Pages

Saturday, July 26, 2014

Iftar @ Restoran Sentosa, Raub Pahang


Assalamualaikum..

Wahhh, lagi dua hari dah nak raya..
Sy dah pon selamat sampai kampung..

Tapi masih nak update cerita buka puasa kat luar..
Lepas ni kene tunggu lepas raya baru ada masa nak update blog pulak..



Haritukan orang gomen dah dapat bonus raya..
So kereta standard dengan kawan dia pon ajak buka puasa kat Restoren Sentosa ni..
Last year pon sama, kitorang ada makan sekali kat sini..
Ehh, dah macam aktiviti wajib plak kan..

Restoran ni adalah chinese restaurant..
Agak famous jugak sebab sultan, menteri2, ketua2 polis semua memang akan singgah makan kat sini..
Siap ada gambar kat dinding..
Tapi sy lupa plak nak snap picture..


Asalnya rumah tapi dijadikan restoran..
Dari luar nampak cantikkan kan..
Restoran ni jugak dekat sebelah Masjid Raub tu jer..
Lokasi pon strategik, tak susah sangat nak cari restoran ni..

Lets check-it out, apa yang kitorang makan kat sini..



Yang ni lauk yang first sekali sampai, Ayam  Kampung Goreng..
Biasa jer, rasa ayam goreng la cuma ni ayam kampung la kan..
Sorry la gambar tak sharp..



Next is Sotong Sambal..
Yang ni sedap..
Nora bagi 4 bintang..hehe


Qayyum macam biasa makan nasi putih, nasib baik ada ayam goreng..
Qayyum ni kadang2 kelakar tau..
Kat sini mana ada kicap kipas udang, tiap kali makan mesti minta kicap..
Lain kali mama kene bawa siap2 kicap dari rumahla kalo macam tu..haha

Restoran ni cuma sediakan kicap masin jer..
Sekali dia tuang bertakung satu pinggan..dia makan sesuap terus xnak makan dah..
Hahaha..masin kan..
Minta nasi lain, agaknya laparla kot..habis sampai dua pinggan dia makan..
Siap lawan2 makan dengan Hanis anak K.Aida tu..


Yang ni jiran depan rumah, Fairuz dan Zarie..



Muka gembira dapat buka puasa kat luar..


Yang ni ikan patin tempoyak, memang kuah pekat dan terbaikla patin tempoyak kat sini..
Bila tengok meja lain pon sama order patin tempoyak jugak..
Maaf sekali lagi sebab gambar tak sharp jugak..
Hehe..tak sabar nak makan, main snap jer lepas tu tak tengok pon gambar ok ke tak..
Bila dah upload baru laaa..kenapa tak clear..
Ehhh, sendiri tangkap gambar sendiri tanya plak..
Sendiri mau ingatla..hehe

Kitorang order jugak udang dengan sayur kailan..
Udang ni pon sedap dan besar..
Nampak macam biasa2 jer tapi sedappp...

Kitorang order 5 lauk jer utk makan 6 orang dewasa dengan 3 orang budak..
Alhamdulillah kenyang..
Air pulak order jus tembikai, tapi macam kureng sketla..
Terus teringat2 jus kat Tanah Aina, jus memang terbaik tapi makan biasa2 la pulak..

Alhamdulillah, lepas makan terus singgah masjid solat magrib, lepas tu terus gerak balik rumah..
So sebelum raya ada lagi satu dan yang terakhir buka puasa kat luar iaitu Rest House, Bentong..
Tapi tu nanti lepas raya la kot baru update..
Sekarang sudah mood raya..

Sy ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..
Hati2 memandu pulang ke kampung, semoga selamat semuanya..
Amin..




Friday, July 25, 2014

Iftar @ Rajawali Coffee House, Awana Genting Highland


Salam Jumaat penghulu segala hari..

Tak sangka dah minggu terakhir ramadhan, minggu depan pulak dah raya..

Sedih la pulakkan..

