Pages

Thursday, May 23, 2013

UTM Convocation - Part 2



Assalamualaikum...


Ini sambungan cerita dari Part 1 Cnvocation UTM sy..
Kalau belum baca, sila lah click SINI


Convo sy kan sesi petang, malangnya hujan turun dengan lebatnya..
Memula kan sy dah pesan siap2 kat kereta standard supaya tak payah datang tengok pon tapi dia degil..
Tetap datang jugak..memula sampai tu hujan belum turun lagi tapi lepas tu hujan turun dengan lebat giler..
Memang hujan rahmat betullah..
Lepas tu banyak drama jugak yang berlaku..hehe..




Kereta standard kata Qayyum memang sukar di kawal..
Asyik melalak tak ketahuan punca..
Dia rimas agaknya, dahla dengan ramai orang lepas tu tak selesa pulak tu..
Duduk kat situ jer, memang bosanla agaknya..




Nasib baik ada long kereta standard tolong jagakan..
Itupon tak terkawal jugak..
Bayangkanlah menunggu sy habis convo dr jam 4 petang sampai pukul 6 petang..
Long kereta standard pon datang tapi dia datang tido semalaman jer..
Ada hal sket kat Skudai..
Malam tu jugak terus balik gerak KL naik bus..




Kesian mak mertua sy, nak jugak tengok menantu dia ni convo, sampai basah2 kene hujan..
Masa ni memang hujan tengah lebat..
Orang pulak memang ramai..
Dewan dah penuh, terpaksa tengok dekat luar jer..




Bila keluar jer dewan, orang dah la ramai..
Line pulak sangatla bizi, nak call dan nak sms semua reject..
Setengah jam juga tunggu sy memang tak jumpa kereta standard..


Dia kata dia tunggu kat depan dewan..
Sy mula2 dah keluar ikut pintu sebelah tepi, lepas tu sy masuk balik ingatkan boleh keluar ikut pintu besar..
Sekali tak boleh pulak..laluan khas vvip katanya..
Terpaksa berhimpit2 nak keluar semula ikut sebelah tepi sebab masa tu masih ramai lagi orang yang nak keluar dewan..


Dengan hujan yang masih lebat tu, terpaksa jalan perlahan2 kat celah2 orang ramai tu..
Takut jugak terjatuh tergelincir ke apa ker..
Dah sampai kat depan tu xder pulak diorang ni..
Tunggu punyer tunggu kat depan tapi still tak jumpa jugak kereta standard..


Bila dapat call dia suruh pegi kat kereta kat tempat lain pulak..
Dia dah hangin suruh cepat2..
Sy pon stress jugak, orang dah la ramai ni, dengan penatnya..dia pulak bising2..


Lepas tu sy nampak tempat untuk ambik gambar studio..
Sy pon selamba je register..
Call kereta standard sy suruh dia balik dulu, karang lagi sejam baru jemput sy..
Hahaha..degil tak degil..
Nak jugak ambik gambar studio, dengan orang ramainyer..
Masa tu baru nombor 50 sedangkan number sy 125..kene tunggu lagi 45 minit ke 1 jam..
Tak kira, degil punyer pasal, tunggu jugakla walaupon lambat lagi..


Masa tengah tunggu tu, barulah jumpa kereta standard..
Qayyum nampak jer sy terus nak berdukung taknak turun2..
Lepas tu nampak budak2 pegang belon dia pon nak belon jugak..
Melalakla bersambung2 nakkan belon tu..
Dah petang2 mana ada orang jual belon lagi..




Yea..dapat bunga..
Thank you husband..
Kereta standard macam nak marah sy tapi tak jadi nak marah..
Memula dia suruh cancel jer gambar studio tu, sebab lambat sangat nak tunggu..
Anak dahla meragam jer..
Sy pulak keraskan hati nak tunggu jugak, pedulik hapa sy..
Nak taknak terpaksa jugak diorang semua tunggu..
Hewhew..degilkan..




Masa ni qayyum memang taknak lepas, nak dukung jer..
Sy pulak dahla letih..mana larat nak dukung dia lama2..
Kene berdiri pulak tu..
Kasut dia ntah mana2 pegi, dia memang taknak pakai kasut..




Dekat pukul 7 petang barulah nombor dipanggil..
Memula tu sy ambik yang pakage single, sy sorang jer..
Dah kereta standard dengan mak mertua sy ada sekali, terusla sy tukar pada pakage yang ada 2 family potrait..
Harganya RM95 sahaja utk 2 keping gambar convo 8R dengan 11R dan 2 family potrait..
Nanti diorang akan pos sekali dengan gambar dalam dewan..




