Pages
▼
Thursday, November 29, 2012
Pelam Gergasi
Assalamualaikum..
Masa balik kampung Sg Besar hari tu..singgah sekejap rumah sepupu sy..
Kebetulan pokok pelam kat depan rumah dia masih lagi berbuah lebat..last time sy balik kampung ada singgah tapi tuan rumah xder..tapi sy ambik sebiji jer sebab teringin..
Tapi sebijik buah pelam tu bapakla besar..
Rasa yang buah sebelum ni lagi besar2 nak compare dengan kali ni..
Bila kata kat sepupu sy hari ambik sebiji..dia gelakkan jer..dia kata kenapa ambik sebiji jer...
Hahaha..xnak ler tamak, ambik satu sudah..lagi pula tuannyer xder..
Sepupu sy xnak jual pon buah pelam ni..sebab dia kata ni kenangan arwah suami dia yang tanam..so dia sedekah jer kat sedara mara dan jiran2..
Alhamdulillah..semoga murahla rezeki akak yer..
Sy tak tau pon apa nama mangga ni..
Panggil pelam gergasi jer sebab mangga ni sangat besar ko..
Lupa pulak nak tanya sepupu sy apa nama buah mangga ni..
Sepupu sy suruh ambik yang tua2 sikit..
Nak kait guna benda tu..botol air yang dipotong sket kat hujung dia utk elakkan buah mangga ni jatuh ke tanah dan pecah..sungguh effektif..haha
Kereta standard la yang jadi mangsa utk ambik buah mangga ni..
Sebab tinggi, dia siap panjat lori lagi..
Tak cukup badan lori, siap panjat kepala lori lagi..
Gaya macam nak ambik banyak sangat padahal ambik 4 bijik buah mangga jer pon..
Sepupu sy suruh ambik yang tua2 sikit tapi sy ni degil nak yang muda jugak..
Hari tu tengok kat pasaraya sebiji RM12++..gulp....telan air liur sekejap..sebab buah mangga ni sekilo RM8..mahal jugak rupanya...
Ni la hasil penat lelah kereta standard mengait buah mangga tu..
Dapat 4 biji..2 biji yang dah tua sikit, 2 biji lagi yang muda..
Buah mangga ni sangatla besar2..tengok gambar macam xcaya jer kan..
Balik rumah terus laju2 pilih dan kupas yang paling muda sekali..
Kupas sebijik jer pon dah penuh pinggan..
Buat sambal kicap taruk cili padi..nyum2..dah jadi bahan kumbahan pon..hehe..
Buah yang tua sikit tu sy tinggal utk mak sy, xnak bawak balik pon..
Lepas tu mak sy kata dia biar sampai masak dan sangat la manis..
Minggu depan kalau balik Sg Besar sy nak gi singgah lagi rumah sepupu sy tu nak tengok kot ada buah lagi ke tak..kalau ada boleh mintak lagi..hehe
Sekian..
Qouta gambar dalam blog dah penuh..
Assalamualaikum..
Sejak beberapa hari lepas nak update blog tetibe pulak quota gambar sudah full..terus xder mood dah nak update blog..
Cemana nak buat ek..
Xkan nak beli pulak semata2 nak tambah qouta kan..
Xkan nak beli pulak semata2 nak tambah qouta kan..
So calling2 kawan sy si dak Irna tu, dia kata google jer kat internet..xpayah membazir beli...
Akhirnya sy jumpa blog ni..sangat2 informative, siap ada tutorial step by step..
Memula cam pening sket sebab sy bukan reti sangat tapi at last senang jer rupanya..
So next time kalau ada masalah yg sama lagi just tambah author dan setting semula sahaja..
Sekian..
Friday, November 23, 2012
Sg. Klah Hot Spring @ Sungkai
Assalamualaikum..
Hari tu masa balik Sg Besar kan kitorang terpaksa ikut jalan jauh, sekali lalu kt Sungkai..
Sy dah pernah pergi sini masa family day last 2 years..macam dekat jer dr kampung jadi ajak kereta standard gi sini..bawak mak dengan abah sy sekali..