So, macamana dgn persiapan raya?

Sy tahun ni biasa2 jer, baju raya tempah kat kampung jer..tu pon tak tau apa jadi sebab tak tengok lagi..kuih raya tak beli pon, oh ada satu bekas biskut dam..tu biskut favorite sy, sajer jer beli nak makan2..lepas tu kelmarin tu ada kawan kereta standard bagi tat nenas..
Itupon dah nak hancur dikerjakan dek Qayyum..
Duit raya pon dah tukar siap, ntah cukup ke tak..harap2 cukup lah..


Ini adalah lokasi kedua buka puasa kat luar dengan kereta standard dan officemate dia..
Yang first hari tu kat Tanah Aina Azareena then kat sini Rajawali Coffee House, Awana Genting Highland..tapi sy dah kali ketiga la kan..
Yang ni pon orang belanja so sy tumpang makan2 jugakla kan..
Makan free kan, sape taknak..hehe


Balik dr office, sampai jer rumah terus siap2..
Sebab dah lambat, pakai pon selebet jer..
Tengok budak Anaz tu, kemain gembira dapat jalan sendiri..
Nak ambik gambar pon susah, asikla bergerak kesana kemari..



Masa ni kitorangla antara yang terakhir sampai..
Meja pon dapat hujung sekali dekat pintu masuk..
Maknanya yang paling jauhla dari tempat makanan kan..



Ok, nak share harga adalah seperti di atas..
RM78 nett utk dewasa..
Tapi sebab orang belanja, takde la ralat sangat..


Kalau ikutkan dulu saya dah pernah sekali buka puasa kat sini tapi coffee house yang lain la..
Kira macam mengimbau kenangan masa bercinta la jugak..haha, jangan muntah okayy..



Sementara kereta standard jaga budak, sy pon zass-zass ambik gambar dan terus ambik makanan..



Penuh jugakla coffee house ni dengan orang buka puasa..
Chinese pon ramai jugak..
Jom kita tengok buffet dia pulak..


Makanan ada banyak, dan ada beberapa bahagian..
Dekat dengan meja sy adalah bahagian air..
Tapi tak ambik pon, minum air kosong jer dah cukup..



Yang ni seksyen ice-cream..tapi ice-cream dah nak cair, lembik semacam jer..
Yang Qayyum plak sampai 4 kali tambah ice-cream..
Sedap sangat ker ntah..


Buah-buahan tempatan..
Yang ni sekejap jer dah licin..
Memula nak ambik tapi sebab tangan dah penuh, ingatkan nak ambik sekejap lagi la lepas makan kan..
Sekali bila nak ambik, tinggal rambutan jer...
Diorang ni ambik bungkus bawak balik masuk dalam beg ker..
Ish..ish..tak baik buruk sangka..


Seksyen lauk pauk, macam biasa kebanyakkan buffet pon sediakan masakan melayu..
Sy ambik ayam percik jer dengan asam pedas jer..
Itu jer yang macam menarik mata nak makan..



Yang ni pulak seksyen ikan bakar..
Ikar keli bakar tu sy repeat dua kali, rasa dia sebenarnya biasa2 jer tapi sos thai dia sedap..



Bahagian kuih-muih pulak..
Kuih talam dia sangat sedap, ada kuih talam kacang hijau dengan kacang merah..
Yang tu la yang sedap sekali..yang lain2 tu biasa2 jer..



Yang ni bahagian steamboat..
Tak rasa pon sebab macam takde mood jer nak makan..
Lagipon banyak sangat makanan lain..



Bubur pon ada..
Yang ni pon tak ambik sebab dah kenyang..
Lagipon jauh sangat meja makan, penat dan malas nak angkut makanan ulang alik banyak kali..
Boleh ker macam tu..
Haha..

Yelah, kereta standard gi ambik makanan sekali jer..
Alasan dia nak jaga budak..dia pandai semua suruh sy ambik..
Jadi ambik yang betul2 nak makan jer, sy pon tak kuasa nak ulang alik hangkut makanan banyak2 kali..