Ramai yang tak larat nak tunggu, dan ramai jugak yang cancel..
Sy rasa memang lambat lagi la kene Q kalau ramai yg tak cancel..




Ambik gambar kat dalam ni sekejap jer..
Q tu lah yang tak tahan, kene tunggu lama..
Tapi sebab nak jugak, tunggu jelah lama mana pon..
Nasib baik kereta standard tak marah, sabar jer layankan degil sy tu..






Memula gambar solo..




Lepas tu dua gambar family potrait..
First dengan family sendiri lepas tu dengan mak mertua sy pula..
Long kereta standard taknak masuk sekali..
Gambar2 ni bukan dr jurufoto tu tapi camera sendiri tau..
Long kereta standard yang tolong snapkan..
 

Bayangkanlah, Qayyum dengan tak pakai kasutnyer..
Nasib baik dapat cover line sikit..
Dan nasib baik jugak mood dia ok jer, xderla asyik nak mengamuk melalak masa ni..




Lepas jer ambik gambar studio, terus bergegas nak pulangkan jubah..
Jubah tu sebenarnya boleh pulangkan keesokan harinya..
Tapi malas dah pening2 kepala, kalau nak penat pon biar settle semua urusan malam tu jugak..








Sebelum pulangkan jubah, ambik gambar puas2 dulu..
Masa ni dah jam 7.30 malam..
Dah gelap gelita..
Tapi masih ramai agi orang tak balik..
Convo sesi petang memang menggelupur sikit, kene manage masa betul2..


Keluar dewan pon tak sempat dah nak ambik gambar posing2 dengan kawan2, nak baling2 topi bagai..
Semua orang rushing nak jumpa family masing2..
Tambah malang lagi cuaca hujan pulak tu..
Takpelah kan, dugaan sikit jer..


Lepas jer pulang jubah, terus bergegas ke Taman U nak ambik transcript pulak..
Sap sap soi, akhirnya settle jugak semua urusan..
Pukul 8.15 baru sampai bilik hotel..penat tak payah cakapla kan..
Rest sekejap, mandi dan solat..
Lepas tu dalam pukul 9.30 tu kitorang keluar cari makan, lapar giler sy tak makan2..
Last sekali breakfast, nasib baik makan heavy..makan nasi lemak masa tu..
Bertahanla jugak sampai petang..


Lagipon nak hantar long kereta standard balik..
Bus dia pukul 11, dia nak balik KL malam tu jugak sebab esok dia kerja..
Kitorang pulak plan nak jalan2 JPO la kononyer keesokkan hari tu..
Tapi tak singgah mana2 pon sebab kereta standard kata dia letih..
Check-out jer hari rabu tu terus balik Temerloh sebab nak hantar mak mertua sy balik dulu..


Dari Skudai nak balik ke Temerloh kereta standard pecut 170 -180 km..
Bayangkanlah gerak pukul 10.30 pagi, sebelum  jam 3 petang dah sampai Temerloh..
4 jam suku jer..
Tu pon stop isi minyak kat RNR sekali, stop kencing dua kali dengan singgah Bentong sekejap tapau lauk..


Pagi semalam kereta standard check saman, tengok2 ada dua saman speed trap..
Jumlah untuk dua saman tu adalah RM360..kereta standard terus je bayar..
Ni la padahnyer bawak laju2, nak cepat sampai sangat..
Nasib baik selamat sampai..
Lain kali sediakan duit banyak2 untuk bayar saman kalau nak bawak kereta laju2..


Sekian kisah convocation UTM sy yang lepas..
Terima kasih sudi baca..

Tuesday, May 21, 2013

Cerita Demam Qayyum


Assalamualaikum..


Hari ni dah 4 hari sy cuti..
Due bersalin 25/5/2013..
Sebenarnya masa first check-up tu sy pon terlupa bila last period sy..
First pregnancy check-up dah masuk 2 bulan lebih sebab masa tu tak expect pon pregnant..hehe
Lepas bersalin Qayyum period memang tak teratur..
Walaupun tak fully breastfeed, period pertama sy adalah masa Qayyum setahun..
Lama giler nak tunggu period..haha


So bila jumpa doktor sy pon agak2 jer sebab dah lupa last period date tu..
Bila doktor scan sy tengok tarikh EDD adalah 20/5/2013..
So sy pon set in mind sy akan bersalin tarikh tu..dan dengan harapan jugak dapat bersalin cepat..