Dari Sg Besar lebih kurang 1 jam 40 minit perjalanan sampaila tempat ni..
Kene masuk dalam sikit baru sampai kolam air panas ni..kolam air panas ni betul2 berada dekat dalam felda..perjalanan lebih kurang 10km dari jalan besar..
Sampai2 lebih kurang pukul 12 tengahari..gerak dari rumah pon dah lewatkan..
Kitorang datang sini hari Khamis last week.cuti 3 hari xder buat apa2 so baik gi jalan..
Ingatkan takdelah ramai sangat orang..rupanya jangkaan meleset..parking kereta pon hampir penuh tapi nasib baik dapat parking tempat baik punyer..park bawah pokok, redup sket..
Bila tengok kiri kanan, pokok2 buah durian dan rambutan semuanya tengah lebat berbuah..
Pokok rambutan bolehla ambik kot sebab tengok ramai jer orang yang petik..
Nak masuk dalam ni kene la beli tiket dulu..harganya RM12 untuk dewasa..
Dulu RM10 jer, sekarang dah naik harga jadi doblas hengget pulak..
Kanak2 xtau, lupa plak nak tanya sebab kereta standard jer yg gi beratur beli tiket..
Qayyum free entrance jer..
Kitorang memang dah siap2 pakai baju nak mandi dari rumah..
Tak payah nak susah2 tukar2 dah..terus jer gi mandi karang..
Lepas jer parking kereta, kitorang semua naik tren yang disediakan..nak jalan kaki pon boleh tapi jauh sketla..
Kalau nak exercise bolehla jalan kaki, tapi kitorang ni semua sayang lemak so kita naik trenla kan much better..hehe..
Semua kain baju sumbat dalam beg plastik jer..dah tak jumpa nak cari beg yang cantik sket kat rumah mak..
Lagipon kitorang balik kampung bawak beg yang troli tu, takkan nak gi mandi kat sini nak bawak beg troli yang besar gedabak tu..
Plastik pon plastik la kan..
Takderla jauh sangat pon sebenarnya..dalam 1km jer..
Tapi dah ada tren so kita naik jelah kan..
Nenek dengan atok Qayyum pon excited..first time datang sini..
Nenek mula2 xmo mandi..nak tengok2 jer..
Tapi akhirnya mandi jugak kat tempat kolam air panas..nasib baik nenek bawak baju extra..
Tengok gambar tu, terus rasa teruja..
Xsabar2 nak mandi rasanya..
Budak ni kan suka sangat jalan atas rumput tau..
Dah cakap dah jgn pijak rumput, tapi susah sangat nak pahamnyer..
Kita takut terpijak najis ker apa ker..
Tapi bukan Qayyum sorang jer kot, sy tengok budak2 lain pon suka jalan atas rumput..
Gi kedai jap tengok2 kot nak beli apa ker..
Sekali papa Qayyum berkenan plak dengan pelampung ikan paus ni..hangkutla sekor untuk anakanda kesayangan..
Sebelum ni pon xpernah beli pelampung sebab kereta standard xder bawak kitorang gi mandi manda kat mana2 pon..
Tapi kali ni sebab nak gi mandi kolam, beria la beli pelampung bagai..
Makcik yang jual ni taknak kurang waima singgit pon harga pelampung tu..terpaksala bayar jugar..sekor harganya RM18..
Tapi ada banyak tempat yang jual pelampung..
Kat depan kolam ni pon ada banyak stall yang jual pelampung..macam2 jenis ada..
Sampai2 jer, terus cari port letak barang..
Lepas tu terus terjun masuk kolam..
Sy mandi jugak kat area sini..
Tapi sekejap jer..lepas tu terus gatal2 badan..
Qayyum dengan kereta standard mandi kat pool ni lama jugakla..
Lepas tu kitorang gi kat tempat air panas..mana2 tempat pon ramai sangat orang..
Nak letak barang2 pon xder tempat..
Kitorang pulak tertinggal tikar dalam kereta, terlupa nak ambik sebelum tu..
Kalau ada tikar senang..bentang jer kat mana2..
Kat tempat air panas tu Qayyum pulak tak boleh mandi..
