Pages

Thursday, February 28, 2013

Craving For Carrot Cake



Assalamualaikum semua..



Salam pagi Khamis dan yang terakhir di bulan Februari 2013..
Sejak dua minggu lepas tu tetiba tekak mengada-ngada pulak nak makan kek carrot Secret Recepi..
Nak buat kek carrot sendiri amatlah malas..
Kang nak kene beli bahan2, lepastu kene kemas dapur lagi..huiii, malas..malas...



Bila balik Temerloh, gi la cari kat SR sana..
Ceh, kat SR Temerloh xder pulak...
Petang yang masa makan Kenny Rogers tu singgah kat SR Mentakab Mall...pon keciwa jugak sebab kek carrot sudah kehabisan...sedih...



Masa balik Bentong tak sempat pulak singgah kat SR Bentong sebab hari nak hujan..
Keesokkan harinya, cakap kat kereta standard..jom tgk kek kat SR Bentong tu..
Kali ni kalau kek carrot takder jugak, sy akan menggigihkan dan menggagahkan diri utk buat sendiri..
Tak kira..



Masuk jer SR Bentong tu, tgk2 adaaa...alhamdulillah..
Beli satu utk sy, belikan satu cheese cake utk kereta standard...





Hati gumbira berganda2 dapat jugak kek yang diidamkan2 sejak seminggu sebelum tu..
Padahal nak rasa sket jer, bukan nak makan banyak beria2 pon...
Ahh, dasar tekak mengada-ngada betol kann..




Yang ni New York Cheese Cake utk kereta standard...
Dah tak menyabar, masuk jer dalam kereta terus bukak kotak dan terus ngap...
Nyum2..sedapnyer..hehe


Qayyum pon suka cheese cake..
Percaya tak Qayyum makan lagi banyak dr papa dia..
Memula risau jugak takut karang termuntah..
Tapi ok jer..




Yang paling stress, budak ni siap nak makan sendiri..
Pandai sangatla nak garfu sendiri..
Bila tak kasi, melalak2..sampai bertakung2 air mata...
Sedih sangatla tu konon2nyer..
Padahal DRAMA jer lebih..




Kalau kat rumah dah berguling-guling dekat lantai dah ni..
Tapi sebab dalam kereta, tak dapatla nak berguling sangat..




Terpaksala pujuk2, bagi jugakla dia garfu kek tu sendiri dari terus melalak..
Lepas tu terus senyap sambil senyum2..



Terima kasih sudi baca..
Sekian...



Wednesday, February 27, 2013

Kenny Rogers @ Mentakab Mall


Assalamualaikum..


Ini masih lagi entry tertunggak last two weeks..
Sambungan kepada entry makan luar Marrybrown Fun Time @ Temerloh


Disebabkan mak mertua sy tak masak pada hari itu, sy pon malas jugak nak masak kat rumah mak mertua sy, jadi haruslah kitorang jalan-jalan cari makan waktu petang pula..
Tengahari tu dah makan Marrybrown kat Temerloh, jadi petangnya pula kitorang jalan2 dekat Mentakab Mall..


Kereta standard kata kita makan Kenny Rogers jer..
Yeaaa...(gembira berganda2..hehehe)




Ni first time makan kat sini, Mentakab Mall..
Orang pon tak ramai sangat..biasa2 jer..




Budak ni biar duduk dalam baby chair ni..
Kalau tak ntah kemana2 nak merayap, xnak duduk diam langsung..
Ni pon sementara nak tunggu makanan sampai, huru hara jugakla nak menjaga budak Qayyum ni..




Meh kita bercamwhore...
Cumil giler Qayyum tiru mama..tapi slack muka takmo pandang camera pulak..
Giler kembang kan muka sy..
Owh, bersabarlah hati..tinggal beberapa bulan jer lagi..




Ok, buat muka comel pulak..
Kalau perasan baju sy sama jer...hahaha..
Malas nak tukar baju, Qayyum tu kene tukar baju sebab dia dah kotorkan baju yang dia pakai pagi tu..
Lagipon t-shirt tu ayah long Qayyum yang belikan dekat Bandung, baru first time pakai..
Terima kasih ayah long belikan Qayyum baju..