Tapi harini dah 21/5..masih takde tanda2 sakit nak bersalin pon..
Bosan giler kot duduk rumah..
Bangun pagi, kemas2, sapu sampah, mandi..
Basuh kain, sidai kain, selebihnya layan tv dengan layan movie jerk..
Tak pon main game..candy crush tu..dah addicted pulak..
Tapi asyik nak request nyawa kat kawan2 jer..
Petang sket baru masak nasi sebab kereta standard pon bz, tak balik rumah pon tengahari..
Tapi kalau malas tapau jer, tak pon makan luar sudah..


Nak masuk office malas giler kot..
Letih nak jalan kaki jer..
Kalau office dekat sy datang jer kerja..takdelah membazir cuti..
Tapi takpelah..
Mungkin baby belum nak keluar lagi kot..
Nak kata tak berjalan, sy rasa ni dah tahap maksima gi berjalan dah ni..


Qayyum pulak hantar jer rumah pengasuh..
Hehehe..pemalas giler kan..


Last check-up kepala baby dah turun tapi belum lock jer lagi..
Doktor kata bersedia jer kalau turun air, turun darah dan contraction..
Turun air memang tak sakit tapi turun darah akan sakit..
Kalau dah ada tanda2 tu cepat2 gi klinik atau gi hospital terus..


Hari ni mood rajin pulak nak menaip..
Tapi sambil layan anime "Midori No Hibi"..hehe..
Cerita ni sy copy dr officemate sy dulu..
Dah tengok sekali tapi sy jer nak ulang..
Dari semalam dah layan, tak habis2..sambung pulak hari ni..


Kali ni nak cerita pasal kisah demam Qayyum haritu..
Qayyum memang dah lama tak demam..
Selalu kalau demam semalaman jer..sok pagi dah kebah..
Tapi minggu sy convocation tu dia demam sampai seminggu..
Risau tahap gaban..
Memang tuhan nak uji agaknya..


Sebelum Qayyum setahun dia memang selalu demam..
Sebulan mesti sekali demam..
Sy la yang letih nak berjaga malam..
Tapi masa tu dia baby senang jer nak jaga..
Bagi makan ubat on time, letak cool fever, letak kain basah ker or sapu dengan air asam then dia dah ok..takdelah banyak sangat songeh merengek ker apa...
Sehari dah ok, demam pulak time malam jer..
Siang terus baik..


Dulu, masa pergi klinik tu ada sorang makcik ni pon antar cucu dia check-up..
Dia pon tanya kitorang bagi susu apa..
Masa tu kitorang memang asyik tukar2 jer susu..
Mula2 dutch lady, tapi yang ni mula2 Qayyum sembelit teruk, buat cair sikit pon still sembelit lagi..
Sampai 3 hari tak buang air besar..risau giler..tiap dua hari kene masukkan ubat bontot tu bagi dia buang air besar..


Memang tak boleh jadi la..
Lepas tu sy tukar susu Dugro buah2an dan sayur2an tu pulak..
Susu ni pon ok tapi tu lah setiap bulan dia akan demam sekali..walaupun deman sehari dua tapi still demam jugak..
Jadi makcik yang sy jumpa kat klinik tu advice bagi susu Mamil Gold..
Dia kata cucu dia minum susu tu ok dan dia pon suruh cuba..memangla mahal sikit tapi berbaloi katanya..


Balik tu sy pon cerita pada kereta standard, then terus jer tukar susu kepada Mamil Gold..
Alhamdulillah, Qayyum pon serasi dengan susu tu..
Dalam bulan ke-empat lepas tukar kepada Mamil Gold baru dia demam sekali..
Tu pon sekejap jer..
Lepas tu sy pon dah lupa berapa kali dia demam, tapi sekali dua jelah..


Tapi, sebab dah lama tak demam..kali ni agak lama sikit baru nak kebah..
Sampaikan stok ubat demam pon dah takde kat rumah..
Dia pon dah besar, nak makan ubat kemain liat lagi..
Siap sembur2, nak bagi makan ubat pon kenen bedung bagai tu pon tak jalan jugak..
Letakkan cool fever tu pulak dengan selamba jer dia cabut..
Malam asyik merengek jer, letak kain basah taknak, nak sapu air asam pon siap tepis2..
Yang paling susah nak ukur suhu badan dia..memang mencabar betul..


