Pages

Monday, July 30, 2012

2 Ekor Kambing Untuk Anak Lelaki


Assalamualaikum..


Hari Jumaat lepas sy amik cuti exam..duk rumah lagi memenatkan dr gi office kerja tau..menbasuh, mengemas dapur, sapu sampah, mop lantai, lap habuk, masak lagi..dah masak kene kemas dapur yang bersepah, lepas tu angkat kain dari ampai pulak..lepas tu nak kene melipat pulak kain yang menimbun..hadoii, duk rumah pon rasa nak patah kaki dah ni..tetiba sy rasa sy memerlukan maid..perlukah???kalau ckp kt kereta standard mau kene jeling neh..rumah sekangkang kera, ada hati mau maid..Mengemas rumah seminggu sekali, membasuh pon seminggu 2 kali memangla letihkan..hahaha..


Kali ni nak cerita pasal Qeqah Qayyum..kitorang ni lambat sket buatkan qeqah untuk Qayyum due off limitation budget..hahaha..xderla budget sgt sebenarnya..ni kene tanya kereta standard, dia asyik kata nati dulu..nanti dulu..ntah hapa yang nak ditunggu pon xtau la..


Kebetulan masa balik Temerluve last week, mak mertua sy kata nak buatkan aqiqah untuk anak sy..mak mertua sy nak blanja..kitorang rasa serba salah pulak..tapi mak mertua sy kata takper, ni rezeki cucu sulung dia..mana tau cucu2 lain ada rezeki lain pulak..alhamdulillah, murah rezeki mak..


Pagi2 ahad, hari puasa ke2 tu kitorang pon pegi tengok kambing..tapi masa datang ni kambing dah sembelih dah..tengah lapah daging..sembelih dengan lapah upah orang jer..sekor kambing berharga lebih kurang RM750 kot kalau tak silap..untuk anak lelaki disunatkan 2 ekor..untuk anak perempuan sekor jer dah cukup..mak mertua sy tak buat kenduri kat rumah, tapi lepas tu kitorang hantar daging kambing tu kat rumah anak yatim di Maran..




Sementara nak tunggu daging kambing siap dilapah, sy dengan kereta standard pon naik la kat kandang kambing tu..ni first time kot masuk kandang kambing..hahaha..tak best pon, sebab bau kambing tu kuat sangat..




Sajer jer bawak Qayyum tengok2 kat atas tu..bagi kenal sket dengan kambing..semua kambing diternak oleh kawan abah mertua sy..sementara tunggu tu, dia benarkan jer kitorang naik atas tengok2..





Abah dan mak mertua sy..terima kasih mak untuk semua ni..sayang mak ketat2..hehehe




Qayyum kan mula2 takut jugak, senyap jer tengok kambing2 tu..lepas 10 minit baru kecoh2 sket..



Kambing2 yang diternak ni semua kambing australia katanya..



Aktiviti menyiang dan melapah daging kambing dibuat oleh tuan kambing tu jugak..

Lepas tu kitorang pon sedekahkan daging kambing tu dekat sekolah tahfiz dan anak2 yatim..semoga dapat pahala yang berlipat kali ganda terutama bersedekah di bulan puasa yang mulia ni..amin..


Sekian..



English Scone


Assalamualaikum..


Sejak first time buat scone hari tu, macam teringin nak makan lagi dan lagi..hahaha, padahal takder la sedap sangatkan..biasa-biasa jer..
Bulan2 puasa pon nak scone jugak..aritu buat lagi sekali, yang first time buat tu bakar xlama sangat so kali ni buat garing sket..kali ni resepi sy ambik dekat buku resepi "Kompilasi Hidangan Bersusu Alaf 21"..ada macam2 jenis desert dalam buku tu..

Jom checkitout  resepi

English Scone

Bahan-Bahan :-

150 ml susu / whipping cream
250 gm tepung gandum
45 gm mentega
40 gm gula kastor
5 gm garam
1 tsp susu tepung
1 tsp serbuk penaik

Cara :-

1. Masukkan semua bahan kering seperti tepung gandum, gula, serbuk penaik, susu tepung dan garam di dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan mentega dan gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. setelah itu masukkan susu dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
4. Rehatkan adunan buat seketika dan terap guna acuan yang digemari
5. Bakar pada suhu 160C selama 15 - 20 minit
 **tips untuk buat scone adalah perlu gna butter yang sejuk, sebab ini akan jadikan scone tu lembut..danscone jugak tak boleh uli beria2 sangat. just uli sikit2 bagi sebati jer..