Ok, pilih2 menu nak makan apa..
Kali ni biar kereta standard yang pilih menu pulak, sebab sy rasa cam dah boring jer kene pikir nak makan apa..
Apa yang laki order, kita makan jer..
Senang cerita kan, hehe..




Sy order hot chocolate sebab masa tu selsema dan masih batuk..
Konon2nyer malasla nak minum air sejuk..
Tapi, malas2 pon air kereta standard sy bedal jugak..




Kereta standard pulak order chocolate ice..
Sama jer dengan air sy, beza cuma hot and cold sahaja...




Nilah yang kitorang makan pada hari tersebut..
Masa order tu request half chicken..
Kitorang order satu jer, kongsi sudah...sebab malam karang nak makan lain pulak..
Tapi bila sampai, quarter chicken jer..
Mula2 macam nak complain suruh tukar..
Tapi bila tengok balik dekat resit order tu memang sah quarter chicken..
Mesti budak yang ambik order tu tersilap tulis, tapi kitorang malas nak tukar2 dah..makan jelah..
Ambik macaroni cheese, potato salad dan baked bean sebagai side dish..




Sebelum makan, kene pose dengan makanan dulu..
Ni adalah aksi wajib..hahaha..




Dah habis makan, macaroni and cheese tu tak cukup pulak..
Qayyum melalak2 nak lagi..."nak nii,nakk niii..."
Terpaksa la order extra pulak..
Dia suka pulak makan benda ni, banyak pulak tu makan..
Suapkan yang lain, ayam dengan bake bean tu langsung taknak rasa..
Geleng2 kepala taknak makan..




Layan jelah selagi Qayyum berselera nak makan..
Kang kalau taknak makan langsung, kita pon sakit hati kan anak taknak makan..




Burp...
Alhamdulillah, kenyang walaupon makan kongsi jer...
Sy pon bukan boleh dah makan sekali banyak2..
Senak jer perut rasa..kalau makan banyak tu, lepas tu nak jalan pon termengah-mengah macam tak cukup nafas..
Eloklah berpada2 jer makan..




Tengok budak Qayyum ni bukan main bersemangat lagi sedut air chocolate tu..
Kembang-kembang lubang hidung tu..




Kita ingatkan dia betul2 minum..
Rupanya main jer lebih..mula2 jer minum lepas tu habis disembur air chocolate tu..
Bertuah punyer budak..
Habis kene baju, dahlah baju baru, baju putih pulak tu..




Lepas jer makan, terus gerak balik..
Kereta standard kata malam nanti kita makan satay pulak..mak memang cuti masak hari tu..
So malam tu lepas magrib, edisi mencari satay pulak..
Tapi beli bungkus dan makan dekat rumah sahaja..



Sekian..
Terima kasih sudi baca..



Saturday, February 23, 2013

Marrybrown Fun Time @ Temerloh


Assalamualaikum..


Ni cerita last weekend punyer...
Last week kan sy balik Temerloh untuk monthly check-up..
Tapi mak mertua ai tak masak kat rumah..
Jadi haruslah satu hari tu kitorang makan luar sahaja..




Tapi sebenarnya, makan luar pon boring jugak..
Sebab jenuhla pikir nak makan ap?nak makan kat mana?
Pikir punyer pikir..
Kereta standard decide kita makan dekat Marrybrown sahaja..
Bagi sy, mana2 tempat makan pon ok..
Tekak tak mengada2 pon..so layan jelah makan kat mana2 pon..


Marrybrown Temerloh ni kira baru jugakla..
Buka awal sikit jer dr Mc'Donald Temerloh tu..
Kitorang tak pernah lagi lepak makan kat sini, tapi haritu dah pernah beli tapau sekali..







Yang paling penting kat dalam ni ada playground..
Qayyum seronok berganda-ganda..
Memula main sorang2 jer, lepas tu ramaila pulak yang datang main sekali..
Sorryla, kualiti gambar tidak memuaskan..blur sket sebab salah setting..
Tapi nak letak jugak dalam blog sebab dah xder gambar lain..
Hehehe..




