Pages

Tuesday, September 30, 2014

The Manhattan Fish @ NU Sentral


Salam Selasa semua..


Sekejap jer dah hujung bulan 9..
Esok dah masuk Oktober..hoii, keje belambak2 dan bertimbun2 nak clear sebelum hujung tahun nih..
Minggu ni pon adalah minggu yg agak hectic sket, dengan isu customer complaint memanjang, isu Sunway Lagoon kabel putus..menggelupor habis, tu pon tak settle lagi ni..


Esok lusa ada training 2 hari, itupon nak curi2 masa nak meeting dengan customer sekejap..
Hari Jumaat plak meeting dengan VP, baru jer plan nak MC..hehe tapi tak dapatla nak cuti..
Tu hari Jumaat tu kene pikirkan nak balik rumah cemana tuh..
Experience sblm ni memang sebelum raya sy memang cuti tp kali ni entahla, mcm tak bole nak cuti..
Kang balik masaklah dengan jemmm nak balik Bentong tu..
Takpelah, lambat lagi nak hari Jumaat..


So nak bagi sedap hati sket, kita update cerita makan2 la ek..
Ni pon sempatkan jugakla nak update blog..hehe


Ni adalah waktu rehat hari Jumaat sebulan yang lepas la kan..
Dah lama terperap dalam draff..
So ni first time sy makan Manhattan Fish..semua pon first time..apalah sy ni kan..
Lokasi adalah sudah semestinya kat NU Sentral tu..

Ehh, tapi lupa la betul ke hari Jumaat ke bukan..
Sebab kan selalu hari Jumaat jer kitorang gi makan best sket..

Mula2 nak makan kat Tony Romas, asik2 nak makan kat si Tony tu jer kan..
Sebab sedap jadi selalu la nak makan kat situ..hehe
Tapi pakcik Tony tu penuhla pulak, orang yang call dah booking pon ramai jugak..
Takpelah xder rezeki hari tu..
Tapi dah amik ctc no siap2 so lepas ni sebelum datang boleh booking dulu..
Kalau main redah jer, minta maafla memang xdapat..


Pusing2 kat bawah tu kebetulan kat Manhattan Fish ada available seat..
Layan jelah, mana2 tempat makan pon ok..


Geng makan hari tu dengan Kak Zati dan Kak Syikin..


Sy order mushroom sup..


Dengan platter ni..apa nama dia ntah dah lupa..
Yang ni discount half price utk set lunch..
So sebab K.Zati dan K.Syikin dah order set lunch so sy dapatla platter ni dengan half price..
Ok la, sedap jugak..


K.Syikin order fish & chip..
Tapi service lembab giler..
Lama yang amat tunggu nak sampai makanan..
Ntahapahapa ntah..


Yang ni set lunch K.Zati..
Nasi dengan ikan kukus..
Tapi ikan tu homaigoddd, pedas nak meninggal..
Hish, meleleh2 la air mata makan benda alah ni..
Bolehla makan ikan tu cuma kuah dia jer yang terlebih pedas..


Tapi sy tengok Kak Zati makan ok jer..
Habis licin jekk..
Lupa plak nak tanya esok tu sakit perut ke tak makan pedas..haha



So far makan kat sini sedap jugak..
Nora bagi 5 bintang..
Tapi nanti nak makan kat pakcik Tony Romas lagi...:)


Bye..



Thursday, September 25, 2014

Dip & Dip @ Bangsar


Assalam,


Sebenarnya dah lamaaaaa sangat teringin nak makan kat DipnDip ni since semua orang pon upload pic cokelat kat instagram tu..hoiii, meleleh2 ayaq lioq tau..


Dah lima ke enam kali plan dengan Eja nak makan kat sini tapi asyikla tak jadi..
Banyak nau songehnyer..hehe
Kebetulan ada satu hari tu sy pon lari la sekejap..
Ni kira mengular le jugak..
Mampos kalau bos tau hoii..

Tapi mengular yang tak berapa nak bijak sangatla sebab keluar office pon dah dekat pukul 5 petang..haha
Sampai bangsar hazab giler nak cari parking..siap pusing 2 kali memang tak jumpa parkingla..
Kang parking sesuka hati kang kene saman naya plak..
Kesudahannya park dekat Bangsar Village, menapak sketla..


