▼
Friday, July 25, 2014
Iftar @ Rajawali Coffee House, Awana Genting Highland
Salam Jumaat penghulu segala hari..
Tak sangka dah minggu terakhir ramadhan, minggu depan pulak dah raya..
Sedih la pulakkan..
So, macamana dgn persiapan raya?
Sy tahun ni biasa2 jer, baju raya tempah kat kampung jer..tu pon tak tau apa jadi sebab tak tengok lagi..kuih raya tak beli pon, oh ada satu bekas biskut dam..tu biskut favorite sy, sajer jer beli nak makan2..lepas tu kelmarin tu ada kawan kereta standard bagi tat nenas..
Itupon dah nak hancur dikerjakan dek Qayyum..
Duit raya pon dah tukar siap, ntah cukup ke tak..harap2 cukup lah..
Ini adalah lokasi kedua buka puasa kat luar dengan kereta standard dan officemate dia..
Yang first hari tu kat Tanah Aina Azareena then kat sini Rajawali Coffee House, Awana Genting Highland..tapi sy dah kali ketiga la kan..
Yang ni pon orang belanja so sy tumpang makan2 jugakla kan..
Makan free kan, sape taknak..hehe
Balik dr office, sampai jer rumah terus siap2..
Sebab dah lambat, pakai pon selebet jer..
Tengok budak Anaz tu, kemain gembira dapat jalan sendiri..
Nak ambik gambar pon susah, asikla bergerak kesana kemari..
Masa ni kitorangla antara yang terakhir sampai..
Meja pon dapat hujung sekali dekat pintu masuk..
Maknanya yang paling jauhla dari tempat makanan kan..
Ok, nak share harga adalah seperti di atas..
RM78 nett utk dewasa..
Tapi sebab orang belanja, takde la ralat sangat..
Kalau ikutkan dulu saya dah pernah sekali buka puasa kat sini tapi coffee house yang lain la..
Kira macam mengimbau kenangan masa bercinta la jugak..haha, jangan muntah okayy..
Sementara kereta standard jaga budak, sy pon zass-zass ambik gambar dan terus ambik makanan..
Penuh jugakla coffee house ni dengan orang buka puasa..
Chinese pon ramai jugak..
Jom kita tengok buffet dia pulak..
Makanan ada banyak, dan ada beberapa bahagian..
Dekat dengan meja sy adalah bahagian air..
Tapi tak ambik pon, minum air kosong jer dah cukup..
Yang ni seksyen ice-cream..tapi ice-cream dah nak cair, lembik semacam jer..
Yang Qayyum plak sampai 4 kali tambah ice-cream..
Sedap sangat ker ntah..
Buah-buahan tempatan..
Yang ni sekejap jer dah licin..
Memula nak ambik tapi sebab tangan dah penuh, ingatkan nak ambik sekejap lagi la lepas makan kan..
Sekali bila nak ambik, tinggal rambutan jer...
Diorang ni ambik bungkus bawak balik masuk dalam beg ker..
Ish..ish..tak baik buruk sangka..
Seksyen lauk pauk, macam biasa kebanyakkan buffet pon sediakan masakan melayu..
Sy ambik ayam percik jer dengan asam pedas jer..
Itu jer yang macam menarik mata nak makan..
Yang ni pulak seksyen ikan bakar..
Ikar keli bakar tu sy repeat dua kali, rasa dia sebenarnya biasa2 jer tapi sos thai dia sedap..
Bahagian kuih-muih pulak..
Kuih talam dia sangat sedap, ada kuih talam kacang hijau dengan kacang merah..
Yang tu la yang sedap sekali..yang lain2 tu biasa2 jer..
Yang ni bahagian steamboat..
Tak rasa pon sebab macam takde mood jer nak makan..
Lagipon banyak sangat makanan lain..
Bubur pon ada..
Yang ni pon tak ambik sebab dah kenyang..
Lagipon jauh sangat meja makan, penat dan malas nak angkut makanan ulang alik banyak kali..
Boleh ker macam tu..
Haha..
Yelah, kereta standard gi ambik makanan sekali jer..
Alasan dia nak jaga budak..dia pandai semua suruh sy ambik..
Jadi ambik yang betul2 nak makan jer, sy pon tak kuasa nak ulang alik hangkut makanan banyak2 kali..
Seksyen kuih-muih lagi..
Macam2 ada, yang goreng2 pon ada..
Ada jugak seksyen pasta, tapi chef akan masak upon request only..
Macam dah banyak sangat makan, tak larat dah nak makan pasta..
Memula macam nak rasa tapi tengok dia serve sepinggan, banyak sangat portion..kang tak habis plak..
Budak Qayyum ni cuma makan satay 2 cucuk degan nasi putih jer..
Sikit sangat makan, lepas tu ulang alik ambik ice-cream..
Kesian dia nak kicap, tapi mana ada kicap kat sini..
Yang ada kicap cili utk ikan bakar jer..
Yang ni first round, tengah2 ambik makanan azan pulak..
Terus cepat2 duduk makan..
Kereta standard ambik kambing golek dengan satay jer..
Sy pulak ambik ni..
Ikan asam pedas, ikan bakar, ayam percik dengan kepah sambal..
Kepah tu dah sedap dah tapi tak boleh bukak pulak..beria2 sy nak kopek sampai terpelanting atas meja..terus malu maka tak jadi nak makan..hoii,spoil betullah..
Sos ikan bakar dia sedap, sy ambik thai sos sebab ada masam2 manis..
Ambik jugak satay dengan kambing golek..
Memula sombong, tak nak kongsi dengan kereta standard tapi lepas tu tak habis makan..
Kereta standard jugak tolong habiskan..
Lepas tu ambik kebab dengan murtabak kambing..
Ingat nak rasa la kebab tu tapi tetiba dah hilang la pulak..
Ada orang tu makan tak tinggalkan kat kita pon..ciss betul..
Lepas makan, cepat2 turun cari surau..
Kang bila dah kenyang sangat susah pulak nak solat kan..
Jadi better solat dulu then baru sambung makan lagi..
Surau dia kat tingkat bawah..
Lepas tu kita sambung makan lagi..
Just ambik kuih2 jer dengan ikan bakar..
Lepas tu dah full...
Lepak2 kejap lepas tu terus gerak balik..
Anaz Qaizer ni kemain seronok lagi..
Laju jer jalan kesana kemari..
Kalau angkat dia punya meronta protes tu, sampai lenguh2la nak pegang..
Alhamdulillah kenyang..
Terima kasih kepada yang belanja, semoga murah rezeki..amin..
Kesimpulannya, bulan puasa ni berat tak turun pon..
Sebab asik buffet jer..memang tak kurusla kan..
No comments:
Post a Comment