Bila tengok ada ramai budak2 dalam ni, sy biarkan jer dia main..
Tapi sambil tengok2 la kot2 jatuh ker, melalak ker apa kan..




Sy suruh kereta standard beli Tower Burger ni..
Nanti sy nak rasa dia punyer..
Tapi untuk diri sendiri sy order Fish n Chip..
Sebab apa, hari2 nampak kat big three sebelum Genting Sempah tu sebesar2 alam Tower Burger ni..
Macam sedap jek kan..






Tapi biasa la iklan kan, marketing strategy mesti baik punya..
Takderla besar dan tinggi mana pon..
Kemain dalam gambar semuanya melimpah keluar dr burger tapi nan hadoo..
Indah khabar dr rupa jek..
Ceh..






Lepas jer habis makan, kereta standart tak puas hati dengan sy..
Dia bising2 kata tak kenyang..
'Ni awakla punyer pasal ni, sy nak order ayam tp awak suruh order burger"..
"Sy tak kenyang tau tak"...
Pulak dah..salah sy pulak..
Lepas tu sy suruhla dia order ayam goreng tu, tp taknakla pulak..




Yang ni sy punyer..Fish n Chip..
First time rasa ni..
Kereta standard pon makan jugak..tiba2 dia cakap..
"Apasal ada rasa kunyit kuat sangat kat mayonis dia ni?"..
"Tak sedapla"..
 Ceh, banyak songeh betulla lelaki ini...
Pada tekak sy ok jer..




Untuk Qayyum beli smiley potato ni jer..
Sy panggil kentang comel...




Muka gembira makan tengahari..
Air mesti tukar air milo..dah lama kot sy dengan kereta standard tak minum air gas..
Kalau makan fast food mesti nak tukar air milo or ribena..




Sambil makan sambil memantau si budak Qayyum tu kat dalam playground..
Memula ada empat orang budak..
Tiba2 tinggal 2 orang budak jer..
Yang lain mak diorang dah hambat keluar ajak makan..



Tiba2..
Kereta standard jengil2 biji mata..
Dia kata ada budak cina tu main sepak2 kepala Qayyum..
Lepas tu dia baling bola pulak dekat Qayyum..
Terusla kereta standard ambik..


Kereta standard kata kat budak cina tu
"Jangan buat macam ni, dia kecik lagi la"..
Boleh pulak dia jawap.."dia yang mulakan"
Suka hati jer, padahal td tengok Qayyum elok jer main sorang2..takde kacau budak2 lain pon..
Budak tu dah besar, dah sekolah rasanya maybe standard one or two..
Memang dasar.....
Bapak dia kat meja sebelah kitorang jer..




Memula angkat Qayyum dia melalak la jugak sebab nak main lagi..
Bagi kentang comel dengan air milo barulah senyap..




Ramai orang kata Qayyum sebijik muka bapak dia..
Boolat..
Kulit pon sama kaler jugak..hehe..


Dah habis makan, masuk dalam kereta pon kereta standard masih bising2..
Tak puas hati lagi kat anak cina tadi sebab main sepak2 kepala..
Takpelah..lepas ni ajar Qayyum tomoi supaya boleh balas kalau kene buli..



Terima kasih sudi baca..
Bye..



Friday, February 22, 2013

Line Clear Nasi Kandar @ Penang Road


Assalamualaikum..


Ok, ni last entry update tentang cuti2 Penang haritu..
Sebelum balik KL, haruslah makan nasi kandar Line Clear sekali lagi..
First time makan hari Jumaat hari tu..masa first day sampai Penang..
Itupon kene tunggu.. tengahari restoren shut down 2 jam sebab solat Jumaat, pukul 2 petang baru buka..
Masa tu giler ramai orang beratur..
Nasi kandar punyer pasal, sanggup beratur panjang..
Tapi kereta standard la yg beratur, sy duduk tunggu jer..