Seksyen kuih-muih lagi..
Macam2 ada, yang goreng2 pon ada..

Ada jugak seksyen pasta, tapi chef akan masak upon request only..
Macam dah banyak sangat makan, tak larat dah nak makan pasta..
Memula macam nak rasa tapi tengok dia serve sepinggan, banyak sangat portion..kang tak habis plak..


Budak Qayyum ni cuma makan satay 2 cucuk degan nasi putih jer..
Sikit sangat makan, lepas tu ulang alik ambik ice-cream..
Kesian dia nak kicap, tapi mana ada kicap kat sini..
Yang ada kicap cili utk ikan bakar jer..


Yang ni first round, tengah2 ambik makanan azan pulak..
Terus cepat2 duduk makan..

Kereta standard ambik kambing golek dengan satay jer..


Sy pulak ambik ni..
Ikan asam pedas, ikan bakar, ayam percik dengan kepah sambal..
Kepah tu dah sedap dah tapi tak boleh bukak pulak..beria2 sy nak kopek sampai terpelanting atas meja..terus malu maka tak jadi nak makan..hoii,spoil betullah..
Sos ikan bakar dia sedap, sy ambik thai sos sebab ada masam2 manis..


Ambik jugak satay dengan kambing golek..
Memula sombong, tak nak kongsi dengan kereta standard tapi lepas tu tak habis makan..
Kereta standard jugak tolong habiskan..


Lepas tu ambik kebab dengan murtabak kambing..
Ingat nak rasa la kebab tu tapi tetiba dah hilang la pulak..
Ada orang tu makan tak tinggalkan kat kita pon..ciss betul..

Lepas makan, cepat2 turun cari surau..
Kang bila dah kenyang sangat susah pulak nak solat kan..
Jadi better solat dulu then baru sambung makan lagi..



Surau dia kat tingkat bawah..
Lepas tu kita sambung makan lagi..
Just ambik kuih2 jer dengan ikan bakar..
Lepas tu dah full...
Lepak2 kejap lepas tu terus gerak balik..



Anaz Qaizer ni kemain seronok lagi..
Laju jer jalan kesana kemari..
Kalau angkat dia punya meronta protes tu, sampai lenguh2la nak pegang..



Alhamdulillah kenyang..
Terima kasih kepada yang belanja, semoga murah rezeki..amin..
Kesimpulannya, bulan puasa ni berat tak turun pon..
Sebab asik buffet jer..memang tak kurusla kan..


Thursday, July 24, 2014

Badak Berendam Terbaik @ Bazaar Ramadan Sri Semantan, Temerloh


Assalamualaikum..

Hujung minggu lepas kitorang sekeluarga balik Temerloh..
Dah lama tak balik kampung..
Kebiasaannya pon sebulan sekali memang kitorang akan balik Temerloh & Sg Besar..


Macam biasa bila balik Temerloh ni, antara aktiviti yang kita selalu buat adalah pegi Starmall, jalan kat Taman dan tawafla semua pasaraya yang ada kat Temerloh ni..


Budak Anaz ni, bila dah dapat kaki memanjang jelah nak jalan sendiri..
Dah taknak dukung2 dah..
Stress betul sebab bila dia jalan sendiri tu menonong jer ntah kemana2..
Lepas tu bila angkat, dia punyer protes tu sampai nak terlepas dr pegangla..


Memula ingatkan nak tawaf satu pusingan taman..
Balik rumah pon bukan buat apa, lagipon lambat lagi nak buka puasa..


Tapi susah betul..
Yang Qayyum nak jalan gi sebelah sana, yang dak Anaz pulak bila lepaskan jalan sendiri dia nak jalan sebelah sini..
Bila dukung, protes memanjang sambil menjerit2..
Qayyum tetap nak jalan sebelah sana jugak..