Pergi makan dengan minah ni..
Restoren ni betul2 depan House of Doll butik Fazura tu..
Tp xdela sy masuk butik tu sebab plan cuma nak makan kat sini jer kan..



Yang ni air Eja, dia order Strawberry Milkshake..


Haa, yang ni sy punyer..sy order hot chocolate..
Tengok macam tempting sangat kan..


Sebenarnya bila tengok menu kan, kitorang tak tau nak makan apa..
Yelah masing2 tak pernah makan kat sini..
Tanya Eja u nak makan apa, minah tu ikut suka u jer..cehh..


Pandang2 kiri kanan tengok meja lain order apa..so kitorang pon order jugak menu yang macam sedap macam kat table sebelah2 tu..hehe
Apa nama dia ntah, lupa sudah..


Dalam tu ada macam kek coklat yang dibungkus dengan crepe dan dicurah dengan limpahan coklat..
Woiii, cedapnya...meleleh ayaq lioq..haha
Harga RM25++


Kitorang order satu plate dulu, kita try rasa yang ni..
Kalo tak cukup satu plannyer nak order menu lain plak lepas tu..

Tapi satu plate ni memang makan utk 2 orang..
Besar..


Tapi nasib baikla order satu jer..
Sebab coklat sangat rich dan kalo makan banyak2 memang rasa muak..


Yang sy lagila bijak sangat kan..
Dahla makan coklat, minum pon hot chocolate terus rasa pening2 lalat..
Sepatutnya order air mineral jer..
Haa, bijak tak bijak..


Tapi benda ni memang sedap..nyum..nyum..
Next time bole repeat makan kat sini lagi tapi kita try menu lain pulak..



Kira sekejap jer melepak kat sini sebab nak kejarkan bus balik..
Lepas makan terus chow..
Takdelah mengular sangat, kira cam gi minum petang jer kan..
Ewah..pandai2 jer minum ptg..haha


Terima kasih sudi baca,
Bye..


Tuesday, September 23, 2014

BBQ Chicken @ Kerinchi


Assalam,


Dah lama takde entry makan2 kat luar kan kat blog ni..
Kitorang kat office tu semuanyer busy memanjang, sy jer yang buat2 tak berapa nak busy sangat..
So kalau nak keluar makan lama sikit memang kene tunggu hari Jumaat..
Kalau tak memang xder geng nak makan kat luar selain makan kat office..haha


So hari Jumaat dua minggu lepas tu kitorang pon try la makan kat restoren BBQ Chicken ni..
Kalau nak tau sy memang hari2 pagi petang lalu depan restoren ni sebab kan sy naik LRT..
Lokasi dia betul2 kat bawah stesen Kerinci tu..
Walaupon restoren ni dalam 2-3 bulan dah buka tp baru ni la nak try makan kat sini.


Tapi lunch hour selalu full..
Samada kene datang awal atau datang lewat sikit...
Masa ni kitorang datang lewat tapi still kene tunggu sebab semua meja full..
Beraturla tungu dalam 10 minit baru dapat seat..

Kadang2 behaviour rakyat Malaysia ni, walaupon dah habis makan tapi diorang ni suka sangat bersembang, bersembang dan bersembang..
Yang kita ni dahla lapar, berdiri nak kene tunggu lama pulak tu..
Yang diorang selamba jer buat bodoh taknak bangun2..
Padahal dah nampak dah kita ni berdiri betul2 sebelah meja dia..
Ingatkan nak bangun rupanya tak, siap pandang2 lepas tu buat bodoh jer..
Hei, memang menyirap betulla..


Sambil beratur tu ambik order siap2..
So nanti kalau dapat table terus makanan sampaila kan konon2nyer..


Nasi dengan ayam ni macam signature dish kat sini la..
Menu ni nama dia Jerk BBQ..


Kitorang berlima..dari kiri K.Syida, K.Wani, K.Zati dengan K.Syikin..
Geng lunch sy..Haha..sy kawan semua dengan kakak2 senior tau..


Dah dapat table, tunggu sekejap then makanan pon sampai..
Yang ni K.Zati punyer..
Mushroom sup harga RM12++..


Besar dan rasa pon sedap jugak..
Memang kenyang giler walaupon makan ni jer sebab roti macam mangkuk tu besar so sup pon boleh tahan banyak jugak..