Qayyum start dedar hari sabtu 4/5 tu..
Sabtu malam ahad tu suhu badan dia 38..risau sangat..
Hari ahad pon tak turun jugak suhu masih 38..
Sy pulak tak bawa dia pegi klinik sebab hari 5/5 tu hari mengundi, kereta standard pulak kene bertugas..
Siang tu Qayyum pon macam ok jer, masih boleh main2..tapi bila malam suhu badan dia naik pulak..
Tawakal jelah sebab pagi Isnin tu dah nak gerak ke Skudai..
Masa siang tu suhu badan Qayyum masih ok..tapi bila dia tak sihat asyik merengek jer..
Usik sikit jer melalak,,memang tak boleh silap langsung, manja lebih..





Bawak mainan masuk dalam kereta takut dia bosan jer..
Masa ke Skudai dah masuk hari ke-3 demam..
Tapi suhu badan xdelah panas sangat..
Masih ok dan terkawal..ubat memang langsung taknak makan..
Perasan masa ni Qayyum memang tak active sangat, susu taknak minum, makan pon sikit jer..
Melalak jer kerjanya..





Malam isnin tu, suhu badan Qayyum panas semula..
Risau giler, esok tu sy dah nak convo..memang tak tenangla perasaan bila fikirkan anak demam..
Mulut dengan bibir pon dah merah2 sebab kering..susu taknak minum, air pon kurang jugak..
Malam tu terus jer ajak kereta standard gi cari klinik..
Tanya receptionist resort kat mana nak cari klinik, diorang siap draw kan map lagi..
Dekat jer dr resort..


Tapi sikit punyer siksa doktor nak check..
Masa tu suhu badan 39, nak suruh bukak mulut kemain melalak lagi..
Doktor terus jer masukkan ubat bontot..nak masukkan ubat pon kemain meronta2 lagi..
Tapi doktor ada bagi spare 3 biji..tapi bila suhu 38 dan ke atas jer baru guna..






Malam tu suhu dah ok sebab dah masuk ubat bontot, tido pon bogelkan jer..
Time tido ok, takde asyik nak melalak terjaga2 sangat..
Tapi bila siang suhu badan panas balik pulak..
Pagi selasa tu bawa Qayyum mandi pool dengan harapan boleh turunkan suhu badan dia..




Petang hari convocation sy tu dia asyik meragam jer..melalak tak ketahuan punca..
Lepas tu kene hujan pulak..
Kesian kereta standard kene handle Qayyum sorang2..
Sebelum tu kereta standard ada masukkan sebiji ubat bontot..
Kiranya dah dua biji masuk ubat bontot tapi masih belum ok lagi..


Malam tu dia tertidur, dengan tak makan, susu pon tak minum..
Pagi rabu tu ok sikit, nakla makan tapi sikit jer..
Selebihnya asyik nak meragam jer..






Ni masa pagi sebelum turun breakfast..
Masih lagi kat Pulai Spring resort..
Dah tak larat nak layan dia punyer meragam tu..
Lepas jer check-out memang terus balik..
Tak singgah mana2 pon..
Memula ingat nak gi JPO tapi kereta standard taknak, jadi terus jer balik..


Alhamdulillah, lepas lima hari demam Qayyum dah ok...
Memang stress kan anak demam lama..
Harap2 lepas ni taknak la demam lama2 macam ni lagi..


Sekian cerita demam Qayyum..
Terima kasih sudi baca..




Friday, May 17, 2013

Pulai Spring Resort, Skudai


Assalamualaikum..


Untuk convocation UTM sy yg lepas tu kitorang menginap kat resort ni, Pulai Spring resort..
Ni semua idea Annie..Zura pon duduk kat sini jugak..
Tapi yang Annie tu dia tak booking, dia datang awal..hari ahad dah sampai so dapat bermalam semalam jer kat sini lepas tu dia terpaksa keluar menginap kat hotel lain sebab resort ni dah fully booking sepanjang majlis convocation..
Pada sy resort ni memang sangat cantik dan nampak tenang dan damai jer..
Memang dekat sangatla, lebih kurang 3km jer dr UTM Skudai tu..






Ada guard house..
Setiap kali nak masuk dan keluar kene ambik pass dan pulangkan semula pass tu..
Sy pon tak pasti apa funtionnya..
Tapi untuk faktor keselamatan la agaknya..




Jalan nak masuk ke resor ni dikelilingi oleh padang golf..
Nampak hijau jer..tu yang nampak lagi cantik tu..