Lupa plak nak tanya restoren ni start operation pukul berapa..
Tapi masa kitorang datang ni, masih awal dalam pukul 11 pagi..
Takdelah ramai sangat..




Tengok dia punyer periuk kari..besar2 ko..




Tengok pulak udang galah dia, bapak besar..
Tapi kitorang plan makan biasa2 jer...
Save budget..hahaha..




Cari2 meja dan yang paling penting dekat dengan kipas..panas woo..
Tengok2 orang tak berapa ramai sangat..
So kali ni kereta standard suruh sy yang pilih lauk, hari tu dia dah..
Tukar turn pulak..
Ok, jap laa..nak intagram sekejap..



Baru jer 2-3 minit rasanya duduk..
Bila nak bangun, konon2 nak beratur..paling jer belakang..makoiiii...barisan dah panjang pulak..
Eh, td takde orang ramai sangat..
Terus tak jadi nak beratur..
Kereta standard dah bising2 suruh cepat2..perut dah lapar ni..


Panggil waiter semua taknak layan..
Sy pon terus gi kat tokey dia kat kaunter tu..
Sy kata jer nak order hidang..
Tak larat ni nak beratur, sy kan mengandung..sambil tunjuk perut yang besar itu..
Tokey tu pon bg macam borang order suruh tanda sendiri nak makan apa..
Selamat, takyah nak beratur panjang..
Hehehe..




























Sy pilih ayam gerong 2 ketul, sayur, kuah kari campur dan daging masak kicap..
Nasi utk 2 orang tapi pinggan mintak 3..
Satu lagi untuk Qayyum, biar dia makan suap sendiri..
Kan nak makan kari, takut tangan kita pedas jer suap dia karang..lagi satu nak tunggu Qayyum makan memang lambat..jadinya biarlah dia makan sendiri..




Kari Line Clear ni memang terbaiklah kan..
Tapi tak suka kacang bendi tu..sebabnya...
Satu, bendi tu tak berapa lembut sangat..susah nak kunyah..
Dua, bila makan habis terselit biji bendi yang bulat2 tu dekat braces saya..mencik..
Lepas makan, senyum2 sikit saja..malas nak bersembang lebih2..
Malu tau orang nampak biji bendi terselit kat celah gigi..sangatla unsenonoh..
Balik hotel terus cungkil2 kasi keluar..hehe




Kereta standard sangat suka daging masak kicap kat sini..
Bagi sy entah, rasanya biasa2 jer kot..
Tapi bedal jugak..





Sayur ni sy mintak sikit jer..
Nahh, hambik kau selambak dia kasi..
Kesudahannya tak habis sebab sy sorang jer yang makan..kereta standard mana makan kobis..




Budak Qayyum ni pon makan nasi jugak..
Nasi dia lembik sket jadi suka la budak ni..
Qayyum makan dengan ayam goreng jer..
Tapi kene kepal kecik2 dulu kasi senang nak suap sendiri..




Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati..
Yea..perut sudah kenyang..
Terus balik hotel, ambik luggage dan check-out..


Ntah bila la nak datang lagi  makan nasi kandar kat sini ntah..
Insha Allah, nanti ada rezeki sampailah Penang lagi..


Sekian..


Thursday, February 21, 2013

Bazaar Chowrastar & Nasir Jeruk


Assalamualaikum..


Last day kat Penang, sebelum balik haruslah gi beli2 barang sket kan..
Semua orang pon kata nak beli jeruk..
Tapi kedai jeruk tak tahu kat mana..
Masuk 7-Eleven, lepas tu tanya kat budak cashier tu..dia kata "jalan terus jer kak, kat sini jeruk yang famous Pak Ali"
"Ok, thank you"..


Jadi senang jer, jalan terus jer..
Maka ternampaklah sebesar2 alam signboard Jeruk Pak Ali tu..
Tapi kitorang tak masuk lagi, jalan2 kat depan sket dulu sebab tengok kawan2 semua masuk kat dalam pasar..




Haa, banyak rupanya kedai jeruk kat sini..




Sy dan kereta standard masuk dalam pasar ni tengok2 apa yang menarik..