So kereta standard bawak dia main semula kat sini..
Sy pulak bawak mak gi rendam kaki kat tempat air panas..
Gambar takder sebab sy pon mandi jugak..so malas nak pegang2 kamera..
Jatuh masuk kolam, cair pulak karang..kamera dah la tak canggih mana pon..hehe
Dekat Sg Klah hot spring ni ada pool untuk kanak2 dan dewasa..
Ada pool kolam air panas, taksela panas sangat..budak2 skolah rendah still boleh mandi tapi pelampung adalah dilarang..
Ada kawasan mata air panas yg boleh rebus telur..ada kolam yang boleh rendam badan, ada yg cuma boleh celup2 kaki jer..setiap kawasan juga di label tahap kepanasannya..
Tempat ni ada resort jugak tapi xtanya pulak berapa harga..
Kitorang mandi sampai pukul 1 lebih..
Lepas tu makan bekalan..
Datang sini harusla bawak bekal sendiri..
Kat sini xder restaurant yer..yang ada cuma jual burger dan aiscream jer..
Lepas jer makan2, sambung mandi sekejap lepas tu terus jer mandi kat bilik air & tukar baju..
Siap2 dan terus gerak balik rumah..
Dalam 2 setengah jugakla kot kitorang gerak balik..
Muka keletihan layankan anak mandi-manda..
Apesal bila sampai gambar sy jer, kenapa ada frame macam "bontot" kat atas tu ha..
Kita ambik gambar awak elok2, tp kenapa ambik gambar kita tak cun pon..mencikk!!..
Sekian, kisah mandi manda pada hari tersebut..
Len kali boleh datang lagi..tapi xmo datang hari public holiday, ramai sangat orang..rimas tau..
Saturday, November 17, 2012
Cerita balik kampung & banjir..
Assalamualaikum..
Cuti deepavali sambung ke cuti awal muharam dapat 3 hari..hari isnin dengan jumaat pulak kerja, malasla nak ambik cuti sebab cuti sy tinggal 2 hari jer..nanti nak guna bulan doblas..simpan dulu..
Jadi, cuti lepas kami balik Sg Besar..
Dah call mak kat kampung kata nak balik tapi mak mata jangan ikut Tg Malim sebab jalan tutup disebabkan oleh banjir..
Macamana nak balik ni, kalau ikut KL dah tentu2 jem dekat Batu Cave sbb tengok berita diorang buat rumah terbuka..
Bincang punyer bincang, kereta standard kata kita redah jer banjir..lantak situ, biar apa pon yang berlaku..
Cewah..sedap jer cakap kan..kang keta rosak, nangis pulak kene kua duit repair..
Tapi, baiklah sy menurut perintah jer..
Ingatkan nak balik pagi2, kalau dah sampai kampung awal bolehla rest..
Tapi nak menunggu diorang ni bangun tido, pukul 10 baru bangun..
Buat breakfirst siap2, basuh kain, kemas rumah, sidai kain, kemas2 baju masuk dalam beg..masuk dalam bilik tengok mereka masih tido lagi..Qayyum kangkang kemain besar lagi..budak ni tak suka selimut, tu yang jadi camtu tu..
Kesudahannya, gerak balik pukul 12 tengahari..
Balik kali ni kereta standard bawak relax jer..
Dalam kereta masih bincang2 lagi jalan alternative lain..
Akhirnya, kitorang decide dari Tanjung Malim terus jer ke Bidor, Teluk Intan, Sabak Bernam terus sampai Sg Besar..tapi idak ler tau jalan pon..mestilah dengan bantuan gps..hehe..
Kebetulan masa dengar radio ada caller tu kata Lebuh Raya Utara Selatan menuju Ipoh jem sebab ada kemalangan lori.jadi kitorang ikut jalan lama, sebelah highway tu jer..kadang2 still boleh nampak highway..sampai jer atas sket dr Tanjung Malim kitorang dah boleh nampak dah jem tu..nasib baik tak ikut highway..
