Pages

Monday, March 31, 2014

Pelancaran Dunia Cinema @HyppTV


Assalam,


Wahhh, semenjak dua menjak ni memang takde masa nak update blog..
Seriously nak curik2 masa memang tak sempat..
Bayangkanlah, punyerla banyak unread email..masa yang ada utk baca semua email tu adalah dalam bas..
Walaupon pening2 sket tapi nak tak nak kene baca jugak email..
Mana yang penting tu terus jer on hotspot handphone dan reply.
Kat rumah memang tak sempat nak buka laptop, bayangkan sampai rumah dah jam 8, gedebak gedebuk jam 10 ke 10.30 dah tidur..
Bila dah lama tak update blog, rasa macam bosan giler blog sy ni..header pon tak tukar2 gambar..
Ntah bila masa nak tukar, tunggu jelah..


Last week tu ada pelancaran Dunia Cinema di Lobby Menara TM..
Dirasmikan oleh David Teo, so adalah ramai jugak artis di bawah MIG..
Sebelum tu dah dapat email notification so sy pon beria la nak turun tengok Nora Danish..tapi sedih, Nora Danish tak datang pon..


Katanya start jam 12 tengahari, gigih betul sy turun on time tapi xstart lagi masa tu..


Tak de geng pon so sy ajak K.Ida tengok tapi teman sekejap jelah..


Haa, tu Shaheizy Sam tu, nampak tak tp picture ni ambik jauh..
Habis hancur pecah2 la kan sebab sy duduk nun di hujung..


Tak kuasa akak nak gi depan tu semata2 nak ambik gambar retis..haha
Sorryla banyak gambar  kepala je..



Lepas habis pelancaran tu bolehla tarik2 artis2 ni nak ambik gambar.
Tapi sebab sy xder member so malas la nk ambik gambar dengan retis2 tu..
Sy snap jelah gambar2 diorang ni tapi dengan sapa2 ntah..


Alahai comel jer si Nad Zainal ni, tapi dia ada sekejap jer lepas tu dah balik..
Kecik molek jer Nad ni..


Yang ni Kuza, baru lagi kot pakai tudung sebab sebelum ni belakon tak pakai tudung pon..
Alhamdulillah dah berubah..


Yang sebelah Kuza tu bini David Teoh, datin apa ntah nama dia..
Yang sebelah tu pulak Rebecca Nur Al-Islam..


 Sy xder pon bersembang2, cuma senyum2 jelah..


Tetiba di pelosok celah2 banting tu nampak pulak sorang minah tu tengah berselfie dengan Shaheizy Sam..
Dulu2 banyak kali jugakla terserempak dengan Shaheizy ni kat KLCC


Gambar diorang ni jelah yang banyak sebab diorang ni duduk kat tengah2 hall


 Lepas tu nampak pulak Diana Danielle..
Cantik tp kurus giler..


Ni adalah antara artis MIG yang datang..campur dengan peminat2..
30 orang pertama yang melanggan Dunia Cinema ni dapatla bergambar dengan artis..
So yang duduk kat bawah tu dengan goodie bag warna cream tu adalah antara orang terawal melanggan..


DD ni cantik..muda lagi kan, lagipon artis mestilah cantik..


Elok2 jer lepas tu, DD pandang camera handphone sy..
Hehe..thanks la pandang sini..


Banyak lagi entry tertunggak, nanti ada masa terluang inshaallah akan updated blog dengan lebih kerap..


Terima kasih sudi baca.
Sekian..




Tuesday, March 25, 2014

Jemput Nenek Balik Umrah


Assalam..


Ni cerita sebulan yang lepas..
Walaupun dah basi tapi nak update jugak..hehe


Alhamdulillah parent sy dah pon selamat pulang ke Malaysia pada malam Isnin (24/2/2014)


So pada hari berkenaan memang sy jadi superwomanla..
Sy memang tak apply cuti sebab mak masa tu tak comfirm balik hari apa, naik flight pon tak call..
Cuma sy receive call yang terakhir dari mak jam 3 pagi Isnin tu mak sy kata baru naik bus dari Mekah nak ke Jeddah..lepas tu terus terputus..
Habis kreditla tu agaknya..


So pada hari Isnin tu sy pon masih bekerja seperti biasa..
Balik kerja pon macam biasa jam 5.30 ptg..
Naik bus 6.30 petang so sampai Bentong dalam jam 8.00 malam..
Check dengan sepupu sy sebab pakcik dengan makcik sy pon pergi sekali, sepupu sy kata maybe sampai dalam jam 10 malam..


Mandi dan siap2, jam 9 malam terus gerak ke LCCT..
Kitorang sampai dalam jam 10.30 mlm then sepupu sy pon call kata diorang dah selamat sampai..haa, elok2 jer timing tu..
Tapi walaupun dah sampai tapi mesti belum dapat keluar lagi tu..
Call Pak Anjang sy dulu sebab call mak sy tak dapat pulak masa tu, Pak Anjang sy kata baru sampai lepas tu nak tunggu luggage..
Kitorang pon melepak sekejap kat Old Town LCCT tu sebab tu betul2 kat depan pintu keluar..