K.Syikin pon makan sama, musroom sup jugak..
K.Syikin ni jiran sebelah sy, dan dia dah selamat ke tanah suci untuk mengerjakan haji
Semoga selamat pergi dan selamat kembali..aminn..


K.Syida makan pasta..
Yang ni pon dalam roti jugak..
Tapi pasta ni cabonara rasanya tapi version sejuk punyer..
Macam tak sesuai plak hidang dalam roti tu sebab jadi banyak..
Lagipon mana ada orang makan roti dengan pasta kan..



Presentation macam best je kan..
Tapi rasa biasa2 jer..


K.Wani order ni..
Apa nama dia ntah dah lupa..
Kitorang yang lain2 semua pon sibuk2 rasa..ayam tu macam rasa barbeque, pedas2 manis sket..
Bolehla, nod bad jugak rasa dia..



Sy pulak order ni, spagetti apa ntah..
Tapi yang ni set lunch dengan air RM15.90 nett..


Jemput makan semua..
Makan kat sini ok jugak, not badla..
Adalah dua kali lepas tu kitorang nak makan kat sini semula kengkonon nak repeat makan mushroom sup tu tapi semua tempat pon full siap beratur panjang lagi..
Kesudahannya makanla kat tempat lain sbb dah malas nak tunggu beratur bagai..


Ada banyak lagi tempat2 makan yang menarik sy dah try so nanti sy update one by one..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..



Monday, September 22, 2014

Ikan Bilis Tempoyak - Senang Sangat dan Sedap Sangat


Assalam,


Stok tempoyak adalah dalam 2 balang sederhana dalam peti ais tu..
Almaklumlah jugak sebab sy ni dah jarang sangat masak kat rumah..
Yelah weekend mesti balik rumah mak sy, lepas tu rumah mak mertua plak, dengan kenduri lagi lepas tu jalan2 memanjang..haa, memang tak masak kat rumah..

So sebab tempoyak ada banyak jadi haruslah masak sesuatu dengan tempoyak ni..
Stok tempoyak ada banyak sebab mak mertua sy yang kasi, tp haritu time durian banyak sy ada jugak buat sikit..
So minggu lepas cuti hari Malaysia kitorang duduk rumah jer.
Pagi2 pegi pasar beli bahan nak masak tengahari..


Kebetulan sebelum tu sy ada ternampak orang post kat fb tentang ikan bilis tempoyak ni tapi yang dia punyer version yang ikan bilis tumbuk punyer..
Tapi kalo makan yang tumbuk tu macam tak best sangat sebab macam tak garing kan, jadi sy buat yang version goreng punyer..

Uiiihh, tengok gambar pon rasa dah bertakung-takung air liur dalam mulut..
So ni memang my first time try tp memang sedap gilos rupanya..
Sy yang konon nak diet, nak makan nasik sikeeeettt jer tapi akhirnya tertambah nasi sampai tiga kali plak..ooopppss


Resepi

Ikan bilis - digoreng rangup
Sebiji bawang besar - ditumbuk
Cili Padi (ikut suka) - ditumbuk
Tempoyak 3 sudu besar


Cara nak masak pon senang giler sebab bahan pon ada empat jenis je kan..
Mula2 panaskan minyak, lepastu tumiskan bawang besar..kemudian masukkan cili padi dan tumis sekejap. lepastu masukkan tempoyak..perasakan dengan garam & gula.masak sekejap dan akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digereng..
Tadaaa...da siap..
Senang sangat tapi sangat sedap pada tekak sy..


Masak tempoyak ni memang semerbak satu blok rumah sy tu bau tempoyak hahaha..
Kereta standard pon kata sedap..


Nanti nak buat lagi sebab kawan2 kat office pon nak rasa..
Kawan2 office kereta standard pon nak rasa jugak..
Takpe stok tempoyak banyak lagi, so memang cukup kalo nak buat banyak2 pon..

Selamat mencuba,
Sekian..

Friday, September 19, 2014

Colmar Tropical @ Bukit Tinggi


Assalam,


Sambungan gi Rabbit Park, lepas tu kitorang gi Japanese Tea House dulu then baru ke Colmar Tropical..
Ala, kat sini pon tiga tempat ni je yang ada pon..haha



Kat sini letih sketla sebab kene menapak naik bukit..
Tapi kitorang just jalan slow2 and enjoy the view..
Qayyum tu bersemangat sangat nampak gayanya..