Dapat 11 biji yg scones..guna acuan sederhana..tak kecik sangat, tak besar sangat..
Banyak jugak ni..makan 2 ketul pon dah kenyang lepas tu masuk dalam tupperware..



Bakar lebih masa sket, bagi garing..
Harum semerbak jer satu rumah masa bakar scone ni..
Makan panas-panas, letak butter & jem..sedap sangat..
Tapi kereta standard tak makan pon, sy jer yang makan sorang2..huhu..

Sekian..



Thursday, July 26, 2012

Zakat Fitrah 2012


Assalamualaikum..


Semalam petang sampai awal, kereta standard ambik kat terminal then kitorang terus jer gi jalan2 bazaar ramadhan..memula ingatkan nak masak kat rumah, tapi bila dah tengok macam2 kat bazaar ramadhan tu kan macam2 la beli..

Sy beli nasi kukus ayam berempah, kereta standard pulak nak makan nasi kerabu..lepas tu beli air laici kang..yang tak bestnyer xder laici pon..name jer laicikang..ceh betul, lepas tu manis giler sampai kene tambah air sampai separuh jug..hoi, boleh kencing manis tau..len kali xnak dah beli kat gerai ko tau..


Kebetulan dekat bazar ramadhan tu ada kaunter bayaran zakat, terus lah kereta standard bayar zakat untuk kami sekeluarga..tapi pegang anak dgn pegang makanan lagi langsung terlupa nak ambik gambar..hahaha..
Untuk negeri Pahang, kadar zakat fitrah adalah RM7..lepas tu ada akad antara amil dan pembayar zakat..
Haa, penduduk Bentong yang belum bayar zakat tu sila laksanakan tugas anda..eh, bukan penduduk bentong jer tau tapi semua orang terutama bapak2 tu wajib bayar zakat untuk mereka & keluarga mereka..


Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan
Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri.

Panduan membayar Zakat

  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh  Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Pastikan anda mendapat resit rasmi  Majlis Agama Islam Negeri
  • Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Negeri Tahun 2011 (RM) Tahun 2012 (RM)
Perlis 6.00 6.00
Kedah 7.00 7.00
Pulau Pinang 7.00 7.00
Perak 7.00 7.00
Selangor 7.00 7.00
Negeri Sembilan 6.50 6.50
Melaka 6.50 6.50
Johor 5.00/7.50 5.00/8.00*
Pahang 7.00 7.00
Terengganu 5.00/7.00/8.00* 4.50/7.00/7.60*
Kelantan 7.00 7.00
Sarawak 6.20 6.50
Sabah 7.00 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan 7.00 7.00

*Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan

Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional)

Sumber : SINI

Sekian..


Wednesday, July 25, 2012

Nasi Ayam Mancongkam @ Gombak


Assalamualaikum..


Ini adalah entry tertunggak tau bukannya kitorang makan tengahari di halayak ramai pada bulan puasa ni..hehe


Ni last week punyer cerita, kitorang keluar beramai2 gi jalan2..hehehe..banyakla gi jalan2, nak kener lempang sorang2 dengan bos..haha..


Kitorang gi melawat ayah Din, officemate sy..ayah dia admitted kat Hospital selayang sebab komplikasi buah pinggang..tapi alhamdulillah..ayah Din dah sihat dan dah keluar hospital pon..


Sy first time kot datang ke Hospital Selayang tu,dah agak lama tak gi hospital..keadaan kat wad tu memang busy..yang paling tak tahan sekali bau hanyir..memang pening kepala..lepas habis jer melalawat, masuk jer van terus sapu minyak cap kapak..lepas tu kat sebelah katil pakcik tu ada budak lelaki..tgk dekat board atas katil tu umur dia 17 tahun..tengok cam kesian jer..muda2 lagi dah ada sakit buah pinggang..tapi malas nak tanya2..sekali tu kan dalam van, Din cerita budak yang sebelah katil ayah dia tu minum racu, konon2 nak bunuh diri sebab putus cinta..puiiih, bodoh betul..penat jer aku kesian kat ko..rupanya minum racun...tak pasal2 masuk spital, kene tebuk leher..