Tengok kat information board tu jam 10.25 lagi dah selamat sampai Malaysia..alhamdulillah..


Tapi nak duduk melepak kat old town ni tak bolehla pulak duduk sesaja..
Terpaksala order makan..
Kitorang order jelah air secawan dengan fries..
Ingatkan nak suruh Qayyum makan sekali budak2 ni dua-dua bantai tido pulak..
Yang budak Anaz dari dalam kereta lagi dah tido..Qayyum pon sama jugak dah nak sampai tu baru tido lepas tu sambungla tido jugak.
Cian..letih sangat main waktu siang agaknya..
Lagipon dah memang timing bebudak tidur kan..



Tapi dapat lepak kat sini sekejap jer..
Dah dekat jam 12 tu kitorang kene halau sebab staff nak kemas kerusi meja..
Nenek pulak tak keluar2 lagi..
Takpelah, tunggu je sekejap lagi..



Lepas tu sambung tunggu kat sebelah dalam, dekat dengan pintu keluar tu..
Rupanya ada tempat menunggu, kitorang tak perasan pulak sebab tengok semua orang pon berlonggok tunggu depan pintu keluar tu..
Anaz masa ni dah terjaga tp Qayyum sambung tido lagi..
Tunggu sekejap lepas tu nenek dengan atuk Qayyum pon keluar dari balai ketibaan tu..
Alhamdulillah syukur..


Yang tudung hitam tengah tolak troli tu Mak Anjang sy dengan anak lelaki dia, pak anjang sy nampak songkok jer..


Alhamdulillah syukur, dah selamat sampai..
Abah sy sihat jer, cuma letih..
Mak pulak batuk2 selsema semua..


Bersembang2 sekejap dengan pakcik & makcik lepas tu terus gerak balik..


Kene gerak cepat2 sebab perjalanan masih jauh lagi ni..
Mak abah pon penat, dalam 24 jam dapat lena sekejap jer, kesian..



Dalam 12.15 macam tu la kitorang gerak dr LCCT, terus balik Sg Besar..
Jam 3.30 baru sampai rumah, itu pon sebab singgah pekan sekejap tapau nasi goreng..
Sy la yang kelaparan sangat, tak sempat nak makan wei sebab banyak sangat benda nak kene setle kat office..



Sampai rumah atuk terus keluarkan kapal terbang, beli kat Mekah untuk Qayyum..
Wahh, cumil sgt atuk Qayyum..hahaha
Tapi adalah 3 hari jer bertahan, lepas tu dah patah sayap sebelah..
Yang kelakarnya, bunyi dia bahasa arab..apa benda cakap pon sy tak paham..
So setiap kali kapal terbang ni berbunyi sy rasa runsing betul..


Lepas memunggah segala kurma, dapatla tidur sekejap..
Kereta standard lepas makan terus tidur..takpelah kesian dia penat drive..


Lepas subuh kitorang terus gerak balik Bentong, sebab kereta standard pon xboleh cuti sebulan..
Dia kene cover kawan dia sebab cuti bersalin..
Yang sy pulak memang tak apply cuti so masuk jelah office walaupon lambat..
Sampai Bentong terus hantar budak2 kat rumah pengasuh..
Balik rumah, mandi siap2 terus naik bus ke KL..



Matahari pagi tu cantik sangat..
Keindahan ciptaan tuhan..
Walaupun penat tapi demi mak ayah, apalah sangat berkorban sedikit masa..


Alfatihah utk #MH370
Rasa macam tak percaya, tapi jika itu pengakhirannya siapalah kita utk menidakkannya..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



Saturday, March 1, 2014

Kasut Sarung Utk Dunia Koporat



Assalam..


Dunia koporat la sangatttt..hahaha
Sebenarnya dah lama sy tak beli heel sebab tak pakai sangat..
Sy lebih prefer wedges sebab setakat ni tak melecet dan senang nak jalan..
Kalau heel ni cepat penat lepas tu kene cover2 sket takut terpeleot jek..
Tang paling sakit hati bila melecet..hoii, habis kakiku dimakan kamu kasut..
Semata2 nak tunjuk kasut yang cantik tu tapi kaki melecet tak payahla..


Tapi hari tu jalan2 kat KLCC ternampak nose ada sale..
Kengkonon nak tengok2 jer sekali ada pulak yang terbekenan..
Sebab dah lama takde kasut sarung so beli la satu..
Ni kalo lecet ni memang tak pakai dah la..




Utk beginning kita start dengan heel yang tak berapa tinggi sangat dulu..

Setakat ni belum lecet lagi sebab sy pakai kat office jer datang office dengan balik pakai kasut lain..
Mana mau menapak jauh2 nak pakai heel ni, alamat kene tinggal bas ler jawapnyer kalau jalan lenggang2 kangkung dengan kasut ni..



Kalau yang ni ok, then boleh masukkan dalam list shopping another new shoe next month..hehe..


Terima kasih sudi baca.
Sekian.