Kat dalam ni memang kebanyakkan kedai jual jeruk jer..
Pilihlah yang mana berkenan di hati..




Tiba2 ternampak pulak buah ini..
Apakah?
Oooo...ni la rupanya buah pala yang belum di proses..




Yang ni pulak biji dia selepas dibuang kulit..
Kecik cenoet jer biji buah pala tu...
Mahal pulak tu, 100 gram RM8.50..




Macam2 jeruk ada..
Rambang mata dibuatnya..
Harga jeruk dekat dalam pasar ni sekilo adalah RM5 sahaja..
Tapi sy tak beli pon, entahla..
Tiba2 takda perasaan pulak nak beli..
Mula2 macam nak beli jugak, tapi kereta standard bertegas kata jangan beli..
Sebab utamanya adalah CHA YA NUN ALIF...hehehe





Boleh campur2 sendiri jeruk mana yang berkenan dihati..




Yang dah bungkus siap2 pon ada..




Kat dalam pasar ni sy tak beli apa2 pon..
Just jalan2 cuci mata sahaja..




Lepas tu nampak kawan2 office masuk kedai jeruk Nasir ni..
Sy pon masuk jugak tengok2..
Lepas tu sy kata la kat diorang ni "apesal tak beli kat Pak Ali sebelah tu" katanya paling famous..
Kawan sy kata diorang dah masuk tadi tapi takda sapa nak entertain,  tu yang keluar balik, terus takde mood nak beli kat Pak Ali"
Tiba2, perbualan kami didengari oleh si mamat penjual...hehehe..cakap kuat sangat macam pakai microfon..
Mamat tu kata dulu dia kerja dengan Pak Ali, lepas dah pandai tu yang buat jeruk sendiri..


Kat Nasir Jeruk ni, harga sekilo RM10..
Lepas tu sy tanya tagi.."apesal kat dalam pasar tu jeruk sekilo RM5, yang awak jual ni sekilo RM10"
Mamat tu pon explain,
"Yang ni jeruk melayu kak, dijamin halal"
"Kami pakai gula pasir, diorang tu pakai ibu gula..boleh rosakkan perut dan jadi cancer"
Hamboi..panjang lebarla pulak dia explain..jadi sy pon terus la beli jeruk kat sini jer..
Tapi beli sekilo jer, banyak2 sapa yang nak makan pulak..
Kereta standard conform la xmakan jeruk2 ni..




Keychain comel pon ada..
Kereta standard beli satu jer buat kenang2an..
Satu cukuplah..




Tiba2 nampak asam anggur ni, terus rasa dua tiga kali..
Cam sedap jer, dah rasa harusla beli sket..
Padahal dah beli sebungkus kat Padang Besar haritu..
Tapi nasib baik kereta standard tak perasan sy beli lagi..
Kalau tak mesti dia bising makan asam banyak2..




Officemate sy ramai yang borong jeruk kat sini..
Beli bang jangan tak beli..




Yang baju hitam belah kanan sekali tu la mamat tokey kedai tu agaknya..
Malas nak ambik gambar dia depan2, kang obvious sangat pulak  kan..
Dia sangat bagus dalam communication skill..peramah dan handsome pulak tu..eh, tiba2..(mata pandang atas)..




Lepas tu jalan2 lah mana yang patut dan singgah jugak mana2 yang patut..
Mydin pon kitorang masuk jugak..
Dah masuk Mydin tu kan, haruslah beli barang jugak kan..tak kisahla kecik pon beli jugak..
One thing yang sy notice masa beratur nak bayar, semua orang tak pakai plastic beg..dan ada yang bawa beg sendiri..
So, bila turn sy..cashier tu tanya la nak plastik ke xmo..
Beli syampoo jer pon, jd masuk dalam handbag saja..
Lepas tu kereta standard kata semua pasaraya kat Penang ni mengamalkan green campaign..


Bas akan gerak dalam pukul 12 tengahari..
Dah dekat pukul 11, jadi terusla gerak balik..
Sebelum tu kita makan dulu..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..