Pukul 3.30 petang baru sampai Teluk Intan..huii, pecah rekod betul, selalu balik kampung 3 jam ikut KL, 2 jam setengah ikut Tanjung Malim/Behrang..nak buat cemana, dah jalan banjir terpaksa la pusing ikut jalan jauh..sampai jer Teluk Intan kitorang pon jalan2 dulu, tapi gi singgah Giant jer pon..menara condong tu tak pegi pon kereta standard malas nak gi situ..
Apa ntah nama mall yang ada Giant tu, lupa pula..kitorang just tengok2 kot ada benda yang menarik..lagipon xpernah singgah sini..
Lepas tu rasa lapar pulak..pagi tadi sy masak nasi lemak dengan ayam masak merah..siap bawak bekal lagi tapi dah tak lalu pulak nak makan bekal..tekak rasa ngade2 nak makan benda lain..hehe
Memula makan cendol dekat Mr Cendol, order satu jer..
Lepas tu kereta standard ajak makan domino's..
Sy on sahaja..
Okay, mari kita belajar buat memek muka dengan Qayyum..
Pertama sekali, kita buat muka confius, berkedut2 jer kening tu..
Yang ni pulak merenung masa hadapan..entahkan cerah entahkan gelap agaknya..
Harap2 cerah dan ceria la ek..
Yang ni pulak, seterusnya buat muka comel dan sangat gembira..hahaha..
Sy suspect anak pengasuh Qayyum tu la yang ajar dia buat comel ni..
Yang last sekali muka takut cicak..haha
Kalau nampak cicak terus duduk diam tak bergerak2 dah..
Mula2 tu sampai menggeletar2 badan, tido malam pulak sampai mengigau2..
Punyelah takut dengan cicak..
Kitorang order set regular pizza, roti dengan 2 tin air gas berharga RM21.++ dengan tax..
Set ni weekdays jer..kalau weekend harga lain..
Okay jugak domino's ni..sy suka roti pintal tu..
Budak ni, nak mengacau jer kerjanya..siap xnak duduk atas kerusi..
Nak duduk atas meja jer..
Nasib baikla tak ramai orang..takdelah malu sangat kalau Qayyum buat onar..hehe
Bagi roti sepotong suh diam sekejap..
Tapi yelah roti tu kan panas lagi..moncong2 mulut dia bila suruh tiup dulu roti tu..
Haa..tarik panjang lagii..
Sejam jugakla kot kitorang pusing2 kat sini dan makan lagi..
Lepas tu terus jer balik..
Pukul 5.30 petang baru sampai rumah mak..
Kiranya kalau tak singgah mana2 tadi tu 4 jam setengahla baru sampai kampung..
Hari Khamis petang pukul 4 petang baru kitorang gerak balik Bentong..
Kali ni nekad jer nak redah banjir sebab dah 3 hari sejak balik kampung tak hujan..
Jadi kitorang assume banjir dah surut la agaknya..
Kali ni tawakal jelah..kalau agak2 banjir teruk sangat terpaksala kitorang patah balik then ikut KL..
Tetiba nampak papan tanda "Awas kawasan banjir dihadapan - 35 km"
Kereta standard cuak jugak..
Tapi on day way tu kitorang tengok ada kereta lain yang ikut..so sedapkan hati, haa..kereta tu pon nak balik rumah ikut Tanjung Malim jugak tu..haha..
Lagi 10km pon ada tanda amaran jugak..
Sehinggalah kitorang sampai kat kawasan banjir tu..
Alhamdulillah, banjir dah nak surut..siap ada pengawal lagi dan dia beri kebenaran boleh lalu..
Kereta standard pon berhenti jauh sket..
Lepas tu nampak ada moto so biarlah moto tu lalu dulu..
Lagipon baru teringat nak ambik gambar..
Tiba2 2 buah kereta kat belakang kitorang terus memotong..hekeleh..tak menyabar betul..
Mesti kereta tu ingat kitorang ni tak berani nak redah banjir tu agaknya..
Lagipon, kasilah moto tu lalu dulu..sian kang basah..
Bila tengok kiri kanan, habis semua pokok kelapa sawit tu kene banjir..
Nasib baik kawasan yang tenggelam tu takde jauh mana nak kene redah..