Bagi sy, tak perlu nak frust2 sgt sampai nak bunuh diri hanya kerana sorang awek..banyak lagi awek lain dalam dunia ni..ntah2 awek tu sedap2 dengan boyfren dia yang lain, yang ko tu cari penyakit dan cari bala..
Nilah budak2, pendek sangat akal..malas nk ulas panjang lebar, mintak dijauhkan dari keluarga sy sudah..


Balik dr hospital kitorang gi lunch..pikir punyer pikir nak makan apa, masa tu dah pukul 2 lebih tau..perut seua orang pon dah bergendang2 kelaparan..sy terus jer bagi idea makan nasi ayam, sebab lepas tu kitorang kene visit area gombak jugak..


Last sekali tapau nasi ayam ni, kereta standard beratur setengah jam baru dapat beli nasi..kali ni sampai lengang jer..maybe sebab kitorang telah melepasi waktu puncak..hehe..
Kat sini self service..order, bayar then baru dapat makan..



Langit masa ni dah gelap dah, macam nak hujan lebat..






Semua pilih nasi ayam biasa, harganya RM5..
Tapi sup dia masin sket..yang last time makan pon rasa masin sket..maknanya sup dia memang masinla kan..
Sambal dia pulak manis sket, tapi bolehla..sambal dia cam rasa sos keropok lekor terengganu tu..
Tetiba rasa terliur pulak buat entry makan2 di bulan puasa neh..haishh..




Ni semua officemate sy..




Lepas makan cepat2 masuk van sebab dah hujan gerimis dah masa tu..



Haa, unit sy baru beli gps ni..memudahkan urusan nak keluar visit..brand Garmin, harganya RM499..
Tapi kalau keluar kereta kene simpan kalau tak nanti kene pecah kereta ke apa ker..takut jugak..



Lepas tu hujan turun dengan lebat selebatnya..kene visit 2 lokasi kat Sri Gombak & Sg Buluh..dalam hujan2 tu pon tetap kene visit jugak..sungguh efficient kan kitorang..



Lepas tu singgah solat dekat masjid baru kat sebelah hospital Sg Buloh tu..tak pernah hayat ambik2 gambar bertelekung bagai ni..hehe..solat zohor dah lewat terus la tunggu solat asar..
Hujan pon dah berhenti..lepas tu terus gerak balik kl..



Kawan2 sy kata ganbar ni macam kat Cameron sangatt sebab nampak kabus2 tu..
Apa-apa jelah..hehe


Sekian..


Tuesday, July 24, 2012

Qayyum Oh Qayyum!!


Assalamualaikum..


Sepanjang bulan puasa ni, office hour start 8am - 4.30pm..bestnyer balik awal..
Tapi sy tak sempat nak masuk sebelum pukul 8 la..terpaksa ambik flexi hour masuk 8.30am - 5.00pm..
Tapi semalam sy cengkelat...masa nak balik tu bos kata "semua, jom balik..dah 4.30..kecuali yana, kene balik pukul 5"..ceh betul..
Lepas bos keluar sy pon blah jugak..hahaha..cengkelat kan..ko ingat telekom ni bapak ko punya...!!hahaha..


Takpelah seskali sekala jek kan..
So sy sampai pekeliling then terus naik bus pukul 5..sampai rumah pukul 6.15..telefon laki, dia kata kat bazaar ramadhan..alamak, terlupa bawak kunci rumah plak..asik tukar2 henbeg jer terlupa plak nak ambik kunci rumah..lagipon selalu balik diorang ni ada kat rumah..


Suruh laki balik jugak, cemana nak masuk rumah ni takda kunci..
Kereta standart kata ada kunci spare kat "tuttt"..
Nasib baik..


Untuk bukak puasa sy masak mihun goreng jer..senang, mudah dan kenyang..kereta standard beli kuih sket..banyak2 makanan pon nanti tak habis..kitorang ni berdua jer kat rumah..membazir..kalau ikut nafsu berpuasa tu kan semua benda nak makan..tapi sendiri mau ingatla, harus berpada-pada..tak elok membazir, lagi2 di bulan puasa ni..


Orang sibuk bukak puasa, si kenit ni pon sibuk jugak nak makan..menjerit2 nak jugak duduk dekat meja makan..
Bagi mihun sket letak dalam pinggan..
Kene bentang paper siap2 sebab dah tau dah mesti bersepah2 punyer..
Kereta standard bising2 sebab bagi Qayyum makan sendiri..bersepah tu satu hal, berminyak2 muka tangan semua..
Ala, bialah dia belajar makan sendiri kan..
Tapi kelakar tengok Qayyum makan mihun..dia boleh isap mihun tu sket-sket..bukannya terus kunyah..