Sementara kereta standard check-in, sy pon snap gambar2 di sekitar lobby resort ni..
Kat depan sekali ada lego dinosour..
Nak promote suruh pegi legoland la apa lagi kan..
Tapi Qayyum tak heran pon dengan lego dinosour ni..




Ni adalah pakage yang disediakan kalau berminat nak pergi legoland..
Kitorang takda perasaan pon nak pegi..
Next time maybe..




Haa, budak ni nampak jer kereta ni terus ajak wan dia main..
Qayyum masa ni masih demam..
Memang merengek nak berpeluk jer kerjanya..
Usik sikit jer memang melalak jer la..
Badan pon nampak lemah jer, dan tak berapa nak aktif sangat..
Menyusu pulak dahla sikit, buat 6 auns pon tak habis..selalu buat 9 auns memang habis tanpa tinggal setitik pon..
Memang mencabar betul nak menguruskan anak demam..




Lepas jer check-in, terus dah boleh masuk bilik..
Memula ingatkan kene tunggu pukul 2 petang ker baru boleh masuk bilik tapi dalam pukul 11 lebih tu kitorang dah boleh terus masuk bilik..




Hotel ni memang cantik, luas dan nampak agak exclusive..
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh tengok dekat website hotel ni yer..




Sy book suite apartment dengan 2 bilik..
So, bilik kitorang 05-03..
Maknanya tingkat 5, suite no 3..








Bila masuk jer suite ni, memang lagi terserlah la exclusive tu..
Yang ni hall dia..
Sorry, gambar gelap sikit..agak kurang pencahayaan disitu..hehe




Yang ni pulak dining area..
Bukak jer pintu suite terus nampak bahagian pantry dulu then barulah bahagian hall tu..









Yang ni bilik sy..
Memang luas la keadaan bilik ni..




Ada tv jugak tapi tv gemokla..
Tv lcd besar kat luar jer..




Yang ni bilik air..
Transparent uols..haha..




Bilik air memang besar dan luas..
Tapi takde pintu..
Pintu ada cuma pintu tu memisahkan bilik dengan bilik almari jer..
Tapi yang tak best sebab takde bath-tub jer..
Memula dah berangan ingatkan ada bath-tub..bolehla rendam Qayyum kat dalam sekali takde pulak..




Budak Qayyum ni memang menempel jelah..
Ikut jer mana sy pergi..
Mama nak tangkap2 gambar jelah nak oii..
Masuk dalam toilet pon dia ikut jugak..




Almari pon luas dan besar..
Memang sangat selesa..




Antara toiletries yang disediakan..




Iklan sekejap..
masa untuk salin dypers anak..hehe..




Yang ni pulak bilik mak mertua sy..
Tapi single bed..
Bilik besar jugak cuma takder tv jer..




Yang ni pulak view dari balcony..
Nampak terus main entrance ke lobby hotel..
Yang sebelah sana tu spa & sport centre..




Sebelah petang tu, habis jer rehearsal convo, kereta standard ajak jalan2 tengok sekeliling resort ni..
Memula turun tingkat 2 tengok pool..
Sebab Qayyum demam so dia pon macam takde perasaan tengok pool ni..
Senyap jer, kalau dia sihat mesti dah nak terjun dah..




Pool ni nampak cantik maybe sebab lantai dia kaler biru kot..




Ni view sebelah pool..
Resort ni memang dikelilingi oleh padang golf..
Rasa tenang jer..




Lepas tu kitorang jalan2 dekat spa & sport centre pulak..
Kat dalam ni ada gym dan ada lagi satu pool..







Tapi kat sini takda pool kanak2..
Cantik jugak pool dekat area ni..
Lagi besar dari pool dekat hotel..






Kitorang just jalan2 jer..
Tak mandi pon..
Lagipon Qayyum pon masih tak sihat, keesokkan hari tu sebelah pagi lepas breakfast baru bawak Qayyum mandi pool..
Dah agak2 gelap, nak magrib tu kitorang terus balik naik bilik..


Bila check-out..tergezut ai tengok bill..
Harga bilik suite tu RM340 per night..++ breakfast ++ service charge ++ government tax lagi..
Keseluruhan bill utk 3 hari 2 malam tu adalah RM1000 - RM60...
Masa check-in tu kereta standard deposit RM1000, masa check-out utk balance yang dipulangkan cuma RM60..


Terima kasih pada kereta standard sponsor percutian kali ni..
Walaupun tak celebrate birthday sy dan anniversary kitorang tahun ni tapi inipun dah happy enough for me..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..