Alhamdulillah, kitorang dah selamat sampai rumah jam 6.30 petang..
Sekian..
Nasib baik kawasan yang tenggelam tu takde jauh mana nak kene redah..
Alhamdulillah, kitorang dah selamat sampai rumah jam 6.30 petang..
Sekian..
Friday, November 16, 2012
Selamat Pengantin Baru Afzan & Husband
Assalamualaikum..
Hari sabtu lepas ada wedding kawan space UTM sy dekat Miharja, Cheras..
Hari Jumaat tu kereta standard kene pegi bagi bantuan deepavali dekat Karak..pukul 1.30 pagi baru dia sampai rumah..sampai tetido2 tunggu dia balik..
Kene tunggu jugak sebab kene bukak selak kunci pintu belah dalam..
Hari Jumaat tu sy emcee..hehe..bukannya apa, malas nak kejer..dahlah tiket bus sudah habis, hari rabu petang tu ingat nak beli sampai hari jumaat punyer tiket balik bentong, kul 5.30 habis!, 6.00 pon habis!..tiket bas express semua dah habis..last choice, sy kene naik bus yang beli tiket dalam bus..risiko paling besar adalah kene berebut, orang dah comfirm ramai..kalau nasib baik dapat duduk, nasib tak baik berdiri la ko sampai bentong..sy dah kene 2 KALI okey, time nak cuti raya..disebabkan kali ni keadaan tidak mengizinkan so baiklah sy mc sahaja daripada kene berdiri selama 2 jam dari KL sampai Bentong..
Tak tau pon miharja tu kat mana, sy ni bukannya orang KL..so memang tak expert sangat area Cheras sana..
Gerak dalam pukul 10.30 pagi, tu pon tunggu kereta standard bangun..sian dia letih balik lewat..
Budak pengantin tu pulak dah la tak kasi kad jemputan, jemput facebook jer..padahal office dia sejengkal nun jer dengan office sy..sampai hati betul tak kasi kad..
Tapi takpelah, disebabkan dulu masa sy kawin dak Afzan ni datang jadi ni kira kunjungan balasla..datangla jugak wedding dia..hehe
Kereta standard pon xtau jalan sangat area Cheras so kitorang menggunakan sepenuhnya khidmat gps..
Makoii, jalan adalah jem rupanya pada hari sabtu tu..start mrr2 masuk jalan ipoh..huh, cair mekap ai tau..
Gps sampai VIVA jer, lepas tu xtau jalan dah..bila call rumah pengantin kakak pengantin bagi direction salah pulak..pusing 4 kali kat area tu nak cari jusco..tak jumpa2..padahal kan flat miharja tu depan mata jer..last sekali turun dekat petrol pam tanya uncle teksi..
sekali uncle tu tunjuk tu la flat miharja..adoi, kalau tak dah sampai setengah jam tadi..cehh..
Janji dengan classmate sy, Zura nak gi sekali..kitorang sampai pon lebih kurang jer..dia kata datang awal sket sebab husband dia ada kelas petang pukul 2..masa sampai ni dah pukul 12 lebih..
Sampai jer terus kitorang makan dulu..
Khemah kat bawah, rumah pengantin pulak kat tingkat 5..
Lupa plak nak ambik gambar nasi kenduri Afzan hari tu..
Muffin tu kereta standard ambik banyak..giler tamak, katanya sedap..tu yang tak cukup makan satu..
Baru je sy nak snap gambar dah tinggal 4 biji..tak menyempat betullah..
Yang ni Irna, bride to be next month..
Kenduri kat Melaka, dah beria dah dia jemput datang..
Zura dengan Qarirah..
Hah, budak ni dah dapat gula-gula, suap nasi pon xmo..
Serabai jek, dah penat2 mama sikatkan rambut dia..di kusutkan balik..
Eiii, tak suka betulla sy tengok dia makan gula2 ni..
Bukannya apa, melekit2..lepas tu meleleh2 plak tu..yang kat tangan tu pon melekit2 jugak..
Lepas makan, sy dengan Zura naik atas jumpa pengantin..nak tunggu pengantin turun lambat lagi..pukul 2 baru bersandingnyer..