Lepas buat sepah, terpaksala mandikan Qayyum dan pakaikan baju lain..
Pukul 9 dah pengsan..penat sangatla tu jalan2 gi bazar ramadhan petang tadi..


Sekian..


Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan


Assalamualaikum..


Very short message:-


"Selamat berpuasa kepada semua umat islam diseluruh dunia terutama kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai sekelian..
Semoga ramadhan yang mulia ini memberikan keberkatan..amin"




Wednesday, July 18, 2012

Fullhouse @ Wangsa Walk


Assalamualaikum..


Last weekend kitorang balik Sg Besar..minggu ni baru nak balik Temerluve..setiap bulan memang akan balik kampung at least sekali..barulah adil & saksama..hehe


Jumaat lepas, gerak balik ke Sg Besar lepas magrib..kebiasaannnya kalau kitorang balik malam memang akan ikut KL, kalau balik siang jer ikut Genting Highland tu..yelah takut kalau jadi apa-apa jer..so better lalu kawasan yang terang sikit biarpun jauh sikit..


Tetiba kereta standard mengidam nak makan ikan salmon kat fullhouse la pulak..so layan jelah..
Haritu nampak kat Wangsa Walk dah ada Fullhouse tapi tak pernah pergi lagi yang kat situ..




Tak ramai orang pon, kitorang terus jer pilih seat tepi..
Budak kecik ni ikut mood dia..nasib baik tak membuas sangat..masih boleh dikawal..




Hampir-hampir jugak nak memanjat meja neh..main ketuk2 sudu garfu la..malu la mama Qayyum, jgn nakal2 sangat boleh tak..kat rumah takper..haha..
Tapi budak ni mana la paham kan..
Ada 3 patah perkataan jer yang dia pandai sebut "mak", "meme" dengan "nenen"..hahaha..
Tu jer yang pandai dan clear sebutannya..yang lain tak paham..kalau nak apa-apa semua main tunjuk jer..




Kitorang pon order cepat2 nak makan apa..kereta standard pilih menu seperti di bawah..yang ni besar sikit ikan salmon nya..aritu order yang lain..
Dalam pada nak cepat2 order makanan tu kan, selamat satu muka surat kene koyak dek Qayyum..



Sy xnak makan berat sebab kenyang lagi..tengahari tu kat office ada jamuan..
Order mushroom soup dgn honeydew milkshake..kereta standard order salmon dengan air blakcurrent pop soda..
Kereta standard suka benda pop buble tu sebab pop tu akan pecah dalam mulut..rasa dia macam jeli jer..



Mushroom  soup ni memang sedap giler..tapi Qayyum tak suka sangat kot sebab dia makan sket jer lepas tu dah taknak..




Muka teruja dapat makan ikan salmon..haha..




Qayyum bukan main bersemangat lagi makan salmon ni..siap xnak mama suapkan, nak suap sendiri..




Sesudah makan, macam biasa la sesi bergambar sekitar2 restoren ni..mana2 fulhouse pon lebih kurang jer..ada kereta, ada bunga2..barang2 display dan lain2 lagi..



Masa ni budak ni taknak duduk diam..nak ambik gambar pon susah..bagi Qayyum pegang epal plastik tu baru senyap sekejap..




Qayyum ni baru pandai jalan..memang nak lepas jer, dah taknak kene pegang2 dah..



Lepas jer makan, bayar parking then terus jer balik..takder jalan2 pon sebab takut sampai Sg Besar lewat..
Dalam kereta sepanjang perjalanan sy dan Qayyum tido..sian kereta standard drive sorang2..

Sekian..


Thursday, July 12, 2012

Carrot Cake


Assalamualaikum..








Hari tu tak boleh upload picture dari tablet..kenapa pon tak tau lah..
Yang ni gambar dari camera..

Resepi dah pernah letak sebelum ni kat entry KEK LOBAK MERAH

Tapi takper..sy copy paste semula resepi..untuk kek kat atas sy buat satu setengah adunan, bagi tebal sket..
Memula nak guna acuan bulat tapi macam tak muat pulak..tu yang guna acuan empat segi tu..