Cuaca memang panas, so better bawa payung..
Cian baby kene panas..


Haa, ni lokasi wajib ambik gambar..
Qayyum tu jadi macam tu sebab kene paksa buat muka comel..
Lepas tu macam nak menangis sebab takut duduk kat batu tu..haha


Kasi kereta standard jer carry budak sebab baby ni dah berat tau..
Boleh sakit2 badan dan lenguh2 tangan dukung dia..
Kalau dulu2 masa Qayyum memanjangla kehulu kehilir bawak stroller tapi bila time Anaz ni dah malas nak bawa stroller..carrier lagi senang kot..
Tapi tengok tempat jugakla sebab ni kawasan curam lepas tu kan nak masuk hutan so carrier lebih senang..


Masuk dalam ni memang rasa aman damai jer..
Tapi kereta standard kata kolam ni buatan, bukan real punyer..
Sebab kat sebelah sana tu, ada satu kawasan tersorok sket tu ada paip air yang sambung ke semua kolam2 ni..
Sebelum tu beria2 la sy ingat semua ni real, semula jadi punyer..
Laaa, rupanya buatan tapi not bad jugak sebab cantik..


Budak ni memang pantang sket jumpa pasir..
Asal ada pasir ke batu ker, memanjang jer nak duduk bersila kat situ..
Kalau tak tegah, memang menjadi2 perangai budak ni..


Dulu rasa macam lagi banyak ikan kat kolam ni..
Ke menyorok bawah jambatan ntah..
Tapi tengok macam dah besar2 ikan kat sini..


Kat Japanese House ni bolehla berangan macam kat Jepun, boleh sewa kimono lepas tu hambik gambar sepuas2 hati..haha..
Tapi kitorang malas, cam membazir jer setakat sewa kimono tukan..
Tapi yang sebenarnya, sy teringin jugak cuma kereta standard malas nak layan..hahaha


Tema hari tu konon2 mama sedondon dengan Qayyum kaler biru, papa pulak sama Anaz kaler merah..
Layan jelah picture yang super banyak ni yer..




Tapi kat sini macam boring sketla..sebab macam dalam hutan..
Just jalan2 tengok view jer..
Budak macam Qayyum tu mana pahamla sangat kan, dia suka mainan jer tp kitorang ni cuba menerapkan nilai2 sukakan alam sekitar..cewahh..


Anaz pulak memang tido jelah..
Jaga sekejap, susu lepas tu tido balik..





Lepas tengok Japanese Garden tu, makan ice-cream then terus turun..
Turun bukit pon letih jugak..
Lepak2 sekejap keringkan ketiak..hehe


Hamboiiihh..Qayyum ni over betul sampai baring2 camtu skali..
Letih sangat gamaknya..



Masa ni dah jam 3 lebih, memang panas terik..


Kat area english building ni kalau buat fotoshoot memang cun..
Sebab semua bangunan kat sini semua cantik2 dan colorfull.





Ada clown jugak..


Dapat belon sorang satu tapi sekejap jer dah meletop..
Ganas sangat budak2 ni main..




Ni lagi satu, pantang nampak air kolam..
Mesti nak cuit2 jugak..


Masa kitorang datang ni, siap ada persembahan gymnastic dari China,
Layanla sekejap..
Tapi tempat ni macam tak sesuai sangat untuk diorang perform sebab diorang ni memanjat tinggi siap kene kain bumbung stage tu lagi..
Stage dia dah la kecik dengan rendah jer..kawasan pon xberapa luas..



Tengok show ni macam syok pulak..
Qayyum tengok orang lain tepuk2 tangan dia pon layan tepuk2 jugak..haha..


Fuiyooo..hebatla minah ni boleh lipat dua badan dia macam ni..
Lepas tu kitorang terus gerak balik..
Lebih kurang dalam 4 jam jer jalan2 kat sini..sebab macam takde benda sangat pon..
Nak makan2 pon tak menarik sangat..
Sudahnya balik Bentong makan kat kedai nasi ayam jer..


Sekian jalan2 ke Bukit Tinggi,
Terima kasih sudi baca..