Kesudahannya kita balik jelah..
Tak jadilah jalan taman kalau dah macam tu..
Masuk dalam kereta dak Anaz sambung merajuk..


Sebelum balik rumah, kita singgah bazaar ramadhan dulu beli badak berendam..
Memang tiap2 puasa bila balik Temerloh memang sy akan beli kuih kat Bazaar Sri Semantan ni..
Sedap sangat bak hang..
Tapi kene datang awalla sebab cepat sangat habis..

Ni pon masa datang ni dalam kul 6 petang dah tinggal 2 tray jer..
Laku betul kuih badak ni..

Yang ni 3 singgit..apa ke nama dia, lupa plak..
Aaaa..kuih jennifer lopez..
Mana plak datang jennifer lopez kan, dia mana makan kuih ni..
Sy beli jugak singgit..


Tepung pelita pon ada jugak..
Yang ni pon sy beli singgit 3 ketul..


Haa, ni ha gerai akak ni..
Kita kasi free promotion sket sbb kuih akak sedap sangat..hehe


Budak Anaz ni sekarang asik sembelit jer..
Sy rasa kene tukar susu la..
Sekarang Qayyum dengan Anaz pakai susu yang sama jer Dumex Mamil, senang beli sekali..
Tapi bila dah sembelit ni, kesian kat dia..

Agak2 susu apa yang ok yer..
Dak Anaz ni tak suka sangat minum air masak compare to Qayyum..
Kalau Qayyum dua, tiga botol  air kosong dia boleh habis sehari..


Hari tu mak mertua sy masak ketam lemak cili padi..
Kereta standard la request kat mak dia nak makan ketam..
Sy yang konon2 diet, xmo makan nasi tu..ooppss, alamak..termakan banyak plak..
Ciss, hancusla dietku..


Oklah, tu jer nak cerita kisah hujung minggu di Temerloh..
Terima kasih sudi baca..


Wednesday, July 23, 2014

Fresh Cherry & Fresh Apricot


Assalam,


Tak sangka dah nak dekat raya dah kan..

Korang bila start cuti, sy Jumaat ni dah balik kampung..
Tahun ni turn beraya kat kampung sy dulu then raya ketiga baru balik kampung kereta standard..

Start awal puasa tu kat Menara TM ni ada jer orang jual2..
Macam2la..baju, shawl, blouse, kerepek, kuih raya dan macam2 lagi..
Sy just tengok2 je la, xpenah beli paper pon..
Sy memang suka shawl tp kat sini mahal, sebab sy ni kedekut duit jadi sy rela jer gi di Jalan TAR cari shawl seploh hengget..hehe

Ok, nak cerita pasal cherry dengan apricot..
Kebetulan, officemate yang duk sebelah meja sy beli buah cherry..
Dia pregnant, siap beli 2 box katanya teringin nak makan..


Hoii, dah lama nak beli buah cherry ni tapi selalu tak beli sebab mahal dan kedekut duit..
Percaya tak, sy tak pernah makan fresh cherry..haha
Tapi bila Yani kata 1 box RM35, terusla turun bawah cepat2 nak beli cherry..
Sebab nak makan cherry punya pasal, beli jelahh..



Sekotak ni 1 kg..murah sikitla dari yang jual kat pasaraya tu sebab kebanyakkan jual dlm 200 gram jer..
Buka puasa jer, terus makan cherry..
Cemana ek nak cakap, rasa dia masam2 manis..ada biji kat tengah..
Sedap jugak..


Yang ni pulak fresh apricot..
Apricot pon xpernah makan yang fresh, ni first time juga..sebab selalu makan yang dried apricot jer..
Tak sangka manis giler, sangat sedap..
Sy lagi suka appricot dari cherry..
Tapi kereta standard lagi suka cherry, maybe sebab apricot ni macam bebulu sket kulit dia..
Sy tak kopek kulit pon, makan jer camtu..