Zura plak nak balik cepat kan...
So, kitorang yang perempuan jer naik atas..yang lain tinggal jer kat bawah..
2 orang bulat..hehe..
Masa ni pengantin belum siap mekap lagi..patutla pucat jer..
Tapi sebab kitorang pon nak cepat so kitorang pon requestla nak ambik gambar dulu..sekejap jer pon..
Last but not least gambar dengan pengantin..
Sy sangat gemokkan sekarang ni..mak buyong yang dah 7 bulan pon maintain kurus lagi..
Tahniah!!
Selamat pengantin baru Afzan..semoga bahagia sehingga hujung nyawa..
Balik dari kenduri gi jalan2 kat Aeon Wangsa Maju..saje jer menghabiskan masa lapang..
Yang paling penting bila gi jusco mesti beli taco..kereta standard sangat tamak order sampai 3 kotak..
Kitorang pusing2 jer, takde beli barang pon..survey harga drypers..mahalla pulak, standard price jer takde diskaun pon..
Dah jalan2 rasa lapar pulak..belikan bubur nasi untuk Qayyum kat Mc'd..
Bungkus jer sebab sy nak makan Kenny Rogers..
Kitorang orders 1 jer share, tapi yang half chicken..
Masa ni pon xambik gamba sebab Qayyum sukar dikawal..
Memang agak sengsara jugakla bawak anak makan kat luar ni..xnak duduk diam..
Lepas habis makan, pusing2 then terus jer balik..
Sy dengan Qayyum siap tetido dalam kereta..kononnyer letih sangatla..
Lepas tu kawan kereta standard call ajak gi kebun durian dekat Lebu..beria sy nak ikut..
Sekali cehh betul, kereta standard dahla xnak bawak..yang paling penting sekali dia taknak pegi pon..letih katanya..
Sy ni punyerla excited nak gi tengok kebun duyan orang tu..
Sekian..
Benjol
Assalamualaikum..
Akhirnya, setelah penat menunggu sekian lama..pc baru pon selamat tiba di office..tapi pc ni dah terbengkalai 3 minggu lepas, runsing tengok meja masing2 sebab penuh dengan kotak2 pc..
Kitorang kene tunggu staff HP ni install pc dulu then kene tunggu staff IT configure dan setup semua pulak then barulah boleh digunakan..selagi staff HP tu tak datang pasangkan, staff IT memang takkan datangla..hadoi susah betul bila bila deal dengan orang lain2 ni..
Yang paling best pc lama kat office ni company jual RM50 sahaja..pc ni masih ok, brand DELL, flat screen 16'inci..cuma dah 10 tahun dan dah jadi aset wajib lupus syarikat..memula tu ingat nak beli jugak sebab 50 hengget jer tapi, kereta standard xnak pulak..tak berguna katanya..so bila laki dah kata camtu, sy pon malas nak beli..lagi pc sy sekarang ni dah masuk virus..microsoft office semua 2003 punyer..giler kuno kan..kawan2 office kebanyakkannya beli pc lama ni..
Berapa lama lagi nak kene tunggu pc baru dipasang pon xtaula..
Last week, si budak kenit ni main cakcak lalu terlanggar tiang pintu pulak..tengah berlari2 tu mata ntah pandang kemana tak nampak bucu pintu..dumm!!, apa lagi terus melalak sekuat hati..tapi sekejap jer nangis..
Sapu2 dahi dia dengan minyak panas, tengok2 dah benjol dan bertanda pulak..
Ala, ciannyer dia..
Sekejap jer sakitnyer, lepas tu main panjat2 pulak..
Haha, runsing jer tengok rumah sy yang berserabut dengan wayar2..
Nasib baik Qayyum tak pandai nak tarik2 wayar2 yang berselirat tu..
Dia cuma pandai nak on off suiz plug jer, tu yang tampal dengan plaster supaya dia tak perasan..
Astro dengan streamyx semua sangkut kat dinding belakang..
So Qayyum tak perasan sangat..
Nannti nak suruh kereta standard bela betul2 la wayar tu..serabut sungguh tengok..
Sekian..