Kek Lobak Merah

Sumber : Kompilasi Hidangan Kek oleh Nor Aini Zakaria

Bahan-Bahan:

200 gm tepung gandum **
1 sudu teh serbuk penaik **
3/4 sudu teh soda bikarbonat **
1 sudu teh serbuk kayu manis ** (sy kurangkan sket)
400 gm lobak merah - diparut
100 gm minyak masak / minyak jagung
130 gm gula (sy guna 100gm tp xletak brown sugar)
90 gm gula perang (brown sugar) - tak letak
90 gm kismis
50 gm kacang walnut - dicincang
2 biji telur
Esen vanilla

ayak bahan**

Cream Cheese Frosting:

250 gm rim keju
100 gm gula aising
65 gm mentega cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara:

1. Griskan acuan 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 180C
2. Satukan lobak merah, gula prenag dan gaul rata. Biarkan sekejap. Masukkan kismis dan ketepikan.
3. satukan gula dan telur dalam mangkuk pengadun, pukul hingga pekat dan gebu. Masukkan minyak dan esen vanilla. Gaul hingga rata.
5. Masukkan bahan bertanda ** sedikit-sedikit dengan adunan lobak dan kacang walnut. Gaul hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan. bakar selama 1 jam pada suhu 160C

Cream Cheese Frosting:

Satukan cream cheese, gula aising dan esen vanilla. Pukul hingga kembang, masukkan mentega cair dan pukul lagi hingga gebu.



Strawberry ada banyak lagi tu yang hias guna buah strawberry tu..
Lepas tu makan lagi..
Buah orange tu beli kat CH, orange yang jenis besar tu..tapi kali ni dapat yang tak berapa manis la pulak..
Kiwi plak balance buat fruit tart hari tu..



Lepas jer habis belajar sy plan nak gi bakery class la..bila asik buat kek jer, jadi terminatla pulak..nanti nak belajar cara-cara deco cake yang guna aising & fondant tu..
Insyaallah..




Restauran Mualaf @ Raub


Assalmualaikum..


Sampai jer Raub dari CH hari tu, kereta standard ajak makan dekat Raub jer..
Pikir punyer pikir apa nak makan finally decide makan kat Restauran Mualaf..
Raub tak banyak sangat choice kedai makan, Bentong pon sama..so dont expect macam KL yang macam2 ada tu la ek..




Restauran ni memang agak famous jugak..dah lama jugak tak datang makan kat sini..last sekali masa sy mengandung Qayyum la rasanya..dah dekat 2 tahun..lama jugakla tu..

Banyak jugak choice makanan, sampai tak tau nak makan apa..
Tapi harga makanan kat sini boleh tahan jugakla..kalau makan ramai-ramai sila sedia kan duit yang banyak yer..takut tak cukup duit nanti malu..hahaha..




Masa ni Qayyum baru bangun tido..dalam kereta sepanjang perjalanan dia tido jer..
Dah sampai sini baru dia bangun..tu po mamai2 lagi..bulat jer mata..dan masam!!




Lepas tu dia melalak sekejap..lapar rupanya..sebelum makanan sampai kasi makan biskut dulu..




Kereta standard order Chinese  Tea..harganya RM1.60..rasanya macam kita minum air teh tanpa gula tu..
Teh ni kene minum panas-panas..tapi sy tak boleh minum teh ni..yelah teh takda gula mestilah tawar habis kan..




Orang pon tak ramai, so order makanan sekejap jer dah sampai..
Sayur kailan & Lemon Chicken yang sampai dulu..harga sayur RM9.00, ayam pulak RM12
Ayam lemon tu memang sedap..masam-masam manis sket rasanya..



Nasi dia sedap..wangi jer sebab dia guna beras wangi..
Harga nasi RM2.50..




Qayyum nak makan sendiri..bukannya makan  tapi lebih pada main jer..banyak yang berterabur dari masuk mulut..terpaksala suapkan jugak..



Yang ni Kerapu Sweet Sour..
Ikan kecik jer tp harganya RM30.00




Menu yang keempat adalah Egg Tofu Sambal..
Harga RM10.00..
Tofu ni favorite kereta standard.. 




Air sy order air suam jer..
Ayam tu tak habis makan, siap bungkus bawa balik..
Makanan kat sini memang sedap & sy suka..lagipun Chinese food memang tak pedas..
Tak boleh makan selalu sangat sebab nanti bankrupt..haha
Jumlah keseluruhan...haaa, kiralah sendiri...


 


Lepas makan terus balik..sampai rumah dah pukul 6.30..mandi, kemas2 dan rest..

Sekian..