Sedap sangat ok..hehe
Memang tak menyesalla beli..
Sy siap ambik no fon orang yang meniaga tu sebab nak beli untuk raya pulak..
Yang apricot tu 1 box RM10 sahaja..
Aritu ada tengok kat luar RM12-RM13 la lebih kurang..


Kotak cherry tu macam ni..
Imported from Turki katanya..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..

Monday, July 21, 2014

Restaurant Muallaf @ Raub, Pahang


Salam Ramadhan yang ke-22..


Sekejap sungguh masa berlalu kan..

Ok, ni adalah sambungan kpd entry The Olde Smokehouse @ Fraser Hill Pahang

Masih lagi entry tertunggak yang dah nak basi..hehe
Harap maaf ya, sebab update entry makan2 dibulan puasa ni..

Turun dr Fraser Hill terus cari kedai makan sebab dah kelaparan..
Bila jalan-jalan kita selalu akan enjoy view dan sudah semestinya food kan..


Restoran Muallaf ni memang all time favourite sy la..
Lokasinya adalah di Raub, Pahang..
Kalau dari Bentong lebih kurang 20 minit perjalanan..


Masa sampai dah petang, sian baby sampai tertidur-tidur..
Memula tu rasa amanla sikit sebab ingatkan dia akan tidur lama..yelah aman nak makan la kan..
Tapi lepas tu bangun plak..
Nasib baik tak amuk..


Haa, ambik ko cili sepiring..
Yang ni la yang sy kata selalu kalau makan kat Chinese Restaurant mesti ada cili potong kan..


Three of us, kita selfus.haha..
Masa ni baby masih lagi tidur..


Petang macam ni tak ramai orang sangat..
Baru buka agaknya..
Lepas dah setengah jam macam tu baru ramai orang..


Apa yang sy order pada hari tu adalah tomyam..
Tapi macam review sy sebelum ni, tomyam memang out of taste..
Next time jangan order tomyam kat mana2 chinese restoren pon..


Next is Ayam Black Paper..
Yang ni sedap..
Nora bagi 4 bintang..hehe


Yang ni pulak Chicken Lemon, yang ni pon antara signature dish dekat sini..
Memang terbaik..
Nora bagi 5 bintang sebab sedap sangat..


Seterusnya adalah Butter Prawn ..
Yang ni pon memang tidak syak lagi, memang sedap..


Itu jer, kitorang order 4 lauk..
Tu pon kembong perut nak habiskan..


Budak Qayyum ni macam biasa cuma makan nasi kosong dengan kicap jer..
Nasib baik ada kicap kipas udang anak tokey kedai punyer..


Cerita pasal makan ni kan..
Anak sy ni kesian..
Sy sendiri pon kesian tengok dia sebab taknak makan lauk..
Nasi dengan kicap jer pon dah cukup, siap sampai 2 pinggan la dia makan..
Nak buat cemana ek, sbb dia memang taknak lauk..

Telor memang out la..
Kalau kita suap, sorok2 dalam nasi tu dia boleh luahkan balik..
Ayam pon cuma ayam goreng bahagian drumstik..
Kadang2 kalo mood dia baik, dia makan banyakla jugak ayam tu..
Sayur plak carrot jer yang nak makannyer..
Runsing betul ada anak yang memilih makan ni..


Budak kecik Anaz Qaizer ni pon satu hal jugak..
Suap nasi adalah sesuap dua jer yang nak makan lepas tu dia akan luah dan korek2 mulut dia..
Buah2an dia makan jugak, macam pasta ke mee ker pon makan banyak jugakla compare to nasi..

Ok, back to Restoran Muallaf..
Haa, tengok kereta standard siap thumb up lagi..


Ish-ish..
Tetiba teringin plak nak makan lagi kat sini..
Nantila lepas raya boleh ajak kereta standard repeat makan kat sini..
Harga plak standard jer..
Macam kitorang makan ni, charge dalam RM70++..

Tapi nasi putih dia sedap tau, macam dia guna beras wangi..
Harga nasi dia pon mahal sketla compare to kedai makan yang biasa..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..